No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label labu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label labu. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2020

Pumpkin Galore Bosnia I Herzegovina Autumn

Semasa buka balik gambar simpanan pergi ke Bosnia I Herzegovina terjumpa folder Tukang Kebun mohon guide singgah di tepi jalan dalam perjalanan balik dari Travnik (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) ke tempat penginapan sebab geram tengok labu-labu pelbagai jenis di tepi jalan untuk jualan. Guide yang bawa kami ni pun kaum hawa dah 45 tahun lebih usianya lah Tukang Kebun agak-agak je. Sebab guide ni masa Perang Bosnia pada tahun awal 1990-an dari cara dia kongsi cerita masa zaman tu dia kira young adults. Bijak jugalah syarikat pelancongan tu pilih guide untuk kami kasi gandingkan dengan wanita rasa lebih selesa dengan kami pun 2 orang sahaja. Mungkin dah agak yang dari Malaysia ni wanita muslim. Kalau dengan kaum Adam kena fikir juga batas dan kelakuan. Tour package kami booking secara online sahaja sebelum berlepas ke Bosnia I Herzegovina dan guide ambil di tempat penginapan dengan kereta sedan. Tukang Kebun geram betul tengok replica kincir angin tu comel sangat.
Masa belek-belek gambar archives ni baru Tukang Kebun perhati betapa kreatif mereka buat bangku dan rak display dari pohon kayu. Comel pula rasa bangku kayu punya kaki tu dibuat susunan stack 3 kayu berlainan saiz dari besar ke kecil. Kemudian pelantar untuk duduk tu pula macam sebatang kayu dibelah dua disusun bersebelahan. Rak kayu tu pun terus sebatang pohon besar dipotong-potong jadi penahan penjuru. Terasa teruja mana tahu suatu hari bila ada rezeki masa teringin buat perabot sendiri macam ni. DIY Project KIV.
Yang ni pula macam projek adhoc buat rak kayu kecil untuk memudahkan labu disusun atas meja ni. Kayu kecil tu macam diambil dari potongan kayu-kayu kecil yang digantung di kedai untuk dijual jadi bahan bakar stove kecil di rumah ketika musim sejuk.
Banyak kayu-kayu kecil dalam plastik merah untuk sumber bahan bakar stove kecil bagi memanaskan suhu dalam rumah semasa musim sejuk. Di satu sudut ini dilonggokkan jenis labu yang rupa begini pula.
Geram lagi tengok periuk ni yang tahan untuk digunakan masakan yang pakai bara atau unggun kayu api. Kalau berjalan-jalan dengan dearest hubby pasti dah ada percubaan memujuk untuk bawa balik Malaysia semua yang geram-geram tu. Ni bila sorang-sorang berat luggage pun terhad kan. Cantik juga raga yang tersusun tu untuk dibawa tuai hasil dari kebun.
Ada juga kedai macam workshop di situ yang penuh dengan pelbagai jenis barangan logam. Geram juga Tukang Kebun tengok tapi harganya boleh tahan. Cuci mata sahajalah. Dinding ala workshop ni pun menarik bukan macam papan-papan dah kena ketam bertindih antara satu sama lain tapi pohon kayu terus potong-potong sahaja di mana masih bentuk lekuk bulat semula jadi. Memang so real cottage style.
Selain dari jenis-jenis labu saiz yang besar boleh guna oleh Fairy godmother untuk jadikan coach pengangkutan Cinderella, ada juga labu yang memang jenis saiz comel seperti gambar di atas. Tidak pernah Tukang Kebun pergi ke satu kedai terdapat banyak jenis bilangan variety labu seperti di sini. Mungkin disebabkan Bosnia I Herzegovina ni sepanjang sejarahnya memang selalu bertukar pemerintah empayer berlainan menyebabkan banyak jenis labu dibawa masuk ke kawasannya. Masa di kedai ini Tukang Kebun tak nampak jenis labu yang dipanggil Turk's Turban Pumpkin tetapi semasa menghadiri persidangan ada di pameran (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan. Siap setelah selesai persidangan yang jaga booth bagi sebuah labu kat Tukang Kebun.
Semasa Tukang Kebun masuk ke dalam kedai memborong bibit-bibit yang menarik, guide pun sempat beli 3 buah labu besar di atas. Katanya nanti dia nak buat pumpkin soup, pumpkin pie dan lain-lain. Guide sangat sporting kalau kita yang ambil private tour nak singgah kedai di tepi jalan sebab mereka pun boleh berkesempatan beli ole-ole macam makanan untuk bawa balik nikmati bersama keluarga. Murah sangat agaknya harga labu besar tu sebab sampai 3 dirembatnya masuk dalam booth kereta.
Ketika masuk musim luruh kebiasaannya di mana mana kawasan cuaca continental atau 4 musim memang akan jadi musim harvest labu. Puaslah nak buat ukiran senyuman pumpkin halloween dengan stok labu banyak sebegini. Sebab tu Hari Halloween yang disambut sesetengah tempat pumpkin jadi prop hiasan utama sebab terikh peristiwa masa musim luruh ketika musim tuaian labu banyak.
 

Ahad, 19 Mei 2019

Turk Turban Pumpkin dan Jahorina

 Ada rezeki melawat negara Bosnia I Herzegovina (related posting klik sini) awal Oktober 2018 lepas adalah bertujuan bukan cuti-cuti sahaja tetapi niat utamanya adalah menjalankan amanat kerja iaitu menghadiri persidangan di Jahorina, Bosnia untuk membentangkan kertas kerja penuh. Kami menginap di Aparthotel Vucko di Jahorina yang berkonsepkan ala-ala apartment hotel. Gambar di atas adalah venue utama persidangan tersebut.
 Gambar no. 2 di atas ini diambil dari gondola lift. Yang bangunan aparthotel Vucko tu berwarna coklat bertentangan dengan Hotel Termag yang dijadikan tempat persidangan utama. Tetapi disebabkan penyertaan persidangan ini amat ramai sekali beratus-ratus peserta, jadi tempat pembentangan parellel session dibuat di Hotel Termag dan juga di Aparthotel Vucko.
 Selepas teman Tukang Kebun sama-sama ke persidangan ni puas menilai tempat-tempat penginapan yang berdekatan Hotel Termag didapati pada ketika itu, paling murah adalah buat booking melalui Agoda untuk bilik sewa di Aparthotel Vucko. Bilik ini ada satu kamar tidur dengan bentuk katilnya bulat di atas. 
 Tetapi ruang tamunya amatlah luas sekali boleh ajak kawan-kawan datang bilik untuk berbincanglah atau lepak-lepas. Biliknya berserta dapur masak sekali. Memandang di sini adalah kawasan tempat bermain ski. Jadi takde tempat restoran nak makan kecuali di hotel sahaja pilihannya semasa di luar musim permainan ski dan salji. Elok jugalah bawa sekali bekalan snacks makanan sendiri sebelum sampai ke tempat ini. 
 Semasa persidangan berlangsung ada juga booth jual produk-produk tempatan. Buah-buahan dan sayur-sayuran ada juga dijual. Akhirnya dapat jugalah tengok buah labu yang dipanggil Turkish Turban di atas. Nak bawa balik sebiji gitu berat sangat, nasib baiklah dekat bilik ada dapur mudah nak buat projek korek biji benih dan kasi kering. Tukang Kebun selalu tak dapat bayangkan besar buah labu Turkish Turban ni rupanya bukanlah besar sangat standard macam buah labu Jepun manis.  Ada buah epal di gambar di atas bersebelaan buah Turkish Turban sebagai perbandingan. Yang berminat untuk tanam masih ada stok biji benih Turkish Turban dalam simpanan Kebun Bahagia Bersama lagi.

~ 1pek 7 biji benih labu Turkish Turban RM3.00 ~
 Seronok jugalah sertai persidangan di Jahorina, Bosnia ini kerana persertanya memang rasa peringkat antarabangsa lah dari puluhan bilangan negara. Yang dari Malaysia hadir pun kali ini Tukang Kebun dan teman berdua ja. Jika yang berminat untuk hadir tahun ni pihak organizer iaitu East Sarajevo University dah buka semula untuk persidangan AGROSYM 2019 singkatan untuk ' International Agriculture Symposium' (homepage website klik sini). Tempat persidangannya adalah masih sama dan pada awal bulan Oktober 2019. Kali ini nampaknya di website tahun 2019, penganjur buat lawatan ke sekitar Mostar (related posting klik sini), tahun 2018 kami di bawa lawatan ke kawasan Andrich town. 
 Jahorina adalah kawasan sukan musim salji Olimpik masa tahun 1984. Semasa hari kedua persidangan berlangsung waktu rehat makan tengahari diberikan peluang peserta-peserta naik lif gondola ke kawasan tempat lagi tinggi lebih 1000 meter dari paras laut untuk menikmati pemandangan. Mudah bagi mereka nak aturkan sebab lif gondola ada di belakang kawasan hotel tempat persidangan sahaja. Kelihatan pokok-pokok macam krismas ni buah sudah bertukar ke bentuk acorn menarik pelbagai bentuk semasa duduk di lif gondola.
 Ada infrastruktur untuk sukan ice skating dibuat pada aras nak dekat 1000 meter ni sedang dibina sebelum tibanya musim salji. Nampak macam nak buat tasik buatan kan yang airnya akan beku secara semula jadi masa musim salji.
 Cuaca agak mendung ketika itu, ambil gambar jadi tak nampak jelas banjaran-banjaran gunung di kawasan ini.
 Panjang juga lif gondola ni kalau yang biasa bermain ski puas jugalah nak menyusur kembali ke aras bawah. Kawasan Jahorina ni agak sejuk berbanding di Sarajevo walaupun jaraknya hanya dalam 30km dari bandar sebab berada dalam kawasan pergunungan.

Selamat Hari Wesak.

Khamis, 12 September 2013

Hasil biji benih Labu Sabah distribution May tahun ini

 Salam Hari Jumaat, hari ini mesti tak sabar nak habis kerja sebab ramai yang dah boleh mula cuti weekend panjang sempena Hari Malaysia. First of all, di atas bukan tuaian Kebun Bahagia Bersama tetapi member gardener Sis Nor dari Kelantan minggu ini yang kongsikan mengenai hasil biji benih labu Sabah yang dapat diedarkan oleh KBB pada bulan Mei lepas. Geram tengok hasilnya, peria dan kantan bekalan dari kebunnya tak putus-putus. Proses Pollination pun banyak pembantu rajin buzzing di kebunnya. Yang buzzing buzzing itu jugalah memberi bentuk kepada Labu Sabah. Sis Nor kata dah puas pucuknya dituai untuk makan tapi pokoknya masih giat tumbuh menjalar-jalar di dalam kebunnya. Yang menariknya atau key point yang tukang kebun hendak kongsikan hari ini adalah secara kebetulan tukang kebun juga menerima beberapa info/feedback yang biji benih Labu Sabah tumbuh dengan baik dan mudah di kawasan Pantai Timur terutamanya di Kelantan seperti diceritakan oleh Kak Nor dan Sis Nor (kebetulan nama sama). Ada kebarangkalian kebetulan semasa biji benih labu Sabah yang diedarkan dan terus ditanam ketika (bulan Mei ~ June) itu adalah masa yang sangat sesuai untuk gardeners di kawasan Kelantan menanam labu Sabah di tempat mereka.

Untuk Sowing Chart kawasan Kelantan bolehlah masukkan semai labu pada bulan May dan June.

Thank you for the inspiration.

P.S : Sis Nor tengah cari idea jika ada sesiapa yang boleh berkongsi cara-cara nak enjoy/masak labu ini.

Sabtu, 18 Mei 2013

May Order Closing Shipment Date

 Pesanan biji-biji benih segar dan anak-anak pokok yang ditawarkan untuk bulan Mei ini, penghantaran terakhir adalah pada 21hb Mei 2013. Gardeners yang belum menerima email dari tukang kebun untuk pesanan bulan Mei ini bolehlah menghantar email kepada tukang kebun sebagai reminder. Shipment selepas tarikh tersebut akan dibuat selepas 10hb June 2013. Sempena cuti sekolah tidak lama lagi, tukang-tukang kebun akan balik ke Sabah. Trip tukang kebun berdua dengan Abby bulan April lepas, kami cuma dapat enjoy pemandangan pulau dari atas kapal terbang. Dengan harapan kali ini, papa Abby ada mood nak bawa kami naik bot bersantai di pulau yang indah dan dapat memijak pasir putih suci. Tak dapat nak scuba diving pun takpelah, anak-anak masih kecil dapat main-main air pun dah cukup puas hati (wink*wink) . Tukang-tukang kebun Ilhan dan Rayyan juga mesti seronok nak mandi sungai tiap hari kalau boleh.
 Balik kali ini dapatlah tukang kebun dan Abby puaskan craving nak minum air jus avocado di tepi pantai. Makanan laut juga beraneka pilihan yang masih segar lagi tangkapan. Kalau musim buah pugi yang mirip macam buah tampoi tu pun nak borong untuk Rayyan sebab tukang kebun balik hari tu suka sangat Rayyan dengan buah pugi. Tukang kebun teringin lagi sekali nak rasa cendawan hitam di sebelah buah pugi gambar di bawah.
 Salah satu agenda balik kali ini pun, mesti nak berjalan-jalan ke Tamu tengok pelbagai tanaman fresh yang ada. Tukang kebun suka tengok makanan dari tanaman, hubby pula mesti nak tengok makanan laut yang segar-segar dan harganya lebih murah dari Semenanjung ini.

 Penghantaran minggu depan InsyaAllah tukang kebun sertakan biji benih labu kampung yang banyak dijual di Sabah seperti gambar di atas. Biji benih heirloom carrot purple dragon, tukang kebun tak sempat kemas, jadi akan dimasukkan ke dalam bulan June.

Rabu, 31 Oktober 2012

Spaghetti Squash

 Labu spaghetti squash makin popular ditanam di kalangan gardener beginner atau amateur di benua Amerika dan Australia.  Buah labu ini boleh simpan dengan baik sekurang-kurangnya 6 bulan di tempat yang kering dan nyaman setelah dikeringkan beberapa hari. Tukang kebun simpan lebih 6 bulan dan masih elok lagi untuk digunakan dalam masakan. Isi spaghetti squash bila diraut-raut dengan garpu seakan pasta noodle yang halus. Boleh saja tumbuh di Malaysia, sudah kami tanam pun di Kebun Sungai Buloh dengan benih yang dikumpul di Kebun Adelaide dan hasilnya dah selamat dimakan oleh Tukang kebun Ilhan. Tukang kebun pernah bela pokok-pokok spaghetti squash dengan cuaca lebih panas dari Malaysia 35-40 degree masa pertumbuhan awal spaghetti squash ini. Sekarang ni kalau berSkype dengan Tukang Kebun Dany di Kebun Sungai Buloh kalau dikatakan cuaca di Malaysia panas akan segera ku bidas habis tu sini lagi panas dan kering hidup saja pokok tu. Saya kagum dengan gardener di sini dan pelajari dari mereka bagaimana mereka tackle masalah nak menanam bila cuaca sangat panas dan kering pada musim panas. Tiada istilah 'tidak boleh' dalam diary kebun mereka, ada saja cara yang mereka cuba supaya boleh menanam sepanjang tahun. Di sini juga tukang kebun pelajari perkataan 'mulching' iaitu tutup permukaan tanah dengan straw kering pea atau sugar cane (tebu) setebal sekurang-kurangnya 5 cm supaya air tidak mudah tersejat dan membantu menurunkan suhu tanah sedikit supaya tak sengsara akar-akar pokok. Ada juga kenapa tukang kebun gemar pakai bekas polystyrene putih pada musim panas dan sejuk kerana insulation yang bagus begitu juga tidak serap haba...hehehe bukan sebab free saja. Pot-pot plastik warna hitam serap haba jadi makin panaslah akar pokoknya bila terdedah dengan cahaya matahari tapi sesuai pula bila musim sejuk. Kalau heat wave nak datang bersedialah gardener di sini pasang kain shade untuk tanaman mereka supaya tak melecur atau habis terbakar daunnya.
 Bunga labu kebiasaannya buka satu hari sahaja. Jadi kalau takde kawan si lebah kena cepat-cepat kahwinkan si bunga betina dan bunga jantan. Tukang kebun tak de guna apa-apa alat fancy untuk tutup bunga betina setelah disentuhkan dengan bunga jantan supaya tiada cross-pollination terjadi. Tukang kebun sekadar bagi bunga betina dan bunga jantan untuk dating dengan kudupkan kelopak bunga betina dengan batang bunga jantan untuk privacy mereka.

Selasa, 30 Oktober 2012

Labu sesuai untuk ruang kecil

 Gambar jenis labu di atas dari yang besar hingga kecil ialah ~ Small Sugar Pumpkin, Spagetthi Squash dan Thelma Sanders Sweet Potato Squash. Ini adalah jenis labu yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kawasan terhad untuk berkebun. Ketiga-tiga jenis labu ini juga sesuai untuk tanam di dalam container (tukang kebun pernah sudah cuba tanam dalam bekas). Labu jenis ini pun pernah ditanam di Kebun Sungai Buloh.

 Tawaran limited biji benih labu bagi dispatch bulan November kali ini adalah labu 'Small Sugar'.
 Lawati laman 'Small Sugar' Pumpkin sebelum ini.

Biji Benih Organik Heirloom labu 'Small Sugar' limited 1 pek untuk setiap gardener.
RM3.00 satu pek anggaran 15 biji benih.
Stok Habis.

Gardener yang berminat boleh tinggalkan pesanan di komen box posting ini ya.