Pokok bunga cornflower tidak remeh penjagaannya kerana ianya sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanah dan boleh hidup di kawasan yang kurang subur tanahnya. Saiz bunganya adalah di antara 1-2 inchi. Apabila pokoknya telah matang, ianya tahan panas. Sukakan matahari tapi digalakkan tumbuh pokok bunga cornflower pada kawasan yang menerima pancaran matahari di sebelah siang sahaja. Elok semai bijinya selain dari cuaca panas dan kering. Cuba bagi pre-treatment bijinya sebelum disemai di dalam peti ais/fridge (bukan freezer) untuk beberapa minggu. Salah satu tips semai biji cornflower ialah di tempat yang gelap. Oleh itu, elakkan menyemai dengan menabur bijinya ke tanah dengan menyemai biji benihnya sedalam 1cm dan tutup dengan tanah. Pokok bunga cornflower mengambil masa lebih kurang 12 minggu untuk berbunga tapi mengikut faktor perubahan cuaca juga. Jangan lupa potong bunga yang sudah layu untuk musim bunga yang panjang. Ketinggian average pokok bunga ini adalah lebih kurang 40cm dan jarakkan antara pokok 30cm. Bunganya juga makin popular dalam industri florist sebagai bunga hiasan di dalam rumah.
~Biji Benih Bunga Cornflower 'Polka Dot' Mix ~
RM3.00 satu pek (~anggaran 100biji satu pek).
Stok Ada