Cantik pemandangan di sepanjang Sungai Pliva dapat dinikmati bila pergi ke kawasan yang berada lebih hilir dari Sungai Pliva yang kemudiannya akan bertembung dengan Sungai Vrbas membentuk air terjun Pliva yang macam dalam cerita Disney Princess (related posting klik sini). Di aliran sungai ini terdapat 2 tasik yang cuma dibezakan dengan Tasik Pliva kecil dan Tasik Pliva besar.
Tukang Kebun terpegun melihat air kehijauan warna zamrud sangat bersih dan jernih sambil kelihatan refleksi pokok atau bukit bukau di permukaan air. Awal bulan Oktober adalah permulaan musim lurah di kawasan Jajce, Bosnia and Herzegovina yang bermulanya perubahan warna daun pokok ke kuningan atau kemerahan.
Di antara celahan pokok-pokok ini ada dibina canopy untuk berjalan di atas aliran sungai di mana terbentuknya tebing semulajadi membuatkan seperti pelawat berjalan di atas air terjun yang panjang macam tirai mengalir keluar sepanjang titian canopy.
Semasa melawat di sini seronok ambil gambar sebab tiada pelancong-pelancong lain jadi mudah ambil gambar pemandangan sahaja dan itik-itik liar sahaja buat peneman. Boleh feeling macam alam bunian seperti movie Lord of the Ring.
Pada sebelum kurun ke-15 lagi di mana kawasan terdapatnya aliran air yang deras kincir-kincir air akan dibina untuk membantu penduduk kampung kawasan ini mengisar gandum. Teknologi kejuruteraan ini adalah warisan terkenal kawasan Jacje di dalam negara Bosnia and Herzegovina.
Namun, kincir-kincir air ini sudah tidak digunakan lagi selepas Perang Dunia Pertama. Jika yang dah lupa sejarah detik percetusan Perang Dunia Pertama, adalah pembunuhan Raja Muda negara Austria di ibu negara Bosnia and Herzegovina, bandar Sarajevo. Pemandangan kincir angin ini dari dahulu lagi sangat popular digunakan sebagai postcard dan adalah landmark kawasan Jajce ini.
Agak berbeza rekabentuk kincir air ini di Jajce ini dibandingkan kincir air yang biasa kita lihat di negara Belanda. Kalau kincir air negara Belanda tu ada roda besar di tepi bangunan kan.
Gambar di bawah ini menunjukkan perbezaan kedudukan roda di belah mana. Mungkin sebab kawasan air mengalir di sini tidak dalam dan sempit jadi kedudukan rodanya berada di bawah pondok ala rumah kecil panggung ni. Kalau di Sabah pondok kecil begini dipanggil "Sulap". Kemudian untuk mengatasi masalah apabila air sungai makin cetek maka diletakkan tiang berlubang tertiarap menghalakan arus air supaya kena roda.
Tukang Kebun adalah pasang angan-angan nanti bila kami dah in retirement kononnya permintaan Tukang Kebun dekat hubby buatkan kincir air. Itu yang Tukang Kebun puas membelek-belek jugalah kincir air ni nak fahamkan konsep dia macam mana. Jadi tak sia-sialah berjalan sambil luaskan pengalaman. Kalau boleh kincir air tu juga mampu menjanakan kuasa elektrik masukkan konsep mesra alam dan kelestarian. Tukang Kebun setakat idea dan planning boleh, tapi kalau teknikal dan tenaga tu memang kena harapkan engineer in the house lah. Inovasi yang bagus juga ni bagi aliran air di kawasan yang tempatnya tak lebar dan cetek. Pondok-pondok ini berkunci tidak dapat jenguk apa yang ada di dalamnya.
Kemudian kami naiki kereta bersama pemandu pelancong dengan hanya beberapa minit sampai ke Tasik Pliva yang lebih besar pula. Di sini salah satu pusat pelancongan semasa musim panas, terdapat beberapa restoran di tempat ini tapi tak banyak dah yang beroperasi penuh. Tukang Kebun ada bawa roti pizza beli dari bakeri di bandar Sarajevo dalam beg jadi sambil menikmati pemandangan Tasik Pliva ini di Jetty hulur kaki berdekatan airnya sambil makan tengahari. Tumbuhan air dalam tasik ini menarik perhatian Tukang Kebun macam lukisan pula terapung-apung dalam air. Dalam hati Tukang Kebun cantiknya tumbuhan air ni kalau buat hiasan dalam kolam atau akuarium.
Di sini pun tiada pelancong lain berada ketika itu kecuali kami berdua sahaja. Sambil itu kami perhatikan orang tempatan buat penyelenggaraan dengan bot atau lain-lain. Comel sangat pula Tukang Kebun rasa bot yang berbentuk kereta ini yang kita dayung pakai pijak-pijak paddle kaki untuk gerakkan bot begini kan.
Rezeki bila dapat pergi tempat seindah begini tanpa ada pelancong-pelancong asing lain rasa tenang sahaja memang nikmat.
10 ulasan:
cantiknya tasik pliza ni..kincir angin dia lain dari yang lain..first time tgk roda dia bawah pondok ..
Saya tak sampai lagi ke tempat air mengalir dicelah-celah rumah tu. Cantik sungguh!
Cantiknya..shida tgk keindahan alam kat situ :)
Cantik tu air kehijauan warna zamrud. Unik kincir air macam tu. Tak pernah tengok pulak. Best tu kak kalau pergi tempat macam ni kurang pengunjung. Bolehlah conquer sekejap kan.
Wahh kincir air bawah rumah!! Tak penah tgk lagi.. unik..!
Seronok la kat sana.. damai je.. lagi kalau kurang pelancong lagi best menikmati keindahan alam
Salam Bahagia,
Mula-mula tengok Tukang Kebun pun tertanya-tanya kenapa dia di panggil Kincir Air rupanya ada roda tapi kat bawah pondok siap 2 lagi.
Salam Bahagia Kak Amie,
InsyaAllah suatu hari nanti sampai ke sini. Kecik kecik je pondok ni.
Salam Bahagia Sis Shida,
Bersih tempat di sini tanpa pembuangan sampah sarap yang merata mengekalkan keindahan semula jadi nya.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Tak sangka rezeki pergi sini tak perlu tunggu nak posing solo. Tenang je rasa.
Salam Bahagia Cik TK,
Kalau kurang pelancong memang rasa damai baru rasa bercuti betul2 kan.
Catat Ulasan