Labu spaghetti squash makin popular ditanam di kalangan gardener beginner atau amateur di benua Amerika dan Australia. Buah labu ini boleh simpan dengan baik sekurang-kurangnya 6 bulan di tempat yang kering dan nyaman setelah dikeringkan beberapa hari. Tukang kebun simpan lebih 6 bulan dan masih elok lagi untuk digunakan dalam masakan. Isi spaghetti squash bila diraut-raut dengan garpu seakan pasta noodle yang halus. Boleh saja tumbuh di Malaysia, sudah kami tanam pun di Kebun Sungai Buloh dengan benih yang dikumpul di Kebun Adelaide dan hasilnya dah selamat dimakan oleh Tukang kebun Ilhan. Tukang kebun pernah bela pokok-pokok spaghetti squash dengan cuaca lebih panas dari Malaysia 35-40 degree masa pertumbuhan awal spaghetti squash ini. Sekarang ni kalau berSkype dengan Tukang Kebun Dany di Kebun Sungai Buloh kalau dikatakan cuaca di Malaysia panas akan segera ku bidas habis tu sini lagi panas dan kering hidup saja pokok tu. Saya kagum dengan gardener di sini dan pelajari dari mereka bagaimana mereka tackle masalah nak menanam bila cuaca sangat panas dan kering pada musim panas. Tiada istilah 'tidak boleh' dalam diary kebun mereka, ada saja cara yang mereka cuba supaya boleh menanam sepanjang tahun. Di sini juga tukang kebun pelajari perkataan 'mulching' iaitu tutup permukaan tanah dengan straw kering pea atau sugar cane (tebu) setebal sekurang-kurangnya 5 cm supaya air tidak mudah tersejat dan membantu menurunkan suhu tanah sedikit supaya tak sengsara akar-akar pokok. Ada juga kenapa tukang kebun gemar pakai bekas polystyrene putih pada musim panas dan sejuk kerana insulation yang bagus begitu juga tidak serap haba...hehehe bukan sebab free saja. Pot-pot plastik warna hitam serap haba jadi makin panaslah akar pokoknya bila terdedah dengan cahaya matahari tapi sesuai pula bila musim sejuk. Kalau heat wave nak datang bersedialah gardener di sini pasang kain shade untuk tanaman mereka supaya tak melecur atau habis terbakar daunnya.
Bunga labu kebiasaannya buka satu hari sahaja. Jadi kalau takde kawan si lebah kena cepat-cepat kahwinkan si bunga betina dan bunga jantan. Tukang kebun tak de guna apa-apa alat fancy untuk tutup bunga betina setelah disentuhkan dengan bunga jantan supaya tiada cross-pollination terjadi. Tukang kebun sekadar bagi bunga betina dan bunga jantan untuk dating dengan kudupkan kelopak bunga betina dengan batang bunga jantan untuk privacy mereka.
33 ulasan:
assalam. nak satu.....tq. fahizah
thanks sebab dah simpankan benih spagethi squash..
saya nk satu pack
saya hendak 1 pek
K mar 1
1 pek pls
nak satu bolehhhh...:)
Saya nak 1 :D
sy pun nak satu pek :)
beli benih bkn main tp tanamnya tah bila. benih yg beli dulu pun x tanam lagi :P
Yay! Nak satu :-)
simpan 1 pkt utk saya (my 3rd order fr u) tk.
Er..er..er.. Ade lg? Reservekan satu utk Eila juge. :)
Eh baru baca betul-betul entry ni sampai ke hujungnya. Terima kasih sebab dah simpankan untuk saya. Al maklumlah, nampak aje tajuk 'Spaghetti Squash' dah melonjak keriangan, terus tekan 'Comment' untuk cepat-cepat reserve.
Hehehe.
Sudah disimpankan untuk Kak Haslinda, Aku P@an, Mama Pongkey, Fahizah, Zamzurina, SM Forestgarden, Kak Mar, Ivy, Mat Jon, Farhani, Rini JY, Jaybahry, Eila, Kak Nik.
Note: 14 pack reserved.
Rini~ Tukang kebun pun simpanan macam-macam jenis benih cuma 20% je dah pernah tanam. Yang lain tunggu giliran...hehehe....masalah tempat pun ada juga.
Mama Pongkey~Mama Jack dah agak Mama Pongkey dah lama mengidam nak makan spaghetti Squash.
Can you please reserve for me one?
Reserve 1 for Sasha too.
Total : 15 pack reserved
Salam, kalau ada lebih pakcik juga nak cuba tanam.. email pada teenine@gmail.com.. Riza sini
Pak cik Riza yang ini masih ada dalam stok dan saya ada hantar email kepada pakcik tadi.
Saya berminat hendak seednya...untuk org diabetik macam saya ni...Idris Hashim , deris_mb@yahoo.com, 0124904704 ( nombor bisness ni)
Diana, simpankan 1 utk akak. Tkasih..
Ada Diana simpankan untuk Kak Azira.
Hi. My nane is Lim. Can you reserve 5 packs for me? I've been looking for this spaghetti squash for a long time. Is it possible for you to send the packs of seeds via courier service? My email is mystique.ling@gmail.com. Thank you. :)
Hi Lim.
Emailed you already.
Yes we deliver seeds by courier.
Can you still supply spagetti squash?
Can you still supply spagetti squash?
I would like to buy spagetti squash seeds. Can you post to Kampar
Hi Antony Beecham,
We have spagetti squash seeds in stock.
Can post to Kampar.
Further details email to (kebunkmg@gmail.com) .
Hi saya jannah. Ada lg x spagetti squash seeds? Saya nk beli 1 peket. Saya di ampang. Tq
Salam Bahagia Noorjannah.
Biji benih spagetti squash out of stock.
Kindest Regards.
Kebun Bahagia Bersama
Salam...still ada stock biji benih spaghetti squash?bole email saya sallinao@gmail.com,thanks.
Salam. Benih spaghetti squash ni masih ada ke? Saya nak beli dua pek kalau ada..any info pls email to annes116@googlemail.com. Tq!
Hi, Benih spaghetti squash ada lagi? Saya nak beli, kalau ada lagi, tolong whatsapp 0124089159 ya. Terima kasih.
Salam Bahagia,
Biji benih spagetti squash ada dalam stok semula jika berminat email ke (kebunkmg@gmail.com).
Catat Ulasan