No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 3 Disember 2014

Tombong Kelapa

  Musim hujan ni memang tak terkejar nak potong rumput memang tiap minggu mesti potong rumput. Sabtu lepas dah potong rumput, hari keesokkan Ahad juga potong rumput. Hari Ahad potong rumput di bahagian belakang kebun sekali kemas sehingga penjuru tembok sebelah kiri. Tengoklah perbezaan ketinggian weed dengan yang sudah dipotong dan belum dipotong. Weed lebih tinggi dari ayam-ayam mutiara yang mengekor potong rumput mengambil kesempatan nak tangkap serangga yang melompat-lompat melarikan diri apabila mesin potong rumput lalu. Lihatlah gambar atas, pokok avocado tukang kebun semai dari biji benih baka Sabah pun boleh tenggelam dalam dakapan weed.
  Jarang-jarang sekali tukang kebun ke belakang sempadan kebun masa musim hujan ini. Alangkah gembiranya apabila melihat batch pertama anak-anak pokok salak yang tahun depan masuk 2 tahun sekarang dah lebih tinggi dari tukang kebun di sudut penjuru ini dipindahkan tahun lepas. Musim hujan ni nampak melonjak pertumbuhan mereka. Kawasan-kawasan di belakang ini anak-anak pokok yang dipindahkan memang tak pernah disiram, batang paip pun tak de. Tapi tukang kebun amat berpuas hati dengan anak-anak pokok yang tukang kebun semai sendiri mereka tumbuh tanpa banyak belaian dari tukang kebun. Walaupun kemarau sangat luar biasa tahun ini mereka dapat mengatasinya. Disebabkan akar yang bijak tumbuh jauh ke dalam tanah mencari bekalan air sendiri. Itulah kebaikan anak-anak pokok disemai dari biji benih dan dilatih dengan rezeki air hujan sahaja. So independent even at juvenile stage.

~ Anak pokok Salak (D.O.B October 2013) ~
Sepokok RM15.00 ketinggian antara 1~2 kaki. Self-Collect sahaja.

Self-Collect Day Schedule This Week: 6th December 2014, Saturday from 5:30PM~6:00PM.

 Bagi tukang kebun bulan November dan Disember adalah bulan paling sesuai nak pindahkan anak-anak pokok buah di belakang kawasan Kebun Bahagia Bersama nak kasi ianya serasi cepat dengan rumah baru supaya boleh berdikari apabila musim kemarau tiba. Hari Ahad kami pindahkan 1 anak pokok durian musang king, 2 pokok sukun dan 1 pokok petai dalam linkungan kawasan yang dikemaskan pada hari Ahad.
   Tak rugi walaupun cuma tujuan mengemas kebun mesti ada upah yang diterima. Dekat penjuru sempadan ini memang ada beberapa pokok kelapa. Jadi semua kelapa yang dah tua dikutip dan buat sorting. Kelapa tua yang dah keluar pucuk dijadikan bekalan makanan simpanan untuk PETS di belakang. Yang goyang-goyang belum keluar pucuk dengar ada bunyi air berkocak untuk stok santan kegunaan di dapur. Mana yang tak elok jadi bahan bakar untuk dapatkan tanah bakar. Syukur Alhamdulillah semua anak-anak pokok yang disediakan di Kebun Bahagia Bersama menggunakan tanah hasil dari tanah bakar atau tanah kompos di kebun sendiri. Tidak perlu kami jejak kaki keluar KBB untuk mendapatkan bekalan tanah. Tanah bakar minggu ini tidak dapat dibekalkan  sebab air kolam bertakung penuh.

~ Kelapa tua boleh guna untuk dapatkan santan ~
50 biji RM20.00 (Self-Collect only).

  Elok je dearest husband merumput dekat penjuru tembok sempadan belah kiri tengok ada pokok pisang jenis bantan berbuah. Yang tak tahannya boleh pula tandan buah tu masuk ke sebelah rumah sewa di sebelah tanah bertongkatkan tembok pemisah. Apalagi tak perlulah kami tunggu buahnya ranum penuh nanti senang pula ada yang potong bawa lari. Lagipun buahnya dah nampak saiz yang sesuai kalau nak diperam.
 Tombong kelapa memang makanan kegemaran PETS di kebun tu. Sedangkan anak-anak ayam dan itik dalam sangkar petak 2 itu, kalau dengar kelapa kena belah dari jauh dah bising-bising memanggil nak bahagiannya sekali. Tukang kebun ada 8 ekor anak-anak ayam gajah membesar gebu sekarang (lagi seekor warna putih tak sempat join in makan tombong kelapa beramai-ramai).
 Si Rocket (angsa jantan) yang dalam center gambar nak pujuk kasi dekat dia. Sedapkan nampak tombong kelapa tu? Itik-itik pun menunggu juga.
  Mana yang isinya dah habis dimakan akan dicampak dan dikumpulkan di tempat pembakaran green waste. Tapi dah 2 minggu ini jadi kolam renang angsa dan itik. Semuanya boleh dikitar semula.
  Dah dekat nak beransur balik ke rumah, kami basahkan tekak dengan air kelapa gading muda. Beza betul rasa air kelapa gading sama pokok ni masa musim hujan dan kemarau. Masa musim kemarau airnya sangatlah manis. Lazat sungguh natural without sugar. Tapi minggu ini rasa sangat tawar pula. Patutlah musim kemarau tupai pun rajin tebuk buah kelapa muda.
  Buah pisang muda dan kulit luar buah pisang jenis pisang bantan sedap juga digunakan di masak gulai. Pertama kali tukang kebun makan gulai lemak cili api seperti ini dengan bahan pisang muda dan kulit luar buah pisang. Babysitter Abby yang ajar tukang kebun apa yang dapat dibuat dengan pisang bantan. Pisang bantan ni kalau orang yang tak mahir dengan jenis-jenis pisang seperti tukang kebun ini boleh tersilap pada mulanya ingat pisang mas. Patutlah big boss treat pisang ni special siap dipagarkan takut anak-anak pokok pisang bantan pupus dari dimakan oleh PETS di belakang tu. 

  Sebagai nota Kebun Bahagia Bersama, dekat penjuru belakang sempadan kiri kelompok pisang di situ adalah jenis pisang bantan. Saiz pokok dan batang pisang bantan ni pun tak besar. Baka pisang mas pula betul-betul dekat sebelah pokok kuning telor dan pokok citrus macam kumquat tapi macam lain. Nampaknya bulan ini nak kena juga pindah-pindahkan buat barisan pokok-pokok pisang bantan dan pisang mas juga. Pisang kecik-kecik ni memang kegemaran anak-anak di rumah.

14 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

Rumput tu yg orang panggil rumput israel ker, cepat sangat membiak.

suka suka berkata...

Gulai Kulit luar pisang muda memang sedap... kunyah berbunyi-bunyi macam garing je..

Tanpa Nama berkata...

Baru tahu yang putih bulat dlm kelapa tu namanya tombong... dulu kecik2 suka makan tu. Kalau sizenya sebesar duit syiling 50 sen atau lebih kecil sgt manis dan crunchy..

nadia rashid berkata...

mcm2 pets ada...ayam kelabu tu dah lama tak tengok..pun ada ye kat kebun KBB...

tombong tu kami panggil umbuk nyior..memang sedap kalau yg size kecik2...yg besar tawar

bab pisang ni..kat umah sy tanam pisang nangka, dengan kelat abu rasanya...tapi belum besar..slow sangat membesar..tapi heran nya..anak pokok dah start keluar membiak

smRose berkata...

Murahnya kelapa tu.....!!!

Julie22 berkata...

Assalamualaikum kak Diana, sedapnya minum air kelapa fresh..angsa Kakak tu buat Julie teringatkan angsa jiran Julie Yg garang dkt kampung dulu. Even Julie slalu bg dia makan, dia tetap garang, selalu je nak menyudu Julie hihi..

Normala Saad berkata...

Salam Diana. kat sini kami panggil pisang mantan. feveret satu famili. pernah tanam sempat berbuah sekali selebihnya kerbau dah makan licin.Memang sedap dibuat gulai pisang mudanya.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nasa Mulia.

Macam-macam rumput asing yang diterbangkan jadi invasive macam rumput Israel, rumput kapal terbang dan lain-lain.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar.

Pertama kali makan suka juga. Lain kali kalau rezeki banyak tahulah nak habiskan macam mana juga sambil tunggu pisang bantam masak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Betul yang tombong saiz kecik yang lebih muda memang lebih manis berbanding dah tumbuh besar. Ikut tempat nama panggilannya saya biasa panggil umbut.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nadia.

Baik musim hujan ni mula pisahkan anak-anaknya. Itu jadi lambat tumbuh sebab kongsi tenaga kut.

Ayam mutiara walaupun 2 ekor bising pandai panggil lambat kasi makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak SMROSE,

Malas nak sedia kopek keluarkan sabut hantar ke kedai takde masa. Jadi jual harga borong jelah.

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam

Salam Bahagia Julie.

Syukur Alhamdulillah dapat menghilangkan dahaga dengan air kelapa fresh lepas berbudi pada tanah.

Angsa jantan kami nama Rocket pun suka menyudu tapi cara nak minta manja kekadang. Nampak Tukang Kebun berlari konon nak menyudu bermain acah-acah nanti nakal sangat tak dapat makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mala.

Langkawi sana panggil pisang mantan ya. Memang kesukaan dekat sini juga. Cepat habis dimakan berbanding dengan jenis pisang lain. Kerbau pun suka ya. Sini pun agaknya angsa suka sangat sebab itu kena pagarkan.