No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Ros Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ros Jepun. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Mei 2015

Red Hot May 2015 Selection

  Catatan koleksi bunga-bunga merah yang mekar menceriakan Kebun Bahagia Bersama sepanjang bulan Mei ini antara 5 pilihan Tukang Kebun kongsikan pada hari ini adalah seperti berikut.
    Ros Jepun Sunny Red juga rajin berkembang hampir setiap hari. Gardeners yang berminat boleh juga dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama 1 bekas RM3.
 Bunga yang rajin memanjat dan harum semerbak bunganya bergugusan menghiasi tempat ianya berpaut ialah akar dani (Ready stok available RM8 sepot). Tak tahulah kenapa baunya yang semerbak tu boleh buat kelasi mabuk agaknya jadi dipanggil juga Drunken Sailor.
  Bentuk kudup bunganya seakan rambutan ranum besar apabila bunganya kembang. Serangga seperti lebah dan rama-rama peminat setia menhisap madu yang dihasilkan oleh Thailand PowderPuff (RM12 sebekas ada ready stock). Thailand PowderPuff dan Drunken Sailor (Akar Dani) adalah dalam kumpulan keluarga yang sama iaitu 'Combretum'. Jika ruang anda hidup subur dengan akar dani maka sesuailah juga Thailand PowderPuff atau vice-versa.
 Pokok bunga pagoda merah atau nak bunyi mysterious bolehlah panggil ia pepanggil. Panjang sunguh misai bunga pagoda ini macam sesunggut rerama yang kadangkala hinggap di atasnya.

~Promosi Pepanggil valid untuk bulan June 2015 sahaja ~
3 moist bare-rooted red pepanggil plants for RM10.

Nampak dalam seminggu dua nampak layu bila ditanam semula bare-rooted pokok pepanggil ini, bila dah segar semula cepat pokoknya akan meninggi dan membesar.
 Tema Floria Putrajaya 2015 yang baru bermula semalam secara rasmi ialah pokok bunga lily. Yang banyak menjadi perhiasan Tukang Kebun tengok semalam ialah dari species pokok bunga hippeastrum, lilium, hymenocallis dan ada juga crinum. Blood Lily tiada terserempak di Floria, tapi Syukur Alhamdulillah bulan May 2015 ini nampak ianya mekar di Kebun Bahagia Bersama.

 Sekiranya anda adalah gardeners suka tambah koleksi bunga-bunga warna merah bolehlah tinjau di laman blog Kebun Bahagia Bersama page 'Bunga Warna Merah' (klik sini). Ada lebih dari 10 jenis tumbuhan berbunga warna merah dalam ready stock kami.

Have a lovely weekend.

Rabu, 29 April 2015

Pink Flush Portulaca

  Salam Bahagia semua minta maaf cuaca minggu ini sedap buat kerja dekat luar jadi Tukang Kebun banyak meluangkan masa di luar semenjak kebelakangan ini jadi snail mail reply ya. Kalau yang memakai yahoo email kekadang bermasalah tak sampai ke Tukang Kebun. Harap cuba hantar email lagi sekali kepada Tukang Kebun ya. Cuaca yang kurang panas berbanding minggu-minggu lain memudahkan kerja propagation. InsyaAllah bulan depan ada beberapa jenis pokok-pokok citrus akan boleh kami release dari kebun kecil kami untuk yang berminat.

  Hari ini mari kita cuci mata tengok Ros Jepun jenis Pink Flush. Kembang selapis berwarna putih tapi ada kena colek berwarna merah jambu. Jantung tengahnya berwarna kuning. Kalau diamati betul dari jantungnya seakan keluar tangkai bunga kecil berwarna putih macam sifat bunga pokok naga pun ada. Kalau dalam kategori Ros Jepun ini saiz diameter bunganya ialah jenis besar. Lebih besar dari duit syiling lama 50 sen. Duit syiling baru sekarang tengok 20 sen dan 50 sen pun Tukang Kebun masih keliru. Daunnya jenis jejarum.

~ Portulaca Pink Flush ~
1 bekas RM7.00 (kebunkmg@gmail.com).
  Syukur Alhamdulillah minggu ini tumpang bahagia tengok bunga-bunga matahari hasil perkongsian dari kebun Eira di Kuala Lipis (related posting klik sini) kembang mekar di kebun Kak Has di Tanjung Malim, Perak.
 Terima kasih Kak Has sudi kongsi-kongsi gambar menceriakan urusan hari ini.

Khamis, 16 April 2015

White Candy Red Stripe Portulaca

 Enquiry yang kerap diperolehi untuk bekalan bunga dari Kebun Bahagia Bersama ialah Ros Jepun. Kalau di Australia dahulu ianya lebih dikenali sebagai portulaca dan bukan Japanese Rose. Untuk Gardeners  yang kekurangan ruang ini adalah antara bunga yang digemari untuk dibela sebab mudah tumbuh dalam container garden dan bahagia jika menerima cahaya matahari yang banyak. Big Boss Kebun Bahagia Bersama banyak tanam di kebunnya semasa di Telipok dan sekarang di KingFisher dalam pot letak atas tembok. Ros Jepun jika kekurangan cahaya dan siram banyak sangat air boleh menyebabkan batang lembutnya reput. Jadi perlu berhati-hati lebih baik letak di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak.

 Antara jenis Ros Jepun yang rajin menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah jenis White Candy Red Stripe yang berwarna putih dan ada jalur-jalur merah macam Zebra. Jenis kelopak bunganya kembang selapis. Salah satu tempat tukang kebun tumpangkan ros jepun ini kongsi pasu bersama desert rose yang sedang membesar. Jenis ini kenangan Ros Jepun tukang kebun beli masa last trip ke Tamu Donggongan lalu. Ros Jepun ini akan dibekalkan secara rooted plant dalam pot ya. Kebun Bahagia Bersama tak bekalkan dalam bentuk keratan batang Ros Jepun nanti botak pokoknya, tukang kebunnya tak puas jamu mata.
~ 1 pot White Candy Red Stripe Portulaca RM5.00 ~

 Minggu lepas pertama kali bawa Panther jalan-jalan ke belakang kebun. Mula-mula menangis tak biasa asyik naik atas kereta sorong atau kaki tukang kebun. Nak minta temankan tukang kebun bersihkan raised bed 1 meter persegi. Sambil-sambil gemburkan tanah tak teringat dulu ada sepokok sengkuang tumbuh sendiri di sini. Sekali tercangkul ubi sengkuang terkejut juga tengok ianya bertapa dalam tanah dah sebesar ini.
  Syukur Alhamdulillah bulan ini memang pokok buah nam nam menghasilkan buah yang lumayan. Cuaca bulan ini memang buat pokok nam nam bahagia berbanding dengan tahun lepas.
 Self-Collect Schedule:

~ 18hb April 2015 Sabtu dari pukul 5:30 PM ~ 6:00 PM di Sungai Buloh

~  22hb April 2015 Rabu dari pukul 9:00 PM ~ 9:30 PM di Sungai Buloh