No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Asam Gelugor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Gelugor. Papar semua catatan

Sabtu, 5 September 2020

Jambatan Monyet Yamanashi

 Gunung Fuji ni dia berkongsi dengan beberapa negeri dalam Jepun sempadan dia, salah satunya adalah Negeri Yamanashi di mana negeri bak kita, bak diaorang negeri dipanggil prefecture. Masa lawat Jepun pada awal musim bunga tahun 2019 bukan semata-mata cuti sahaja tapi atas amanah bekerja juga menghadiri persidangan di Tokyo. Sebelum tiba hari persidangan kami pusing-pusing dulu di keliling kawasan berdekatan Gunung Fuji. Bila hari nak bertolak balik ke Tokyo kami singgah lawat jambatan yang dipanggil Saruhashi ni di mana "Saru" - monyet dan "Hashi" - jambatan. Keunikan jambatan ni yang rekabentuk kat tepi jambatan tu ada bumbung dengan seakan beberapa rumah kecil style Jepun tu.
Jambatan monyet ini adalah antara jambatan traditional top 3 yang paling terkenal di Jepun antara salah satu sebab sengaja singgah lawat kawasan ini. Walaupun dipanggil jambatan monyet tapi masa kami datang lawat sini tak de pun nampak bayang seekor monyet di depan mata. Nak ke sini pada awalnya kami gunakan navigator yang memang ada dengan kemudahan kereta sewa tu dan juga Google Map kemudiannya kerana jalan yang diberikan bagi jalan kampung pusing bukit yang lorongnya sempit macam muat2 je satu kereta. Kalau bertembung kereta lain memang masalah. Tapi masalah lain ialah jalan sempit berlingkar bukit tu tak boleh tembus lalu sebab ada pohon2 kayu yang tumbang belum dibersihkan kena reverse balik. Keberangkalian masa musim salji memang jalan ini tak boleh pakai dan belum dibersihkan lagi sebab salji pun baru cair. Pakai Google map pun masalah dia suruh pakai jalan yang sama. Tukang Kebun syorkan jangan pakai destinasi "Saruhashi" tapi gunakan "Saruhashi Train Station" - kalau tak nanti awal lagi dia bagi tunjuk jalan redah yang jalan belakang kawasan terpencil mana entah. Elok gunakan destinasi "Saruhashi Train Station" dahulu dan apabila dah masuk nampak pekan baru ubah destinasi ke "Saruhashi" ya.
Semasa kami melawat di Jambatan Monyet ini tak ramai pelancong jadi boleh parking berdekatan dengan kedai-kedai jual cenderahati di situ. Pada musim panas dan musim luruh boleh naik bot menyusuri sungai di bawah Jambatan monyet ini untuk menikmati pemandangan cantik ketika itu. Jambatan ini pun kerap digunakan sebagai model lukisan tradisional Jepun. Di sini tak perlu allocate masa banyak kalau awal mula musim bunga dalam 30 minit.
Yang berminat teringin makan ubi kayu ada stok atau nak tanam pun ada keratan segar boleh didapati dari Kebun Bahagia Bersama:

2 kilogram ubi kayu RM5.00.
7 keratan ubi kayu baka Sabah RM5.00.

Pucuk assam gelugor pun ada .

100 gram RM3.00 .

Pesanan boleh dibuat dengan directly message Whatsapp Nizam (019-293-1340).

Yang ingin self-collect pesanan boleh dibuat pada pagi Sabtu atau Ahad  (12 & 13 hb September 2020) di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh. Please contact dahulu sebelum itu.

Ahad, 13 Disember 2015

Pucuk daun untuk ulam-ulaman

    Tahun 2015 sudah nak ke penghujung sudah mendekati Tahun 2016. Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta mendidik kami untuk lebih bermotivasi memikirkan hasil-hasil organik yang boleh dibekalkan dari kebun kami. Untuk tahun 2015 ini dimasukkan dalam senarai bagi hasil pucuk daun yang biasa dibuat ulam-ulaman yang ada dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti daun pucuk assam gelugor, pucuk ubi kayu dan pucuk gajus.

  Kadangkala bila ada banyak pokok volunteer ulam raja, masa self-collect day adalah juga dicuit pucuknya untuk diselitkan dalam pesanan-pesanan yang diterima. InsyaAllah tahun depan akan kami juga mula membekalkan pucuk daun buah katak puru/nam nam pula. Pucuk daun buah katak puru yang berwarna kemerahan itu bagus untuk mereka yang menghadapi masalah lawas membuang air.
  Kalau ikut ranking untuk 3 jenis pucuk-pucuk daun yang popular ikut demand pesanan terima dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti berikut :

(1) Pucuk muda assam gelugor
(2) Pucuk ubi kayu
(3) Pucuk gajus

   Tapi macam tak adillah pula nak buat ranking lagi sebab yang pucuk ubi kayu dan pucuk gajus pun masih ahli baru dimulakan dalam hasil segar bekalan Kebun Bahagia Bersama. Setiap seikat jenis pucuk-pucuk tersebut dibekalkan dengan harga RM1.00 . Cuma yang pucuk muda assam gelugor sahaja boleh dipos, pucuk-pucuk lain nak kena self-collect.

  Yang pucuk muda assam gelugor bukan newcomer sebab pernah beberapa kali kami selitkan dalam Pasar Online Kebun Bahagia Bersama awal-awal dahulu. Dengan kenakalan Tukang Kebun juga menyelit pucuk muda assam gelugor kepada mereka yang belum pernah rasa nikmat khasiat pucuk muda assam gelugor ini, Syukur Alhamdulillah ramai juga yang addicted dengan rasa pucuk muda assam gelugor bagi peminat rasa makanan masam-masam ni. Macam perancangan tahun 2016 nak kena tambah lagi 1~2 pokok assam gelugor dalam kebun.
   Hasil kutipan utama pucuk gajus bekalan dari Kebun Bahagia Bersama dituai dari pokok gajus seperti gambar No. 3 di atas. Pokok gajus ini bersebelahan dengan pokok kelapa yang buahnya berbentuk bujur seperti bola rugbi.

Self-Collect Day Schedule minggu depan :

~ Pagi Sabtu 19hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway)

~ Pagi Ahad 20hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

  Memandangkan esok Isnin Selangor cuti peristiwa, maka penghantaran tertunda ke hari Isninlah ya.
Antara fresh organic goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga InsyaAllah available untuk self-collect juga ialah seperti:

~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Canistel/kuning telor sekilogram RM5.00 .
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3.00 .
~ Buah Rambutan Merah 1 kilogram RM2.00.
~ Buah Rambutan Gading/Kuning 1 kilogram RM2.00 .
~ Buah Katak Puru/ Nam Nam 5 biji RM2.00 .
~ Buah Nangka Muda 1 biji RM3.00 .
~ Isi kelapa parut 3 biji RM5.00 .
~ Telur Itik 1 biji 70sen.

  Selain dari pilihan pucuk-pucuk daun yang ditambahkan dalam senarai bekalan fresh goodies Kebun Bahagia Bersama dalam tahun 2015 ini, kami juga berkesempatan untuk mula membekalkan batang ubi keladi muda sebagai sayur.

~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 ~

  Info sayur batang keladi boleh baca di posting sebelum ini (klik sini). 

  Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan yang tidak pernah jemu diberikan di kebun kecil kami ini.

Rabu, 9 Disember 2015

Green Mountain Spiral Ginger

   Ada pelbagai jenis halia di dalam dunia ini yang dicipta olehNYA untuk dimanfaatkan kepada makhluk yang dicipta olehNYA. Bila direnungkan kebesaran Maha AdilNYA, jenis-jenis halia seperti halia makan, kantan dan lengkuas yang keseluruhan pokoknya mempunyai pelbagai khasiat berasal di benua Asia. Untuk mereka yang duduk di kawasan tropika benua Amerika pula dikurniakan pula lebih banyak pelbagai jenis sepupu halia dalam bentuk 'spiral ginger' atau juga dipanggil 'costus'. Dipanggil 'spiral ginger' kerana batang pokoknya tumbuh dalam arah lingkaran. Kalau macam kantan dan lengkuas kan batangnya tumbuh menegak ke atas.

  Dengan adanya phenomena globalisation sekarang, beberapa tahun ini kelihatan di Malaysia juga menggunakan pokok keluarga spiral ginger yang berasal dari benua Amerika dalam landskap bukanlah sesuatu perkara yang janggal. Kerana pokok keluarga spiral ginger ini lebih mudah dijaga dan low maintenance. Tambahan pula terdapat beberapa jenis spiral ginger yang amat sesuai ditanam di dalam pasu dan menjadikan hiasan dalaman yang cantik di dalam bangunan. Salah satu faktor ianya sesuai digunakan dalam kawasan bangunan kerana ada juga jenis spiral ginger dapat juga hidup dalam kawasan yang mempunyai kurang cahaya matahari. 

  Sebagai contoh jenis spiral ginger 'Green Mountain' kantung bunganya yang juga boleh dipanggil cone/bract ini tahan lama berminggu-minggu menjadikan ianya juga cantik sebagai hiasan bunga. Cone costus green mountain berwarna merah dengan lapisan hujungnya ada warna kehijauan. Dari kon bunga ini akan terkeluar bud bunga berwarna jingga yang akan makin mengemuk yang kemudiannya akan kembang mengeluarkan bunga berwarna merah berbentuk bibir berlipstik seperti gambar no. 1. Bunga sebenar 'Green Mountain' ini hanya kembang sekejap sahaja dan tidak berbau.
  Yang menarik minat Tukang Kebun dalam mengenali dunia spiral ginger sebenarnya ialah yang ada sesetengah jenis spiral ginger boleh dimasukkan dalam kategori tumbuhan yang boleh dimakan. Bahagian bud bunga yang sedang menggemuk belum lagi kembang bunganya itu boleh dimakan segar begitu setelah dipetik. Rasa bud bunga mengikut jenis spiral ginger juga mempunyai rasa yang berlainan. Tukang Kebun cukup suka bud bunga yang dikeluarkan dari jenis spiral ginger 'Green Mountain'. Sambil meronda dalam kebun, jika Tukang Kebun ternampak ada kudup bunga yang dah besar gemuk akan segera dituai dan terus masuk dalam mulut kunyah-kunyah sambil berjalan menjadi kudapan. Untuk bud bunga 'Green Mountain' rasanya masam-masam manis. A fruity flavor? Lihatlah di mana dalam gambar yang cone terkandung banyak kudup bunga si kerengga pun rajin nak menumpang rasa manisannya.

Maklumat mengenai spiral ginger 'Green Montain' juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

   Kalau gardeners yang suka rasa masam-masam macam pucuk assam gelugor sebagai ulam, bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' boleh dijadikan sebagai pengganti pembuka selera juga. Begitu juga bud bunga 'Green Mountain' boleh dicampurkan dalam campuran hidangan salad untuk menambahkan keceriaan sidedish tersebut atau pengganti buah tomato cuma texture lebih ranggup. Jika nak kekalkan kerangupan bud bunga spiral ginger 'Green Mountain' ianya lebih elok dimakan segar mentah. Pernah juga Tukang Kebun campurkan dalam nasi goreng jadi layu sudah tak ranggup tapi rasanya menjadi lebih kuat atau orang putih kata more intense. Mungkin sedap juga dicampurkan dalam asam pedas ataupun masak lemak cili api.

~ 1 set rhizome RM8.00 ~

   Seperti halia makan, pokok spiral ginger juga ada yang berizom. Kalau pokok yang simpan tenaga dalam rizom ini bagi orang berkerja yang selalu outstation atau travel tak perlu beberapa nak risaukan takut pokoknya kering mati. Bila disiram akan keluar tunas-tunas baru apabila pokok asalnya sudah mengering, jika rizomnya masih tidak kecut kering disimpan dalam tanah. Untuk balcony gardener atau container gardener yang minat untuk menambahkan kepelbagaian edible food di kebun ala-ala ulam gitu bolehlah mencuba bela spiral ginger 'Green Mountain'. Kebarangkalian lebih mudah nak bela costus green mountain dalam pot berbanding dengan pokok grafted asam gelugor dalam bekas terutamanya jika anda adalah weekend gardener.



   Ini pula jenis spiral ginger yang berasal dari Asia Tenggara atau native kepada tanahair kita. Salah satu nama panggilan orang kita untuk pokok bunga ini ialah Setawar Putih manakala orang barat panggil Crepe Ginger. Seperti ' Green Mountain' kudup bunganya pula yang berwarna putih pun boleh dimakan cuma tak de rasa sangat tawar. Jadi bolehlah juga kalau nak campur dalam salad mix kasi warna warni dengan 'Green Mountain' with your favourite dressings. Ataupun cicah dengan budu atau sambal tempoyak dengan ulam-ulam lain.

Cerita-cerita tambahan mengenai Crepe Ginger juga boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 set rhizome Crepe Ginger/Setawar Putih RM8.00 ~

  Pokok-pokok spiral ginger ini senang dijaga sebab tak de sangat masalah serangan serangga. Cuma just to note ini adalah pokok yang selamat untuk PETS. PETS dekat belakang tu suka sangat makan pokok spiral ginger yang muda terutamanya si angsa habis diorang makan. Dari pemerhatian Tukang Kebun PETS lebih suka makan yang tunas spiral ginger 'Green Mountain' dari Crepe Ginger. Habis diratahnya bila kebuluran atau musim kuat makan. Hai nasib baiklah jenis pokok berizom jadi bolehlah selamat dipindahkan ke tempat lain rizomnya.


  Minggu ini tiada self-collect day, tapi ada pengeposan minggu depan InsyaAllah.

   Jika ada yang mengidam fresh organic produces dari Kebun Bahagia Bersama yang available untuk penghantaran dengan Pos Laju minggu depan ialah :

~ 1 ikat pucuk asam gelugor RM1.00 .

~ 5 biji buah nam nam / katak puru RM2.00.

~ 500gram limau mixed RM3.00 .

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .

~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .

Sabtu, 24 Oktober 2015

Pucuk Daun Mulberry Putih

  Senja Khamis baru-baru ini sementara sup tulang lembu sedang dimasak di dapur tengah tunggu ianya jadi empok, Tukang Kebun dan assistant kecil si Ilhan Mikhail buatlah kerja di luar. Hari dah nak makin senja, ternakan pun semua dah makan dan duduk dalam kandang masing-masing. Dengan cuaca sekarang ini, Tukang Kebun perhatikan tiba-tiba begitu banyak nyamuk. Rasa malaslah nak berlegar-legar di kebun belakang lama-lama mencari sayur yang dapat dicampurkan ke dalam sup tulang bila nak dekat masak.
  Pada mulanya ada niat nak tuai pucuk-pucuk mulberry di kebun belakang, tiba-tiba baru teringat sebenarnya ada juga jenis mulberry yang dapat dituai betul-betul menghadap pintu dapur. Batang-batang mulberry tersebut pun dah tinggi lampai sungguh sebab dah lama tak dipangkas menghuni di sebelah pokok assam gelugor. Dengan pertolongan Ilhan yang tolong pegang batang mulberry yang sudah Tukang Kebun lenturkan, dapatlah tuai pucuk-pucuk muda mulberry muda yang daunnya jenis lebar-lebar.
  Cuba gardeners perhatikan betul-betul, ini bukan jenis pokok buah mulberry hitam. Saiz daunnya juga sangat besar, lebih besar dari muka untuk daun yang sudah matang. Ini adalah jenis pokok mulberry putih atau nama botaninya Morus alba. Jenis pokok mulberry ini adalah sebenarnya daunnya yang biasa digunakan untuk bagi makan silk worm dalam industri sutera. Biasanya untuk buat teh mulberry yang jenis biasa dikeringkan daunnya untuk dibuat teh oleh Orang Jepun adalah jenis dari white mulberry bukannya dari pokok mulberry yang biasa ditanam di Malaysia untuk nikmati buahnya.

  Ada juga beberapa kali student email tanya nak dapatkan mulberry untuk penyelidikan dalam teh mulberry. So the very naughty Tukang Kebun first reply will be, nak yang mana satu yang biasa buah hitam atau jenis white mulberry? Kalau untuk buat teh daun mulberry kalau dalam pembacaan Tukang Kebun yang jenis white mulberry dalam kitab lama banyak catit. Kalau tak pasti daun mulberry mana satu nak dikaji untuk teh, lebih baik bincang dengan supervisor dululah ya yang mana nak dikaji. Saja-saja testing student. Tengok buat persediaan terperinci dulu atau tidak sebelum memilih sample kajian. Moga pemikiran kita maju setapak, supaya kita tidak membuang masa bila nak laporkan findings kita. Dalam dunia sains tumbuhan ni biasanya nama botani adalah penting supaya ahli penyelidikan lain juga dapat cross reference dengan mudah dan rasa data kita reliable, Dahlah sekarang ni universiti dalam Malaysia semua nak push suruh buat publication kan, kalau asal usul sample pun kita tak tahu macam mana nak publish dalam high-impact jurnal.

  Umumnya pokok mulberry di luar Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis dan kumpulan, biasa disebut ialah black mulberry, red mulberry dan white mulberry. Kalau kita keluar negara pergi conference, kalau penyelidik lain tanya kita kaji daun mulberry untuk teh, pakai mulberry mana satu?Kenapa kita pilih sample ni dan lain-lain soalan, ada jugalah jawapannya. Kekadang ada orang very critical, dapat soalan cepu emas , naya. Rasanya bab to be critical ini influence besar supervisor Tukang Kebun yang orang Jerman. Masih teringat-ingat lagi antara nasihat eye-opener supervisor Jerman Tukang Kebun masa baca Research Proposal Tukang Kebun, komennya "you have to be more critical in your writing and thinking". Be a little bit more critical? Memang bab mengkritik ni dulu tak pandai, perlahan-lahan under his guidance dah mula pandai-pandai sket hahaha.... maksud supervisor tu pun salah satunya ialah jangan mudah percaya dengan apa yang kita baca kena nilai juga. Yalah lagi-lagi dunia cyber sekarang ni kan banyak copy paste sahaja.
  So back to Kebun Bahagia Bersama catatan jurnal, dah nak 3 tahun sebenarnya pokok white mulberry ni Tukang Kebun bawa balik dari Australia . Walaupun depan mata, kekadang lupa pula nak ambil manfaat daripadanya. Terbiar sahaja begitu kecualilah bila ada pelajar-pelajar yang nak bekalan pokok mulberry putih untuk buat kajian. Nak keringkan daunnya buat teh dan bandingkan dengan rasa yang pokok mulberry hitam pun tak terbuat lagi, nak kata malas pun lebih kepada tak cukup masa (bagi sedap hati). Jadi kebetulan petang Khamis dengan pertolongan Ilhan ( a part for his education), kami tuailah pucuk mulberry putih mana yang tercapai. Cuci-cuci terus masukkan dalam periuk sup tulang yang dah hampir nak masak. 

  To be honest, mula-mula rasa ragu-ragu juga dah lah daunnya super besar macam keras je lagi dari pucuk mulberry hitam biasa tanam tu. Bila dah selesai masak sup, testing, rasa nak gelak dekat diri sendiri. Tak di sangka-sangkakan, pucuk mulberry putih daunnya lebih lembut dan rasanya lebih sedap dari pucuk mulberry hitam. Memang boleh rasa perbezaannya kalau dah biasa makan pucuk mulberry hitam. Menyesal selama ini ditangguh-tangguhkan testing rasa pucuk mulberry putih. Jadi rasa tak hairanlah kenapa orang Jepun lebih gemar gunakan daun mulberry putih untuk teh dari jenis mulberry lain. Dulu ada Tukang Kebun terbaca sebenarnya yang mulberry putih ianya kurang bergetah berbanding dengan mulberry hitam. 
 Antara-antara kajian yang telah dilaporkan khas untuk mulberry putih (Morus alba) adalah seperti berikut:

~ Ekstrak daun mulberry putih dilaporkan dapat mencegah racun dari ular jenis vipera rusellii dari merebak ke seluruh system badan.

~ Banyak kajian telah melaporkan yang mulberry putih membantu kurangkan masalah kencing manis dan kolestrol tinggi, sehinggakan pelbagai jenis produk supplement telah dibekalkan dari unsur mulberry putih untuk pesakit. Daun mulberry putih mempunyai keupayaan untuk menukar level gula dalam darah.

(Notes: Perlu berhati-hati bagi pesakit (under medication) bila penggunaan white mulberry serentak dengan ubat synthetic yang membantu mengurangkan kolestrol terkandung benzodiazepines, barbiturates atau antidepressants, kesan side-effect dari penggunaan ubat tersebut ada kemungkinan lebih meningkat. Begitu juga jika pesakit sedang mengambil ubat untuk sakit gout).

~ Untuk masalah motor saraf seperti penyakit Parkinson, daunnya mempunyai kandungan gamma-aminobutyric acid yang kaya dapat membantu mencegah kerosakan.

Banyak lagi laporan kajian atas daun mulberry putih, jika ada kelapangan InsyaAllah ada catatannya lagi (Tukang Kebunnya dah ngantuk). Propagation mulberry putih tak semudah yang jenis mulberry hitam.

~ 1 rooted plant White Mulberry RM30 ~

OR

~ 4 White Mulberry cuttings for RM15 ~

  Yang mengidam nak makan pucuk muda daun assam gelugor  (SeIkat RM1.00) juga masih ada bekalan dari Kebun Bahagia Bersama. Telur itik (sebutir 70sen) minggu ini dah fully reserved, InsyaAllah untuk minggu depan masih available.
  Syukur Alhamdulillah walaupun baru 2 minggu lebih (related posting klik sini) keratan ubi kayu yang hasilnya dikutip bukan untuk ubi tapi pucuk muda baru sahaja ditanam berderet di tembok, nampak dah banyak pucuk daun yang keluar. Begitu express pertumbuhannya dari ditanam baru awal bulan ini, kalau mahu boleh dah nak rasa hasilnya. Eloklah orang sebelah tanam pokok asin-asin, kami pula tanam pokok ubi kayu untuk pucuk mudanya. 

  Buah mulberry hitam sebenarnya lebih sedap dari yang buah mulberry putih. Seperti jenis ubi kayu di atas, ubinya tidaklah selalu dibuat makan tapi pucuknya yang lebih sedap berbanding dengan jenis ubi kayu lain yang dituai adalah ubinya. Boleh dibuat perbandingan macam mulberry putih pula pucuk daun mudanya lebih sedap berbanding dengan pucuk daun mulberry hitam. Begitulah sebalik kisah benar ada pelbagai variety species tumbuhan dalam dunia ini. Masing-masing ada keistimewaan mereka.
  Syukur Alhamdulillah kadang kala masih dapat merasa tuaian asparagus dari kebun sendiri. Sayur Raja kegemaran Ilhan Mikhail campur dengan kuah sos pasta. Masih lagi available adalah buah limau/citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama yang ingin self-collect minggu ini (500gram RM3.00).
   Musim minggu jerebu lagi sekarang menyebabkan jadi tertangguh peperiksaan akhir tahun. Masa sekolah bercuti ini kadangkala Ilhan membantu pindahkan anak-anak ayam sementara beberapa jam di atas rumput untuk mereka biasakan diri makan rumput. Antara batch ayam kampung paling muda di Kebun Bahagia Bersama semoga membesar gebu-gebu. Kebun Bahagia Bersama masih membekalkan ayam kampung bulan ini yang telah siap diproses seekor RM25. 
  Buah canistel juga masih available dari Kebun Bahagia Bersama (1kilogram RM5.00). Selalu pembaca kata macam buah mangga tapi lihat tekstur isinya amat berlainan. Sekarang juga musim buah ciku di Kebun Bahagia Bersama, nampak banyak buah dah kena gigit santap oleh mahkluk lain bertabur di bawah pokoknya (buah ciku sekilogram RM4).
           Buah Canistel yang dah masak isinya, kadang-kadang Tukang Kebun lecek-lecek buat cekodok campur dengan tepung gandum.
Self-Collect Schedule minggu ini :

~ 25hbOktober2015, Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 25hbOktober2015, Ahad petang antara pukul 5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 28hbOktober2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Dari Dapur Rozana Saujana Utama

  Salam Bahagia pada hari Jumaat ini, tak boleh nak celotah lama-lama hari ini. Ini pun rehat sekejap sebelum nak uruskan lunch dan anak-anak. Tapi lunch kami simple sahaja hari ini, takdelah hidangan yang keluar air liur tengok dari dapur Sis Rozana. Terima kasih kepada Sis Rozana yang duduk di kawasan Saujana Utama, kongsikan hidangan-hidangan yang disediakan dari dapurnya dan sebahagian ada juga bahan segar dari Kebun Bahagia Bersama. Bolehlah kita sama-sama buat sebagai rujukan nak buat hidangan untuk keluarga hujung minggu ini. Antara yang pernah dikongsikan oleh sis Rozana adalah Nasi Kerabu dari bunga telang yang dipetik dari kebunnya sendiri.
  Syukur Alhamdulillah, Sabtu minggu lepas antara hidangan keluarga Sis Rozana adalah Masak lemak cili api telur itik campur bersama pucuk daun assam gelugor.  Yang berminat untuk booking self-collect telur itik bagi minggu depan baru dibuka (sebutir 70sen telur itik). Pucuk daun assam gelugor pula seikat RM1.00 .
 Yang available untuk self-collect juga minggu ini dan minggu depan adalah buah kuning telur (sekilogram RM5).  Buah nam nam (katak puru) minggu ini dan minggu depan tak available, masih kecil-kecil di pokok masih ambil masa nak membesar.
  Syukur Alhamdulillah buah katak puru dan buah terung pipit dari Kebun Bahagia Bersama dapat dimasak di dapur Sis Rozana menjadi lauk assam pedas daging with buah katak puru.
  Pagi-pagi Jumaat ini lagi dah berpeluh Tukang Kebun tuai setandan pisang abu, mau patah pinggang angkut masuk kereta sorong dan masuk dapur. Sejak jadi Tukang Kebun ni tak perlu nak ke gym, banyak stunt acrobatic nak kena uruskan kebun. Bolehlah lagi at my age panjat pokok lagi sambil petik buah atau pruning but not as agile as darling husband. Not as nimble as before.
  Yang berminat nak buat kerepek pisang abu hujung minggu ini, available batch tandan baru pisang abu sesisir RM5. Yang dah masak peram beberapa hari nanti bolehlah buat goreng pisang. Sedap makan panas-panas sambil buat kerja dengan laptop.
  Bulan Oktober ini kami sudah mulakan bekalkan ayam kampung dara/teruna dari batch 'ayam pantang' yang lahir masa lebih kurang raya Aidilfitri jadi dah 2 bulan lebih. Minggu lepas yang disembelih ada berat purata selepas diproses 1.4kilogram.

~ Daging ayam kampung segar baru diproses RM25 ~

  Unfortunately, bila Tukang Kebun buat  kira-kira untuk belanjawan makanan ayam for these past few weeks. Its getting difficult to maintain some budget due to the increasing price for pet food. Ya dengan ekonomi dan pertukaran wang duit Ringgit Malaysia rendah juga effect harga makanan PETS. Yang akan pertikaikan, yes they are imported macam jagung dan gandum. Malaysia pun belum lagi sebuah negara yang dapat hasilkan 100% beras tempatan sendiri untuk rakyat kita masih bergantung dengan negara jiran. 

 Sigh, bulan ini masih naik lagi makanan ayam naik RM2, making us have to pay RM60 untuk seguni. Awal tahun ini adalah RM54 untuk jagung gred B, gradually naik now its RM60 (unbelievable within half a year naik RM6). Jadi tak de profit actually bekalkan ayam kampung kalau anak ayamnya dibeli dan dibesarkan if we maintain the same price. Bulan ini terkejut kami bila singgah beli pet food yang anak ayam kampung original dijual belum masuk 2 minggu juga sudah seekor harga RM6.50, a few weeks before tak sampai pun RM4 seekor. Ura-ura memang demand anak ayam sekarang tinggi. So with the price of RM6.50 perchick, berapa harga pula pembekal ayam kampung nak bekalkan? Harga seekor anak ayam kampung sudah 2 kali ganda berbanding tahun lepas.

  Here is Tukang Kebun dilemma, memandangkan bekalkan ayam belum lagi stage profitable, in fact cuma pusing-pusing budget modal untuk beli makanan for them, beli chicks dan small maintenance. Sekadar kami juga dapat makan ayam kampung organik dah satisfied. Macam koperasi asalkan kami dapat makan ayam kampung organik dan bekalkan yang extra from that dapat kasi makan besarkan PETS dah Syukur Alhamdulillah. But with the current state increasing expenditures of budget untuk besarkan PETS dah bahaya hampir nak masuk kerugian, which means some things Tukang Kebun kena sacrifice if nak maintain the same price. Untuk budget makan jumlah unggas-unggas yang ada sekarang adalah habis paling kurang pun RM500 sebulan.

  Untuk maintain harga ayam kampung seekor yang sudah diproses RM25 untuk bulan ini, Kebun Bahagia Bersama terpaksa naikkan harga kelapa tua dan kelapa kukur yang dibekalkan direct dari kebun kami. Bila harga makanan ayam dah makin naik ni, sebenarnya lebih susah Tukang Kebun nak lepaskan jual kelapa sebab prefer nak simpan stok kelapa untuk makanan ayam. Nak cut cost jimat for Pet Food. Betul pesanan Big Boss tahun lepas ada berapa kali kami kena tegur tanamlah pokok-pokok kelapa keliling kolam belakang tu lagi. Walaupun kami terpaksa naikkan harga kelapa, cuba lebih murah dengan harga runcit sekarang. Dari bulan lepas lagi Tukang Kebun dalam dilemma nak naikkan harga kelapa atau tidak. Honestly, we cannot afford going on maintain seekor ayam kampung proses RM25, so kelapa kena jadi back up. Sebab sekarang ni unggas-unggas pun makin banyak jadi kalau kelapa tak jual pun tak pe tak rugi ada kepentingan kegunaannya. Lagipun kalau kelapa dari kebun sendiri tak de keluar modal jika sendiri yang petik, kalau ada jualan kelapa masuk budget makanan PETS, kalau tak ada jualan kelapa jadi makanan ayam cut cost (ada balancing di situ for us).

Harga baru kelapa hari ini seperti berikut:

~ 3 biji kelapa tua tidak dikopek sabutnya RM2 ~

~ 3 biji kelapa sudah dikukurkan RM5 ~

Isnin, 5 Oktober 2015

Pelbagai Kelapa Muda

  Tukang Kebun nak buat coretan mengenai kerja yang dilakukan pada Ahad baru-baru ini. Bermulanya dengan langkah permulaan Tukang Kebun nak ke kebun belakang waktu bagi makan ternakan, gembira melihat ada kudup bunga teratai lemon bersebelahan pagar nak masuk kebun belakang. Kemudian setelah memilih ayam kampung yang hendak diproses dan hantar ke kedai, mulalah kami menuai pesanan-pesanan hasil organik segar dari kebun yang akan diambil selepas pukul 9pagi.
  Antara tuaian pada pagi Ahad lepas yang masih available diambil pesanan untuk self-collect minggu ini  bagi yang berminat adalah seperti:

~ Buah kuning telur/canistel sekilogram RM5.
~ Buah limau campur-campur 500gram RM3.
~ Daun Assam gelugor seikat RM1.
~ Daun pucuk ubi kayu seikat RM1.
~ Seekor ayam kampung segar telah diproses RM25.
   Minggu lepas Sabtu kami tak buat kerja di kebun, hari Ahad pun curi-curi masa dan tema ialah kelapa. Untuk mengurangkan kos bagi makan kepada ternakan, salah satu sumber makanan yang penting ialah dari kelapa. Dari bulan lepas, Tukang Kebun ada intai satu atap ni dah macam banyak kelapa yang jatuh atasnya keluar pucuk-pucuk daun, dah siap boleh buat benih dah untuk tanam ke tanah. Yang mana nampak tak elok yang keluar pucuk-pucuk tu, Tukang Kebun dah sorting ketepikan untuk stok makanan ternakan. Biasanya yang dah keluar pucuk dekat pokok kelapa tua tu memang dah ada isi tombongnya tu. Itu memang kegemaran angsa-angsa. Pantang nampak tengah belah kelapa datang manja gesel-gesel minta simpati nak kelapa yang ada berisi tombongnya sekali.
  Bukan angsa dan itik je yang suka makan tombong kelapa, budak kecil berdua ni pun kalau ada mood nak juga makan bila nampak Tukang Kebun tengah kukur kelapa ada yang dalamnya dah ada isi tombong kecil. Nak pilih sendiri pula tu. Dah kata yang kecil lagi sedap nak juga ambil yang lebih besar.
  Yang jenis kelapa di sebelah sangkar dah banyak jatuh buah kelapanya dah boleh jadi bibit adalah berbentuk sangat bujur tajam di hujungnya macam bola rugby. Tukang Kebun pun tak tahu nama khas kelapa jenis ini, google pun tak jumpa-jumpa. Jadi untuk mudah Tukang Kebun panggil kelapa bola rugby je sebab bentuknya. Masa kecil lagi pun kelapa-kelapa muda dah bentuk sangat bujur macam bola rugby. Bila dah tua keluar pucuk pun masih nampak bentuk bola rugby seperti gambar No. 4.
   Walaupun nampak buahnya bujur macam kecil, sebenarnya isinya tebal cuma sabut je tak tebal. Big Boss biasanya suka gunakan isi kelapa tua ini untuk santan sebab dia dah biasa agak yang kalau nak masak rendang ayam nogori seekor guna santan 3 biji kelapa tua bentuk bola rugby ini. Kalau tangan kecil macam Tukang Kebun ini senang sikit nak pegang tempurung kelapa nak kukur isinya. Bentuk kelapa yang jarang sekali kelihatan, biasanya bentuk bulat sahaja. Ada lagi satu juga kelapa koleksi Big Boss bentuk bujur juga tapi lebih nipis macam piring tajam dan saiz kecil kurang setengah dari saiz kelapa bola rugby ini. Ya kelapa bukan sahaja berbentuk bulat macam bola sepak ada juga bentuk macam bola rugby. Yang berminat untuk dapatkan jenis kelapa bola rugby ini ada limited ready stock di Kebun Bahagia Bersama.

~1 Bibit kelapa bentuk bola rugby RM7 ~

  Sekiranya ada gardeners yang ketahui mengenai jenis kelapa bentuk bola rugby ini, silalah berkongsi.
  Syukur Alhamdulillah semalam banyak juga hasrat mengidam Tukang Kebun yang dah lama bersabar tu, dearest suami dah tunaikan. Sebenarnya ada beberapa koleksi pokok kelapa yang Big Boss kumpul dan tanam, dah lama Tukang Kebun teringin nak rasa air kelapa mudanya. Biasalah yang lebih cekap nak memanjat dari Tukang Kebun tak berapa motivated nak pergi ambil, biasa ada beberapa pokok je yang dikait buahnya jika ada permintaan Tukang Kebun terasa nak minum air kelapa muda sambil buat kerja. Lepas diambil semua kelapa bentuk bola rugby yang jatuh atas atap tu, kami beralih fokus dekat pokok kelapa gambar atas yang bersebelahan pokok gajus. Ada 3 jenis kelapa dapat kami uji-uji rasanya semalam. Setiap tandan, buahnya kami testing untuk memastikan masih muda atau belum.
  Hati makin ceria sebab dah dapat rasa beberapa jenis kelapa muda apabila tengahari dah ceria kembang penuh juga teratai kuning sambil Tukang Kebun lalu lalang ke dapur nak tengok ayam kampung yang sedang panggang dalam ketuhar. Kemudian setelah dipetik semua kelapa muda dan kelapa tua dari pokok tersebut, kami beralih kepada pokok kelapa yang berbentuk bulat dan saiz sederhana. Sambil perhatikan dearest suami yang sedang berhempas pulas-pulas kelapa, baru perasan ada pokok pisang nangka dah keluarkan jantung bunganya.
  Pokok kelapa pertama yang dikait buahnya dalam kereta sorong yang berwarna hijau berbentuk bujur (nampak mirip macam buah kelapa bentuk bola rugby tapi ada perbezaan, hujungnya tak berapa tajam masih lengkung bulat). Pokok kelapa yang kedua dikait buahnya sedang dikumpulkan longgok di sebelah kereta sorong.
  Yang dalam gambar bawah ini pula jenis kelapa lain, berbentuk bulat dan hampir 2 kali ganda lebih saiznya dari yang pokok kelapa dikait giliran no. 2. Nampak buahnya besar macam keras, tapi yang buah muda ada jatuh boleh pecah tempurungnya, lekas-lekas dearest suami panggil atas pokok suruh kutip minum sayang airnya. Ketika dipanggil Tukang Kebun pula tengah proses menanam bibit kelapa jenis pokok yang dikait giliran no. 2. Walaupun saiznya lebih kecil, tapi salah satu objective Kebun Bahagia Bersama ialah semua jenis kelapa tak kira saiz dan bentuk mempunyai nilai yang sama, conservation is one of our target. Biasanya dekat Malaysia ini ada trend dan easily go with the flow, orang sibuk tanam misalannya kelapa pandan, semua nak tanam kelapa pandan. Sekarang sibuk pula dengan kelapa jenis matag. We tend to forget the importance of diversity. Do not devalue fruits due to its saiz and shape, they might have something more of a value than meets the eye.
   Giliran NO. 3 jenis kelapa yang dikait buahnya jenis besar. Ada beberapa perkembangan umur buahnya dituai yang muda, yang kira dah tua tapi belum bertukar coklat kulitnya dan sudah tua sabutnya.
  Syukur Alhamdulillah Ahad baru-baru ini walaupun cuaca berjerebu dapat dikemas kini pokok-pokok kelapa ini supaya moga ia lebih teruja nak berbunga dan menghasilkan buah-buah kelapa berterusan lagi. Potong pelepah yang dah tua kering dan buah kelapa yang dah tua. Dry kitchen Big Boss sekarang ini tengah susah nak jalan banyak simpanan buah-buah kelapa muda sebab tempat yang paling sesuai nak simpan untuk tahan lama. Kelapa muda biasanya jika disimpan dengan elok paling kurang 2~3 minggu masih segar dan elok. Buah kelapa gading muda yang disimpan ada dah seminggu dituai minggu sebelum ini (related posting klik sini), masih elok segar rasa airnya macam yang awal minum dahulu bila Tukang Kebun check. Untuk simpan buah kelapa muda supaya tahan lama memang elok biarkan sahaja dengan kulit asalnya begitu bila nak minum baru potong bentuk mana kita suka, simpan di kawasan yang tak kena cahaya matahari secara langsung, teduh, keadaan kering dan tidak panas (suhu normal bilik dah memadai). Kiranya biarkanlah airnya tersimpan dalam natural tupperware dia tak perlu potong lagi.
  Minggu ini gardeners yang dah cop reservation sekurang-kurangnya 5 biji kelapa muda, bolehlah Tukang Kebun cuba campurkan jenis-jenis lain dapat merasa nanti. Yang berminat untuk self-collect kelapa muda dari Kebun Bahagia Bersama masih ada very limited kelapa muda available belum kena booking lagi. Juga available ialah kelapa tua yang masih hijau lagi kulitnya lebih enak isinya untuk dibuat kuih untuk self-collect minggu ini selagi stok masih ada.

~ Kelapa Muda sebiji RM2 ~
~ Kelapa Tua sebiji 50sen ~
~ Kelapa sudah dikukur sebiji RM1 ~
  Tersengih-sengih sorang-sorang pula si Tukang Kebun sambil berehat minum air kelapa di kebun tengok message dari Kak F di Rawang. Terima kasih di atas perkongsian Kak F. Kebetulan pula musim jerebu ini dah 2 kali weekend kami berjemur jerebu di kebun sambil minum-minum beberapa biji air kelapa muda sambil bekerja. Mungkin memang amat baik amalkan minum air kelapa muda masa musim jerebu ini. Bila masuk dari berkebun pula, biasanya Tukang Kebun sediakan air teh limau home-grown untuk bersama makan late lunch.


  Sebelum masuk rumah, sempatlah kutip telur ayam, buah katak puru dan pucuk-pucuk mulberry. Minggu ini juga available ialah pucuk muda daun mulberry seikat RM1.


Self-Collect Schedule Minggu Ini:

~7/8 Oktober 2015, 2:00PM~2:30PM di stesyen minyak PETRONAS berhampiran D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam menghadap Stadium Shah Alam.

~ 7 Oktober 2015 Rabu malam, 9:00PM~9:30PM berhampiran Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 10/11 Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi, 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.