Akhirnya hati yang merindui pun terubat juga setelah setahun setengah tidak menjejak kaki ke kampung Big Boss. Jambatan river crossing telah siap tahun ini ingat sempatlah rasmi pada hari pertama balik kampung boleh terus naik kereta ke rumah. Tapi sekarang ini musim hujan jadi sungai banjir besar pada 26hb Disember 2014 tak dapatlah kami river crossing dengan kereta buat pertama kali-nya. Lagipun air sedang deras nanti tak dapat control kereta hanyut masuk ke dalam sungai satu hal pula. Seperti biasa kenalah gunakan jambatan gantung nak sampai ke rumah.
Ilhan dan Rayyan pun dah berani meniti sendiri jambatan gantung tanpa dipegang tangan. Cuma lamalah orang di belakang nak tunggu diorang seberang sungai. Tangan-tangan dewasa pula masing-masing penuh dengan barang-barang yang perlu dibawa balik ke rumah Poturidong. Satu kerja lagi nak transport in training security guard, hadiah harijadi adik lelaki untuk menjaga big boss nanti.
Paling lena malam pertama tidur di Poturidong untuk tukang kebun bulan ini. Cuaca nyaman dan bunyi arus sungai mendodoi asyik lena. Cuma tikus hutan yang berlegar-legar atas atap rumah tak kasi membuta lama-lama bising berjalan-jalan dalam atap. Tikus hutan ni big boss pernah terserempak besar luar biasa berkejaran sebab menculik stok biji benih big boss dari tukang kebun. Adik lelaki pun pernah nampak tikus hutan ni membawa lari sebungkus maggi, katanya kaki besar panjang macam kangaroo tikus hutan ini besar dah nampak macam kucing dah. Bangun menghirup udara segar, mengintai di luar dari tingkat atas dah nampak Big Boss dah mula berkebun.
Disebabkan bahagian Poturidong kereta tidak dapat buat river-crossing, maka kampung yang lebih jauh dari Poturidong seperti Mantaranau cuma mampu sampai ambil tetamu dari depan rumah kami yang baru melintas jambatan gantung. Pada pagi Sabtu ada rombongan meminang dari Tenom datang ke kampung Mantaranau.
Tuan Tanah yang sentiasa ramah rajin ajak berborak sementara menunggu second trip kereta datang ambil ahli rombongan meminang kata orang Murut pun dah ada nak jadi ahli keluarga dah sampai ke kampung kita ni. Big boss dah agak pada mulanya rombongan dari Tenom ni kebarangkalian orang Murut sebab kawasan Tenom biasanya orang Murut ramai. Eloklah kampung makin 1 Malaysia dah banyak campuran. 30 lebih tahun dulu pun wakil rombongan nak jodohkan orang Melayu dan orang Dusun dekat kampung ni pun sudah ada. Walaupun perjalanan mereka jauh nak pergi meminang dengan jalan yang tidak berapa baik di atas urusan niat baik tetap diteruskan. Kalau tidak awal tahun ini masih perlu mereka jalan kaki ke kampung Mantaranau jika bukan banyak jalan sudah dibuka dan diletak batu gravel walaupun bukan tar.
Teringat zaman kecik-kecik masa masih jalan gravel dari pekan Tamparuli ke kampung naik kereta 4 wheel drive style lama naik duduk di belakang seperti ini.
Banyak juga anak-anak pokok yang Big Boss semai dari biji benih dipindahkan Sabtu lepas. Yang dalam kereta sorong pun baru 20% dari jumlah yang dipindahkan. Banyak Big Boss pindahkan durian hutan kali ini dari asal pokok yang ditanam oleh arwah atuk. Kali ini di rumah baru di KingFisher pun kebanyakkannya Big Boss semai sendiri sebab Big Boss kata from seeds lebih kuat pokoknya dari yang grafted. Anak pokok kelapa gading dalam kereta sorong tu diimport dari Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh.
Semua mengekor Big Boss pergi menanam anak-anak pokok berdekatan dengan kubur atuk dan nenek yang tak jauh dari rumah. Adat orang Dusun kalau dekat tanah tu ada perkuburan tak boleh jual tanah tersebut. Memang arwah atuk yang pergi dahulu dah pesan supaya ianya dikebumikan di situ supaya anak cucu cicit nya ada tanah jika nak buat rumah di kawasan ini.
Bawah kawasan ini ada sungai kecil tempat tukang kebun bermain dahulu tangkap ikan, udang dan labi-labi. Dulu masa zaman nenek ada dibela kerbau-kerbau memang kemas rumput trim hijau pendek.
Sambil teman nenek (Big Boss) ajar anak-anak kutip biji getah. Tunjuk macam mana nak main lawan biji getah siapa paling kuat. Siapa pernah main permainan tradisi ini masa zaman kanak-kanak?
Lepas berehat teman nenek berkebun, Uncle Danial pula bawa anak-anak buah pergi mandi sungai sebelah sungai mengalir dari Mantaranau pula. Pertama kali mereka dibawa ke sungai ini nak kena lalu kawasan semak musim hujan cepat je naik. Lepas tu kebun getah arwah atuk ini macam terbiar je tukang kebun tengok tiada siapa pergi potong getah. Bahagian cerun bawah dalam gambar dusun arwah atuk (nampak terbiar), cerun atas kebun getah atuk.
Rupa-rupanya dalam kebun getah ini masa lalu cari jalan ke sungai terserempak dengan sepohon pokok durian. Bila tengok saiz buah yang dah kering berguguran tiada siapa ambil nampak macam saiz durian hutan ada possibility durian dalit. Lalu kami report dekat Big Boss. Big Boss pun teringat ada atuk pesan dulu dalam kebun getah atas ada ditanam sepokok durian. Lalu Big Boss mengimbas kenangan pernah arwah atuk pesan dekat dia bila dia dah pergi, tolong tanam dekat kawasan pokok durian tersebut. Tapi Big Boss kata nanti banjir besar habis bapak hanyut sekali. Lalu dirancang di tempat sekarang. Terus Big Boss tanya kami tak bawa balik anak-anak pokok durian di situ ke (sebelum tanya kami dah terfikir tengok ada anak pokok ke tidak) tapi tak de.
Kebun getah atuk bersebelahan dengan sungai. Sungai ini mengalir dari bersebelahan Kampung Mantaranau. Jadi kami panggil yang ini Sungai Mantaranau nak bezakan dengan sungai yang di sebelah rumah selalu dengar pelancong-pelancong berteriak main white water rafting. So kawasan ini kira our own private pool lah kiranya. Jadi anak-anak pun bolehlah mandi macam bayi yang baru dilahirkan tanpa seurat benang pun. Geram tengok kayu hanyut besar dekat belakang tu macam cantik diletakkan pelbagai jenis orkid menghiasinya. Ini pun musim hujan kena hati-hati tengok perubahan awan, takut dekat sebelah atas kalau hujan boleh tiba-tiba sungai akan banjir naik dengan begitu cepat. Shhh....our own secret Eden.
Lepas mandi sungai pula rushing ke Open House Christmas. On the way balik di Pekan Kiulu boleh nampak puncak Gunung Kinabalu.
Akhirnya pada hari ke-dua di Poturidong, air sungai dah surut jadi bolehlah kami buat pertama kalinya lalu Poturidong River Crossing dengan kereta. Arwah Atuk antara yang awal buka kampung di sini, sampai dah ada cicit barulah dapat naik kereta terus sampai ke rumah dan tidak susah nak angkat-angkat barang lalu jambatan gantung.
Alang-alang dah dapat naik kereta, setelah sekian lamanya tukang kebun tak berjalan-jalan hingga kampung Mantaranau sejak tinggalkan zaman remaja, adik lelaki Danial bawa jalan sehingga sana walaupun jalan lecak dan berlubang dah senja sebelum balik rumah. Sebab dah senja nak cepat jadi no-stopping ambil gambar rushing jadi blur-blur photos. Nanti gelap tak nampak lubang-lubang bahaya.
Kami lalu padi bukit saudara yang dah mula masak bersebelahan sungai. Cantik nampak kawasan ini kalau bukan dah gelap dan gambar ambil sedang bergerak dalam kereta. Sampailah sebelum melintas ke Mantaranau River Crossing. Anak-anak orang Mantaranau dulu sehingga sekarang jauh tau nak pergi sekolah nak kena lalu kampung kami lagi hingga ke pekan kiulu berjalan kaki. Kalau musim hujan lagilah lecek. Pukul 6 pagi lagi dah nak kena berjalan nak sampai sekolah. Big Boss selalu kagum dengan anak-anak mereka walaupun sukar nak ke sekolah tapi sekarang ni dah lahir 3 medical doctor dari kampung Mantaranau.
Sungai-sungai di sini memang cantik. Jauh berbeza keindahan semula jadi sungai di sini berbanding dengan Taman Negara Pahang. Semoga berkekalan hingga akhir zaman. Tuan Tanah (papa) pula dah mula merancang nak merealisasikan dream nak bina home-stay tepi sungai. Tengah buat kiraan budget nak minta peruntukan untuk jambatan gantung baru kalau boleh bina terus sampai ke tanah kami. Jadi tak perlu nak naik turun bukit (tengok jambatan gantung sekarang pun horror kan). Papa pun dah makin tua dah berapa kali asyik terslip dekat bukit lebih lagi bila licin musim hujan.
Ada sekali tu hanya mama dan papa sahaja yang balik, Sumandak 2 orang (anak dara) tu tak mau balik sekali. Papa terslip tergolek-golek di cerun nasib tak sampai masuk sungai lagi. Nasib tiada terhantuk di kepala. Mama kena kuatkan hati tarik papa naik dengan kayu panjang. Spot ini some believe "keras" sebab banyak case fatal. Jika anak-anak tak dapat teman, ada loyal guard yang teman in case. Mama pun banyak kali cerita dulu pernah arwah atuk pengsan di kebun, loyal pet yang menemaninya berlari balik rumah panggil nenek ikut ke kebun. Dahlah zaman dulu kebun jauh dari rumah, klinik berhampiran pun tiada.
On the way balik semula ke KingFisher sebab tukang kebun nak pergi Tamu Tuaran dah alang-alang turun dan nak jumpa kawan lama. Rasa macam berjalan atas air di Poturidong River Crossing.
Semoga tukang kebun dapat distract a little bit dari kerisauan semua penduduk Malaysia berkenan dengan dugaan banjir yang sedang dihadapi sekarang ini. Tukang kebun pun risau juga ini.
Moga tukang kebun tak membuat pembaca bosan dengan jurnal panjang balik Kiulu tahun ini.
5 ulasan:
Kak Mar baca sampai habis...suka tengok sungai2 tu...semoga projek homestay Papa Diana berjaya direalisasikan..alhamdulillah jambatan dah siap....
Bestnya kampung Diana. Full of adventure! Terasa macam dah terbawa sama dalam cerita...kak suka sangat kampung2 yang begini..indah sungguh!
waduh terasa pilu dihati melihat keindahan suasana kampung teringat pulak zaman dikampung dulu
tapi apa kan daya masa tidak akan berulang lagi
jafmy
Nice posting ! I've always enjoy your Sabah xpedition from tamu to the river crossing. I like Sabah.
Wishing u & your family seisi a wonderful, blessed & joyful New Year 2015 ! Rgds.Choi Min
Salam Bahagia Kak Mar.
Hampir tiap-tiap kali berjumpa dengan papa mesti asyik bercerita pasal dream homestay dia tu. Syukur Alhamdulillah sekarang ni dah mudah sikit nak bergerak dan angkat-angkat barang. Bolehlah ganti kayu-kayu yang dah reput sekarang dengan cement board bila musim kemarau sungai tak banjir bila cukup budget.
Salam Bahagia Kak Mala.
Beginilah tempat tukang kebun habiskan masa setiap hujung tahun cuti sekolah panjang masa zaman kanak-kanak riang dan remaja riang.
Salam Bahagia Jafmy.
Sekarang duduk di Suk lagi kah?
Salam Bahagia Choi Min.
Selamat Tahun Baru hope your garden will also become more shining shining too.
Hope one day I will have my own personal kebun in Sabah as well.
Catat Ulasan