No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 17 Oktober 2020

The Most Beautiful hmmm or Brutal Trail 2019 (TMBT 2019)

Kali ke-2 Tukang Kebun menyertai acara larian denai The Most Beautiful Trail 2019 tak meningkat prestasi macam turun adalah, sebab tinggal kurang 10 minit lagi masa cut off time sampai ke garisan penamat. Patutnya bolehlah mula berjinak-jinak kasi jauh lagi kilometer ini masih maintain masuk acara larian 12km. Kali ini yang meneman di garis permulaan adalah Rayyan dan Nenek Rayyan yang baru pertama kali mengikuti acara larian denai TMBT 2019 dengan kategori 12km.
Tahun 2019 ini lebih meriah untuk mengalu-alukan peserta larian sebelum bermulanya acara larian dengan adanya pertunjukkan kebudayaan tarian tradisional di kawasan tersebut. Peserta larian juga diajak untuk sertai sekali menari bersama untuk warming up.
Jika acara larian sebelah siang seperti jarak 12km, 30km, 50km dan 100km garis permulaan adalah di Kampung Lingkubang, Kota Belud. Tahun 2019 ada kategori larian baru yang diperkenalkan oleh penganjur TMBT iaitu acara larian bermula malam sejauh jarak 37km. Oleh kerana, acara larian 30km sangat popular dan cepat habis slot pada tahun 2019, maka pengasas TMBT ambil initiatif untuk buka kategori baru jarak 37km yang bermula tepat tengahmalam dan garisan mula dari Hotel Perkasa. Jika tak silap trail 37km ini kongsi sama dengan bahagian terakhir bagi pelari yang buat 50km dan 100km.
Oleh sebab papa terlambat buat keputusan nak book slot 30km bersama Ilhan. Jadi kali ini papa dan Ilhan cuba yang acara larian denai trail malam 37 km. Ketika ini Ilhan Mikhail baru berumur 12 tahun, tetapi sebab acara BUTM  2019 tu Ilhan mampu selesaikan 30km dengan masa habis yang baik. Maka pihak penganjur membenarkan Ilhan Mikhail sertai acara larian denai malam bersama penjaga.
Tahniah Ilhan Mikhail berjaya habiskan larian denai 37 km dengan sebagai peserta paling muda untuk acara larian kategori ini. Setakat ini rekod larian ultra-trail marathon yang paling jauh Ilhan pernah lari adalah jaraknya 37 km. Ingatkan tahun 2020 untuk TMBT ni nak kasi Ilhan cuba larian jarak 50km tapi email yang papa buat request kepada penganjur belum dibalas dengan sekian lama. Maklumlah keadaan sekarang pun tidak menentu bila TMBT 2020 boleh dibuat. Sepatutnya tahun 2020 ini TMBT akan menyambut anniversary 10 tahun dan telah dirancang pada asalnya hujung bulan Ogos ini. Tetapi telah ditunda ke bulan Disember 2020 menurut email yang diterima sebab Tukang Kebun dan Rayyan dah booking pun slot 12km untuk tahun 2020. Namun dengan keadaan sekarang ni tak pasti lagi bila boleh. Sebenarnya pengasas-pengasas TMBT ni orang-orang yang professional dalam bidang perubatan jadi mereka memang betul-betul jaga SOP semasa mereka anjurkan BUTM 2020 (related posting klik sini) sebelum pentadbiran keluarkan SOP konkrit lagi. Itu yang kawan-kawan peminat acara larian di Semenanjung Malaysia hairan macam mana BUTM 2020 boleh lepas diadakan beberapa hari sebelum PKP bermula pertengahan bulan Mac 2020 lalu. Syukur Alhamdulillah tiada seorang pun peserta acara BUTM 2020 positif Covid19 setelah balik ke rumah masing-masing.
Gambar di atas ini adalah pemandangan bagi peserta 12km hampiri garis penamat dan bagi peserta 30km adalah check point ke-2. Apa yang berbeza untuk TMBT 2019 dengan tahun lain ialah trail 4 km terakhir terpaksa diubah kerana sungai yang kebiasaannya pelari kena lintas airnya tinggi dan deras bahaya untuk dilalui akibat hujan sebelum hari acara larian. Selain dari menyeberangi jambatan ada juga tempat aliran sungai kecil yang pelari kena lalui, ada yang main redah je dengan kasut, ada yang buka kasut supaya tak basah. Cuma kali ini yang menyeberang sungai terus tiada.
Nenek Abby sampai hampir sejam awal dari Tukang Kebun di garis penamat. Rayyan sampai awal sikit lagi sebab papa bagi booster kasi pakai jam tangan. Antara 3 adik beradik ni yang suka pakai jam tangan bila keluar rumah ialah Rayyan.
Seronoklah ayah dan anak lelaki ni dapat t-shirt finisher untuk tamat larian 37km. Bagi acara larian TMBT kali ini kami bermalam 2 malam di De' Sawah, Kg Tambatuon yang berdekatan tak sampai 100 meter dari garisan penamat untuk acara larian denai 12km. Ini kali kedua Tukang Kebun menginap di sini kerana bagi Tukang Kebun rasa selesa duduk di sini betul-betul sebelah sungai Kadamaian dan padi sawah. Kali pertama duduk di sini atas urusan kerja penyelidikan dapat berkenalan dengan penduduk kampung sini dengan lebih dekat lagi.
Tahun 2020 cuma sempat sertai acara 1 larian sahaja walaupun sebenarnya ada booking 3 acara larian terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19.

Tahun 2020

Mac 2020 - Borneo Ultra Trail Marathon 2020 (KLIK SINI)

Tahun 2019 tak sampai macam separuh bilangan acara yang kami sertai berbanding Tahun 2018 (LIST COMPILATION)

Tahun 2019

Jan 2019 - The Last Tanjung Aru Beach Run (KLIK SINI)
Mac 2019 - Borneo Ultra Trail Marathon 2019 (KLIK SINI)
Jun 2019 - Super Kerbau 2019 (KLIK SINI)
September 2019 - The Most Beautiful Trail 2019 (Posting ini)
October 2019 - Malaysia Action Asia 50 (KLIK SINI)

Tidak dapat ikut acara larian tahun 2020, mulakan aktiviti hiking untuk sihatkan badan semasa sebelum PKPB.

16 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Fitnya c nenek boleh sampai awal, klau sya tidak boleh ikut ini sebab jarak paling pendek pun 12km..

Amie berkata...

Tabik spring masih ada energy untuk tamatkan larian 12 km. Saya hanya mampu sertai 6 km saja, itu pun jauh tercorot teruncit di belakang hahaaaaa!

Syazni Rahim berkata...

hebatnya boleh habiskan 37km! tahniah!

Azhafizah MN berkata...

best lah kak larian macam ni. view dia cantik lagi lagi jambatan sungai tu. ni kalau sampai check point tu lama ambil gambar je. Tahniah semua berjaya. Hebat Ilhan jadi peserta termuda lari sejauh tu.

Cik TK berkata...

Wah hebatnya.. sampai 37km? Cik TK takkan dapat buat mcm tu... 6km pun belum tentu lagi...

Warisan Petani berkata...

Tahniah
selamat melarikan diri

nohas berkata...

wahh..terer Nenek Abby..Ilhan pun terer jg..dpt habiskan 37km..

satu family suka marathon..bagus ni..keep fit..

Zurainny Ismail berkata...

Waa...hebatnya! Contoh keluarga yg sihat & cergas!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nasa,

Saya pun macam nyawa-nyawa ikan nak habis kan ni sebab kena tinggal jauh kat belakang takde geng. Nenek Abby memang dah biasa Jalan jauh dari zaman kanak-kanak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Ni pun Tukang Kebun jauh tercorot teruncit juga ni di belakang. Rasa nak give up bila dah panas sangat sepanjang trail takde canopy.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Syaz,

Nervous juga maknya fikirkan macam mana keadaan anak laki tu nak habiskan 37km.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

View memang gorgeous Fiza. Gunung Kinabalu pun berapa shot angle boleh dapat dari kawasan orang Jalan lalu. Jambatan pun ada beberapa nak kena Lintas.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cik TK,

Lepas PKPB ni tak tahu la larat nak join aktiviti begini lagi ke tidak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Warisan Petani,

Syukur Alhamdulillah sampai juga dekat tempat akhir destinasi larian.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Orang lain makin fit hehehe, Tukang Kebun macam takde perubahan sebab malas bersenam asyik ternak diri makan je hehehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Zurainny.

Nak biasa kan anak-anak aktiviti begini supaya bila besar masing-masing dah selesa dengan outdoors.