Tukang kebun terkejut bulan lepas semasa pergi Cold Storage di Ikano rasa nak beli bulb fennel, bila tengok harga bulb dah kena potong suku pun mencecah RM10. Itu pun suku dari yang saiz kecil (<4cm?)...sobsobsob...sendiri tanam 3 kali ganda saiznya dulu. Ada sebab kenapa tukang kebun nak sangat makan bulb fennel, bukan untuk diri sendiri tapi untuk baby Abbiyana. Hasrat hati si ibu untuk penyusuan supaya dengan makan fennel makin bertambah susu badan. Sebab masa awal balik terlampau penat badan pelbagai perkara hendak diuruskan jadi bila ibu stress, susu pun makinlah rasa kurangnya. Ia bulb fennel mampu naikkan production susu badan dari pengalaman tukang kebun.
Tukang kebun pada mulanya tidak tahu yang bulb fennel mampu menaikkan hasil susu ibu. Tapi pada suatu hari/minggu, bulb fennel di kebun tu perlu dituai cepat sebelum berbunga, jadi hubby yang kena jaga makan minum ibu berpantang buatkan pasta cream campur fennel (macam tiada pantang sahaja). Bila orang lelaki masakkan bukan untuk makan sekali bolehlah makan 2-3 kali nak habiskan je. Tukang kebun rasa pelik kenapa pula bila express milk boleh dapat 2 kali ganda lebih dari biasa untuk buat stok bila ke sekolah dalam keadaan stress. Fikir punya fikir baru terlintas dalam kepala menu yang berbeza ada bulb fennel. Kalau rajin google di wiki mengenai fennel dan ada fakta di dalamnya menyatakan bulb fennel membantu penghasilan susu ibu. Sekadar berkongsi pengalaman untuk ibu yang menyusu dan bakal ibu. Sebab tukang kebun pernah juga cuba pelbagai makanan untuk banyakkan susu tapi buat setakat ini antaranya bulb fennel sesuai sekali yang menunjukkan kesan untuk tukang kebun. Kalau tukang kebun tahu lebih awal, 3-4 bulan sebelum due bersalin sudah mula tanam florence fennel. Jimat duit dan selamat tanam sendiri. Fresh from the garden.
Anak Benih Fennel 'Di Firenza' baru bercambah.
Biji benih Organik Heirloom Florence Fennel Di Firenza~
$3.00 satu pek dengan anggaran 30 biji benih.
Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.



