No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 31 Oktober 2020

Mentai Park Oarai (Taman Tema Telur Ikan)

Sebuah mini tema park yang menarik berdasarkan sejenis telur ikan pedas ada di Jepun yang dikenali sebagai Mentai Park. Ada 4 cawangan di negara Jepun yang telah dibuka oleh syarikat Kanefuku antara pengeluar terbesar telur ikan atau dalam bahasa jepun dikenali dengan 'mentaiko' (spicy pollack roe). Tukang Kebun tertarik nak singgah ke mini tema park telur ikan ini apabila melihat salah satu posting blog surirumah Jepun yang bawa anak-anaknya bersiar di sini dan melihat makanan yang diperolehi dari sini. Cawangan Mentai Park yang kami lawati adalah di Oarai dalam negeri Ibaraki. Tukang Kebun buat rancangan untuk singgah sini untuk sarapan dan seawal tempat ini dibuka pada pukul 9 pagi lagi dah ramai yang menunggu di luar.
Anak-anak pada mulanya ingat kami bawa ke tempat buat sosej ikan sebab maskotnya yang bernama "Tarapiyo" atas bumbung bangunan tu rupa sosej. Tiada pembayaran masuk dikenakan untuk ke dalam Mentai Park ini dan tempat letak kenderaan percuma juga disediakan yang mempunyai ruang luas. Siap ada beberapa tempat parking bas lagi untuk rombongan besar.
Semasa kami lawat Mentai Park di Oarai ini memang dah mula masuk musim sakura di kawasan Oarai ini jadi papan ambil gambar pun dah mula bertema sakura. Di dalam Mentai Park ini kita boleh pelajari biologi jenis ikan apa yang ditangkap untuk menuai telur ikannya dan juga prosesnya di sebalik bilik berkaca. Telur ikan ini adalah jenis ikan Alaskan pollock. Bangunan ini juga adalah sebahagian dari bangunan mengilang produk-produk dari telur ikan ini. 
Tempat ini juga menarik minta anak-anak untuk belajar mengenai proses-proses telur ikan ini kerana ianya dalam bentuk sangat interaktif ada game bagai. Anak-anak walaupun tak reti bahasa Jepun pandai-pandai sendiri je main software di skrin yang ada di dalam Mentai Park ini.
Sementara tunggu anak-anak puas explore sendiri dalam Mentai Park ini kami tunggu di cafe menikmati makanan dan pemandangan laut di luar tingkap.
"Onigiri" atau riceball di sini saiz jumbo puas makan dan sedap sebab menggunakan bahan segar. Ada beberapa pilihan inti dalam gumpulan nasi ini antaranya telur ikan panggang, telur ikan campur salmon dan telur ikan perisa pedas. Air teh yang disediakan di sini adalah secara percuma untuk pelanggan. Banyak juga kami tapau onigiri ini siap untuk bahagian malam sebab malas nak cari makan bila dah check in hotel, tambahan pula esok pagi dah nak bergerak ke Narita Airport dan bagasi nak kena kemas.
Anak-anak pun sekarang dah suka sangat telur ikan ni. Tukang Kebun pun di Mentai Park ini banyak beli produk-produk yang boleh buat instant riceball kemudian. Anak-anak ini suka makan riceball jadi kerja mudah, tanak beras jepun dulu, dah masak kemudian nanti gaul dengan telur ikan, pastu gumpal-gumpal. Bagus juga strategy konsep bangunan kilang buat style mini tema park dengan cafetaria dan ada kedai jual produk-produk sendiri. Mereka memang untung banyak tanpa perlukan buat bayaran entrance fee. Kebanyakkan pelawat yang datang pun memang tujuan nak membeli produk terbaru dan singgah makan di cafe.
Sambil makan di cafe Tukang Kebun perasan bot yang banyak bendera ni keluar dengan ada kayu buluh tinggi diikat bersama. Rasanya ni adat-adat upacara traditional kawasan pantai ini dahulu yang penduduk tempatan masih jaga.
 

Ini link website Mentai Park dalam versi English (https://www.kanefuku.co.jp/eng/mentaipark/).

14 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Seronok anak-anak TK dapat berjalan-jalan ke negara orang. The memories there will stay with them forever :)

Amie berkata...

Cerita tentang telur ikan ini teringat sushi yang ada telur ikan halus-halus warna oren. Anak-anak suka betul makan tu.

Azhafizah MN berkata...

Tempat wajib datang ni. Fee and parking free rugi tak datang kan. Tempat menarik, banyak interaktif kanak kanak suka dan tak bosan.

Puas gila kalau dapat makan onigiri besar macam tu kak. Kenyang betul. Kat sini kecil dan harga boleh tahan juga isi ciput je.

coluful bendera ikat pada buluh. trademark jepun :) biasa nampak yang macam bentuk ikan tu.

KANG LATEP berkata...

Ini nostalgia setahun dulu lah yea...ingatkan berjalan musim covid19 nih...

Syazni Rahim berkata...

menarik tempat dia, telur ikan tu sedap ke? nampak macam sangat best bila dia wrap macam tu hehe

Atie Zieya berkata...

i tak pernah sampai lagi tempat ni! hope dpt check it out bila next time ke Japan.. oh Covid please go away

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Puan Hazel,

Syukur Alhamdulillah ada rezeki anak-anak nak dibawa ke sini.
Diorang pun bantu Kami savings. Kekadang initiatif sendiri bawa bekalan ke sekolah supaya dapat simpan budget for travelling. Bagi motivation berjimat cermat.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Anak-anak kami pun suka telur ikan halus di kedai Sushi tu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Patut homemaker ada anak-anak banyak recommends bawa ke sini sebab kita boleh ambil nafas, duduk di cafe atau shopping barang dapur sambil anak2 buat aktiviti kesukaan mereka. Lagipun kat sini tak risau pasal kes culik anak tak macam di Malaysia.

Kalau kat Aeon tu kecil je dah berapa ringgit, anak Kak tak puas makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Kang Latep,

Covid19 ni Jalan tempat2 tak de orang je. Back to nature. Bila PKP ni kena duduk rumah baru ada rezeki masa nak share pengalaman lepas.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Syaz,

Anak-anak suka masuk tekak diorang ni. Sampai rindu nak makan lagi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

InsyaAllah boleh masuk dalam bucketlist.

meintheswim berkata...

Bagi saya telur ikan satu makanan yg lazat tetapi susah nak dapat sekarang susah nak dapat.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty meintheswim,

Memang sukar nak dapatkan telur ikan sekarang. Kalau ada telur ikan papa anak-anak ni jumpa sambil siang ikan, berebut-rebut anaknya nak makan lepas goreng macam anak burung nganga mulut.