Pada zaman dahulu, ada seorang tukang kebun tersilap ingatkan pokok bunga Madonna Lily ini adalah jenis anthurium tetapi sebenarnya ianya adalah dalam keluarga botani spathiphyllum. Ada satu lagi pokok bunga yang juga bergelar Madonna Lily ialah Lilium candidum. Yang dimaksudkan dalam posting blog ini ialah Madonna Lily yang juga dikenali sebagai 'Peace Lily'.
Pokok bunga 'Madonna Lily' sangat versatile atau flexible dengan faktor persekitaran pertumbuhannya. Yang penting persekitarannya mempunyai udara yang kelembapan tinggi. Boleh duduk di full sun sehingga ke shade. Cuma yang menerima lebih cahaya lebih rajin berbunga dan terserlah bunganya berbanding dengan yang duduk di kawasan redup. 'Madonna Lily' ini sebenarnya sifatnya seperti yang sedang popular sekarang 'airplant'. Akar 'Madonna Lily' boleh menangkap air dari udara, jadi sebenarnya akarnya tidak perlu tanam di dalam tanah tetapi boleh duduk tumbuh mencengkam di atas kayu ataupun batu. Keperluan air pokok ini tidak banyak sebab akarnya boleh hirup sendiri molekul air dari udara. Tidak perlu tanam akarnya dalam, boleh terdedah kena udara sedikit adalah lebih baik. Untuk mereka yang tidak mempunyai tanah untuk menanam, bolehlah bela 'Madonna Lily' yang pokoknya boleh train hidup di atas jenis kayu hanyut ataupun batu sungai (no excuse can still grow plant even without soil).
Info dan more picture boleh singgah posting lepas (klik sini).
'Madonna Lily' amat cantik sebagai indoor plant yang juga dapat mencuci udara di dalam bilik yang baru dicat menjadikan salah satu tumbuhan berfungsi sebagai air purifier dari benda toxic. Kalau mereka yang baru renovate atau cat rumah memang eloklah ada 'Madonna Lily'. 'Madonna Lily' boleh membersihkan udara yang mengalami molekul kimia berbahaya seperti formaldehyde, benzene, trichloroethylene, toluene dan xylene. Jikalah ada ilmu ini dulu sudah pasti tukang kebun bela Peace Lily dalam makmal pada zaman dahulu. Keperluan airnya tidak banyak, ada yang mengatakan kalau sebagai indoor plant nampak daun mula bertukar sisinya coklat menandakan terlebih air diberikan. Madonna Lily yang dah hidup bahagia di Kebun Bahagia Bersama biasanya tukang kebun tak pernah siram walaupun musim kemarau tahun ini. Nampaklah juga symptom kekuningan di daunnya tapi tak perlu risau nanti kemaskan pokoknya trim potong sahaja daun yang dah tak cantik tu. Bila musim hujan semula memang nampak subur sahaja 'Madonna Lily' tumbuh di pelbagai sudut.
Pokok bunga 'Madonna Lily' berbau wangi pada awal pagi ketika embun banyak. Lagi wangi lagi banyak binatang yang macam adik beradik tebuan ini bertenggek atas bunganya. Jangan takut biasanya yang jenis ini kalau datang dekat selalunya mereka larikan diri tidak mengganggu kita, kita yang ganggu dia.
Dalam kelompok 'Madonna Lily' yang sedang berbunga boleh nampak bunga Madonna Lily yang baru kembang berwarna putih apabila sudah tua akan bertukar warna kepada hijau seperti gambar di bawah. Nampak macam ada species berlainan tumbuh bersama walhal mereka adalah jenis yang sama. Sebenarnya ianya bertukar kepada warna hijau juga adalah disebabkan oleh chlorophyll yang berfungsi untuk menyerap cahaya matahari. Yang di tempat redup lebih nampak hijau dari yang lebih menerima cahaya matahari.
Semasa melawat MAHA lepas sambil menunggu Bob dan hubby melayan pembekal arowana, Sean khusyuk mengambil gambar obor-obor (klik sini) dan tukang kebun pula memerhatikan ikan berenang-renang dalam akuarium. Tiba-tiba macam rasa familiar je pokok dalam air ni. Lalu bila ada masa tukang kebun cari maklumat 'Madonna Lily' sebagai tumbuhan hiasan air. Rupa-rupanya 'Madonna Lily' juga boleh berfungsi menjadi water-plant. Cuba perhatikan 'Madonna Lily' dalam air tersebut akarnya duduk bersila mencengkam kayu sahaja. Memudahkan untuk membersihkan akuarium dan bertukar-tukar lay-out. 'Madonna Lily' bila stress dah terlebih air boleh nampak keliling daunnya tukar coklat beri petanda masa keluarkan pokoknya dari akuarium dan bagi dia bernafas berehat di luar dulu kemudian dah pulih boleh ulang masuk dalam akuarium. Kalau dah bosan tengok Peace Lily dekat mini garden bolehlah tengok dalam akuarium pula. Tukar-tukar posisi.
Tips menanam 'Madonna Lily' yang dalam pasu:
~ Tak perlu pasu dalam sebab keperluan airnya tak banyak takut overdose (terutamanya yang rajin siram tiap hari).
~ Musim hujan pindahkan ke full sun, musim panas ke tempat teduh (benefit tanam dalam pasu sebab boleh dipindah-pindahkan).
~ Tak perlu tanam akarnya sampai dalam, akar timbul nampak luar pun tak mengapa.
~ Tak dahaga air, tak tamak baja.
Pergi MAHA sebenarnya tujuan utama ialah untuk bawa Ilhan, Rayyan dan Abby main dengan binatang ternakan semasa cuti sekolah ini.
Why 'Madonna Lily'?~ Water-wise plant (tak dahaga air).
~ Macam air-plant.
~ Boleh buat water-plant.
~ Indoor plant.
~ Air purifier (bersihkan pencemaran udara).
~ Minimum Care /TLC (Tender Loving Care).
Yang membawa permata hati berjalan-jalan ke Zoo Negara Malaysia jangan lupa mencuci mata tengok 'Madonna Lily' di Zoo Negara. Tukang kebun Zoo Negara memang suka 'Madonna Lily' pelbagai tempat ada terutamanya dalam Taman Burung banyak berderet-deret 'Madonna Lily' tumbuh di situ.
Kekadang lepas digali keluar Madonna Lily mungkin nampak lemah sedikit. Tapi tak pe nanti beberapa hari/minggu akan nampak segar semula. Cuma jangan overdose air nak kasi segar balik ya. Kebun Bahagia Bersama bekalkan Madonna Lily dalam bentuk moist bare-rooted (save shipping cost exclude soil).
~ Madonna Lily (Peace Lily) ~
1 moist bare-rooted plant RM7.00 (kebunkmg@gmail.com) .
11 ulasan:
Okeh rasanya dah tersilap tanam ni...sekarang musim hujan..air bertakung..nampak nya kena alih nanti rosak akar kan...kesemua yg beli ngan Diana dulu masih hidup tapi daunnya tak selebar yang Diana tanam...
Kalau macam rumah kakak yg secoet aje laman memang tak bolehlah nak tanam ni.. Kenapa yg di rumah kakak ipar kakak tu kakak tengok pokok bukan main subur dan meriah tapi tak ada bunga macam ini. Or may be species lain tak tahulah..
owhh ingatkan die ni adik beradik anthurium,,sbb bentuk bunga keluar belalai gitu..hihi
Ahhh, tak perasaan pulak ada Madonna lily dalam air. Mesti khusyuk sgt tengok obor-obor, hahaha. Ingatkan atas darat je, rupa-rupanya sgt adaptable pokok nih.
baru tahu yang Madonna Lily ni bukan jenis anthurium
Salam Bahagia Nadia.
Kalau tak lama takungnya tak mengapa Nadia.
Selalunya Madonna lily ini akan bagi hint dengan tepi daunnya coklat bila stress menandakan air banyak.
Salam Bahagia Kakzakie,
Madonna lily ini tak perlu tanah pun tak pe, selesa sesuai di kawasan kelembapan tinggi, hidup menumpang atas batu sungai atau atas kayu hanyut pun boleh.
Salam Bahagia Imm Hassan,
Kami pun dulu ingatkaan anthurium.
Salam Bahagia Sean,
Surprisingly Madonna is so flexible in different type of environment as long as humidity is high.
Salam Bahagia Kak Mala,
Ingatkan kami je yang sangka ini anthurium dulu.
Assalam.nk tnya ada pkok bunga cyclamen x?
Salam Bahagia.
Pokok bunga cyclamen kami tak bekalkan.
Salaam.
Saya pun minat nak tanam.
Tengah order bunga dari TukangKebun.
1. Satu pasu leh masukkan berapa bunga ya?
2. Masukkan jer dalam pasu, kambus tanah dan siram air? Tu jer?
Salam Bahagia McRamsey,
Bergantung kepada saiz pasu, kalau pasu besar boleh tanam beberapa pokok.
sy baru beli peace lily tp sy letak tepi tingkap..selang beberapa hari 3 ke 4 helai daunnye jd warna kuning2..sbb panas/bahang dari tingkap ke? pagi td sy terus alih ke meja makan..
Catat Ulasan