Catatan koleksi bunga-bunga merah yang mekar menceriakan Kebun Bahagia Bersama sepanjang bulan Mei ini antara 5 pilihan Tukang Kebun kongsikan pada hari ini adalah seperti berikut.
Ros Jepun Sunny Red juga rajin berkembang hampir setiap hari. Gardeners yang berminat boleh juga dapatkan dari Kebun Bahagia Bersama 1 bekas RM3.
Bunga yang rajin memanjat dan harum semerbak bunganya bergugusan menghiasi tempat ianya berpaut ialah akar dani (Ready stok available RM8 sepot). Tak tahulah kenapa baunya yang semerbak tu boleh buat kelasi mabuk agaknya jadi dipanggil juga Drunken Sailor.
Bentuk kudup bunganya seakan rambutan ranum besar apabila bunganya kembang. Serangga seperti lebah dan rama-rama peminat setia menhisap madu yang dihasilkan oleh Thailand PowderPuff (RM12 sebekas ada ready stock). Thailand PowderPuff dan Drunken Sailor (Akar Dani) adalah dalam kumpulan keluarga yang sama iaitu 'Combretum'. Jika ruang anda hidup subur dengan akar dani maka sesuailah juga Thailand PowderPuff atau vice-versa.
Pokok bunga pagoda merah atau nak bunyi mysterious bolehlah panggil ia pepanggil. Panjang sunguh misai bunga pagoda ini macam sesunggut rerama yang kadangkala hinggap di atasnya.
~Promosi Pepanggil valid untuk bulan June 2015 sahaja ~
3 moist bare-rooted red pepanggil plants for RM10.
Nampak dalam seminggu dua nampak layu bila ditanam semula bare-rooted pokok pepanggil ini, bila dah segar semula cepat pokoknya akan meninggi dan membesar.
Tema Floria Putrajaya 2015 yang baru bermula semalam secara rasmi ialah pokok bunga lily. Yang banyak menjadi perhiasan Tukang Kebun tengok semalam ialah dari species pokok bunga hippeastrum, lilium, hymenocallis dan ada juga crinum. Blood Lily tiada terserempak di Floria, tapi Syukur Alhamdulillah bulan May 2015 ini nampak ianya mekar di Kebun Bahagia Bersama.
Sekiranya anda adalah gardeners suka tambah koleksi bunga-bunga warna merah bolehlah tinjau di laman blog Kebun Bahagia Bersama page 'Bunga Warna Merah' (klik sini). Ada lebih dari 10 jenis tumbuhan berbunga warna merah dalam ready stock kami.
Have a lovely weekend.
2 ulasan:
Kalau ada stok blood lily tu K Mar book ya.. semalam terlupas pasal event floria tu ... dah malam baru teringat.. melepas..
Salam Bahagia Kak Mar.
InsyaAllah bila ada blood lily Diana simpankan untuk Kak Mar.
Blood Lily ini memang jenis lama nak membiak.
Tak pernah lagi gali buat inspection tengok ada anak-anak bawang keliling induknya tau tidak.
Hujung minggu ini sempat lagi kalau Kak Mar nak pergi tengok.
Atau lepas kerja hari ini bolehlah pergi intai-intai rasanya tutup pukul 10malam Floria.
Catat Ulasan