Minggu ini muncul kembali Lemon Water Lily yang dah lama tido, agaknya suka kut cuaca minggu ini setelah bekas airnya kembali penuh diisi oleh air hujan. Nak menceriakan tuannya kut yang demam memanjang minggu ini. Pesanan minggu ini yang diterima dari hari Isnin terpaksa dipos minggu depan, harap maklum. Tok Ki beloved husband meninggal dunia pada maghrib malam hari Ahad baru-baru ini. Al-Fatihah.
Bila lupa bawa jam di luar laman rumah, kalau tengok water lily baru bangun kembang besar seperti gambar di atas, tukang kebun agak-agak sekitar pukul 9pagi.
Terima Kasih kepada Sis NorMala K. di Lembah Klang yang menceriakan mood kami dengan berkongsi gambar-gambar bunga yang mekar di kebunnya tahun ini.
DayLily Fanciful Finery (Giant besarnya).
DayLily Little Grapette (Wah Sis Normala punya ada 2 tangkai bunga dan banyak bud bunganya pasti meriah).
Gladiolus yang suci putih tinggi lampai.
4 ulasan:
kenapa lah semuanya cantik2..geram tengok
Ya la...kak dah hampir serik nak tanam pokok2 sejenis ini. Tak mau jadi. Tak serasi sungguh.Tengok orang lain tanam OK je...
gladiolus sy x sempat bunga..huhu. tapi corm dia x ok, saya cabut & dah tnm blk nk tgk mcm mana jadi..anyway lilium pokok kedua dah kembang :) kali ni warna kuning..tq Diana.
Bila dah kembang nampaklah keindahannya Nadia. Bila hijau daunje meruntun jiwa menunggu-nunggu hehehe....
Kak Mala,
InsyaAllah boleh cuba lagi mana tahu ada rezeki.
Gina ~ Syoknya warna kuning pula :).
Nanti tukang kebun tumpang tengok.
Catat Ulasan