No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 16 Disember 2014

Balsam Candy Rose

 Antara jenis balsam yang sedang meriah berkembang di Kebun Bahagia Bersama sekarang ialah Balsam Candy Rose yang bunganya jenis single layer tapi corak warna bercampur merah dan putih. Pada hari ini tukang kebun ingin berkongsi cara Kebun Bahagia Bersama pindahkan anak-anak pokok balsam yang kebarangkalian dapat membantu pertumbuhannya pada kala musim kemarau mahupun musim hujan.
 Tukang kebun biasanya bila pindahkan anak-anak pokok balsam akan tanam batang di bahagian bawah sehingga bahagian mendekati daun set baby yang awal sekali muncul tu. Sebagai contoh di gambar atas seperti paras yang ditunjukkan dengan jari telunjuk.
  Pokok balsam akarnya tak dalam jadi tukang kebun fikir-fikir sebab balsam boleh juga ditanam dengan keratan maka mudah batangnya yang terbenam dalam tanah juga akan membentuk akar-akar lebih banyak membantu pertumbuhan anak balsam cepat membesar. Cara begini merangsangkan lebih banyak pertumbuhan lebih banyak akar balsam dan akar asal juga berada di paras yang lebih dalam dapat menerima lebih banyak nutrient dan air.
  Di kala musim kemarau, cara pemindahan anak pokok balsam ini akan membantu anak pokok balsam menyerap air lebih dalam berbanding hanya bergantung kepada bahagian hampir permukaan tanah yang mudah kering akibat fenomena sejatan. Manakala untuk musim hujan pula pokok balsam akan lebih kukuh sebab mempunyai banyak akar yang memegang tanah untuk membantu ianya berdiri tegak di kala hujan lebat menimpa.
  Bandingkan Gambar No. 2 dan No. 4 betapa ketara banyaknya tukang kebun tanam batang anak-anak pokok balsam yang sama ke dalam tanah. Sudah nampak kontot kan. Tapi jangan khuatir tidak memberi kesan kepada ketinggian pokok-pokok balsam tersebut apabila matang. Lihatlah hasilnya di gambar bawah (anak pokok yang sama sebagai contoh progress pembesaran) sudah lebih tinggi dari pasu besar yang membesar dalam musim hujan.
  Gambar di bawah ambil angle dari sudut atas pula. Bahagia hati seorang tukang kebun tengok bunganya kembang meriah.
  Balsam Candy Rose juga kekadang biji benih yang terhasil juga akan secara random menghasilkan balsam bunga berwarna merah kelopak selapis seperti gambar di bawah. Minggu lepas sudah tukang kebun mula tuai biji benih fresh Balsam Candy Rose dari kebun bahagia bersama untuk menceriakan juga kebun lain.

~ Balsam Candy Rose ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

 Tidak ketinggalan juga balsam pink kelopak berlapis-lapis yang menceriakan Petak 4 dalam kalangan rumpai juga biji benihnya dapat dituai oleh tukang kebun dari minggu lepas. Baka balsam pink ini jenis golongan balsam yang ketinggian tinggi. Manakala balsam Candy Rose pula ketinggiannya sederhana.


~ Balsam Pink Multi-Layer ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

7 ulasan:

Kakzakie berkata...

Inilah kakak yg tahunya panggil keembong aje. Masuk sini bertambah suka timba ilmu nama scientificnya:)

Cantik!

Julie M berkata...

Assalamualaikum kak Diana, Cantiknya candy Rose tu..book sepeket ye. :-)

sud@is berkata...

cantiknya color pink putih tuu

Tanpa Nama berkata...

salah satu dari jenis bunga yang senang tumbuh tak tanam pun biji yang betaburan boleh tumbuh

jafmy

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kakzakie,

Ada lagi satu namanya juga dipanggil inai pacar, nama botani Impatiens balsamina.

Salam Bahagia Julie.

Waalaikumsalam.

Dah reserved untuk Julie 1 pek.

Salam Bahagia Sud@is.

Dwi-warna nampak lebih meriah.

Salam Bahagia Jafmy,

Ya kantung benihnya yang meletup menyebabkan biji-biji benih bertaburan membuatkan ianya mudah tumbuh sendiri apabila hujan rajin bertandang.Nice easy come again flower.

Zaieful zai berkata...


Cantiknya bunga ni
Ada mengeluarkn bauan x (wangi)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Zaieful Zai,

Bunga ini cantik.
Tapi tidak mengeluarkan bau.