Pada cuti am Hari Malaysia tahun 2020 (16.09.2020), kami berkesempatan ke Kudat dengan tujuan untuk menyelam berdekatan di sebuah pulau berdekatan dengan pulau Banggi hari keesokkannya (17.09.2020). Sehari sebelum menaiki feri kami datang ke Kudat dan menginap di Tajau Laut Guest House. Namun cuaca adalah kurang baik dengan angin yang kuat menyebabkan ombak bergelora tinggi dan perkhidmatan feri dari terminal Kudat ke Pulau Banggi dibatalkan atas sebab keselamatan pada hari yang dirancang. Maka, terpaksalah kami extend satu malam lagi (16.09.2020 - 18.09.2020) dan nasib rezeki kami yang Tajau Laut Guest House ketika itu booking tidak penuh cuma ada lagi satu keluarga dari Kedah yang pertama kali datang ke Sabah kerana uruskan pertunangan anak lelakinya dengan orang asal dari Beluran. Tukang Kebun pun gembira juga dapat extend sehari sebab tak dapat nak explore bila kami sampai dah senja sebab bertolak lepas tengahari dari Kota Kinabalu. Jika cuaca tidak buruk, awal lagi kena bertolak nak naik feri (9:00 am bertolak ke Pulau Banggi), tak sempat pula nak meronda sangat di Kampung Tajau Laut. Perancangan asal nak tolak awal pagi dari Kota Kinabalu ke Kudat tapi papa Abby ada kerja yang perlu diselesaikan dulu, manakala Tukang Kebun pun agak keletihan sebab memanjang sibuk menyiapkan tugasan-tugasan.
Kampung Tajau Laut ini berdekatan dengan Jalan Bak Bak. Cuma kalau tak biasa travel di Kudat nasihat Tukang Kebun jangan pakai waze atau google map selagi tak hampir dah dengan pekan Kudat biar dah jauh lepas Simpang Mengayau (Most Northern Tip of Borneo) baru guna direction. Jika tidak terjadi seperti kami (boleh tonton video di bawah laluan off road yang kami kena direct) ikut lah jalan merah off road. Sebenarnya Jalan Bak Bak ni panjang, kalau dari pekan Kudat ianya jalan tar asphalt sampai ke Kampung Tajau Laut. Tetapi kalau dari Simpang Mengayau ikut jalan merah beberapa kilometer. Tambahan pula line coverage handphone tidak berapa baik putus-putus. Siap ada terserempak big kura-kura crossing the road yang Rayyan nak angkut bawa balik, Tukang Kebun tak kasi. Bila sampai ke Tajau Laut Guest House dah nak senja dan airnya sedang surut. Kami pun cepat-cepat tanpa tukar pakaian dah explore sebab tertarik depan Tajau Laut Guest House sahaja cangkerang hidupan laut sebesar-besar tapak tangan budak-budak ni merata-rata terpegun kami (tonton video di bawah).
Tapak Sulaiman merata-rata nasib baik Tukang Kebun tak terpijak mula-mula tak perasan. Pelbagai jenis ketam ada di sini dan saiz pun sederhana besar. Yang paling Tukang Kebun tak sangka ialah udang-udang tak lari pun bila Tukang Kebun datang dekat main-main di kaki (tonton video di bawah). Pertama kali Tukang Kebun nampak beberapa kumpulan udang yang besar dari jari hantu Tukang Kebun berenang-renang je dekat kita. Friendly lah pula udang-udang di sini, dahlah saiz sedap dimakan.
Video Link : ( https://youtu.be/q_F_Xv74eak)
Terlalu asyik kami teroka persisiran pantai di sini sampai dah betul-betul senja baru balik guest house. Merata-rata dan besar tanah pasir yang digali oleh haiwan marin di sini. Memang kami dah rancang makan malam tak keluar sebab dari pengalaman nak pandu balik kalau bukan duduk dekat area pekan Kudat memang gelap gelita. Semasa booking tempat ini memang kami dah pesan nak ambil dinner sekali. Makan malam dikira RM10 seorang dengan menu masakan kampung. Breakfast memang dah masuk dengan sewa penginapan bilik. Memandangkan kami extend lagi satu malam dan Tukang Kebun tak de rancangan nak jalan-jalan tempat lain maka kami mohon terus untuk pesanan makanan tengahari dan makan malam berikutnya. Boleh juga masak di situ ada portable gas stove. Tajau Laut Guest House tak banyak bilik jadi kalau bukan masa PKP memang selalu full sebab ramai international tourist suka duduk di sini. Harganya pun amat berpatutan. Masa PKP pun ada pelancong luar negara stranded duduk lama di Tajau Laut Guest House ini masa sempadan tutup. Tukang Kebun pun dah nak dekat setahun husha tempat ni sebab baca review sangat cemerlang diberikan oleh pelawat-pelawat.
Masa nak tidur dah mula hujan dengan angin kencang dan bekalan elektrik ada terputus sekejap. Di sini tiada permasalahan bekalan air memang dapat sumber air yang dibekalkan terus dari kerajaan. Bila bangun pagi air laut sedang pasang pula. Anak-anak ni dah mula bangun terus girang lihat air dekat kaki tapi maknya tak kasi masuk air laut nanti nak pergi mandi pantai juga di pulau.
Rayyan siap jumpa bekas cangkerang belangkas lagi punyalah besar dah boleh buat topeng cerita predator. Ramai remaja dan kanak-kanak datang bermain di jeti ini pada sebelah pagi waktu sekolah. Seronok tengok mereka main terjun-terjun dengan rakan-rakan (dirakam dalam video di atas). Mula-mula hairan juga mereka ni tak pergi sekolah ke. Sebab si Rayyan dan Abby pun ibubapa dia cuti kan. Bila esok kami ke terminal feri lalu kawasan sekolah baru faham yang sekolah-sekolah di Kudat sebenarnya macam dah ambil initiatif awal lagi tutup sekolah berbanding daerah Kota Kinabalu. Masa naik feri ke Pulau Banggi pun ada beberapa pelajar yang duduk di asrama pekan Kudat balik kampung ke Pulau Banggi. Mereka dah ambil langkah berjaga-jaga awal lagi patutlah kes di Kudat tak banyak banding daerah lain. Sebenarnya sepanjang perjalanan dari Kota Marudu ke Kudat, kami rasa agak bimbang juga ketika itu sebab banyak markas kempen pilihanraya yang dilalui dan kelihatan seperti SOP tu tak dijaga pun. Berkumpul ramai-ramai macam hari biasa di kedai kopi. Dalam feri pun berkesempatan berkempen beberapa parti berlainan. Dah dijangka ini lepas pilihanraya mesti kes naik banyak.
Dari Tajau Laut Guest House boleh nampak Pulau Balambangan dan Pulau Banggi. Pulau Banggi adalah pulau terbesar di Malaysia. Pulau Balambangan tu ada peninggalan landasan kapal terbang semasa zaman perang British punya ke Jepun dah tak ingat.
Sebelah petang lepas air laut dah mula surut kembali, Tukang Kebun dan darling hubby pergi dating berjalan tepi pantai. Manakala Rayyan dan Abby tak nak ikut sebab dah buat kawan-kawan dengan anak buah owner guest house, mereka main-main di sekitar Tajau Laut Guest House.
Ini sejenis perahu tradisional yang namanya Tukang Kebun dah lupa dah. Ada dalam jumlah jarak 5 kilometer juga kami jalan petang tu ralit meneroka.
Seronok tengok apa ada dalam lopak-lopak air laut ni. Rupa-rupanya bila air surut ada je pelbagai jenis haiwan marin yang terkumpul dalam lopak ni tak sempat nak ikut arus air yang makin surut. Macam mini akuariam air laut sangat seronok memerhati setiap lopak air kecil dalam lekuk batu ini kita akan jumpa apa.
Ada juga yang lopak air ini mengandungi tumbuhan laut hidup dan nampak menarik dengan haiwan marin di dalamnya macam teropong dalam laut. Banyak baby landak laut, pelbagai jenis ketam dan ikan. Kekadang di celah batu kelihatan terselit binatang yang cuma kaki-kakinya je yang terkeluar. Mula-mula ingatkan sotong kurita rupanya sejenis tapak sulaiman (dirakam dalam video di atas). Nasib baik Rayyan tak de habis nak diangkut balik buat pet.
Kalau di keadaan suasana kampung ini tidak berapa risau nak tinggalkan Rayyan dan Abby sementara kami jalan-jalan di tepi pantai sebab banyak mata tolong tengokkan. Bangun awal pagi, menikmati keindahan sunrise di Kampung Tajau Laut Guest House dan bila cuaca baik nelayan keluar mencari rezeki (ada rakaman dalam video di atas).
Terasa nak datang lagi. Lepas ni nak cuba menyelam di air laut sini pula. Tajau Laut Guest House juga ada buat aktiviti scuba diving bagi yang berminat.
17 ulasan:
Cantik tempatnya
Hi good morning. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm the follower number 313.
https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1
besarnya cengkerang belangkas tu, first time tgk sampai boleh tutup muka rayyan ...
Subhanallah..cantiknya sunrise..
Besarnya tu... belangkas!
Kami cadang nak ronda Kudat, Pitas dan Kota Belud cuti Deepavali nanti, tapi nampaknya plan terpaksa dikuburkan sebab pandemik tak nampak bila akan berakhir.
Cantiknya kawasan sekitar guesthouse ni.. subahanallah
Seronoknya..teringin nak ke sabah lg..dulu masa shida umur 3 ke 6 tahun shida duduk kat sabah tau..Sebab ayah posting askar disana..Tanjung Aru..Lepas ayah tamat perkhidmatan baru kami pindah ke perak..
Terlalu cantik dan best kalau saya pun dapat staycation kat Tajau Laut Guest House ni sebab saya suka view pantai dan jalan jalan tepi pantai. Harap ada rezeki lah dapat ke sini.
Salam Bahagia Warisan Petani,
Tak sangka masih ada tempat banyak boleh kutip seashells besar tangan tepi pantai.
Dear Luiz Gomez,
Thank you for your visits and will visit your blog.
Salam Bahagia Atie,
Excited Rayyan nak tunjuk kat maknya dia jumpa cengkerang belangkas besar.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Senorok enjoy sunrise sambil tengok aktiviti orang tempatan.
Salam Bahagia Sis Diana,
Cuma ada satu Guesthouse di kawasan ni, ramai pelancong tempatan masih tak tahu area ni sebab lebih focus ke Simpang Mengayau.
Salam Bahagia Kak Amie,
Mudah-mudahan kes positif Covid19 ni makin menurun di Sabah ni.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Tak perlu nak ke mana-mana, banyak benda boleh explore di sini. Ini pun kami tak masuk lagi aktiviti dalam air.
Salam Bahagia Sis Shida,
Sekarang ni yang tempat makan2 di Tanjung Aru dah kena pindahkan ke Teluk Likas Shida. Mesti selalu mandi Laut kan kalau duduk berdekatan Tanjung Aru.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
InsyaAllah ada rezeki Fiza Jalan-jalan di pantai Sabah ni.
Catat Ulasan