No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Serai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Serai. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2016

Teh Serai

 Syukur Alhamdulillah 1 Syawal baru-baru ini, hasil dari pokok herba yang banyak digunakan sebagai bahan masakan harian di tanahair Malaysia ini telah kami pergunakan sepenuhnya. Memandangkan bekalan dari kebun sendiri tidak mencukupi, terpaksa juga kami borong di Tamu Minggu Tuaran (3hb Julai 2016). Tetapi 1 ikat RM1 di Tamu Tuaran sama nilainya dengan RM5 jika dibeli di Lembah Klang. Isi batang bawahnya juga lebih gemok dan besar. 

 Untuk open house 1 Syawal, kami juga hidangkan teh serai untuk tetamu yang datang beraya ke rumah. Tukang Kebun kali ini berfikir untuk menyediakan air serai adalah bagi membantu mereka melegakan perut yang menghadapi masalah kembung perut atau senak/sebu setelah lama berpuasa. Tambahan pula rebusan air serai ini membantu mengurangkan panas badan di mana minggu raya panas di Kota Kinabalu. Amat mudah membuat teh serai, ambil bahagian bawah serai diketuk-ketuk dan rebus bersama gula batu. Boleh juga direbus dengan daun pandan. Atau pun setelah air rebusan siap dimasak boleh diperah dengan limau kasturi sebelum diminum atau campur dengan madu. Untuk raya kali ini stok serai segar yang kami beli untuk menyiapkan juadah raya ada 2 baldi penuh.
  Setelah berbuka akhir Ramadhan, Tukang Kebun dan suami sibuk sambung menyelesaikan projek buat satay ayam dan ayam panggang. Tukang Kebun tukang peram daging dan cucuk, dearest huband tukang potong dan tukang bakar. Serai juga banyak digunakan untuk bahan peram sate ayam kali ini. Sehinggakan pukul 3 pagi lebih satu syawal baru selesai membakar. Syukur Alhamdulillah sate ayam kali ini nampaknya menjadi dan hot item sehingga ada yang nak order. Puas hati buat sate ayam sendiri, bila tengok tetamu selera makan dan komen 1 cucuk pun paling kurang harga RM1. 

Bahan-bahan peraman anggaran 1 ekor ayam:
1 labu bawang putih (blendar kering)
1 biji bawang merah besar (blendar kering)
1 ketul kikis halus gula melaka/gula endau
5 batang serai besar (blendar kering)
halia, lengkuas, kunyit hidup (blendar kering)
1 sudu besar ketumbar, jintan manis/putih (sangai dan blendar kering)
garam

Masa peraman juga amat penting. Elok peram sekurang-kurangnya 4 jam.

 Memandangkan tukang-tukang masak sibuk layan tetamu masa 1 Syawal sehingga diri sendiri pun tak sempat nak rasa hidangan home-made cooking masing-masing. Big Boss pun jadi mengidam nak makan satay ayam air tangan Tukang Kebun sebab tak puas makan. Bila ada tukang bakarnya balik KK, nanti Tukang Kebun buat untuk mak lagi sekali ya.
  Elok sahaja tetamu terakhir pulang lebih kurang pukul 10 malam, Tukang Kebun pula knock out terus demam beberapa hari. Hari pertama demam tu memang kepala Tukang Kebun tak boleh nak fikir. Hari kedua demam baru teringat cuba teh serai untuk kurangkan panas (kena minta tolong rebuskan, sendiri kena fikir). Syukur Alhamdulillah memang herba serai ini boleh mengurangkan panas demam. Tambahan pula bantu mengeluarkan peluh, di mana boleh terasa sifat anti-oxidantnya dan keluarkan toxic dari badan.

Setakat ini untuk ujikaji minum teh serai dekat badan Tukang Kebun sendiri (rasa effectiveness) ialah:
~ Dapat membantu masalah kurangkan perut kembung/senak lepas makan.
~ Menggalakkan penghadaman atau pencernaan yang baik.
~ Mengurangkan panas demam badan (sejukkan badan)
~ Membantu atau mendorong mengeluarkan peluh (keluarkan bahan toksik dari badan).
~ Mempunyai sifat penenang, sedatif atau anti-depressant (penenang kepala dari asyik nak meroyan).
~ Kurangkan gangguan sukar tidur atau insomnia (badan lebih selesa rasa nak tidur).
~ Makanan yang diperam atau menggunakan banyak serai tidak cepat basi atau tahan lama (sate ayam simpan diluar bukan dalam peti ais boleh tahan lebih 24 jam).

Orang kita sangat sebati tahu kenal pokok herba serai ini, but believe me like me sure ramai take it for granted and did not realised its full potential. Tak susah pun buat teh serai, ketuk-ketuk je rebus.

Antara manfaat serai yang dilaporkan juga adalah seperti berikut:

~ Membantu melawaskan pembuangan air kecil.
~ Membantu stabilkan hormone (kitaran haid).
~ Mengurangkan tekanan darah dan elokkan peredaran darah.

Info air serai boleh juga rujuk dalam posting lama sebelum ini (klik sini).
 Hujung minggu ini masih sibuk beraya, InsyaAllah minggu depan baru mula semula self-collect day. Minggu depan hari Selasa/Rabu baru sempat pos goodies yang dipesan ya.

Next Self-Collect Day:

23rd/24th July 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Sungai Buloh/Paya Jaras/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).

Antara fresh produce yang available:

~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun muda assam gelugor RM1.00.
~ 1 ikat pucuk daun muda ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun nam nam/katak puru RM1.00 .
~ 1 ikat daun salam RM1.00 .
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00 .
~ 1 ikat daun kadok RM1.00 .
~ 1 ikat daun nyirik RM1.00 .
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 biji buah Nangka Muda RM5.00 .
~ 1 biji buah Nangka Masak RM20.00 .
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .


Jumaat, 2 Mei 2014

Penambahan Pilihan Goodies '3 for RM10' Mei 2014

 Untuk Bulan Mei ini dalam senarai page '3 plants mix for RM10' (lawat klik sini), ada 3 ahli baru. Salah satunya ialah tumbuhan bernama 'pecah beling' (kalau satu pot RM5.00).
 Awal pagi ini, seronok tengok buah cili tapurak meriah pokoknya bila hujan sudah sekali-sekala bertandang di petak No. 5. Syukur Alhamdulillah pokok-pokok cili tapurak ini gagah menempuhi musim kemarau lalu tanpa dihiraukan (kuat dia menerima ujian). Di petak ini juga di barisan belakang, bulan lepas ada tukang kebun tanam ubi kayu baka dari Sabah (gambaran klik sini). Dah merimbun pokoknya dan antara dia dengan pokok-pokok cili tapurak pula bulan lepas ada ditanam 2 anak pokok roselle (tak nampak dalam gambar sebab masih kecil). Untuk gardeners yang baru berpindah, tanah keras, panas sebab tiada pokok di sekeliling, tiada masa nak jaga, tanamlah dulu keratan batang ubi kayu. Pucuknya boleh celur dibuat ulam. Nanti bila dah mula berubi, ubinya akan menolong gemburkan tanah yang padat itu. Adalah benda menghijaukan laman rumah dari penat memotong rumput sahaja. Projek tukang kebun tahun ini, mana lokasi/petak-petak yang terbiar tanam ubi kayu atau tampaka (bawang dayak) dari memenatkan diri merumput. Dalam set '3 plants mix for RM10' dibekalkan 7 keratan ubi kayu baka dari Sabah.
 Pesanan untuk pilihan serai dalam ' 3 plants mix for RM10' akan diambil dari rumpun petak B (dalam gambar) minggu/bulan ini. 7 batang serai yang dibekalkan akan mempunyai banyak akar-akar yang dapat ditanam tumbuh di kebun anda. Dalam petak B rimbunan serai ini sebenarnya sedang berjiran dengan ubi kayu, tampaka, kunyit, sengkuang dan pokok mulberry. Petak A di sebelahnya tu tutup mata sahajalah dulu, ada pelbagai tumbuhan ber-rizom/ubi yang menetap di situ di kelilingi rumput.
 Quick harvest awal pagi hari ini: Lemon, terung pipit, cili tapurak, dan Ceri Terengganu.

Posting merangkap nota, sendiri selalu tak ingat ada apa di setiap petak di belakang kebun tu.

Selasa, 18 Mac 2014

Air Serai

 Jerebu minggu lepas rasa macam effect juga badan rasa lemau sungguh tidak dapat fokus asyik ngantuk je rasa. Sabtu lepas pun terasa hairan, Ilhan yang balik dari kelas tambahan mengaji di Sekolah Agamanya, lepas mandi sebelum masuk pukul 11AM terlelap sampai pukul 5 lebih yang perlu dikejutkan. Abby juga begitu bila ke kebun sekejap tengok terlelap atas kerusi. Anak-anak tertidur tiba-tiba beloved husband ajak keluar dating pula, dating kat area belakang kebun je, katanya dah lama tak meronda area di bahagian belakang. Memandangkan sudah ada beberapa rumpun serai cukup untuk stok berterusan tahun ini dan ada yang perlu dikemaskan, tukang kebun bagi homework dekat beloved hubby buat air serai. Kali pertama minum air serai adalah di dapur MakcikManggis bukan secara cyber tetapi memang langkah kanan secara reality akhirnya tercapai. Teringat cerita MakcikManggis katanya Buddhist Monk di Janda Baik mengamalkan minum air serai maka teruja juga nak mencubanya. Elok minum air serai lepas makan untuk menghilangkan senak perut, kembung perut dan membantu melancarkan pencernaan sesuai bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Ya sangat membantu dalam menghilangkan senak perut lepas makan apabila tukang kebun cuba beberapa kali, satu herba yang bagus tidak perlu beli ubat yang telah diproses, bukankah baik secara semulajadi bahan yang kebiasaannya mudah didapati dari kebun sendiri walau sekecil manapun.
 Sebagai gambaran isi sebanyak satu jug air ke dalam periuk dengan beberapa batang serai yang dah diketuk, letak 1~2 helai pandan, letak gula batu dan panaskan. Itu sahaja. Kalau tak nak pakai gula batu pun tak pe, kemudian lepas direbus, cool down boleh campurkan dengan madu. Sebagai option untuk yang suka boleh juga perah lemon/limau kasturi and mix pun boleh. Untuk resepi terperinci boleh jenguk di dapur MakcikManggis. Sedap diminum samaada sejuk atau panas. Tukang kebun kali ini pakai gula batu sebab anak-anak ni tastebud masing-masing lain. Si Ilhan tak suka masam-masam. Tetapi Rayyan geng dengan tukang kebun suka perah lemon dalam air serai. Air rebusan serai tidak berwarna. Pada musim panas kalau letak ais rasa sangat refreshing badan segar jadi alert kembali hilang rasa-rasa lemau. Ingatkan budak-budak ni tak minat nak minum air serai berebut pula dengan tukang kebun. Terpaksalah beloved husband buat lagi satu batch untuk stok tukang kebun.
 Syukur Alhamdulillaah mulai minggu lepas, selang sehari rezeki kutipan mulberry average sebanyak ini memang anak-anak puas makan. Cuma pada hari bekerja kekadang tidak terambil jadi bila hujung minggu yang belum hampir hitam keseluruhan pun tuai sajalah, Rayyan suka buah masam-masam dan Abby pula Sweet-tooth. Bulan March ini untuk Pasar Online kadangkala dimasukkan sekali batang-batang serai dengan masih akarnya ada intact kalau ada yang ingin menanamnya semula. Kalau di pasar malam biasanya akar dah dipotong jadi susah nak tanam balik. Yang tukang kebun masukkan boleh pilih mana yang terdapat banyak sekali akar boleh cuba tanam kembali sekiranya tiada pokok serai di laman lagi.
 Selain dari masakan, serai juga boleh buat air minuman yang sedap. Bolehlah rajin-rajin tebas rumpun serai yang dah overdue tu cuba buat air serai. 2 gelas berwarna coklat tu bukan air serai. Projek beloved husband juga untuk pelbagaikan pilihan minuman dari bahan yang boleh didapati di Kebun Bahagia Bersama. Cuba teka air apa?

 Bagi yang inginkan tumbuhan serai di kebun boleh dapatkan serai yang telah mempunyai akar yang Kebun Bahagia Bersama boleh bekalkan untuk terus ditanam di kebun.

~ Serai dengan akarnya (moist bare-rooted) ~
7 Batang serai bersama akarnya untuk RM4.00 .

Segala pertanyaan boleh hubungi melalui email (kebunkmg@gmail.com).

Boleh juga campur dengan tanaman lain di page kami '3 plants mix for RM10.00' (klik sini).