Salam Bahagia, bulan Disember rasa tercungap-cungap je rasa 24 jam dalam sehari nak siapkan pelbagai urusan macam tak cukup je tolak dengan masa keperluan tido. Syukur Alhamdulillah dalam kesibukkan yang banyak memberikan kegembiraan adalah apabila dapat petik pelbagai jenis buah dan sayuran dari kebun hasil dari tangan sendiri atau yang tumbuh sendiri. Salah satu cara untuk hilangkan stress bagi tukang kebun ialah ambil gambar syok sendiri hasil tuaian apabila masa menginzinkan. Bila ada masa tak boleh lelap mata ke enjoy semula moment kutip hasil tuaian tersebut. Bagus untuk therapy minda rasa macam ada accomplish something in that day untuk pesakit yang pernah menghadapi 'post-natal depression' macam tukang kebun.
Antara tuaian minggu lepas yang dapat diabadikan dalam gambar ialah sayur daun Mizuna, Bok Choy Jepun 'Vitaminna', asparagus Mary Washington, markisa, kacang panjang merah, roselle dan pucuk-pucuk mulberry.
Yang buat mama tak tidur lena minggu lepas pun risau dengan kesihatan Abby. Hari kedua sendiri pegang mask untuk nebulizer sendiri sambil pegang tangan papa (related posting klik sini). Bila lenguh tak larat nak pegang dah, mama tolong pegang. Syukur Alhamdulillah dah nampak sihat dan terlampau aktif pula minggu ini, banyak pula lebam terhantuk sini sana kuat main dengan abang-abang. Thank you all for the good wishes.
Minggu lepas hairan tengok Madagascar Periwinkle yang rajin tumbuh sendiri muncul sini sana selalunya lebat jadi togel pula. Rupa-rupanya ada juga peminat pokok ini, besar pula anaknya. Nasib baik pokok-pokok bunga lain tidak dikacaunya cuma Madagascar Periwinkle jadi mangsa. Dalam gambar bawah sebenarnya ada beberapa pokok bunga lycoris yng terselit di sana sini kena keliling dengan weeds. Lycoris ini tak banyak penjagaan biasanya tukang kebun biar je begitu sahaja, nampak okay je selalu.
Si Tigger pun hairan tengok apa benda yang besar bergerak-gerak atas pokok yang tukang kebun dah cabut keluar sebelum santap pokok-pokok jenis lain. Ini anak ulat rama-rama apa ya? Cuba teka ada berapa ulat hijau dalam gambar bawah?
Aksi ini pula tak sengaja ter-skodeng. Tapi hairan yang atas lalat besar tu serangga apa?
Minggu lepas sedang tukang kebun duk belek-belek sebalik rumpunan daun-daun kacang kelisa yang membelit sangkar Petak No. 2 mencari kacang ternampaklah pula pak belalang sedang bertukar baju (kulit?cangkerang?). Dah makin besar agaknya jadi nak tukar baju baru.
Baju yang lama dah ditinggalkan oleh Pak Belalang.
Hari Sabtu lepas, dearest husband tak sihat. Jadi tukang kebun buatlah kerja yang boleh settle sorang-sorang. Memandangkan dah rasa serabut tengok rumput begitu cepat memanjang di frontyard dan segan dengan tuan tanah yang nak balik sekejap Rabu ini maka habis pulun rumput di frontyard tukang kebun potong memakai mesin rumput dari Auntie Z. Orang yang sakit duduk dalam rumah pun lama-lama tak tahan tengok kedegilan tukang kebun nak habiskan potong rumput belah depan halaman keliling rumah (almost 3 hours nak habiskan).
Lepas tu Ahad pun banyak mengemas dekat belakang bila dinner malam Isnin dearest hubby dah agak nampak macam dah mula menggeletar tukang kebun macam nak sakit demam urat nampak gayanya. Elok je dearest hubby nak makan ubat-ubat dia, terus sumbat dekat mulut tukang kebun 2 biji panadol (species tak suka ubat). Sebelum dipaksa tidur awal kena urut urat-urat terlebih pakai tu. Selamat pagi Isnin bangun cuma tinggal lenguh tangan je, nak menaip pun rasa lenguh.
Walaupun hanya memotong rumput pada hari Sabtu bila mesin lalu di bawah pokok lemon tahiti yang buahnya dah masak terlanggar jatuh dengan sendirinya. Alang-alang kutip mana yang dah nampak nak masak sekali nanti selalu terlupa terbiar. Sambil potong rumput juga baru perasan French Marigold 'Sparkler' yang terbiar dalam semak juga dah mula musim bunganya.
~ French Marigold 'Sparkler' (Tagetes patula)~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
Yang berminat nak self-collect anak-anak pokok sendiri minggu ini bolehlah berjumpa dengan tukang kebun pada Sabtu petang akan datang ini antara pukul 5:30~6:00 petang.
6 ulasan:
salams TK
semoga abby cepat sihat:)
meriahnya kebun tk semua serangga pon turut sama memeriahkan kebun:)
Hi Diana...gelinyerr if tersentuh!I think there were 4 beluncass in that photo..rite?
Choi Min
odaijini abby..
kak diana..bunga ros imm diserang ulat bulu sampai togel tinggal 2 helai daun hahah..
sunflower seed dah sampai :)
Salam Bahagia Kak Amiizaa.
Thank you for the good wishes Auntie, Abby dah sihat makin lasak ni :).
Serangga pun pelbagai meriah sekarang.
Salam Bahagia Choi Min.
Terkejut tengok ada beluncas besar bergayut dekat periwinkle and because they are so green tak perasan sangat dengan background penuh green.
Yes you got it right.
Salam Bahagia Imm,
Syukur Alhamdulillah dah Selamat Sampai.
Musim hujan ni mak-mak ulat segala bulu ni rajin bertelur. Anak-anak membesar kelaparan habislah pokok-pokok daun dimakannya.
Anak2 baya Abby kalau lasak memang senang kena semput.. dr kt sini yg info.. dah sihat lasak balik ya
Salam Bahagia Kak Mar.
Cuti sekolah ni abang ada kat rumah puaslah asyik main je ada kawan. Contoh pun abang-abang jadi lasak sungguh tak duduk diam.
Catat Ulasan