No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Musim Bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Musim Bunga. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mei 2016

Iris Tropika Suka Jalan -Jalan

  Jenis adik-beradik Iris yang bersesuaian dan mudah untuk tanam di kawasan tanah rendah tropika adalah jenis yang dipanggil walking iris. Yang berwarna kuning lebih mudah dibela berbanding dengan warna lain.  Untuk novice gardeners di tanah rendah Malaysia ini yang dah lama berangan-angan nak tanam iris, Tukang Kebun lebih recommend ambil pengalaman tanam jenis walking iris ini terlebih dahulu. Jika walking iris ini ditanam di kawasan tanah rendah tropika bila dah well-established bak kata orang Eropoh atau dah tumbuh subur di situ dah masuk dalam golongan 'hard to die plant'. Tambahan pula pokok ini bila dah well-established adalah drought-hardy plant. Tahan dengan perubahan cuaca tropika sepanjang tahun.
 Seperti kebiasaan jenis pokok-pokok iris lain yang ada rizom, yellow walking iris juga ada rizom walaupun taklah sebesar rizom German Iris/tall bearded Iris. Atas sifat tersebut juga, rumpunan-rumpunan pokok walking iris bunga warna kuning ini di Kebun Bahagia Bersama kami tak perlu siram langsung regardless tengah kemarau panjang. Pokok yellow walking iris yang menariknya boleh sesuaikan diri untuk hidup dalam penerimaan cahaya matahari yang banyak hingga ke kawasan redup. Sepanjang tahun hijau sahaja daunnya kecuali ada kemungkinan yang kesan terbakar daun jika musim panas bahang diletakkan di tempat sepanjang hari terima cahaya terik. The best spot will be kawasan yang masih menerima pancaran matahari macam samar-samar takdelah redup sangat seperti gambar No.2 di atas. Kalau dalam landskap amat sesuai ditanam juga berdekatan dengan kolam atau air.
  Pokok walking iris warna kuning ini boleh juga hidup dalam pasu. Ianya juga boleh dijadikan pokok hiasan dalam rumah. Kalau nak ceriakan ruang tamu atau tandas anda, boleh juga hiasi dengan pokok bunga kuning yellow walking iris. Kalau dalam cuaca tropika ini, Tukang Kebun perhatikan musim bunga kuning walking iris ini ada beberapa kali rajin mood berbunga. Lebih meriah berbunga masa musim hujan ada juga, suka agaknya bila dah lama tak dapat siraman air. Untung orang duduk tropika ini dapat tatap banyak kali bunga kuning walking iris  berbanding dengan kawasan 4 musim. Kalau kawasan 4 musim tu, cuma sekali sahaja musim berbunga bearded iris atau German Iris dan Fairy Iris itu sepanjang tahun (you see it only once a year).
   
  Sebenarnya pesanan untuk pokok yellow walking iris di Kebun Bahagia Bersama trend tahun ini, Tukang Kebun tengok penerimaan banyak dari Borneo. Jadi untuk menjimatkan kos penghantaran, bagi bulan Mei 2016 ini, kami tawarkan pokoknya dalam bentuk moist bare-rooted tanpa tanah. Mudah sahaja penjagaannya, bila terima tanam bahagian yang ada akarnya dalam tanah dan siram setiap hari. Letak di kawasan penerimaan cahaya samar-samar supaya pertumbuhannya lebih cepat berbanding dengan kawasan yang redup. Biasanya untuk pokok yang daunnya tinggi lampai dah tinggi akan ditrim semasa persiapan penghantaran. Lebih baik ditrim sebelum ditanam di tempat baru untuk moist bare-rooted, supaya pokok tak habiskan tenaga kepada daunnya tapi memulakan kehidupan yang baru dengan bagi kerja atau lebih tenaga kepada akarnya untuk settle down first. InsyaAllah cepat semula pokoknya menyesuaikan diri semula di rumah baru.

 Cuma Tukang Kebun tak berapa nak galakkan mulching keliling pangkal pokok bunga yellow walking iris ini terutamanya musim hujan. Sebab kalau lembap sangat nanti takut diundangnya red mites ke akar yellow walking iris. Jadi biarkan pangkalnya terdedah with good air circulation without the use of mulch.

  Untuk bulan Mei 2016 ini, ada promosi 3 moist bare-rooted plant yellow walking iris for RM10.00 (promotion valid only for Mei 2016).

   Syukur Alhamdulillah nampaknya banyak bawang-bawang hippeastrum yang dah bangun dari tidur dan mekar hujung minggu ini sebagai contoh gambar di bawah dan di atas. Terima kasih banyak-banyak juga kebelakangan ini mendapat khabar berita dari gardeners lain yang pernah mendapat bekalan bawang hippeastrum dari Kebun Bahagia Bersama juga telah dapat tatap bunganya. Siap ada bawang bunga hippeastrum kami lupa tanam dah terbabas berbunga tanpa tanah pun.
  Tidak ketinggalan juga pokok orkid pink Trumpet's Player pun ada yang berbunga hampir tak perasan sebab terlindung dengan daun-daun anggur.

  Untuk bawang hippeastrum yang warna peach atau salmon pink seperti gambar No.3 sahaja available sekarang untuk dibekalkan. Freshly dug out from Kebun Bahagia Bersama. Untuk bulan Mei 2016 ini, promosi 2 bawang hippeastrum warna salmon pink ini for RM10 (tawaran sah untuk bulan Mei 2016 sahaja).

Isnin, 8 Jun 2015

Keladi Gajah

  Beberapa minggu ini sudah bermulanya musim bunga untuk pokok keladi gajah di Kebun Bahagia Bersama. Pokok keladi gajah biasanya tidak susah hendak jaga. Hanya bergantung kepada taburan hujan yang diterima sepanjang tahun sudah memadai. Kalau dah lama tak hujan pun kerana ianya jenis tumbuhan berubi walaupun nampak dah lenyap hilang akan kembali bertunas daun kembali apabila musim hujan tiba. Bila ubinya pernah tidur lama, bila hujan akan lebih mudah teruja menghasilkan bunga.
   Sebab bila bandingkan dengan jenis-jenis keladi lain, keladi gajah adalah jenis saiz daunnya paling besar ibarat gajahlah one of the biggest mammal. Ataupun Elephant Ears Plants dikenali di negara lain. Pokok keladi gajah ini lebih digunakan sebagai hiasan dan antara tumbuhan popular yang digunakan dalam landskap yang memberikan imej teduh, tropical dan cuaca yang lembap. Payung semulajadi. 

  Tambahan pula ianya juga boleh ditanam dalam pasu. Kalaulah misalannya ada balcony master bedroom atau balcony rumah kayangan kondo/apartment/flat yang terima sinaran matahari yang banyak nak kasi teduh sikit bolehlah jadikan keladi gajah sebagai payung anda. Sekurang-kurangnya tumbuhan dapat mencuci udara, berikan oxygen, nak pasang tirai pun nak kena rajin-rajin juga lap debu kan sekali kala. Elephant Ears Plant an alternative cheap curtain.
  Walaupun Keladi Gajah ni nampak macam memakai ruang je bila bayangkan saiznya. Tetapi kerana saiz besarnya ia juga adalah good big buddy brother untuk memberikan teduhan kepada tumbuhan-tumbuhan renek lain yang lebih gemarkan keadaan cuaca separa matahari untuk hidup nampak lebih bahagia. Sebagai contoh di Kebun Bahagia Bersama, Keladi gajah di sudut ini berkawan dengan kembang bugang dan dove tail. Siap duduk di bawah jenis pokok-pokok pinang.
  Yang ini landskap di Zoo Negara berhampiran dengan tempat kandang panda. Cekur jenis cekur batik duduk berteduh di keliling pokok-pokok keladi gajah. Kebetulan dekat Kebun Bahagia Bersama juga minggu ini musim bunga cekur batik, cantik bunganya yang berwarna ungu tu. Lagi teduh kawasan, lagi ke-unggu-an warna daunnya.
  Yang ini juga gambar diambil di Zoo Negara tahun lepas, Keladi gajah rakan-rakannya pokok-pokok bunga crossandra. Tak ingat lokasi mana rasanya berdekatan Taman Burung.
  Di Kebun Bahagia Bersama juga ada Keladi Gajah dah berbelasan tahun duduk bahagia berkawan dengan pokok bunga blue crossandra. Pokok-pokok bunga crossandra pun asalnya disediakan dari induk ini (Blue Crossandra ready stock available 1 pot RM7.00). 

Maklumat lanjut mengenai Blue Crossandra boleh baca di laman page klik sini.
 Keladi Gajah seperti Madonna Lily juga kerap digunakan di landskap keliling kolam. Floria 2015 kali ini Tukang Kebun perhatikan lebih banyak tema taman dan air berbanding Floria 2014.

  Teringat trip Abby pertama kali ke Sabah, kebetulan ketika itu di sekitar daerah Tuaran Tukang Kebun perhatikan musim keladi gajah berbunga. Bila setiap kali ke Tamu Tamparuli ketika itu, Tukang Kebun perhatikan ada pekebun yang menjual seakan kudup-kudup bunga keladi yang belum kembang lagi penuh. Naluri Tukang Kebun masa itu, bila tengok sekilas macam kudup bunga keladi gajah je rasa-rasanya. Sebab dah bertahun-tahun tak balik, too much excitement, too many things to absorb tak kesempatan nak bertanya. Jika ada gardeners yang ada pengetahuan mengenai kudup bunga seperti di gambar bawah apa dia dan kegunaannya, please share with us. Yang tertanya-tanya dalam plastik sebelah tu apa dia, kalau tak silap Tukang Kebun kalau dalam bahasa Dusun-Kadazan ialah Tuhau sejenis jerangau.

~ 1 moist bare-rooted Keladi Gajah (Elephant Ears plant) RM5.00 ~
  Terjumpa pula gambar Abby first trip to Sabah, masa ni rambut Abby takde curly macam sekarang.

 Minggu ini yang ingin dapatkan telur itik (70sen sebutir) dari Kebun Bahagia Bersama juga boleh self-collect pada hari-hari berikut.

Self-Collect Schedule This Week:

~ 13hb June 2015 antara pukul 12:00tengahari~12:30 tengahari di Komuter Stesen Nilai/Pejabat Pos Nilai berhampiran Mydin.

~ 13hb June 2015 antara pukul 5:30petang~6:00 petang di Sungai Buloh.

~14hb June 2015 antara pukul 6:30petang~7:00petang di Sungai Buloh.

Jumaat, 22 Mei 2015

Promosi Heliconia

  Tahun ini taburan hujan yang diterima setiap bulan di Kebun Bahagia Bersama amat membahagiakan kumpulan tumbuhan Heliconia. Rasanya begitu pesat mereka tumbuh tahun ini dan merumpun naik anak-anak bangun dari rhizome yang tidur di dalam tanah. Tukang Kebun pun rasa tak dapat nak kejar kemaskan kelompok-kelompok Heliconia di pelbagai sudut dalam Kebun Bahagia Bersama tahun ini. Personal opinion Tukang Kebun memang this year is really Heliconia year. Lebih-lebih bulan ini rasa pelbagai jenis heliconia rancak berbunga. Tak pernah dibelai dan dibaja begitu ceria mereka menonjolkan diri dengan warna yang sangat terang-benderang seakan burung exotic besar menghuni di laman.
  Rasanya tahun ini dah 3 kali Tukang Kebun kemaskan rumpun Heliconia Guyana di sudut depan ampaian ini dah mula nampak padat semula kembali. Tangkai-tangkai bunga pun banyak tak sempat nak kemaskan ada yang tersorok di sebalik daun-daun yang besar.

Info Heliconia Guyana lawat laman sebelum ini klik sini.
 Si Halloween pun tak nak mengalah nak menonjolkan diri juga tahun ini tak putus-putus berbunga. Kekadang bunganya nampak berwarna kuning, kekadang nampak macam jingga pula. Cuma berlainan dengan si Guyana, daun Halloween bila makin berumur akan menghasilkan ala-ala daun variegated bertompok-tompok kuning. Suka betul tumbuhan heliconia dengan cuaca tahun ini.

Info Heliconia Halloween lebih lanjut boleh didapati dengan klik sini.
  Memandangkan tahun ini tumbuhan heliconia begitu menjadi-jadi, maka sesuai jugalah untuk novice gardener nak mencuba-cuba. Yang baru pindah rumah takde budget nak buat tembok dinding nak ada privacy sikit pun bolehlah jadikan heliconia sebagai tirai. Heliconia jenis tumbuhan pada musim banyak hujan memang cepat merimbun. Kalau cuaca di tanah rendah Malaysia ini jangan cepat panik kekadang rizom tu ada ikut mood dia juga, kekadang cepat bangun, kekadang lama jadi sleeping beauty menunggu kiss from the rain yang banyak. Cuma hati-hati jangan bersifat gopoh-gapah tak sabar asyik biarkan tanahnya terlampau basah atau bertakung antara sebab mengakibatkan rizom akan mereput atau berkulat. Seperti tumbuhan berizom lain ada masa-masa juga ianya dalam phase dormant, bila dia rasa sesuai nanti dia bangunlah tu. Nature know best.
 
Info Heliconia Hanging Lobster Claw klik sini.


  Dari hari ini hingga hujung bulan ini, Kebun Bahagia Bersama buat promosi heliconia.

  1 set rizom heliconia terkandung; 1 rizom Guyana, 1 rizom Halloween, 1 rizom Hanging Lobster Claw dan 1 rizom heliconia random Tukang Kebun pilih berharga RM20. 

Kos penghantaran dalam kawasan Semenanjung Malaysia RM14. Jumlah RM34.

Kos penghantaran dalam kawasan Sabah/Sarawak RM27. Jumlah RM47.

Jimat sekurang-kurangnya RM20. 50% saving.

Promosi valid sehingga 31hb Mei 2015.

Sabtu, 24 Januari 2015

January Purple Parade

  Minggu ini antara warna yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah bunga berwarna ungu. Pokok Garlic Vine yang ada setinggi lebih 4 meter berjurai-jurai bunganya meriah menghiasi pagar depan Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok bunga keembung juga tak putus-putus berbunga ada banyak pengganti di Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok keladi bunting juga seperti keembung rajin sungguh berbunga bulan ini wakil jenis waterplant.
  
 Bahagia hati tukang kebun bila Kak Ani kongsikan gambar pickerelweed yang ditanam di rumahnya di Kuala Pilah. Tumpang seronok tengok pembesaran pantas pickerelweed Kak Ani yang sudah berbunga-bunga. Kebun Bahagia Bersama pos ubi pickerelweed hujung bulan November 2014 dan belum sampai 2 bulan sudah bahagia pokoknya menetap di rumah baru.

Review pickerelweed dari Kak Ani : "Sangat cepat pembesarannya, mudah penjagaannya dan rajin berbunga".

Isnin, 5 Januari 2015

White Impatiens balsamina with purple splash

  Awal tahun 2015 juga, musim bunga Impatiens balsamina masih berterusan. Moga bunga Impatiens balsamina terus menceriakan Kebun Bahagia Bersama hinggalah Tahun Baru Cina. Untuk memastikan jenis bunga Impatiens balsamina berterusan musim bunganya biasanya di Kebun Bahagia Bersama kami mengamalkan prinsip 'succession sowing'. Di mana dari bulan Oktober hinggalah ke February, tiap-tiap bulan akan kami menyemai biji benih Impatiens balsamina sekurang-kurangnya sekali.
 Impatiens balsamina adalah nama botani bagi bunga keembung ataupun inai pacar. Biji-biji benih Impatiens balsamina amat mudah tumbuh bila hujan kerap bertandang. Biasanya pada musim hujan tabur sahaja biji benihnya sangat mudah ianya naik dan anak-anak pokok pindahkan di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak paling sesuai. Bila hujan kurang atau musim panas elok biji benihnya disemai sedalam 0.3~0.5cm dalam tanah pastikan ianya tidak kering dan anak-anak pokok dipindahkan ke kawasan yang menerima separa cahaya matahari (partial shade). Pokok keembung biasanya tak fussy dengan jenis tanah boleh ditanam dengan tanah jenis clay sehinggalah berpasir.

Tips pemindahan anak-anak pokok Impatiens balsamina boleh refer ke posting ini (klik sini).

  Sesiapa yang kulitnya terlecur ketika memasak bolehlah ambil bunga-bunganya tempek-tempek di tempat yang melecur ada cooling effect. Jus dari bunganya dikatakan dapat membantu merawat gigitan ular.
  Antara koleksi bunga Impatiens balsamina yang sedang berbunga di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis bunga putih dengan kelopak berlapis yang ada  bercampur jaluran warna ungu. Jenis yang ini ketinggiannya sederhana. Sebelum balik ke Sabah sempat menuai batch baru fresh seeds jenis Impatiens balsamina ini dan masih berterusan menuai biji-biji benihnya untuk stok tahun ini selagi masih ada. Biji-biji benih Impatiens balsamina jika disimpan dengan elok boleh disimpan sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun.

~ White Impatiens Balsamina with purple splash ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

  Impatiens balsamina Candy Rose yang tumbuh bersebelahan Red Torch Mexican Sunflower juga makin meninggi berbanding dengan bulan lepas (related posting klik sini). Semua jenis biji-biji benih Impatiens balsamina yang dibekalkan adalah dituai sendiri dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Impatiens balsamina Candy Rose ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1pek RM3.00 .

Khamis, 18 Disember 2014

Red Torch Mexican Sunflower

Sunflower Mexican Red Torch Sunflower

  Bentuk bunga dan daunnya mirip kepada bunga matahari menjadikan pokok bunga ini dipanggil sebagai Mexican Sunflower walaupun tergolong dalam keluarga yang berbeza. Bunga matahari adalah dalam keluarga ‘Helianthus’ manakala Mexican Sunflower adalah dalam keluarga ‘Thitonia’. Bentuk biji benih Mexican Sunflower juga sangat ketara berbeza bukan seperti kuaci yang boleh dijadikan minyak masak atau sumber makanan seperti bunga matahari biasa. Seperti bunga matahari , Mexican Sunflower juga sangat sukakan cahaya matahari. Keperluan airnya tidak begitu dahaga berbanding dengan bunga matahari.
Tigger with Sunflower Mexico Red Torch

   Warna bunga Sunflower Mexican Red Torch sangat terang kalau nak bandingkan dengan si Tigger yang bulunya berwarna oren seperti gambar di atas. Biasanya kalau tukang kebun buat gardening di kawasan ini si Tigger suka duduk berteduh bawah pokok Mexican Sunflower. Pokok Mexican Sunflower setakat ini di Kebun Bahagia Bersama ada pokok-pokok yang ketinggiannya melebih antara 4~5 kaki jika tumbuh pada lokasi yang banyak menerima cahaya matahari. Saiz bunganya kalau dibandingkan dengan bunga matahari adalah kecil tetapi pokoknya banyak bercabang-cabang akan menghasilkan bunga yaang tidak putus-putus kembang. Sunflower Mexican Red Torch baru bermula musim bunganya minggu lepas, jadi tengah sabar menanti ianya sampai kemuncak musim bunga yang meriah.
Red Torch Mexico Sunflower biji benih dari kebun bahagia bersama

  Gambar di atas adalah antara spot di frontyard Kebun Bahagia Bersama yang tukang kebun suka cuci mata bulan ini. Dah berapa kali ada perubahan di lokasi ini dengan perubahan musim dan pokok-pokok bunga jenis annual yang tukang kebun suka susun di spot ini. Sebagai contoh bulan lepas Zinnia Dahlia Red kembang di sini sekarang pula giliran Red Torch Sunflower Mexican pula kembang. (related posting klik sini) Sebenarnya Zinnia Dahlia Red yang gloriously kembang di situ dahulu memberikan hint kepada tukang kebun yang keberangkalian spot situ juga sesuai untuk Sunflower Mexican Red Torch dengan kadar penerimaan cahaya matahari di kawasan ini. Kesimpulannya kalau nak susun anak-anak pokok, kalau dulu zinnia tumbuh molek di situ ada keberangkalian Sunflower Mexican Red Torch juga sesuai sebab keperluan cahaya matahari, air dan jenis tanah adalah sesuai.
   Dalam gambar atas di sebelah kiri arch di mana Balsam Candy Rose sedang meriah berbunga, sebenarnya tukang kebun pada hari yang sama beberapa minggu lalu buat transplanting barisan belakang Balsam Candy Rose, kemudian di depannya Zinnia dan di depan sekali seperti dalam gambar ialah Sunflower Mexican Red Torch. Ketiga-tiga jenis pokok-pokok tersebut dah berbunga. Cuma kesilapan tukang kebun kali ini dalam kes trial and error kawasan ini nak kenali rapat ialah bab zinnia tu. Anak-anak pokok Zinnia tersebut dah berbunga tapi disebabkan keperluan cahaya untuknya unsatisfactory jadi pokoknya tak tumbuh gloriously di antara balsam dan Mexican sunflower. Tapi tak mengapalah sebab ini adalah rather than thinking it is a mistake, this is a part of learning process.  Ya, masih lagi tukang kebun nak kenali dekat spot ini walaupun tak sebesar mana cara nak susun anak-anak pokok seperti taman bunga ikut perubahan  musim sepanjang tahun di Kebun Bahagia Bersama.
  Seperti perkara lain, macam berkebun ni juga kalau 2~3 kali cuba tak berhasil bukan bermaknanya tangan tak sejuk. Kalau dekat negara 4 musim pula kalau tangan sejuk tak menjadilah pula nak kena tangan panas nak warm up biji benih dan tumbuh-tumbuhan. Jadi tak perlu tangan sejuk, cuma take note dalam trial and error serta berani mencuba banyak kali. Seperti memasak, bukannya semua terus pandai masakkan nak kena juga belajar perlahan-lahan lama-lama tak payah tengok resepi nak tengok measurement. Berkebun pun begitu juga, “trial and error” tu banyak membantu nak dapat skill dan tambah pengetahuan dalam menjadi a smart garden reader.
 Kalaulah anda ulat buku ibaratkan kebun anda sebagai buku, perhati dan bacalah potensi yang boleh dijadikan ruang menanam anda sebagai syurga. Kalau anda seorang artist ibaratkanlah ruang berkebun itu seperti sehelai canvas. Tukang kebun selalu cemburu dengan mereka yang pandai lukis sebab tak pandai lukis sehinggakan anak sendiri Ilhan yang berumur 7 tahun lukisannya lagi cantik dari mama dia. Walaupun tukang kebun tak pandai lukis sekarang seronok buat pilihan ruang di kebun sebagai canvas yang bertukar tiap-tiap hari dengan citarasa gubahan susunan bunga-bunga di situ. Walaupun tukang kebun dah bertahunp-tahun banyak kali tanam zinnia dan balsam kekadang hasilnya pun 50-50 (fail-success rate) sebab salah baca perubahan cuaca ke, tak cukup matahari ke, tak siram, terlampau banyak air, tak merumput dan banyak-banyak faktor lain lagi.  Gardening is not because of tangan sejuk ke, greenfingers ke, it is a matter of gaining skill and experience dengan sifat berani nak mencuba, kali ini fail takpe there will always be a chance nak cuba lagi. Bukankah sekuntum bunga itu pemurah, banyak benih diberikan untuk trial and error.
Bunga Sunflower Mexican REd Torch

  Kalau nampak keadaan putik bunga seperti di atas, InsyaAllah keesokkan harinya kembang cerialah dia. Kembang bunga Red Torch Sunflower Mexico tak tahan lama macam bunga matahari biasa tapi hampir setiap hari ada pengganti baru kembang berseri-seri.
Bunga Matahari Mexico Red Torch

~ Red Torch Mexican Sunflower (Tithonia rotundifloria) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Yellow Torch Mexican Sunflower (Tithonia speciosa) ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Jumaat, 14 November 2014

Musim Mauve

  Minggu ini di Kebun Bahagia Bersama adalah musim bunga berwarna mauve. Antara yang berbunga berjurai-jurai di depan pintu pagar melilit kepada pokok lipstick palm ialah Garlic Vine. Pokok bunga garlic vine juga boleh ditanam di dalam pasu. Tempat deretan kedai biasa tukang kebun buat tempat Self-Collect ada tuan pokoknya tanam garlic vine dalam pasu. Bulan ini ada ready stock semula yang dah lama dalam wish list menunggu Garlic Vine.

More info about Garlic Vine klik sini.

~ Garlic Vine (False Garlic) ~
1 pot RM8.00 .
  
  Yang sukakan musim hujan ini dan rajin berbunga adalah Keladi Bunting yang begitu mudah untuk dibela sesuai untuk novice gardener.

More info mengenai Keladi Bunting klik sini.

~ Keladi Bunting (Water Hyacinth) ~
2 pokok RM5.00 .
  
 Yang juga menyerikan pintu pagar depan di tempat yang lebih redup ialah Blue Crossandra. Blue Crossandra yang dah selesa lama tumbuh di sini tak pernah pun tukang kebun siram masa musim kemarau tetap bahagia. Nak cari tumbuhan yang boleh berbunga dan selesa di tempat kurang cahaya, Blue Crossandra antara pilihan yang disyorkan.

More info about Blue Crossandra click here.

~ Blue Crossandra (Blue Twilight) ~
1 pot for RM7.00 .
  Orkid jenis ini pun galak berbunga bulan ini. Tukang kebun tak pasti namanya apa. Bolehlah kongsi namanya jika tahu.
  Gardeners yang warna kegemarannya ialah mauve, bolehlah intai koleksi pokok-pokok yang mengeluarkan bunga berwarna mauve di page blog Kebun Bahagia Bersama ' Bunga Warna Mauve/Lilac/Lavender' (klik sini). Kesemuanya ada stock.

    Tidak ketinggalan juga sekarang musim buah Terung Susu Kambing yang bunganya berwarna ungu di Kebun Bahagia Bersama. Ada juga beberapa pokok terung susu kambing sedang masih tidak putus-putus menghasilkan bunga lagi.

Info lanjut mengenai Terung Susu Kambing klik sini.

~ Terung Susu Kambing (Solanum mammosum)~
Anggaran 10 biji benih 1 pek RM3.00 .


  Yang ingin Self-Collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama esok antara pukul 5:30~6:00 petang boleh buat temujanji dengan tukang kebun sebelum pukul 4 petang ya (kebunkmg@gmail.com).

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kembang for Bridal Bouquet

   Balik dari menghantar Big Boss dan Tuan Tanah ke KLIA Selesa lepas ditemani dengan Ilhan yang dicutikan sekolah sebab ganti UPSR tukang kebun intai sekejap area ni yang baru dipindahkan anak-anak pokok zinnia dan balsam. Pada mulanya tukang kebun tak perasan yang si Kembang Bugang sedang berbunga lebat. Tapi sebab tiba-tiba rasa macam ada bau semerbak berdekatan, rupa-rupanya bau wangian dari Kembang Bugang rupanya.  

  Baru tukang kebun sedar yang kembang bugang ni bunganya berbau kuat masa waktu dah sangat senja ke malam rupanya. Sebab belah siang macam tiada perasan baunya. Subhanallah walaupun tukang kebun jejak kaki sekejap je di kebun pasti ada benda baru yang dipelajari. Baru tukang kebun teringat jangan pandang rendah dengan bunga-bungaan putih walaupun pada sebelah siang seakan tiada wangian. Wangi kembang bugang lembut je untuk si anak dara princess takdelah boleh lawan dengan Queen of the night (klik sini).

 Gambar diambil pada lewat senja.
   Lebat sungguh gugusan bunganya. Terlintas pula di fikiran tukang kebun boleh terus buat simple hand bouquet arrangement untuk flower girl ataupun bride for night nikah or wedding. Tambahan pula bau bunganya yang sangat harum pada waktu malam. Flower arrangement atas meja makan juga menarik. Pokok kembang bugang ni sangat lasak ya, kalau tukang potong rumput terpotong pokoknya pun nanti dia hidup semula bertunas. Perangai dia ni macam akar dani, akar dia selagi hidup dalam tanah dia mampu membiak keluar anak-anak pokok baru sama juga seperti pepanggil (klik sini).  Untuk tumbuhan yang jenis akar-akar kuat ni seperti akar dani, pepanggil dan kembang bugang boleh dihantar seluruh Malaysia (Sabah dan Sarawak moist bare-rooted, Semananjung Malaysia dalam bekas bersama tanah).

~ Kembang Bugang ~
1 plant for RM7.00 .

Jumaat, 25 Julai 2014

Kemarau Kemuning

 Minggu ini pada waktu malam semerbaknyalah bau si Kemuning. Seronok pula duduk di luar sambil perhatikan kanak-kanak riang bermain bunga api di deretan lampu pelita sambil menunggu waktu Isyak. Minggu ini pokok-pokok kemuning di keliling rumah berbunga serentak. Bermeter-meter boleh bau keharumannya terutama pada waktu malam. Bila nampak buah berwarna oren dihasilkan dari kemuning terasa nak merasa pula hampir membuatkan diri ini lupa yang sedang berpuasa. Bukan lebah sahaja yang sibuk menghisap madu dari bunga kemuning. Tetapi pelbagai serangga juga duduk tumpang gembira seperti gambar di bawah. 
 Keliling pokok bunga kemuning banyak nampak keguguran kelopak bunganya yang dah layu macam winter sonata pula tetapi sebenarnya 'Kemarau Kemuning'. Antara bekas yang tukang kebun simpan stok bunga air 'ShiroHanaSakuraTade' pun bermandikan bunga Kemuning. Eloklah jadi sumber kompos yang baik.
 Minggu ini juga Lotus rajin berbunga, nampak ada kudup bunga juga yang muncul dan bakal kembang pada minggu Raya.
 Sedang tukang kebun belek-belek si bunga lotus, terdengar macam ada benda berjalan di atas atap berdekatan dengan kepala. Rupa-rupanya si Gorrum datang tengok bersama. Di sebalik bunga-bunga kertas yang masih tak putus-putus berbunga. Yang kami prune lalu belum berbunga lagi tapi dah naik subur balik, tunggu masa sahaja.

Ramai yang bertolak balik kampung ke hari ini? Drive safely, safety 1st.

Isnin, 30 Jun 2014

Yang Berbunga-Bunga Top 3 Perennial Flower June 2014

 Di Kebun Bahagia Bersama pada June 2014 ini adalah musim kemarau. Ada hujan ziarah pun pada awal bulan. Lepas tu tak datang-datang hujannya. Akhirnya pada 26hb June 2014 ada juga hujan sudi singgah sebentar. Bila dah beberapa minggu tak hujan, pastilah pokok-pokok semua akan jadi stress. Tambahan pula pokok yang dalam kategori 'perennial' dah bertahun-tahun menghuni Kebun Bahagia Bersama tiada tukang kebun bagi muka nak siram. Malas tukang kebun nak layan, kalau hijau subur saja masa musim ada hujan. Maka bila diabaikan barulah nak memperagakan bunga-bunganya. Top 3 dalam kategori pokok perennial yang asyik berbunga pada bulan June ialah Pokok kemboja kuning bali, Jenjuang Merah dan Pepanggil.
 Eloklah tu. Lagipun mereka bertiga ni memang boleh hidup bahagia bersama-sama. Gambar di atas ini di bahagian luar tembok depan Kebun Bahagia Bersama. Memanglah takkan disiram. Dah tumbuh tinggi melampai nak intai penghuni di dalam agaknya buat apa.
 Jenjuang merah jarang-jarang tonjolkan bunganya yang cantik macam loceng tu. Bila dah kena kemarau baru nak berbunga. Sebab tu orang ingat pokoknya semata hiasan daun sahaja tetapi pokoknya ada pelbagai guna (info jenjuang merah klik sini).
 Bulan June ini di sudut-sudut yang dihuni oleh pepanggil memang menjadikan tempat tersebut menyala-nyala macam tiang lantern nak sambut tahun baru cina. Pokok pepanggil banyak juga yang ditanam di tembok luar depan rumah (Gambar di atas bersebelahan Gate No. 1). Pokoknya tinggi jadi bila berbunga boleh nampak dari dalam kawasan halaman dalam rumah. Pokok pepanggil bila dah umurnya lebih 7 bulan tak berbunga-bunga jangan dimanjakan lagi. Berhenti kasi makan (baja) dan minum (siram) kalau nak dia menyerlah berbunga. Kalau banyak sangat dibelai nanti dia asyik beranak pinak malas keluarkan bunga. Bila kemarau bila tak disiram memang dia akan dipaksa berbunga. Kalau daun kuning gugur tak mengapa, tengok dalam gambar daun di pokoknya pun dah hilang sudah di musim kemarau ini. Pokok pepanggil bila dah lebih setengah tahun pokoknya sangat lasak sebab akarnya dah banyak tersebar di bawah tanah tanpa kita sedari. Itu sebab bila dah subur sangat diberi makan, keluar anak-anak pokok tiba-tiba di sekitarnya. Bila dah habis layu bunganya, pangkas sahaja. InsyaAllah akan keluar pucuk-pucuk baru nanti (Info pepanggil klik sini).
 Just a reminder yang telah dapat ticket dari Kebun Bahagia Bersama berminat untuk menerima Hamper Aidilfitri 2014 dari Kebun Bahagia Bersama bolehlah join in mulai esok.

Selamat mengerjakan ibadah puasa.