Pokok yang boleh dimakan dan begitu mudah dibela dengan cuaca tanah rendah Malaysia ini tumbuh subur seperti kangkung atau 'water spinach' dikenali di tempat orang lain sebagai 'Surinam Spinach'. Di kawasan Nusantara ini lebih selesa dipanggil Ginseng Jawa ataupun Akar Som. Jangan you ingat Ginseng dari Korea atau China je menghasilkan power root ya, Ginseng Jawa pun power. Tak yah nak import dari luar negara bayar GST, bela je dekat ruang mana yang ada dalam tin biskut kena tebuk pun boleh. Ginseng Jawa boleh sahaja ditanam dalam bekas-bekas. Ianya juga selesa duduk di dalam kawasan yang teduh untuk membesar jika anda mempunyai ruang yang kurang mendapat cahaya matahari. Keperluan air pun tak banyak, kalau tanam dalam bekas biasanya orang ingat payah sebab nak siram kerap. Tapi kalau duduk dalam teduh, seminggu 3 kali je siram pun tak pe kalau dilanda kesibukkan.
Contoh yang diberikan dalam gambar kali ini (before and after hair-cut) adalah pokok ginseng jawa yang tumbuh sendiri dalam pasu di tempat yang tak terima pancaran cahaya matahari secara langsung. Lokasinya teduh tapi takdelah gelap gelita. Kalau dah rimbun gitu (Gambar no. 1) nak bagi hard-pruning macam gambar No. 2 ni pun tak pe. Bagi keluar pucuk-pucuk baru dan cabang-cabang baru pokoknya merimbun. Kalau tak dipangkas atau dicuit anak pokoknya pada pertumbuhan awal di pucuknya nanti tumbuh sebatang je. Jadi sekali-kala elok bagi hair-cut dekat pokok Surinam Spinach ni. Kalau pokok dah rimbun begini biasanya akarnya dah banyak nak kasi potong lebih lagi pun tak pe. Nanti naik cepat rimbun semula. Tukang kebun cuma ambil bahagian mana nak buat sayur je. Pokok Surinam Spinach ini kalau akarnya tak ditarik keluar cuma potong habis batangnya, akan keluar tunas-tunas baru dari akarnya nanti semula. Jadi Surinam Spinach cukup selesa dan tahan lasak dengan iklim di negara kita. Good edible plant for novice or busy gardeners. Silap-silap boleh buat indoor plant juga sebab selamat untuk kanak-kanak.
Banyak juga dapat dituai dari satu pasu ginseng jawa ini, boleh buat masak 2~3 kali goreng belacan. Cuma tuaian kali ini persediaan sayur untuk buat Macaroni Goreng Ginseng Jawa (resepi klik sini) untuk Birthday party Ilhan.
Gardeners yang ingin hadiahkan akar-akar ginseng untuk relatives or friends masa sambutan Tahun Baru Cina hadapan bolehlah mula-mula buat petak ruang untuk pokok-pokok ginseng jawa. Jimat belanja banyak masa musim perayaan nanti. Kekadang bila mood malas dah merimbun Tukang Kebun gelek je dengan mesin rumput. Cepat je pokoknya naik semula.
~ Anggaran 250 biji benih Ginseng Jawa dalam 1 pek RM3.00 ~
~ 1 pot anak pokok Ginseng Jawa RM4.00,
atau 3 pot anak pokok Ginseng Jawa RM10.
Self-Collect Schedule This Week:
~ Sabtu 30hb Mei 2015 dari 5:30petang ~ 6:00 petang di Sungai Buloh.
Yang berminat ingin dapatka Telur Itik juga available untuk self-collect pada hari tersebut.
~ Anggaran 250 biji benih Ginseng Jawa dalam 1 pek RM3.00 ~
~ 1 pot anak pokok Ginseng Jawa RM4.00,
atau 3 pot anak pokok Ginseng Jawa RM10.
Self-Collect Schedule This Week:
~ Sabtu 30hb Mei 2015 dari 5:30petang ~ 6:00 petang di Sungai Buloh.
Yang berminat ingin dapatka Telur Itik juga available untuk self-collect pada hari tersebut.
4 ulasan:
Banyaknya yg kakak baru tahu nama pokok Dee
Kakak ingatkan pokok bunga tau..
Pokok dh smp semalam.Hrp menjadilh dgn cuaca tak menentu ni.Byk info berguna trm ksh dgn perkongsian
Akhirnya kak dah dapat pokok ini. Tengah subur membiak. Dulu2 merata tumbuh keliling rumah tapi tak tahu pun boleh dipelbagaikan dlm masakan. Bila dah pupus, dan dah tahu manafaatnya baru kelam kabut cari merata..mujur jumpa kat depan kedai seorang Cina...
Salam Bahagia KakZakie.
Memang kalau meriah berbunga pokoknya seakan pokok hiasan.
Salam Bahagia Yin Hasni.
Syukur Alhamdulillah Selamat Terima.
InsyaAllah bila dah serasi tak remeh dah penjagaannya.
Kalau rajin ambil pucuk makin rimbun pokoknya InsyaAllah.
Salam Bahagia Kak Mala.
Syukur Alhamdulillah dah ada semula pokok ini di kebun Kak Mala.
Dekat sini pun takut ada jenis-jenis tumbuhan pupus sebab tak cukup tangan nak jaga.
Catat Ulasan