No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Bosnia I Herzegovina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bosnia I Herzegovina. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2020

Pumpkin Galore Bosnia I Herzegovina Autumn

Semasa buka balik gambar simpanan pergi ke Bosnia I Herzegovina terjumpa folder Tukang Kebun mohon guide singgah di tepi jalan dalam perjalanan balik dari Travnik (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) ke tempat penginapan sebab geram tengok labu-labu pelbagai jenis di tepi jalan untuk jualan. Guide yang bawa kami ni pun kaum hawa dah 45 tahun lebih usianya lah Tukang Kebun agak-agak je. Sebab guide ni masa Perang Bosnia pada tahun awal 1990-an dari cara dia kongsi cerita masa zaman tu dia kira young adults. Bijak jugalah syarikat pelancongan tu pilih guide untuk kami kasi gandingkan dengan wanita rasa lebih selesa dengan kami pun 2 orang sahaja. Mungkin dah agak yang dari Malaysia ni wanita muslim. Kalau dengan kaum Adam kena fikir juga batas dan kelakuan. Tour package kami booking secara online sahaja sebelum berlepas ke Bosnia I Herzegovina dan guide ambil di tempat penginapan dengan kereta sedan. Tukang Kebun geram betul tengok replica kincir angin tu comel sangat.
Masa belek-belek gambar archives ni baru Tukang Kebun perhati betapa kreatif mereka buat bangku dan rak display dari pohon kayu. Comel pula rasa bangku kayu punya kaki tu dibuat susunan stack 3 kayu berlainan saiz dari besar ke kecil. Kemudian pelantar untuk duduk tu pula macam sebatang kayu dibelah dua disusun bersebelahan. Rak kayu tu pun terus sebatang pohon besar dipotong-potong jadi penahan penjuru. Terasa teruja mana tahu suatu hari bila ada rezeki masa teringin buat perabot sendiri macam ni. DIY Project KIV.
Yang ni pula macam projek adhoc buat rak kayu kecil untuk memudahkan labu disusun atas meja ni. Kayu kecil tu macam diambil dari potongan kayu-kayu kecil yang digantung di kedai untuk dijual jadi bahan bakar stove kecil di rumah ketika musim sejuk.
Banyak kayu-kayu kecil dalam plastik merah untuk sumber bahan bakar stove kecil bagi memanaskan suhu dalam rumah semasa musim sejuk. Di satu sudut ini dilonggokkan jenis labu yang rupa begini pula.
Geram lagi tengok periuk ni yang tahan untuk digunakan masakan yang pakai bara atau unggun kayu api. Kalau berjalan-jalan dengan dearest hubby pasti dah ada percubaan memujuk untuk bawa balik Malaysia semua yang geram-geram tu. Ni bila sorang-sorang berat luggage pun terhad kan. Cantik juga raga yang tersusun tu untuk dibawa tuai hasil dari kebun.
Ada juga kedai macam workshop di situ yang penuh dengan pelbagai jenis barangan logam. Geram juga Tukang Kebun tengok tapi harganya boleh tahan. Cuci mata sahajalah. Dinding ala workshop ni pun menarik bukan macam papan-papan dah kena ketam bertindih antara satu sama lain tapi pohon kayu terus potong-potong sahaja di mana masih bentuk lekuk bulat semula jadi. Memang so real cottage style.
Selain dari jenis-jenis labu saiz yang besar boleh guna oleh Fairy godmother untuk jadikan coach pengangkutan Cinderella, ada juga labu yang memang jenis saiz comel seperti gambar di atas. Tidak pernah Tukang Kebun pergi ke satu kedai terdapat banyak jenis bilangan variety labu seperti di sini. Mungkin disebabkan Bosnia I Herzegovina ni sepanjang sejarahnya memang selalu bertukar pemerintah empayer berlainan menyebabkan banyak jenis labu dibawa masuk ke kawasannya. Masa di kedai ini Tukang Kebun tak nampak jenis labu yang dipanggil Turk's Turban Pumpkin tetapi semasa menghadiri persidangan ada di pameran (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan. Siap setelah selesai persidangan yang jaga booth bagi sebuah labu kat Tukang Kebun.
Semasa Tukang Kebun masuk ke dalam kedai memborong bibit-bibit yang menarik, guide pun sempat beli 3 buah labu besar di atas. Katanya nanti dia nak buat pumpkin soup, pumpkin pie dan lain-lain. Guide sangat sporting kalau kita yang ambil private tour nak singgah kedai di tepi jalan sebab mereka pun boleh berkesempatan beli ole-ole macam makanan untuk bawa balik nikmati bersama keluarga. Murah sangat agaknya harga labu besar tu sebab sampai 3 dirembatnya masuk dalam booth kereta.
Ketika masuk musim luruh kebiasaannya di mana mana kawasan cuaca continental atau 4 musim memang akan jadi musim harvest labu. Puaslah nak buat ukiran senyuman pumpkin halloween dengan stok labu banyak sebegini. Sebab tu Hari Halloween yang disambut sesetengah tempat pumpkin jadi prop hiasan utama sebab terikh peristiwa masa musim luruh ketika musim tuaian labu banyak.
 

Isnin, 7 Disember 2020

Bandar Travnik, Bosnia I Herzegovina

Sehari sebelum kami bertolak balik ke tanahair berkesempatan dapat 1 hari extra untuk jalan-jalan di Bosnia I Herzegovina setelah selesai tugasan hakiki (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kali ini teringin untuk melawat kawasan dengan landscape dan cuaca continental. Maka kami pilih trip yang singgah melawat bandar Travnik yang banyak sejarah dan pertembungan budaya. Cantik sungguh pemandangan sepanjang perjalanan dengan baru masuk musim luruh banyak flora sedang bertukar daun ke kemerahan. Bosnia I Herzegovina ini terbahagi kepada 2 jenis cuaca. Jika sebelah Bosnia lebih ke arah continental, manakala Herzegovina pula cuaca ala Mediteranean (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).
Semasa kami melawat bandar bersejarah Travnik banyak bangunan yang sedang dalam keadaan pembaikan dari kesan perang 1990-an. Proses baikpulih ini pun bergantung kepada funding yang diterima dari pelbagai pertubuhan dari luar negara. Salah satunya adalah madrasah yang lama ini. Banyak bangunan bersejarah di sekitar kawasan Travnik ini kerana menjadi antara pusat pentadbiran governer yang dilantik oleh empayar Ottomon selama 150 tahun. Di kawasan bukit tinggi dalam bandar Travnik boleh kelihatan istana lama dan kubu pertahanan Travnik sejak zaman medieval lagi masih berdiri. 
Kebetulan masa kami melawat madrasah yang sedang dibaikpulih ini ada rombongan pelancong dari Malaysia juga. Dalam madrasah ini boleh kelihatan bahagian kelas-kelas untuk belajar berpisah di tepi kedua belah bangungan 2 tingkat dengan warna pilihan sangat menarik menceriakan. Tambah menariknya di tengah ada courtyard bertutup tapi terang untuk buat perhimpunan atau aktiviti lain.
Setelah melawat madrasah ini kami dibawa ke kawasan yang dipanggil Plava Voda. Di Plava Voda ini ada air sungai yang cantik berhubung dengan air mengalir dari istana lama Travnik. Di Plava Voda ini ada juga bazaar kecil menjual cenderamata. Jika nak budget beli cenderamata di Travnik area Plava Voda ini lebih murah dari bandar Sarajevo. Benda sama tapi di Sarajevo harganya jadi lebih mahal pula.
Tujuan utama ke Plava Voda ini sebenarnya nak minum air kopi. Sementara tunggu air kopi siap, guide kata pergilah bersiar-siar dulu sementara dia tunggu di cafe. Ada cafe yang best spot dia tepi sungai ini nampak harmoni dengan persekitaran dengan peninggalan kincir air lama. Diorang kata tak sah kalau sampai di bandar Travnik tak minum kopi di sini sebab dulu-dulu ada kerabat raja singgah sini puji habis kopi di sini sedap dan bagi tip besar kat Tukang Bancuh Kopi.
Inilah set kopi yang ditunggukan tu. Siap ada dibagi sebatang rokok dan sekotak mancis. Budaya di Bosnia ni agak lain dari budaya kita jadi nak kena faham kenapa ada servis rokok tu sekali. Mula-mula masa sampai di Bosnia Tukang Kebun agak hairan juga perhatikan ramai wanita muslim bertudung labuh hisap rokok. Sehinggakan baru sampai di airport Sarajevo pun sambil tunggu kenderaan awam, Tukang Kebun perhatikan kaum hawa sambil berkumpul di cafe dengan kawan-kawan mereka bersahaja hisap rokok sambil membawang. Ramai penduduk Bosnia yang muda memang macam suka hisap rokok. Di Bosnia memang norma biasa mereka tiada persepsi seperti di Malaysia. Kalau wanita hisap rokok di sana tidak menimbulkan rasa kurang senang atau persepsi seperti di Malaysia, macam hak sama sahaja wanita dan lelaki hisap rokok. Budaya mereka begitu.
Kotak mancis itu kita boleh bawa balik sebagai kenangan. Ini untuk membantu industri mancis tunggal mereka yang telah beratus tahun kilang itu wujud dan nak kekalkan ia sehingga sekarang macam konservasi. Mohon maaf untuk review rasa kopi Travnik ni Tukang Kebun tak boleh bagi sebab bukan penggemar kopi. Tapi Tukang Kebun minum sampai habislah juga.
Setelah habis minum kopi, guide kata kita pergi lawat bandar Jajce dulu tengok air terjun dan tempat menarik lain di sana (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kemudian nanti patah balik ke bandar Travnik tengok istana lama Travnik dan kubu lama atas bukit boleh nampak seluruh bandar Travnik.
Tidak besar istana Travnik dan kubu sekelilingnya. Tapi syoklah perasan kejap bayang macam mana dulu askar-askar berjaga di keliling kubu ini sambil tengok bandar Travnik di bawah masa zaman medieval dulu. Apalah perasaan queen atau princess yang duduk kat istana lama Travnik ni zaman dulu-dulu.
Masa zaman kanak-kanak kekadang papa Tukang Kebun suka ajak teman tengok wayang ala Robin Hood lah, King Arthur lah dan yang seangkatan dengannya. Oh beginilah rupa real istana dan kubu lama kat Eropah cuma yang ni tak kena keliling air je kena masuk guna jambatan.
Dari Istana lama Travnik ini boleh kelihatan dengan jelas tempat-tempat persinggahan tadi sebelum minum kopi seperti madrasah dan Plava Voda.
Sedang jiwang sorang-sorang atas kawasan istana lama ni, mata Tukang Kebun tertarik pula kepada tumbuhan jenis succulent ini tumbuh elok semulajadi atas dinding istana ni tanpa ada tanah yang ketara atas batu. Ini yang dah tumbuh besar yang Tukang Kebun tangkap gambar. Banyak lagi dikelilingnya masih halus-halus nampak macam lumut tapi sebenarnya adalah dia masih micro lagi.
Tadi Tukang Kebun ada sebutkan pasal jambatan nak masuk biasanya ada air kan. Di sini jambatan tinggi untuk melintas masuk ke istana ini masih macam dalam fairy tale medieval lah. Di dalam bandar Travnik ini terdapat banyak menara jam lama.
Selepas ronda dalam istana lama Travnik kami dibawa juga ronda-ronda dalam bandar Travnik. Masa kami lawat sini Masjid Suleimania sedang dalam proses baikpulih dan ditutup. Apa yang menarik mengenai Masjid Suleimania ini adalah tingkat bawahnya adalah bazaar atau pasar dan muralnya yang hasil seni menarik . Manakala tempat beribadat terletak di bahagian atas bazaar. Bandar Travnik ini memang banyak sejarah kerana penempatan kawasan ini sejak zaman logam lagi. Kalau sehari pun macam tak puas nak teroka bandar Travnik ni.

Khamis, 15 Oktober 2020

Tasik Pliva dan Kincir Air

Cantik pemandangan di sepanjang Sungai Pliva dapat dinikmati bila pergi ke kawasan yang berada lebih hilir dari Sungai Pliva yang kemudiannya akan bertembung dengan Sungai Vrbas membentuk air terjun Pliva yang macam dalam cerita Disney Princess (related posting klik sini). Di aliran sungai ini terdapat 2 tasik yang cuma dibezakan dengan Tasik Pliva kecil dan Tasik Pliva besar.
Tukang Kebun terpegun melihat air kehijauan warna zamrud sangat bersih dan jernih sambil kelihatan refleksi pokok atau bukit bukau di permukaan air. Awal bulan Oktober adalah permulaan musim lurah di kawasan Jajce, Bosnia and Herzegovina yang bermulanya perubahan warna daun pokok ke kuningan atau kemerahan.
Di antara celahan pokok-pokok ini ada dibina canopy untuk berjalan di atas aliran sungai di mana terbentuknya tebing semulajadi membuatkan seperti pelawat berjalan di atas air terjun yang panjang macam tirai mengalir keluar sepanjang titian canopy.
Semasa melawat di sini seronok ambil gambar sebab tiada pelancong-pelancong lain jadi mudah ambil gambar pemandangan sahaja dan itik-itik liar sahaja buat peneman. Boleh feeling macam alam bunian seperti movie Lord of the Ring.
Pada sebelum kurun ke-15 lagi di mana kawasan terdapatnya aliran air yang deras kincir-kincir air akan dibina untuk membantu penduduk kampung kawasan ini mengisar gandum. Teknologi kejuruteraan ini adalah warisan terkenal kawasan Jacje di dalam negara Bosnia and Herzegovina.
Namun, kincir-kincir air ini sudah tidak digunakan lagi selepas Perang Dunia Pertama. Jika yang dah lupa sejarah detik percetusan Perang Dunia Pertama, adalah pembunuhan Raja Muda negara Austria di ibu negara Bosnia and Herzegovina, bandar Sarajevo. Pemandangan kincir angin ini dari dahulu lagi sangat popular digunakan sebagai postcard dan adalah landmark kawasan Jajce ini.
Agak berbeza rekabentuk kincir air ini di Jajce ini dibandingkan kincir air yang biasa kita lihat di negara Belanda. Kalau kincir air negara Belanda tu ada roda besar di tepi bangunan kan.
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan kedudukan roda di belah mana. Mungkin sebab kawasan air mengalir di sini tidak dalam dan sempit jadi kedudukan rodanya berada di bawah pondok ala rumah kecil panggung ni. Kalau di Sabah pondok kecil begini dipanggil "Sulap". Kemudian untuk mengatasi masalah apabila air sungai makin cetek maka diletakkan tiang berlubang tertiarap menghalakan arus air supaya kena roda.
Tukang Kebun adalah pasang angan-angan nanti bila kami dah in retirement kononnya permintaan Tukang Kebun dekat hubby buatkan kincir air. Itu yang Tukang Kebun puas membelek-belek jugalah kincir air ni nak fahamkan konsep dia macam mana. Jadi tak sia-sialah berjalan sambil luaskan pengalaman. Kalau boleh kincir air tu juga mampu menjanakan kuasa elektrik masukkan konsep mesra alam dan kelestarian. Tukang Kebun setakat idea dan planning boleh, tapi kalau teknikal dan tenaga tu memang kena harapkan engineer in the house lah. Inovasi yang bagus juga ni bagi aliran air di kawasan yang tempatnya tak lebar dan cetek. Pondok-pondok ini berkunci tidak dapat jenguk apa yang ada di dalamnya.
Kemudian kami naiki kereta bersama pemandu pelancong dengan hanya beberapa minit sampai ke Tasik Pliva yang lebih besar pula. Di sini salah satu pusat pelancongan semasa musim panas, terdapat beberapa restoran di tempat ini tapi tak banyak dah yang beroperasi penuh. Tukang Kebun ada bawa roti pizza beli dari bakeri di bandar Sarajevo dalam beg jadi sambil menikmati pemandangan Tasik Pliva ini di Jetty hulur kaki berdekatan airnya sambil makan tengahari. Tumbuhan air dalam tasik ini menarik perhatian Tukang Kebun macam lukisan pula terapung-apung dalam air. Dalam hati Tukang Kebun cantiknya tumbuhan air ni kalau buat hiasan dalam kolam atau akuarium.
Di sini pun tiada pelancong lain berada ketika itu kecuali kami berdua sahaja. Sambil itu kami perhatikan orang tempatan buat penyelenggaraan dengan bot atau lain-lain. Comel sangat pula Tukang Kebun rasa bot yang berbentuk kereta ini yang kita dayung pakai pijak-pijak paddle kaki untuk gerakkan bot begini kan.
Rezeki bila dapat pergi tempat seindah begini tanpa ada pelancong-pelancong asing lain rasa tenang sahaja memang nikmat.

Ahad, 11 Oktober 2020

Mehmed Pasa Sokolovic Bridge and Andrichtown

Tempat lawatan utama yang dibawa oleh penganjur persidangan antarabangsa AGROSYM (related posting klik sini) iaitu University of East Sarajevo kepada peserta-peserta adalah tempat yang telah dimasukkan dalam senarai UNESCO World Heritage iaitu Mehmed Pasa Sokolovic Bridge pada tahun 2018. Pada hari kedua selepas pendaftaran dibawa peserta pergi lawatan ke kawasan Visegrad. Biasanya pihak penganjur rotate tempat lawatan samaada kawasan Mostar atau kawasan Visegrad selang tahun. Kedua-dua kawasan ini mempunyai jambatan yang telah dibaikpulih semula yang telah menyaksikan peperangan Bosnia tahun 90-an yang sangat tragis ketika itu dan mempunyai banyak nilai sejarah tersendiri. Hari pertama sampai ke lapangan terbang antarabangsa Sarajevo, Tukang Kebun dah terus bergerak naik keretapi ke bandar bersejarah Mostar (related posting klik sini), jadi dapatlah saksikan dengan mata sendiri jambatan di Mostar juga.

Perjalanan ke kawasan Visegrad adalah kawasan berbukit bukau boleh pening jugalah bila naik bas jalannya berliku di lereng bukit. Tetapi pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah seperti dalam bacaan buku dongeng kanak-kanak berlatarbelakang zaman dahulu di negara Eropah dengan lalu beberapa perkampungan dengan siap ada pasture keliling rumah untuk ternakan makan rumput. Jambatan ini terletak di atas Sungai Drina di bahagian Timur Bosnia and Herzegovina. Bersih dan cantik warna sungainya seperti warna zamrud tetapi tersimpan banyak kisah sedih di sini di mana banyak mayat-mayat tidak ditemui ketika perang genocide dicampak ke dalam sungai Drina ini sehingga kini masih banyak mayat tidak ditemui. Bahkan bermula perang di kawasan ini adalah bermula dengan kes tragedi di mana beberapa lelaki diculik dan dibawa ke tebing sungai Drina dan ditembak mati menjadi cetusan Visegrad massacres bermula. Pelbagai initiatif dilakukan untuk mencari mayat-mayat tersebut di dalam sungai atau tasik di kawasan Visegrad sehinggakan rangka tulang mayat dari perang dunia kedua juga dapat ditemui secara tidak sengaja.
Kelihatan tenang sahaja sungai ini dengan pemancing-pemancing di tepi sungai memancing. Tetapi kawasan inilah banyak pertempuran darah berlaku ketika perang Bosnia pada awal tahun 1990-an. Tradegi yang mengorbankan beribu orang etnik Bosniak di kawasan ini dikenali sebagai "Visegrad massacres" yang termasuk wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa, walaupun jumlah bilangan majoriti kawasan ini adalah dari  etnik Bosnia Bosniaks berbanding kumpulan yang menganiaya iaitu etnik Bosnia Serbs. Bila Tukang Kebun melawat Bosnia ini baru ada timbul kesedaran yang tinggi kenapa bila buat kajian menggunakan soalan survey di bahagian profil respondent pentingnya maklumat socio-demografi. Bukan sahaja di sini mempunyai kesan perubahan demografi profil ratio etnik tetapi juga berlaku seperti di pekan kecil Stolac di mana ramai penduduk asal dari etnik Bosniaks masih belum pulang semula ke kampung mereka seperti yang diterangkan oleh guide kami yang dirinya sendiri terlibat semasa peperangan (related posting klik sini) bila Tukang Kebun tanya banyak lagi rumah-rumah dan kedai kosong tanpa penghuni.
Sebab utama jambatan ini mendapat pengiktirafan kawasan UNESCO World Heritage bukanlah sebab nilai kebudayaan tetapi nilai design pembinaan jambatan ini yang ilham dari arkitek terkemuka pada zaman bermula pembinaannya iaitu Mimar Koca Sinan. Beliau adalah seorang yang terkemuka dalam bidang arkitek dan civil engineering pada zamannya semasa kawasan Visegrad ini adalah di bawah empayer Turki Ottaman. Jambatan ini siap dibina pada tahun 1577. Bendahara atau Perdana Menteri  yang teramat bijaksana pada zaman empayar Turki Ottaman ketika itu berasal dari kawasan ini.
Malahan jambatan dan sungai Drina ini menjadi sumber inspirasi penulisan buku bertajuk "The Bridge of Drina" yang diterbitkan pada tahun 1945 di mana penulisnya Ivo Andric memenangi anugerah Noble Prize untuk penghasilan buku ini. Tukang Kebun pun belum sempat lagi baca buku ini, moga suatu hari nanti berkesempatan membaca buku tersebut.
Salah satu aktiviti di kawasan ini ialah menaiki bot menikmati pemandangan sepanjang Sungai Drina. Pelbagai rumah berbentuk style cottage dapat dilihat di sepanjang tebing Sungai Drina. Hasil tanaman yang telah selesai dituai dikeringkan untuk menjadi sumber makanan ternakan tenusu pada musim sejuk kemudian.
Selain daripada menikmati design arkitek jambatan Mehmed Pasa Sokolovic ada juga tempat-tempat menarik lain yang boleh dilawati di kawasan Visegrad ini. Antaranya adalah seperti Dobrun Monastery (related posting klik sini) yang tempat beribadat mempunyai sejarah yang lama. Boleh juga ambil gambar bersama monumen Mehmed Pasa Sokolovic yang berwarna hijau ini yang telah mengerahkan jambatan ini dibina selaku Perdana Menteri atau Bendahara Empayer Turki Ottaman pada masa itu. Jambatan tersebut juga diberikan nama mengikut gelaran beliau.
Berdekatan dengan Jambatan Mehmed Pasa Sokolovic ada tempat pelancongan terbaru yang dinamakan Andrichtown rasanya sempena Noble Prize Winner Ivo Andric yang mengarang kisah warisan berkaitan dengan kronologi jambatan ini dari punca ianya dibina hinggalah perang dunia pertama dengan tajuk novelnya "The Bridge of Drina".
Dalam kawasan ini yang nampak ada ciri bazaar juga ini ada juga panggung wayang yang kami sempat masuk tengok mini movie tak berapa faham cerpen kisah apa sangat sebab deep sangat story dia.
Sementara tunggu giliran naik bot meyusuri Sungai Drina kami jalan-jalan dalam kawasan Andrichtown ini. Rombongan bilangan bas pun sebanyak 8 buah bas punya lah ramai peserta.
Unik sungguh tengok pelbagai jenis tingkap di dalam bangunan ini. Cabaran juga nak buat tingkap yang bentuk melengkung seperti gambar di bawah di mana kita boleh kasi masuk angin melalui lubang-lubang tapi tertutup dari orang atau binatang besar nak masuk melalui tingkap. Salah satu cara selain dari gunakan grill besi kan untuk halang dari kena masuk melalui tingkap.
Syukur Alhamdulillah semasa lawatan di Bosnia I Herzegovina dapat kami lengkapkan lawatan ke semua kawasan UNESCO World Heritage yang telah berjaya masuk dalam senarai ketika itu. Di Bosnia I Herzegovina ada 3 tempat sudah dapat iktiraf UNESCO World Heritage site:

(1) Old Bridge Area of the Old City of Mostar (2005) (CLICK HERE).
(2) Mehmed Pasa Sokolovic Bridge (2007) (Posting ini).
(3) Stecci Medieval Tombstones Graveyards (2016) (CLICK HERE).


Khamis, 8 Oktober 2020

Air Terjun Pliva, Jajce, Bosnia I Herzegovina

Di kawasan Bosnia, air terjun yang popular untuk dilawati oleh orang tempatan pada musim panas adalah air terjun Pliva di Jajce, manakala di kawasan Herzegovina pula adalah air terjun Kravice (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah sebelum kami berangkat pulang ke tanahair setelah selesai langsai kerja hakiki di Bosnia I Herzegovina sempatlah kami melawat air terjun indah di Jajce ini. Keunikan air terjun ini adalah ianya mengalir di tempat di mana sebuah pekan berkembang atau asas penempatan awal telah dibangunkan di kawasan ini sebelum zaman middle ages lagi menjadikan asas tamadun warisan budaya di kawasan ini.
Kawasan pekan berdekatan air terjun Pliva ini iaitu pekan Jajce sebenarnya adalah kawasan istana dan linkungan kubu zaman Medieval atau Middle Ages. Di sini kita boleh lihat penempatan baru blend bersama tembok bangunan peninggalan bandar purba semasa zaman Medieval ketika Bosnia Kingdom sebelum kedatangan penaklukan empayar Turki Ottoman.
Di kawasan bahagian bawah aliran air terjun ini ada platform di mana pelancong boleh rasa percikan air dari air terjun yang sedang dalam senarai tentatif untuk gazzette sebagai UNESCO World Heritage Site. Salah satu keunikan air terjun ini ialah ianya terbentuk dari aliran dua batang sungai iaitu pertembungan Sungai Pliva dan Sungai Vrbas.
Walaupun tempat ini lebih popular dilawati ketika musim panas kerana pelancong tempatan mencari tempat yang kurang panas untuk menikmati aktiviti air pada musim panas, pemandangan sekitar air terjun ini ketika awal musim luruh pun sangat indah bagi pelancong yang berasal bukan dari cuaca 4 musim seperti Tukang Kebun ini.
Sambil berjalan kaki menurun ke kawasan platform air terjun Pliva ini, ada beberapa tempat untuk ambil nafas berehat sambil menikmati pemandangan yang indah pada musim luruh.
Semasa Tukang Kebun lawat Air Terjun Pliva ini ada juga beberapa keluarga pelancong bangsa Arab yang melancong di sini. Menurut guide kami, ramai pelancong bangsa Arab suka datang kawasan ini dengan kereta sewa.
Lawatan kami ke Air Terjun Pliva ketika itu kedatangan pelancong tidak beberapa ramai jadi selesa dan tenang menikmati keindahan sekitar air terjun ini. Kuat juga percikan air terjun ini boleh basah jugalah baju jika berada berdekatannya lama.