No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Marathon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Marathon. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Oktober 2020

The Most Beautiful hmmm or Brutal Trail 2019 (TMBT 2019)

Kali ke-2 Tukang Kebun menyertai acara larian denai The Most Beautiful Trail 2019 tak meningkat prestasi macam turun adalah, sebab tinggal kurang 10 minit lagi masa cut off time sampai ke garisan penamat. Patutnya bolehlah mula berjinak-jinak kasi jauh lagi kilometer ini masih maintain masuk acara larian 12km. Kali ini yang meneman di garis permulaan adalah Rayyan dan Nenek Rayyan yang baru pertama kali mengikuti acara larian denai TMBT 2019 dengan kategori 12km.
Tahun 2019 ini lebih meriah untuk mengalu-alukan peserta larian sebelum bermulanya acara larian dengan adanya pertunjukkan kebudayaan tarian tradisional di kawasan tersebut. Peserta larian juga diajak untuk sertai sekali menari bersama untuk warming up.
Jika acara larian sebelah siang seperti jarak 12km, 30km, 50km dan 100km garis permulaan adalah di Kampung Lingkubang, Kota Belud. Tahun 2019 ada kategori larian baru yang diperkenalkan oleh penganjur TMBT iaitu acara larian bermula malam sejauh jarak 37km. Oleh kerana, acara larian 30km sangat popular dan cepat habis slot pada tahun 2019, maka pengasas TMBT ambil initiatif untuk buka kategori baru jarak 37km yang bermula tepat tengahmalam dan garisan mula dari Hotel Perkasa. Jika tak silap trail 37km ini kongsi sama dengan bahagian terakhir bagi pelari yang buat 50km dan 100km.
Oleh sebab papa terlambat buat keputusan nak book slot 30km bersama Ilhan. Jadi kali ini papa dan Ilhan cuba yang acara larian denai trail malam 37 km. Ketika ini Ilhan Mikhail baru berumur 12 tahun, tetapi sebab acara BUTM  2019 tu Ilhan mampu selesaikan 30km dengan masa habis yang baik. Maka pihak penganjur membenarkan Ilhan Mikhail sertai acara larian denai malam bersama penjaga.
Tahniah Ilhan Mikhail berjaya habiskan larian denai 37 km dengan sebagai peserta paling muda untuk acara larian kategori ini. Setakat ini rekod larian ultra-trail marathon yang paling jauh Ilhan pernah lari adalah jaraknya 37 km. Ingatkan tahun 2020 untuk TMBT ni nak kasi Ilhan cuba larian jarak 50km tapi email yang papa buat request kepada penganjur belum dibalas dengan sekian lama. Maklumlah keadaan sekarang pun tidak menentu bila TMBT 2020 boleh dibuat. Sepatutnya tahun 2020 ini TMBT akan menyambut anniversary 10 tahun dan telah dirancang pada asalnya hujung bulan Ogos ini. Tetapi telah ditunda ke bulan Disember 2020 menurut email yang diterima sebab Tukang Kebun dan Rayyan dah booking pun slot 12km untuk tahun 2020. Namun dengan keadaan sekarang ni tak pasti lagi bila boleh. Sebenarnya pengasas-pengasas TMBT ni orang-orang yang professional dalam bidang perubatan jadi mereka memang betul-betul jaga SOP semasa mereka anjurkan BUTM 2020 (related posting klik sini) sebelum pentadbiran keluarkan SOP konkrit lagi. Itu yang kawan-kawan peminat acara larian di Semenanjung Malaysia hairan macam mana BUTM 2020 boleh lepas diadakan beberapa hari sebelum PKP bermula pertengahan bulan Mac 2020 lalu. Syukur Alhamdulillah tiada seorang pun peserta acara BUTM 2020 positif Covid19 setelah balik ke rumah masing-masing.
Gambar di atas ini adalah pemandangan bagi peserta 12km hampiri garis penamat dan bagi peserta 30km adalah check point ke-2. Apa yang berbeza untuk TMBT 2019 dengan tahun lain ialah trail 4 km terakhir terpaksa diubah kerana sungai yang kebiasaannya pelari kena lintas airnya tinggi dan deras bahaya untuk dilalui akibat hujan sebelum hari acara larian. Selain dari menyeberangi jambatan ada juga tempat aliran sungai kecil yang pelari kena lalui, ada yang main redah je dengan kasut, ada yang buka kasut supaya tak basah. Cuma kali ini yang menyeberang sungai terus tiada.
Nenek Abby sampai hampir sejam awal dari Tukang Kebun di garis penamat. Rayyan sampai awal sikit lagi sebab papa bagi booster kasi pakai jam tangan. Antara 3 adik beradik ni yang suka pakai jam tangan bila keluar rumah ialah Rayyan.
Seronoklah ayah dan anak lelaki ni dapat t-shirt finisher untuk tamat larian 37km. Bagi acara larian TMBT kali ini kami bermalam 2 malam di De' Sawah, Kg Tambatuon yang berdekatan tak sampai 100 meter dari garisan penamat untuk acara larian denai 12km. Ini kali kedua Tukang Kebun menginap di sini kerana bagi Tukang Kebun rasa selesa duduk di sini betul-betul sebelah sungai Kadamaian dan padi sawah. Kali pertama duduk di sini atas urusan kerja penyelidikan dapat berkenalan dengan penduduk kampung sini dengan lebih dekat lagi.
Tahun 2020 cuma sempat sertai acara 1 larian sahaja walaupun sebenarnya ada booking 3 acara larian terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19.

Tahun 2020

Mac 2020 - Borneo Ultra Trail Marathon 2020 (KLIK SINI)

Tahun 2019 tak sampai macam separuh bilangan acara yang kami sertai berbanding Tahun 2018 (LIST COMPILATION)

Tahun 2019

Jan 2019 - The Last Tanjung Aru Beach Run (KLIK SINI)
Mac 2019 - Borneo Ultra Trail Marathon 2019 (KLIK SINI)
Jun 2019 - Super Kerbau 2019 (KLIK SINI)
September 2019 - The Most Beautiful Trail 2019 (Posting ini)
October 2019 - Malaysia Action Asia 50 (KLIK SINI)

Tidak dapat ikut acara larian tahun 2020, mulakan aktiviti hiking untuk sihatkan badan semasa sebelum PKPB.

Jumaat, 18 September 2020

Rayyan Cuba Climb Kinabalu

Pada tahun 2019 lepas, banyak jugalah milestone achievement Rayyan Haniel, antara satunya ialah cuba daki trail ke Gunung Kinabalu. Adik perempuan Tukang Kebun yang uruskan permit untuk dapatkan kami daki ke Gunung Kinabalu dan bukan melalui operator pelancongan supaya dapat bawa Nenek Rayyan dan juga 2 orang anak buahnya Ilhan Mikhail (11 tahun) dan Rayyan Haniel (9 tahun).  Jika urus sendiri kalau Sabahan tak termasuk bayar guide dalam RM250 lebih termasuk penginapan dan lain-lain untuk seorang pendaki. Dalam kumpulan kami ini seramai 7 orang hanya adik perempuan Tukang Kebun yang bakal menikah awal bulan depan dah pernah naik, yang lain pertama kali. Cuma kena hati-hati sebab adik perempuan Tukang Kebun pun terkena scam pada asalnya bila nak tempah untuk kami semua melalui agen sama yang dia gunakan masa pendakian pertama dia. Sekali hairan kenapa tak dibalas-balas bila siasat rupanya ramai yang dah kena scam dan sudah membuat laporan polis. Jadi adik Tukang Kebun tekad uruskan sendiri bila ada slot penempahan dibuka oleh Taman Taman Sabah. Urusannya ambil 2 hari juga sebab sesak ambil no giliran sampai kena tunggu hari keesokkannya. Bila urus sendiri jauh lebih murah dari melalui tour operator.
Jika tak silap Tukang Kebun 2 orang kanak-kanak maksimum kena ada 1 malim (guide) bersama, manakala 5 orang dewasa maksimum kena ada 1 malim. Jadi group kami dijaga oleh 2 malim lah. Mula-mula perancangan Ilhan bawa 1 beg, tapi lepas dah 2 kilometer naik si Ilhan dah mula nak menangis tak larat bawa beg jadi papa Ilhan yang mengangkut 2 beg depan belakang sehinggakan ada pendaki dari Netherland tanya papa "berapa kali naik Kinabalu dalam seminggu". Ini memang sah yang Dutch man ni ingat papa malim juga hehehe...
Group ni terpisah 2 jugalah seperti biasa geng laju dan geng kura-kura. Geng kura-kura biasalah Tukang Kebun dan Rayyan dalam nak dekat pukul 4 petang lebih baru sampai Laban rata. Ini pun kena buat taktik nak kasi tinggal baru si Rayyan ni bergerak perlahan-lahan mengekor takut kena ditinggalkan. Tips kalau daki Gunung Kinabalu ni sebenarnya jangan rehat lama sangat kat perhentian Layang Layang sebab boleh jadi kaki cramp macam papa Abby nanti seksa nak habiskan saki baki pendakian ke Laban Rata. Masa ni Tukang Kebun dah rasa altitude sickness juga jadi dinner tak selera makan walaupun ada lauk popular lamb yang sedap trademark di only restaurant kat Laban Rata tak termakan melayan sakit kepala. Menarik juga pengalaman makan di restaurant Laban Rata ni yang juga merupakan restoran altitude paling tinggi di Sabah sebab kepulan awan bawah dari paras yang kita sedang duduk. Restoran above the cloud begitu. Ambil pain killer tidur dulu supaya bila bangun awal pagi nak naik Kinabalu kepala dah tak sakit. Lepas Covid-19 masa PPKP ni lauk lamb tu tak de dah mungkin sebab sempadan masih tutup.
Sejuk jugalah tidur di Laban Rata tu dan Tukang Kebun tidur berpelukan dengan Rayyan nak kasi dia haba dari Tukang Kebun. Dalam 2 setengah pagi lepas sarapan dah mula bersiap sedia nak mendaki naik ke puncak Gunung Kinabalu. Mula-mula Ilhan dan papa Ilhan bersama kami naik sama-sama, kemudian papa Ilhan suruh Ilhan gerak dulu kejar ikut Nenek dan Aunty dia yang laju jalan dari kami ini. Lepas Tukang Kebun khuatir yang kami ni agak lambat menemankan pace Rayyan, Tukang Kebun minta papa Rayyan pergi je tinggalkan kami nanti rugi kalau dia tak sempat sampai di pondok Sayat-Sayat sebelum pukul 4:30 pagi lagipun malim ada dengan kami juga. Pendaki kena sampai pondok Sayat-Sayat sebelum 4:30 pagi jika tidak, pendaki tidak dibenarkan meneruskan perjalanan. Tidak disangka dengan pace lambat kami sampai juga di pondok Sayat Sayat sebelum 4:30 pagi.
Kebetulan hari kami daki Gunung Kinabalu cuaca agak baik cerah dan tidak hujan. Jadi Tukang Kebun dah semangat betul nak naik ke puncak secepat mungkin memandangkan kami lepas juga check point masa pondok Sayat Sayat. Tapi Rayyan pula kurang semangat dan kali ini bekeras dia tak mau gerak langsung dah terus berhenti walaupun dipujuk banyak kali seperti gambar di bawah katanya tak tahan dah sejuknya. Tak jauh pun nak sampai sekurangnya low peak tu kut tak mau bergerak walaupun mulut berbuih pujuk hingga taktik tinggalkan pun dia tak mau ikut terpaksa Tukang Kebun turun balik. Masa ni Tukang Kebun dah berkobar-kobar sebab tak jauh dah dengan cuaca yang amat cerah sekali penuh harapan. Nampak gambar di atas Tukang Kebun dah naik nampak kelibat kecil si Rayyan juga pondok Sayat Sayat Hut. Terpaksa lah patah balik takkan nak tinggalkan budak kecil tu kat situ.
Dengan rasa syahdunya tak dapat Tukang Kebun meneruskan perjalanan maka kami layanlah pemandangan panorama sunrise sampai boleh nampak juga Gunung Trusmadi, puncak gunung kedua paling tinggi di Malaysia. Kalau kita hanya sampai lepas pondok Sayat Sayat cuma dapat sijil hitam putih dan juga tulis di situ ketinggian pondok Sayat Sayat yang kita telah capai adalah lebih 3700 meter juga di mana lebih tinggi dari Gunung Fuji di Jepun. Kalau yang berjaya sampai puncak dapat sijil berwarna.
Rupa-rupanya Tukang Kebun tak tahu yang nenek Rayyan ada dalam salah satu bilik rehat di pondok Sayat Sayat akibat penangan altitude sickness. Memang kami ni adik beradik dah berapa kali pesan jangan naik laju-laju mak nanti kena altitude sickness sudahlah mak ni jenis low blood pressure. Kami memang yakin mak upaya cuma itulah excited sangat dan tak faham yang panjat gunung tinggi ni ikut individu mungkin mudah kena altitude sickness. Kalau yang mudah kena altitude sickness, sebaiknya jangan pace laju biar slow and steady supaya badan boleh sesuai dulu. Habislah mak asyik muntah muntah je terlalu sakit kepala. Kemudian Ilhan pun rupanya ada berehat bersama neneknya. Selepas papa Ilhan tinggalkan kami kejar mencari Ilhan dah mereka daki certain point pertengahan jalan lepas pondok Sayat Sayat, papa Ilhan suruh Ilhan patah balik ke pondok sebab tengok Ilhan jalan dah terhuyung hayang macam orang mabuk khuatir Ilhan kena altitude sickness terlampau.
Alahai kalau Tukang Kebun tahu yang neneknya ada sahaja di pondok Sayat Sayat dah boleh dah tinggalkan si Rayyan dengan neneknya sobsobsob....
Gambar di atas ini antara kawasan yang perlu berhati-hati semasa turun yang agak bahaya sikit. Malim bercerita masa gempa bumi kuat pada tahun 2015 hampir 7:30 pagi yang meragut beberapa nyawa sebab masa tu ada beberapa pendaki dah mula turun berada di kawasan ini la sebab berada di slop yang curam. Waktu 7:30 pagi tu memang masa pendaki dah mula turun ke bawah semula.
Cantik sungguh pemandangan dari puncak Kinabalu melihat kawasan di bawah persekitarannya. Gambar di bawah ini antara batu besar yang retak jatuh semasa gempa bumi tahun 2015, kalau berguling batu tu boleh hempap tempat penginapan di Laban Rata.
Ilhan masih pening-pening lagi sambil turun ke bawah. Tak pelah ini percubaan pertama kali dah berjaya limpas sedikit dari pondok sayat sayat pun ok sudah tu kalau ada rezeki nanti Ilhan dan Rayyan boleh cuba lagi, usia masih muda lagi.
Papa Ilhan lah paling bahagia antara kami pada hari tersebut sebab dah berjaya naik sehingga ke puncak Kinabalu.

Bolehlah papa Ilhan ambil gambar kenangan dengan pendaki lain yang telah berjaya juga.
Gambar di bawah ini group kami bertiga lah yang berjaya naik hingga ke puncak Gunung Kinabalu yang turun kaki dah lenguh-lenguh. Sebelum pukul 11 pagi kami dah mula bergerak turun semula ke Timpohon Gate dari Laban rata. Hujan dah mula menitik semasa dalam perjalanan nak turun. Syukur Alhamdulillah hari kami mendaki naik ke Laban Rata tidak hujan, bila balik sahaja.
Sebab Tukang Kebun agak frust jadi bila balik papa Rayyan lah temankan Rayyan turun pula. Kali ini geng yang tak sampai puncak Kinabalu pula turun laju. Ilhan dan Nenek orang kedua sampai Timpohon Gate dalam pukul 1:30 tengahari. Yang kawan Dutch papa tu orang pertama sampai di Timpohon Gate. Tukang Kebun sampai sebelum dalam pukul 2:30 petang di Timpohon Gate, kira-kira 3 jam ambil masa.
Nasib juga kami sampai awal, yang group papa sampai 1 jam lepas kami dah dalam hujan lebat. Memang ada kami bawa baju hujan siap-siap. Perjalanan balik ni beg Ilhan, Malim yang tolong bawa turun. 
Syukur Alhamdulillah boleh jugalah Rayyan melepasi pondok Sayat Sayat tu cuma mengalah sebab kesejukan je. Tukang Kebun pun bila fikir balik tak sangka kami dapat bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu dengan Rayyan pada usia 9 tahun bila terkenangkan keluar masuk hospital setelah Rayyan lahir dengan jantung tidak sempurna. Pada usia 7 minggu sahaja, Rayyan terpaksa diterbangkan dengan menggunakan helicopter ambulance dari Adelaide ke Royal Children Hospital Melbourne direct kerana risiko susah bernafas akibat low level oksigen yang hanya termampu oleh jantungnya untuk mendapatkan pembedahan dengan segera. Nak minum susu pun tak larat sekejap dah terlelap sebelum kenyang, terpaksa salurkan susu melalui hidung masuk ke perut terus gunakan tiub setiap waktu malam kerana mengalami masalah pertambahan berat badan. Yang temankan Rayyan naik helikopter ambulance masuk dalam bed capsule macam gambar di bawah seorang jururawat sahaja macam nak terbang ke bulan. Manakala kami naik penerbangan biasa ke Melbourne. Time does fly fast.
Sejak Rayyan lahir asyik hospital dah jadi second home dari bayi sehingga toddler. Masa tu kami elakkan bawa Rayyan ke tempat ramai orang sebab khuatir penyakit berjangkit dan Rayyan golongan berisiko tinggi. Jadi biasa Rayyan duduk di rumah Tukang Kebun teman, manakala Ilhan yang akan dibawa keluar bersama dengan papa supaya Ilhan boleh belajar socializing. That time I told myself in the future you will live life to the fullest with no regrets. Agaknya secara tak sengaja Tukang Kebun masih terbawa-bawa suka cari tempat untuk melawat yang tidak ramai orang agaknya bila reflect balik.
Ini sebagai catatan Tukang Kebun sahaja, bila turun dari Gunung Kinabalu, keesokan harinya pula sertai acara larian 10 km di Tanjung Aru iaitu The Last Tanjung Aru Beach Run . Sepatutnya event ini dibuat pada bulan Ogos 2018 tapi ditunda ke January 2019. Acara larian ini Tukang Kebun sertai dengan kawan nasib baik kaki ok lepas turun Kinabalu kali ni.

Rabu, 16 September 2020

Super Kerbau 2019

                                        

Acara larian ultra trail ke-2 yang kami sertai pada tahun 2019 setelah Borneo Ultra Trail Marathon 2019 (related posting Klik sini) ialah Super Kerbau 2019 dengan penganjur yang sama. Ini adalah pertama kali sertai acara larian di kawasan Tambunan. Acara larian Super Kerbau 2019 ini papa Ilhan dan Ilhan sertai yang kategori jarak 30km, manakala Nenek Rayyan , Rayyan dan Tukang Kebun sertai acara 15km. Kali ini adalah acara ultra trail jarak jauh paling kami bertiga pernah challenge, dulu paling jauh pun dalam 12km bagi Tukang Kebun manakala Rayyan 9km. Tahun 2019 ini pula mula kami latih biasakan Rayyan larian ultra trail dan masa larian Super Kerbau 2019 ini Rayyan umurnya 9 tahun.

Syukur Alhamdulillah cuaca agak cerah pada hari ini. Yang bestnya di Tambunan ini ialah kita boleh kelihatan dua puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi. Bila dah Tambunan ini diapit oleh 2 gunung tertinggi ini pastinya bentuk muka Tambunan ini berbukit lah jadi naik turun bukit lah kita ini. 
Kali ini merasa semputlah juga Tukang Kebun nak naik pergi arah lalu sampai ke puncak yang ada menara tinggi di Tambunan dipanggil Sinurambi Tambunan. Pertama kali tiba menara ni naik kereta awal tahun 2018 (related posting klik sini), kali ni ambik kau pakai kaki sendiri mendaki sampai ke sini macam ala-ala melancong jugalah sambil berlari bagi yang memang lari, kami ni santai jalan kaki ja. Pastu tak berlatih sebelum acara ultra trail ini memang cari pasal lah. Sebenarnya ada juga hiking trail kalau ada sesiapa nak jalan kaki ke Sinurambi Tambunan tu rupanya bagi ada yang tenaga. Ini kelebihan sertai ultra trail dapat ikut jalan yang bukan kebiasaan orang melancong guna.
Bila dah naik puncak ni trail ikut jalan merah walaupun tak mendaki lagi ikut jalan kereta bila dah makin matahari naik, aduiii panasnya ni yang tak tahan lain kali memang kena bawa payung lipat simpan dalam beg. Tak sabarnya nak keluar ke trail yang ada pokok-pokok sikit kurang panas di kepala ini.
Tukang Kebun dan Rayyan memang dah antara terakhir ni dah hampir separuh jalan. Ada juga kami lalu kebun asparagus macam gambar di atas seronok lah sekejap menjamu mata. Selepas lintas jambatan kecil ini dah masuk tempat kawasan ada pembalakan dan dekat sini dah nampak Rayyan sudah agak kepenatan dan degupan jantung dia mungkin teramat perit. Tanda-tanda degupan jantung kuat sangat ialah dia dah mula style squatting dan angkat lutut tinggi ke dada. Air mata dalam diam dah mengalir. 
Jika yang dah lama berkawan dengan Tukang Kebun perkenalan di blog ini dah sama-sama nampak pembesaran anak-anak Tukang Kebun dari lahir dulu masa zaman Rayyan Haniel ni dah maklum yang dia ni lahir dengan jantung tak sempurna dan dah 3 kali buat pembedahan jantung. Walaupun cuba di raut muka Tukang Kebun tak nampak khuatir, di hati khuatir juga ni apa tindakan sepatutnya nak dibuat ketika itu sudahlah kami masih dalam pinggiran antara hutan dan kampung di kawasan pembalakan. Lepas nampak Rayyan dah ok, kami mula bergerak jalan balik. Ini permasalahan bila dah ketinggalan orang terakhir di belakang ni boleh tersesat jalan sebab tak nampak arah tanda red tape tu dengan betul bila dah mental pun low tak le berfikir dengan tajam dengan risau dengan Rayyan, patut ada satu tempat belok naik jalan kecil kami terus sahaja. Pertama kali sesat masuk acara larian ini nasib tergerak hati Tukang Kebun untuk patah balik walaupun ada 1 km lebih sudah kami berjalan ikut jalan lori kayu balak bila tak nampak tanda-tanda. Itu sebab masa bila masuk acara ultra trail Malaysia Action Trail 50  (related posting klik sini) akan Tukang Kebun push diri jangan jadi paling kebelakangan mesti ada ikut orang jalan di depan khuatir sesat lagi tempat trail kita tak pernah cuba.

Antara trail yang Tukang Kebun ikut rasanya dekat sinilah paling curam sakit menahan kaki menurun bukit ikut laluan lori balak. Sakit ibu jari kaki menahan nak turun slope yang curam terasa gayat pula nak menurun. Lepas dah hampir semula perkampungan ada kebun terserempak dengan 2 runners lain salah satunya sebab kaki dia dah sakit cramping dan tanya jika kami masih ada extra air kerana dia sudah kehabisan air. Kami pun share lah dan peserta tersebut mengekor di belakang sementara jumpa tempat yang ada telephone coverage semula untuk contact rakannya supaya mohon penganjur untuk ambil dia memandangkan keadaan kakinya yang sudah teramat sakit. Penganjur datang ambil peserta yang sakit kaki dan yang lain dah tak nak teruskan lagi dengan balik naik kenderaan. Kalau kawasan begini pun kekadang line pun takde nak tak nak kena juga gerak sampai jumpa line. Kami masih meneruskan berjalan kaki untuk habiskan lagi beberapa kilometer lagi walaupun cut off time hampir sudah. Tough decision nak teruskan cabaran habiskan bila terkenangkan Rayyan, tapi tengok lepas berhenti berehat dia OK semula. Fikir kena training Rayyan supaya tidak mudah putus atas dan mentally strong sebab awal tahun 2019 tu kalau Rayyan tak putus asa dah berjaya menawan puncak gunung tu. Really risky tapi pacer Rayyan alias Tukang Kebun pun pace slow, the last 2 kilometers paling mencabar dah nampak Rayyan resist nak jalan asyik tertinggal di belakang berhenti-henti tapi sebab Tukang Kebun tak layan masih gerak ke depan takut ditinggalkan dia terpaksa gerak jugalah dengan air mata berguguran. Cuma bila ada beberapa kenderaan berhenti bila trail sudah masuk jalan raya tanya Rayyan ok atau tidak, Rayyan pula tak jawab cepat-cepat jalan malu agaknya.
Sebenarnya kami sampai pun dah lewat 1 jam dari cut off time dia, cuma mungkin ramai peserta merungut sebab asal trail 15km tapi kebanyakkan peserta yang ada gadget canggih kata perjalanan tu sebenarnya 18km lebih. Alahai kalau kami ni yang campur lagi kilometer extra sebab sesat ada mau 20km kut. Lepas tu acara yang kononnya dikatakan 15km jarak ni cut off time 5 jam rasanya, dalam average kena habiskan 3 km dalam sejam. Memang betul-betul kena jadi super kerbau nak habiskan ultra trail kali ini. Memang kalau kiraan pace Tukang Kebun dah setting 3 km dalam 1 jam tapi kalau dah 18km memang lah jadi terlebih 1 jam. Tahniah kepada Rayyan umur 9 tahun pada ketika itu dapat habiskan dari starting point hingga ke finishing point dengan selamatnya. Nasib baik lambat 1 jam pun diorang kasi medal biasanya kalau Borneo Ultra Trail Marathon atau The Most Beautiful Trail diorang tak bagi kalau lepas cut off time. Mungkin atas consideration yang jarak trail tu berlebihan dari dijangkakan banyak sangat. Nenek Rayyan pun habis satu jam awal dari kami dan dia pun kata lain kali tak nak lah kalau yang 15km jadi serik. Nenek Rayyan pun dah bagi full blast bebelan ke Tukang Kebun lain kali jangan paksa sangat si Rayyan tu dah begitu jarak nya ... Ya mama Rayyan dah reflect, siapa sangka 18km???
   Kali ini Papa Ilhan revenge sebab kaki tak cramp jadi dia laju dari Ilhan lah kali ini. Ilhan pula ada cramp sikit. Masa Borneo Ultra Trail Marathon dia cramp, Ilhan tinggalkan papa dia ikut group lain. Cuma bila dengar papa Ilhan kata kat satu check point kononnya dia tunggu Ilhan 1 jam memang bukan kena puji tapi kena marahlah dengan mama Ilhan sebab tinggalkan anak berlari tanpa penjaga dahlah anak tu baru umur 12 tahun kerana ini bukan lari atas jalanraya macam marathon tapi off road.  Walaupun kami cuma lari 15km tapi papa Ilhan dan Ilhan sampai selesaikan 30km beza satu jam lebih sahaja dengan kami. Kalau larian 30km ada lari masuk kawasan sawah padi.
Nasib baik atuk Abby kali ini ikut sekali ke Tambunan sebab nenek Abby join jadi adalah atuk meneman Abby di lodging. Kemudian ambil kami ni ulang-alik 3 kali balik ke lodging sebab sampai finishing point asing-asing untuk mandi dan isi perut. Syukur Alhamdulillah tempat yang kami menginap 1 malam di Tambunan iaitu di The 7 Lodge berikan kesempatan untuk check out lambat jadi sempatlah nak bersihkan badan dan isi perut di restorannya. Walaupun nampak lodge ini simple tapi ada juga restoran. Ada kami pesan nasi goreng ikan masin dan kampung untuk makan malam sebab malas nak keluar bagi tambahan makanan yang kami bawa tapau dari rumah.
  Syukur Alhamdulillah Rayyan yang lahir dengan jantung tidak sempurna dengan "Tetralogy of Fallot" bila dah genap 9 tahun sudah dapat capai milestone habiskan jarak perjalanan 15km dalam panas dengan selamat bila terkenangkan keadaan kesihatannya di awal fasa pembesaran. Teringat pembedahan  corrective surgery Rayyan yang last sekali dan kali ketiga masa Rayyan berumur 18 bulan. Sehari sebelum pembedahan , kami kena ulang alik untuk monitor keadaan Rayyan di Hospital dan lodging sebab masa tu oxygen saturation dia dah makin menurun tahap low sahaja. Kebiasaannya kalau orang normal oxygen saturation adalah dalam tahap 95-100% terpampar di mesin tu. Yang buat risau bila Rayyan ada "tet spell"  boleh drop sampai level 40% je. Sebab Doktor shift petang yang memantau rasa tak sedap hati masa senja dia call suruh kami tidur je di emergency room in case ada apa-apa. Kalau tengok dalam gambar walaupun Rayyan sedang tidur lena oxygen saturation dia cuma dalam level 70%.
 Lagipun pembedahan ini terpaksa ditunda beberapa minggu gara-gara Rayyan lompat katil dan fractured shoulder dia kena tunggu pulih dulu untuk kurangkan risiko. Masa tu Tukang Kebun pun sedang mengandungkan Abby. Bila pagi agak kalut dan terpingga-pingga sikit ada miscommunication sebab team surgery hairan kami ni pergi mana tak datang-datang call di lodgings rupanya kami dah ada di hospital dan di emergency room je supaya dapat monitor jantung Rayyan. Syukur Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan kemungkinan bila dah dewasa sikit serta jantung dah membesar akan ada lagi satu pembedahan. Kini cuma setahun sekali check up di Hospital Serdang. Sekarang ni nak bimbing dan latih supaya bila Rayyan dah dewasa he will lead a healthy life sebab yang dilahirkan sakit jantung lebih ada risiko chronic disease.

SELAMAT HARI MALAYSIA

Sabtu, 12 September 2020

Malaysia Action Asia 50

 Hampir terlupa dah ada join event larian Malaysia Action Asia 50 ini pada October 2019 tahun lepas. Kali ini hanya Tukang kebun dan hubby je yang sertai acara larian ultra event ini, anak-anak duduk dengan nenek dan atuk. Ini acara larian ultra-trail pertama kali papa Abby cuba larian 50 km sebab selalu ni kena teman berlari bersama Ilhan sebagai penjaga semasa acara larian ultra-trail untuk tahun 2019.
Acara larian ini bermula masih dalam keadaan gelap lagi. Tak ingat dah pukul berapa antara pukul 5 ke 6 pagi agaknya. Yang ingat Tukang Kebun kami bertolak dari Sungai Buloh ke Janda Baik dalam pukul 4 pagi rasanya sebab papa Abby estimate sampai dalam 1 jam begitu dengan kurang kenderaan di jalanraya. Ini pertama kali kami jejak kaki di Janda Baik. Tempat starting point di sebuah tempat penginapan (sampai dah lupa) dah fully booked masa tu jadi kena bergerak awallah dari rumah. Tak terfikir pula nak cari accomodation lain pula di Janda Baik, nampak sangat kami ini tak biasa area sini kan hehehe...
Tukang Kebun sertai yang jarak 10km je tu sempat tidur dalam kereta nak tunggu larian 10km bermula dalam pukul 7 pagi rasanya. Ada perasaan lonely sikit sebab biasanya berteman kali ini keseorangan hehehe...cuak juga sebab tak pernah lalui kawasan Janda Baik takut kena tinggal nanti sesat pula. Nak tak nak kena think positive dan cuba sedaya upaya. Lagipun Tukang Kebun yang beriya-iya cari acara larian ultra-trail yang fit dengan schedule bulan Oktober Tukang Kebun masa tu. Ini nasib baik dengan keadaan last minute dapat sertai acara larian ultra-trail ini sebab mungkin ada beberapa event ultra-trail yang overlap dengan tarikh ini di tempat lain buat ada slot kosong lagi.
Payah juga nak berjalan laju-laju apatah lagi yang berlari kat area ni tak tersangkut ke kaki mereka ni. Tukang Kebun yang jalan santai pun tersangkut kaki beberapa kali dekat area atas ini dengan pokok yang serabut merayap atas tanah ni. Kawasan janda baik certain areas waktu awal pagi boleh kedengaran bunyi keluarga monyet. Mula-mula kat sini masih keseorangan lagi, lepas area ni berdekatan next check point dekat kebun pokok getah ada buat 2 kawan kami sesama pace. Seorang kakak tu sebenarnya dia sesat mulanya dan baru patah balik mengejar, jika tidak lama dah yang di group hadapan. Kakak tu ada lebih stamina dari Tukang Kebun bagi semangat sama-sama kami jalan sampai hampir finishing point. Yang lagi seorang adik lelaki dia baru lepas lari 50km di acara lain jadi fahamlah kaki masih lenguh lagi, dia masuk acara ni pun untuk temankan bapanya. Bapanya pun dah dia pastikan dah jalan limpas dia. Kami bertiga sama-sama form satu kumpulan bergerak sama-sama supaya tak sesat sebab yang adik lelaki tu dah pernah pengalaman ikut acara larian ni dulu.
Bersembang sambil berjalan, Adik lelaki ni pula kata dia tahun 2019 tu ada join juga acara larian yang Gopeng Ultra Marathon tu dan di depan mata dia sendiri nampak runner A tu hilang. Adik tu pun hanya takat tu je cerita macam tersekat, Tukang Kebun  dan kakak runner pun tak nak la tanya lebih sebab kita pun dalam kawasan yang tak sesuai nak diskusi perkara begini. Bila dah mula sampai trail route area suasana kampung barulah Tukang Kebun faham kenapa ramai suka beriadah ke kawasan Janda Baik ni. Macam-macam resort ada dan dengan taman-taman yang indah. Bila sampai yang medal acara larian 10km habis pula sobsobsob.....lepas bagi macam harrassment, penganjur bagi medal je tapi tali dia takde, nanti dipos katanya.
 Tahniah kepada papa Abby berjaya menghabiskan 50km sebelum cut off time dan kali ini dah join group men veteran ya. Berjam jugalah Tukang Kebun tunggu tepi swimming pool melangguk, nak tidur dalam kereta panas sangat pula. Mula-mula Tukang Kebun nak join tak berapa semangat papa nak sertai acara ini, bila dah dapat habis 50km dia pula jadi semangat lebih. Padahal dia yang berat hati nak join event ni, kena puas dipujuk dan merajuk kihkihkih...
Macam Tukang Kebun, papa pun berlari buat 2 kawan motivate sesama untuk meneruskan perjuangan habiskan 50km. 
Balik singgah ada satu gerai kampung berdekatan satu simpang di Janda Baik untuk mengisi perut. Sedap betul tengok lauk pauknya selera kampung. Tukang Kebun ambil lauk gulai ikan patin masak tempoyak dan paru daging masak berlada dengan sayur, hubby order sup tulang (yang memori ni masih fresh pula) . Puas hati betul makan memang sedap sampai kami rasa lain kali nak ke Janda Baik semata nak makan di gerai ini je lagi hehehe...pastu kami sesat sekali nak keluar ke lebuhraya balik Sungai Buloh dan terpaksa berhenti di Genting Sempah sebab papa Abby mata dah kuyu sangat nak kena tidur. Tukang Kebun pula tak yakin nak bawa kereta di area ni sebab dah macam rush hour orang turun balik ke KL, tunggulah papa Abby berehat dulu. Ini acara larian terakhir kami sertai untuk tahun 2019. Bulan lain kemudian masa tu macam takde acara larian yang menarik minat papa Abby (semua susulan cadangan rejected).


September 2020 Sale untuk Serai Acheh, 3 bare-rooted Serai Acheh plants for RM10.00 (valid from today till 30th September 2020).

Antara penggunaan manafaat Serai Acheh bacaan lanjut boleh refer posting dahulu (KLIK SINI).