Japanese Iris dan Louisiana iris adalah jenis iris yang sesuai ditanam di kolam atau kawasan yang agak berpaya (boggy). Semasa musim kemarau hendak dipastikan akarnya tidak kering atau 'mulch' supaya air tidak mudah tersejat dari tanah. Tapi setelah pokoknya matang, ianya boleh tahan cuaca kemarau dan kering seketika waktu. Ini nota koleksi yang ada dengan tukang kebun sementara ingat sebab selalu lupa apa yang dah ada. Masa saya merantau belajar di Jepun, selalunya bunga iris ni berbunga bulan June (early summer) berdekatan kawasan saya berhampiran kawasan yang berair. Bunga iris dipanggil 'Ayame' dalam bahasa Jepun. Berkenan juga nama ayame nak bagi ke anak perempuan kalau duduk Jepun.
Japanese Iris 'Facsination'
Japanese Iris 'Gusto'
Japanese Iris 'Rose Queen' (3 bulbs tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (1 rhizome tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Teacup Chatter' (1 rhizome tanam di Sungai Buloh Ogos 2012)
Louisiana Iris 'Even handed'
Louisiana Iris 'Anne Chowing'
Louisiana Iris 'Even handed'
Louisiana Iris 'Dancing Vogue'
Louisiana Iris 'Colorific'Louisiana Iris 'Anne Chowing'
Kawan-kawan suka yang mana?
Mmmm....ikutkan hati nak tambah lagi koleksi. Berapa lama agaknya nak tunggu di Sungai Buloh berbunga. Tanya tukang kebun bongsu yang ambil peranan siram pokok keliling rumah di Sungai Buloh , katanya dah bagi semua pokok siram air optimum apa yang disiramnya jangan tanya tak tau (sigh). Kalau jenis iris yang Tall Bearded Iris, tukang kebun tahu dan yakin yang ni tak payah siram sangat dan kuat panas. Minggu ni nak hunting Louisiana Iris lagi.
P.S: Buat masa sekarang, tukang kebun hanya boleh tawar pisahkan diri dengan Louisiana Iris 'Colorific (1 rhizome), Louisiana Iris Even-handed (1 rhizome) dan Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (2 rhizome).
P.S: Buat masa sekarang, tukang kebun hanya boleh tawar pisahkan diri dengan Louisiana Iris 'Colorific (1 rhizome), Louisiana Iris Even-handed (1 rhizome) dan Louisiana Iris 'Geisha Eyes' (2 rhizome).
14 ulasan:
tiga-tiga jenis tu semua lawoo..tp Louisiana Iris mmg super duper gojessss :D
dkt update tu rhizome yg ditawarkan eh..berminat dengan Louisiana Iris 'Colorific'
tambah satu rhizome Louisiana Geisha Eyes.
kalau ditanya mana yg disukai saya jawab semua saya suka (tamak la tu nak semua pula)...suka lihat bunga lah..
Salam Diana, Eila suka semua hehehe..kalu rajin, pas kat Eila colorific tu dgn geisha eyes. Kalau masih ade stok la yerk :)
org tamak selalu untung! kalau ada..lynn nak sumernya..haha.. btw Diana, brapa lama nak tunggu Gladioli tu berbunga? dah makin tinggi tapi takder tanda2 pun..
K mar ann chowing..bila2 la
Nak 1 lah. Hehehe. Tak tahan juga saya rupanya. Mana-mana sahaja yang orang lain belum booking, sebab semua pun cantik.
Saya cuba dapatkan lagi Louisiana iris tengok berapa boleh dapat. Kalau tak banyak sorang satu je lah tukang kebun offer ya, kalau ada lebih baru dapat lebih dari satu. Kita kira safe-keeping nanti bolehlah bertukar-tukar iris rhizome bila dah beranak-pinak sama-sama kita.
Farhani~ Update tu iris rhizome yang dah confirmed saya dah dapatkan ;). Tengah iris hunting lagi ni. Itu pun stok supplier tinggal sikit je lagi. Macam goreng pisang juga saya nak kena cepat-cepat booking...hehehe...
Ivy~ Kalau Diana pun nak semua juga hehehe....
Lynn~ Gladioli tu memang pokoknya tinggi kadang-kadang required staking supaya tak flop ke tanah. Sometime reach about 70 cm tall. Anggaran bunga 100hari plus minus dari tanam. Baru sebulan lebih tanam, early September? Masih membesar lagi.
Saya nak book Anne chowing, colorific, geisha eyes.
buk 1 lah mana2 jenis ja pon boleh..tq
*orang tamak selalu untung! :)
Gardener dan Ivy~ Tengoklah kalau ada rezeki.
Assalam... mohon contact sy tuk bunga iris. Harni131@yahoo.com
Salam,
Ada stock tak utnuk iris kali ni?
Catat Ulasan