No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Mexican Sunflower. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mexican Sunflower. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2015

Golden Torch Mexican Sunflower

  Tukang Kebun dapati jenis Mexican Sunflower lebih tahan dengan cuaca panas berbanding dengan bunga matahari biasa. Matahari atau dipanggil Sunflower adalah dalam kumpulan botani keluarga helianthus. Manakala Mexican Sunlower ialah dalam kumpulan botani keluarga Tithonia. Walaupun nampak mirip tetapi bentuk biji benihnya teramatlah berbeza. Yang koleksi yang ditunjukkan dalam posting ini ialah jenis Golden Torch Mexican Sunflower. Tetapi Tukang Kebun tengok ronanya mirip warna buah apricot yang telah ranum, jadi suka-suka panggil Apricot Mexican Sunflower.
  Walaupun saiz bunganya tak sebesar bunga matahari umum, nampak macam pokok bunga daisy besar pun ada juga. Boleh bandingkan saiz bunga matahari dengan pokok bunga keembung yang tumbuh bersama-samanya di gambar No.2. Kalau cukup sinaran cahaya matahari pokoknya boleh tumbuh tinggi macam bunga matahari dan akan makin keluar berkuntum-kuntum bunga dengan meriahnya.
  Ada juga kelopak bunga yang malu-malu lambat sikit nak kembang banding kakak-kakak yang lain. Pokok Mexican Sunflower ini, Tukang Kebun suka sebab tak gile baja macam bunga matahari biasa. Not hard to please plant as long as you give plenty of sunshine. Musim bunganya pun lebih lama dari sunflower biasa.
~ Golden Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .


  Contoh anak pokok Mexican Sunflower yang sedang membesar seperti di atas. Kalau yang berminat warna terang menyala-nyala ada juga kami bekalkan jenis Red Torch Mexican Sunflower seperti gambar di bawah. Bayangkan di bawah ini cuma 1 pokok yang terima cukup cahaya matahari betapa banyak kembang mekar bunga yang diberikan.

More info on Red Torch Mexican Sunflower klik sini.

~ Red Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Tak disangka masih lagi musim berbunga pokok zinnia orange king yang terabai di laman depan sebelah kolam dek kesibukkan fokus di bahagian lain. Lasak juga jenis zinnia orang king walaupun cuaca bulan Jun ini bahang panas. Bunga Zinnia sesuai dijadikan bunga-bunga kering untuk hiasan atau potpuri sebab jika masa dipotong adalah keadaan elok separuh mula kering layu tahan lama. Lepas potong keringkan betul-betul di tempat yang teduh dan berangin. Sebagai contoh yang sebelah kanan di gambar bawah 3 tangkai tersebut boleh dah nak potong dan preserve keringkan elok-elok sebagai hiasan. 

Info Zinnia Orange King klik sini.

~ Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Untuk berbuka puasa hari ke-5 Ramadhan bulan ini, untuk pertama kalinya Hari ini dalam Sejarah Tukang Kebun cuba buat pengat pisang nangka dan nangka. Double Nangka in the menu. Dahlah tak boleh rasa nasib baik menjadi, rasa lemak dan manis just nice bak kata dearest hubby yang ambik 2nd serving. Jadi seronoklah nak mencuba buat pengat bila kebanyakkan semua bahan-bahan memang dari kebun sendiri seperti pisang nangka, nangka, santan dan pandan (related posting klik here). Cuma gula melaka, gula pasir, garam dan sago jadi dalam budget. Kawan Nasa Mulia kita di Warna Warni HidupKu pun dah berapa kali tap tap keyboard bagi cadangan dan dorongan ke Tukang Kebun buat pengat dari hasil kebun sendiri. 

Pengat Pisang Nangka dan Nangka:

Gula Melaka (Hiris-hiris supaya mudah cair)
Gula Pasir
Garam (secubit nak bagi lemak je)
Helaian pandan diikat simpul-simpul
Santan Pekat
Pisang Nangka (potong serong-serong)
Isi Nangka (keluarkan biji, potong-potong panjang)
Biji Sago (dicuci dan ditapis)

~ Panaskan air sedikit dalam periuk. Masukkan Gula Melaka dan Gula Pasir untuk larut dalam air. Kacau-kacau untuk pastikan tak hangit. Ikut rasa nak manis macam mana, Tukang Kebun lebih letak Gula Melaka dari Gula Pasir. 

~ Dah larut masukkan santan pekat dan pandan.

~ Rajin kacau supaya santan tak pecah, api kecik je. Masukkan pula Pisang Nangka dan Isi Nangka yang dipotong. Kacang-kacau. Kemudian masukkan biji sago. Letak secubit garam.

~ Kacau-kacau sampai sago dah jernih dan pisang nampak lembut. Dah Masak.

Tak sampai 20 minit dah siap masak.
  Hari ini menu tak masak nasi. Buat 2 pizza. Ada goreng French Fries dan Karipap. Menu Air pula air cincau dan teh limau telor buaya. Tak dapat nak buat Susu Frozen hari ini lupa nak rendam dalam air dulu semalaman.
  Kemudian roast steak dalam oven. Sambil-sambil tu sempatlah Tukang Kebun berkejaran di belakang kebun masukkan dalam ternakan sambil daging steak ini tengah masak dalam oven.
  Hari ini ada drama sekejap di belakang, Ilhan menangis-nangis trauma sekejap sebab si Prince serang sabung dengan Ilhan. Si Prince ini memang garang asyik nak tunjuk kejantanan dia je banding jantan-jantan lain. Dengan Tukang Kebun pun dia terbang naik patuk-patuk. Tapi Tukang Kebun balas tendangan balik, kalau tidak dia tak berhenti-henti macam nak bersabung. Garang si Prince ini kalahkan Turkey dan Angsa-angsa dekat belakang sekarang. Berlari-larilah si Ilhan keliling kebun kena kejar dengan Prince. Mama Ilhan cuma tengok dan jerit, kalau dia buat Ilhan, Ilhan buat lah balik. Masing-masing tunjuk kejantanan masing-masinglah hehehe...dah nak masuk green belt Taekwando dah, takkan ayam jantan, turkey jantan dan angsa pun nak takut. 

  Gardeners yang berminat untuk dapatkan ayam kampung teruna hidup (RM12) atau ayam kampung teruna sudah diproses (RM15) pada hari Sabtu ini juga boleh yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama (related posting klik sini).

Self Collect Schedule This Week:

~ Rabu, 22hb June 2015 antara pukul 9:00malam~9:30 malam di Sungai Buloh.

~ Sabtu, 27hb June 2015 antara pukul 4:00petang ~ 4:30 petang di Sungai Buloh.


Khamis, 26 Februari 2015

Red Torch Mexican Sunflower

  Kebetulan pula musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini banyak tema sedondon menghiasi Kebun Bahagia Bersama. Antara jenis bunga yang bagi Kebun Bahagia Bersama terang benderang dah beberapa bulan ini ialah Red Torch Mexican Sunflower. Walaupun ianya juga dipanggil Sunflower tetapi bukan adik beradik bunga matahari yang dalam keluarga botani Helianthus. Mexican Sunflower adalah dalam keluarga botani Tithonia rotundifolia.
   Tukang kebun pun agak terkejut betapa mudahnya nak bela Mexican Sunflower berbanding dengan jenis sunflower keluarga Helianthus yang lebih popular. Pokok bunga Mexican Sunflower ini tak manja seperti bunga matahari yang popular itu. Ianya lebih tahan panas dan keperluan airnya tidak banyak. Tak perlu nak siram tiap-tiap hari walaupun pada musim kemarau bila pokoknya sudah nak matang (musim kemarau pun seminggu 1~2 kali je tukang kebun siram jika ada masa). Lagi-lagi musim panas dan kemarau di full sun lebih menjadi-jadi pokoknya berbunga. Tukang kebun perhatikan Mexican Sunflower sangat bahagia menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang hari di mana pokoknya lebih merimbun besar dan banyak berbunga berbanding dengan lokasi yang kurang matahari.
 Mari kita ikut perkembangan Red Torch Mexican Sunflower di lokasi ini. Untuk mengelakan kekeliruan cuma ada 1 pokok Red Torch Mexican Sunflower di sini ya. Sebelum hari Natal sudah mula berbunga pokoknya dan gambar atas tukang kebun ambil sebelum bertolak ke KLIA2 nak terbang ke Sabah (tarikh gambar silap supposed to be December not January). Bahagia sungguh hati tukang kebun bila balik dari bercuti pada minggu tersebut lebih meriah pokoknya makin berbunga seperti gambar di bawah.
  Bulan ini sebab pokoknya dah rimbun sangat dan dah ada juga beberapa kali hujan lebat asyik jatuh je pancang pun tak larat nak support lagi dah. Pokoknya pun dah lebih 2 meter. Lagipun sebab dah merimbun, kesilapan tukang kebun jadi pokok-pokok renek di belakangnya dah merajuk kekurangan cahaya disebabkan terlindung oleh Red Torch Mexican Sunflower. Lalu dibiarkan sahaja pokoknya merayap merimbun di atas tanah supaya pokok-pokok di belakang kembali bahagia semula. Walaupun pokoknya sudah dibiarkan rebah begitu sahaja sehingga sekarang masih meriah berbunga-bunga setiap hari tidak putus-putus. Kalau dah begini nampak macam daisy merah liar tumbuh atas rumput. Saiz bunganya bolehlah dibandingkan dengan si Tigger yang suka duduk berteduh di celah rimbunan Red Torch Mexican Sunflower. Diameter bunganya ada dalam linkungan 3~4 inci.
  Lagi satu tukang kebun berkenan dengan Red Torch Mexican Sunflower ni ialah tak tamak baja dan tahan dahaga. Tak pernah pula tukang kebun bagi baja tapi begitu meriah ianya berbunga musim panas ini. Memang rasa puas hati setiap hari menatapnya dah lebih 2 bulan berterusan begini. Mereka yang risau tanahnya tak subur jangan risau Red Torch Mexican Sunflower ini tak fussy cuma pastikan tanah jenis air tidak bertakung lama (well-drained) dan kalau nak pokoknya sangat ceria tanam di full sun.
   Red Torch Mexican Sunflower ini memang disukai oleh Rama-rama dan Lebah tertarik dengan warna terang benderang yang memanggil-manggil untuk singgah jamu manisan. Red Torch Mexican sunflower adalah antara pilihan bunga yang bagus untuk menarik perhatian agen-agen pendebungaan membantu dalam edible garden. Gardeners yang hendak bersedia menceriakan laman rumah mereka untuk menyambut Raya Aidilfitri tahun ini bolehlah mula menyemai biji benihnya dalam bulan March ~May akan datang ini. Biji-biji benihnya puaslah tukang kebun kemas dalam kereta semasa on the way balik kampung dearest Hubby semasa musim Tahun Baru Cina baru-baru ini. Cuaca panas dan kering ini memang SeedSavers akan busy sebab musim paling sesuai menyemai biji-biji benih dari kebun. Syukur Alhamdulillah dapatlah Kebun Bahagia Bersama bekalkan pelbagai biji benih segar dari kebun bulan February ini.
~ Red Torch Mexican Sunflower (Tithonia rotundifolia) ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com).

Rabu, 31 Disember 2014

Tanjung Aru Malam Natal

  Kami tiba di Sabah pada petang Christmas 2014. Seperti biasa mulalah nak lepaskan mengidam nak mencari jus avocado pada malam Hari Natal tersebut. Ingat nak pergi port tukang kebun biasa pergi. Tapi Tuan Tanah ajak ke Tanjung Aru lepak minum jus. Anak-anak layan je sebab tempat ni banyak kenangan Tuan Tanah dan Big Boss berdating zaman dulu kala.
 Selain dari melepaskan mengidam minum jus avocado ialah makan mempelam potong muda. Tak tahu kenapa tukang kebun rasa mempelam muda potong di Sabah ni rasa lain dari Semenanjung Malaysia. Jadi bila balik ke Sabah mesti asyik pulun makan mangga muda (ambil gambar dalam plastik nak habis dah). Seperti biasa Big Boss mesti tanya tukang kebun ni tengah pregnant lagi ke. Tak delah mempelam muda ni biasalah benda mesti makan macam mencari nasi. Nasib baik di Tanjung Aru pun adalah syurga untuk orang yang suka makan benda-benda masam macam jeruk juga pelbagai pilihan.
 Yang ingin bersantai-santai di Tanjung Aru sambil snacking banyak pilihan yang ada seperti kacang tanah rebus dan jagung rebus. Tapi kacang tanah rebus yang dibuat sendiri beli kacang tanah segar di Tamu sebenarnya lebih sedaplah.
 Sate dan kepak ayam panggang pun ada untuk yang nak isi perut lebih sedikit. 
 Di persisiran pantai pun tidak menjadi gelap pada waktu malam bercahaya-cahaya ada gerai-gerai kecil menjual alat permainan. Nenek Ilhan kata wah Ilhan kalau ada mama dia tak berani nak buka mulut nak minta. Kalau jalan dengan nenek atuk kalau tak dapat muka pandang atas macam nak sampai ke langit tengok. Ilhan bermanja lama dengan atuk nenek cuti sekolah panjang ni lama sejak awal bulan ikut atuk balik.
  Sebelum bertolak ke Sabah terdapat pelbagai bunga baru je nak mula musim bunganya seperti French Marigold. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang.

~ French Marigold Marietta ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Musim bunga Mexican Sunflower Red Torch juga sedang meriah berbunga.

~ Red Torch Mexican Sunflower ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00  (Tithonia rotundifloria).


 Cepat betul rasa tahun 2014 berlalu. Esok dah masuk tahun baru 2015.

Apakah azam baru atau projek baru di kebun gardeners lain tahun depan?

Jika pembaca blog Kebun Bahagia Bersama membaca posting ini di sebelah pagi hari ini, kebarangkalian tukang kebun sedang bahagia di Tamu Tamparuli ya.

Khamis, 18 Disember 2014

Red Torch Mexican Sunflower

Sunflower Mexican Red Torch Sunflower

  Bentuk bunga dan daunnya mirip kepada bunga matahari menjadikan pokok bunga ini dipanggil sebagai Mexican Sunflower walaupun tergolong dalam keluarga yang berbeza. Bunga matahari adalah dalam keluarga ‘Helianthus’ manakala Mexican Sunflower adalah dalam keluarga ‘Thitonia’. Bentuk biji benih Mexican Sunflower juga sangat ketara berbeza bukan seperti kuaci yang boleh dijadikan minyak masak atau sumber makanan seperti bunga matahari biasa. Seperti bunga matahari , Mexican Sunflower juga sangat sukakan cahaya matahari. Keperluan airnya tidak begitu dahaga berbanding dengan bunga matahari.
Tigger with Sunflower Mexico Red Torch

   Warna bunga Sunflower Mexican Red Torch sangat terang kalau nak bandingkan dengan si Tigger yang bulunya berwarna oren seperti gambar di atas. Biasanya kalau tukang kebun buat gardening di kawasan ini si Tigger suka duduk berteduh bawah pokok Mexican Sunflower. Pokok Mexican Sunflower setakat ini di Kebun Bahagia Bersama ada pokok-pokok yang ketinggiannya melebih antara 4~5 kaki jika tumbuh pada lokasi yang banyak menerima cahaya matahari. Saiz bunganya kalau dibandingkan dengan bunga matahari adalah kecil tetapi pokoknya banyak bercabang-cabang akan menghasilkan bunga yaang tidak putus-putus kembang. Sunflower Mexican Red Torch baru bermula musim bunganya minggu lepas, jadi tengah sabar menanti ianya sampai kemuncak musim bunga yang meriah.
Red Torch Mexico Sunflower biji benih dari kebun bahagia bersama

  Gambar di atas adalah antara spot di frontyard Kebun Bahagia Bersama yang tukang kebun suka cuci mata bulan ini. Dah berapa kali ada perubahan di lokasi ini dengan perubahan musim dan pokok-pokok bunga jenis annual yang tukang kebun suka susun di spot ini. Sebagai contoh bulan lepas Zinnia Dahlia Red kembang di sini sekarang pula giliran Red Torch Sunflower Mexican pula kembang. (related posting klik sini) Sebenarnya Zinnia Dahlia Red yang gloriously kembang di situ dahulu memberikan hint kepada tukang kebun yang keberangkalian spot situ juga sesuai untuk Sunflower Mexican Red Torch dengan kadar penerimaan cahaya matahari di kawasan ini. Kesimpulannya kalau nak susun anak-anak pokok, kalau dulu zinnia tumbuh molek di situ ada keberangkalian Sunflower Mexican Red Torch juga sesuai sebab keperluan cahaya matahari, air dan jenis tanah adalah sesuai.
   Dalam gambar atas di sebelah kiri arch di mana Balsam Candy Rose sedang meriah berbunga, sebenarnya tukang kebun pada hari yang sama beberapa minggu lalu buat transplanting barisan belakang Balsam Candy Rose, kemudian di depannya Zinnia dan di depan sekali seperti dalam gambar ialah Sunflower Mexican Red Torch. Ketiga-tiga jenis pokok-pokok tersebut dah berbunga. Cuma kesilapan tukang kebun kali ini dalam kes trial and error kawasan ini nak kenali rapat ialah bab zinnia tu. Anak-anak pokok Zinnia tersebut dah berbunga tapi disebabkan keperluan cahaya untuknya unsatisfactory jadi pokoknya tak tumbuh gloriously di antara balsam dan Mexican sunflower. Tapi tak mengapalah sebab ini adalah rather than thinking it is a mistake, this is a part of learning process.  Ya, masih lagi tukang kebun nak kenali dekat spot ini walaupun tak sebesar mana cara nak susun anak-anak pokok seperti taman bunga ikut perubahan  musim sepanjang tahun di Kebun Bahagia Bersama.
  Seperti perkara lain, macam berkebun ni juga kalau 2~3 kali cuba tak berhasil bukan bermaknanya tangan tak sejuk. Kalau dekat negara 4 musim pula kalau tangan sejuk tak menjadilah pula nak kena tangan panas nak warm up biji benih dan tumbuh-tumbuhan. Jadi tak perlu tangan sejuk, cuma take note dalam trial and error serta berani mencuba banyak kali. Seperti memasak, bukannya semua terus pandai masakkan nak kena juga belajar perlahan-lahan lama-lama tak payah tengok resepi nak tengok measurement. Berkebun pun begitu juga, “trial and error” tu banyak membantu nak dapat skill dan tambah pengetahuan dalam menjadi a smart garden reader.
 Kalaulah anda ulat buku ibaratkan kebun anda sebagai buku, perhati dan bacalah potensi yang boleh dijadikan ruang menanam anda sebagai syurga. Kalau anda seorang artist ibaratkanlah ruang berkebun itu seperti sehelai canvas. Tukang kebun selalu cemburu dengan mereka yang pandai lukis sebab tak pandai lukis sehinggakan anak sendiri Ilhan yang berumur 7 tahun lukisannya lagi cantik dari mama dia. Walaupun tukang kebun tak pandai lukis sekarang seronok buat pilihan ruang di kebun sebagai canvas yang bertukar tiap-tiap hari dengan citarasa gubahan susunan bunga-bunga di situ. Walaupun tukang kebun dah bertahunp-tahun banyak kali tanam zinnia dan balsam kekadang hasilnya pun 50-50 (fail-success rate) sebab salah baca perubahan cuaca ke, tak cukup matahari ke, tak siram, terlampau banyak air, tak merumput dan banyak-banyak faktor lain lagi.  Gardening is not because of tangan sejuk ke, greenfingers ke, it is a matter of gaining skill and experience dengan sifat berani nak mencuba, kali ini fail takpe there will always be a chance nak cuba lagi. Bukankah sekuntum bunga itu pemurah, banyak benih diberikan untuk trial and error.
Bunga Sunflower Mexican REd Torch

  Kalau nampak keadaan putik bunga seperti di atas, InsyaAllah keesokkan harinya kembang cerialah dia. Kembang bunga Red Torch Sunflower Mexico tak tahan lama macam bunga matahari biasa tapi hampir setiap hari ada pengganti baru kembang berseri-seri.
Bunga Matahari Mexico Red Torch

~ Red Torch Mexican Sunflower (Tithonia rotundifloria) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Yellow Torch Mexican Sunflower (Tithonia speciosa) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .