No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Ginseng Jawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ginseng Jawa. Papar semua catatan

Sabtu, 3 November 2018

Zavala Monestary Popovo Polje

 Terletak di lereng bukit yang menghadap pemandangan Padang Paderi (Popovo Field) terbinanya Zavala Monastery. Sebahagian monastery itu juga adalah gua semulajadi. Tetapi bahagian chambers dalam gua semulajadi tidak terbuka untuk orang awam bagi upacara keagamaan tertutup. Dari pintu gua awam Gua Vjetrinica (related posting klik sini) boleh nampak Zavala Monastery yang dibina di lereng bukit.
Rumusan sejarah mengenai pembinaan Zavala Monastery adalah seperti skrip di atas. Sepanjang perjalanan di Bosnia dan Herzegovina, Tukang Kebun perasan ada sejenis pokok bunga warna ungu cair (lilac) yang musim bunganya. Pokok bunga warna lilac ini senang tumbuh dan dijumpai di celah-celah batu seperti gambar di bawah. Geram Tukang Kebun tengok sebab warna bunga kesukaan.
 Ada juga tanya guide apa nama dia, tapi mereka tak dapat pula recall apa namanya dalam Bahasa Inggeris. Taman mini di dalam kawasan Zavala Monestry dijaga rapi. Tapi banyak juga tumbuhan liar yang datang menetap di kawasan ini.
 Menghala ke bangunan gereja ada lalu terowong buatan kecil ini yang dibina dari sejenis batu. Bila lalu sini rasa nyaman sahaja. Ada cooling effect batu ini beri perlindungan lebih-lebih lagi kalau musim panas patut ada banyak kerusi panjang disediakan untuk pengunjung-pengunjung duduk berehat lepas mendaki beberapa meter nak masuk gerbang utama. Bolehlah ambil nafas dulu sementara jantung pump kuat.
 Interior di dalam gereja Orthodox. Ada paderi sedang menjaga dengan suara yang lembah lembut sayup-sayup datang mendekati Camil tanya kami ini pelancong dari negara mana.
 Setelah keluar dari gereja menuju ke tempat letak kereta tiba-tiba kedengaran bunyi loceng yang bukan dari gereja tapi dari perkampungan berdekatan. 
 Wah seronoknya rasa dapat tengok secara live bagaimana seorang pengembala biri-biri membawa kumpulan biri-birinya turun dari kandang ke kawasan untuk meragut. Hahaha Tukang Kebun tengok excited like a kid.
 Laju juga tengok dari atas kampung, pengembala biri-biri bawa kumpulan birinya yang banyak untuk ke Padang Paderi terbentang di bawah kawasan kampung. Yang Tukang Kebun kagum tengok, biri-biri tu didikannya pandai kut, semuanya tak main jalan-jalan sebarangan di tengah-tengah jalan.. Tetapi disiplin semua menghimpit berjalan di kaki lima jalan.
 Guide kami si Camil ada berbuat jenaka kata biri-biri dekat Herzegovina tak perlu marinade dah sebab pemakanan mereka memang secara semulajadi kandungan diet banyak meragut herba. So naturally marinade. Daging biri-biri memang sedap dekat Herzegovina ini, yang bakal melawat jangan lepaskan peluang ya.
 Di luar pagar Herzegovina juga banyak terdapat tumbuhan liar. Sebagai contoh bahagia sungguh buah delima liar tumbuh merata dengan sarat dengan buahnya. Sebab awal bulan Oktober adalah musim buah delima di kawasan ini.
 Tukang Kebun gemar melawat kawasan cuaca continental atau Mediterannean masa musim luruh sebab biasanya masa ni banyak jenis musim buah dan harvest. Tak ingat bawah ini jenis tumbuhan apa tapi buah-buahnya macam ada nilai perubatan juga ini.
 Awal bulan Oktober musim bunga rosemary di Herzegovina yang tumbuh di celah-celah batu. Rosemary memang suka cuaca Mediterannean. Sebenarnya keperluan air rosemary tak banyak.
 Pokok herba thyme pun tidak ketinggalan musim bunganya yang kecil-kecil berwarna putih. Orang Herzegovina kata kalau batuk-batuk minum air rebusan thyme atau sage. Berapa kali juga Camil pesan kalau ada masa singgah beli teh sage untuk bantu legakan batuk. Sebab masa awal melawat Herzegovina Tukang Kebun masih belum baik sepenuhnya dari batuk-batuk, tekak rasa gatal je seminggu sebelum berlepas ke Bosnia dan Herzegovina.
 For pengunjung yang suka gardening mesti enjoy tengok koleksi tumbuh-tumbuhan di dalam dan di luar perkarangan Zavala Monestery di Popovo Polje ni. Tak dapat nak kongsi-kongsi gambar kesemuanya. Lupa pula yang bunga kuning ni nama herba apa. 
 Tukang Kebun suka juga lawat kawasan spiritual lebih-lebih lagi yang mempunyai pelbagai sejarah dan usia bertapaknya dah lama. Sebab biasanya kawasan spiritual ini macam mini botanical park juga ada pelbagai jenis koleksi tumbuh-tumbuhan. Malahan asas genetik pun adalah penemuan dari seorang paderi Gregor Mendel yang dapat berikan penjelasan saintifik menggunakan tanaman pea. 

Sebagai contoh tempat-tempat spiritual yang ada koleksi-koleksi tumbuhan mereka tersendiri adalah:

Kuil Shiogama, Japan - pokok sakura pelbagai jenis dan lain-lain (Klik Sini).
Kuil Motsuji - pelbagai jenis pokok iris (Klik Sini).
Masjid Bandaraya, Sabah, Malaysia - pokok buah-buahan (Klik Sini).
 Musim hujan banyak beberapa minggu ini membuatkan pokok-pokok ginseng jawa bahagia betul di Kebun Bahagia Bersama Pokok-pokok ginseng jawa pun bila dibiarkan banyak tumbuh anak-anak sukarela di celah-celah batu juga. Minggu ini meriah sungguh pokok-pokok ginseng jawa di kebun berbunga. Pokok ginseng jawa ini dari akar hinggalah bunganya mempunyai nilai perubatan. Juga enak dibuat lauk.

More info on Ginseng Jawa (Klik Sini).
Stok anak pokok ginseng jawa atau biji benih ada stok kembali.

~ 1 anak pokok ginseng jawa RM4.00 .
~ 10 fresh cuttings pokok ginseng jawa RM4.00 .
~ Approximately 250 seeds of ginseng jawa RM3.00

Ahad, 13 November 2016

Sakura Shrimp Fritters

  Antara jenis udang segar yang diminati tetapi jarang-jarang dapat dibeli segar belum diproses sekarang mahupun di tamu  ataupun pasar jarang kelihatan adalah kalau di Jepun dipanggil 'Sakura Ebi'. 'Sakura' adalah bunga cherry blossom, manakala 'Ebi' adalah udang. Bila baru segar ditangkap warnanya dikatakan seperti bunga sakura. Entah kenapa nama panggilannya dalam bahasa tempatan tidak keluar dari kepala hari ini. 
  Selain dari udang yang jenis bersaiz sederhana, udang kecil adik beradik sakura ebi ini pun sedap sungguh dibuat cekodok atau cucur udang. Ranggup bila dibuat cekodak dan rasa ada air masin lautnya. Orang Jepun pun semasa musim sakura ebi suka buat sakura ebi fritters/cekodak makan dengan tempura lain bersamaan nasi ataupun soba/udon. Campur dengan nasi goreng sebagai perencah pun sedap. 
   Beberapa bulan lalu dalam bulan Mei terserempak penjual jenis sakura ebi segar di Tamu Tuaran, perasaan ingin mencuba lalu belilah sepiring. Simpan dalam fridge berhampiran tempat simpan sayur, lalu keesokkan paginya Tukang Kebun buat cekodok campur tepung gandum dengan 2 biji telur ayam kampung serta daun-daun herba.
Syukur Alhamdulillah anak-anak suka makan cekodok udang sakura yang ranggup. Gambar cantik hiasan tak sempat nak buat hehehe....biasalah dalam dapur sambil menggoreng pun banyak multi-tasking tak cukup tangan. Rayyan ini kena denda buat buku latihan sambil teman Tukang Kebun buat sarapan di dapur. Sambil itu snacking.
 Antara herba yang boleh diselitkan juga dalam bahan cekodok sakura ebi ialah ginseng jawa. Bunga pink ginseng jawa macam bentuk sakura pun boleh dimakan dan dicampurkan sekali. Bila dah dimasakkan sekali dalam cucur yang fussy eaters pun tak perasan kan. Pokok ginseng jawa adalah pokok herba yang bila berbunga nampak seperti pokok hiasan yang sesuai juga ditanam dalam pasu.
  Biji benih dan anak pokok ginseng jawa back available semula dalam ready stok kami untuk yang berminat untuk mendapatkan pokok ini.

~ 1 anak pokok ginseng jawa RM4.00 ~

 Manafaat dan cara menjaga pokok ginseng jawa boleh dibaca dalam posting-posting sebelum ini (click sini). 

Selasa, 29 September 2015

Jerebu Jailed

  Hari ini untuk kawasan yang mengalami jerebu yang teruk, akhirnya telah kembali semula bersekolah. Moga saki baki jerebu akan hilang tak lama lagi. Kasihan kepada anak-anak kali ini cuti sekolah tidak beberapa dapat bermain di luar akibat jerebu yang memerangkap mereka di dalam rumah hampir sepanjang hari. Kasihan juga tengok kekadang hati mereka semacam meronta-ronta juga nak bermain di luar, dapat jenguk main dengan anak-anak ayam sekejap pun jadilah.
  Kekadang dapat pertanyaaan, Tukang Kebun selalu buat apa dengan daun ginseng jawa? Kalau minat makanan pasta, boleh sahaja campur dalam sos pasta. Kalau suka makanan kampung, boleh je buat goreng sambal belacan.
  Back to school dah ni, kelam kabut juga nak fikir menu simple lunch nak sediakan untuk Ilhan sebelum pergi sekolah kebangsaan. Biasanya yang boleh siap masak dalam 20minit. Tukang Kebun biasanya simpan stok daun segar sayur raja di kebun untuk lunch Ilhan. Ada gardeners suka petik-petik daun sayur raja sahaja. Tukang Kebun lebih gemar sambil pangkas batangnya dan mudah bawa ke dapur tak perlu berjemur lama dengan bahang jerebu. Jika rajin pangkas pokok sayur raja, ianya lebih cepat bercabang-cabang pokoknya.
  Masak simple sahaja ala sup bebola daging campur dengan daun sayur raja untuk Ilhan Mikhail.
  Antara tuaian ever ready di Kebun Bahagia Bersama sepanjang tahun juga adalah seperti buah terung pipit dan daun kari. Tumbuhan-tumbuhan yang mudah hidup seperti anak pokok ginseng jawa, sayur raja, terung pipit dan kari, Kebun Bahagia Bersama buka promosi campur mana-mana tumbuhan tersebut dalam pakej '3plant for RM10'. Untuk campur bersama dengan tumbuhan lain boleh check out page '3 plants mix for RM10'.
   Telur-telur ayam dan itik juga hopefully available semula lebih banyak lepas bebas dari jerebu. Production slow telur sekarang dari kebun, tapi yang berminat boleh sahaja tak perlu malu-malu nak tanya Kebun Bahagia Bersama ada tak telur ayam kampung atau telur itik segar sebelum self-collect. Telur nampak kotor tu bukannya tak segar, tapi segar belum dibersihkan sahaja lagi. Kawan -kawan Gardeners yang biasa berjalan-jalan dengan Tukang Kebun di kebun pun ada yang dah biasa sambil jalan-jalan kita kutip telur itik yang berterabur atas tanah. 
  Antara ayam-ayam kampung betina pembekal telur Kebun Bahagia Bersama yang bebas mencari makan. Telur-telur dari Kebun Bahagia Bersama ialah dari binatang yang bebas atau 'free-range'. Yang paling kiri itu kami panggil si 'Ratu' yang ayam betina penelur paling kecil. Tukang Kebun syak si Ratu ini ayam kacuk phoenix, kakinya berwarna kehitaman dan dari saiz bentuk badannya. Telur yang Ratu keluarkan pun biasanya setengah saiz dari telur ayam biasa. 
  Syukur Alhamdulillah belum sampai setahun sudah dapat mulakan dapat anak-anak ayam dari ayam-ayam kampung betina tersebut. Minggu Raya Haji kami sudah pindahkan batch 'ayam merdeka' ke kandang belakang lebih luas, setelah dipindahkan batch 'ayam pantang' ke kandang lebih besar. Seronok mereka dapat bergolek-golek main pasir. Jika ada rezeki, dapatlah mula hujung tahun ini Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan ayam-ayam kampung kelahiran di Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah untuk tahun 2015 ini atas sokongan semua dapatlah Kebun Bahagia Bersama mula membekalkan telur itik, telur ayam dan daging ayam. 
  Syukur Alhamdulillah permata-permata hati pun dah makin besar dan lebih ambil bahagian bergotong-royong cuti ini menolong dengan kerja-kerja berkaitan di kebun dan juga dalam rumah. Tukang Kebun niat nanti bekalan pertama ayam kampung kelahiran Kebun Bahagia Bersama nak bagi upah kepada Ilhan Mikhail. Ilhan yang banyak tolong jaga anak-anak ayam sejak kami gunakan pertolongan eram pakai incubator. Sebelum pergi sekolah biasanya Ilhan yang keluarkan anak-anak ayam yang umur kurang 2 minggu dari kotak ke sangkar luar dan bagi makan. Balik sekolah agama kalau takde air akan Ilhan yang isi air. Balik petang dari sekolah kebangsaan ayam yang dah lebih 2 minggu dan kurang sebulan tidur di luar, Ilhan yang pasang kelambu. Yang kurang 2 minggu akan Ilhan simpan dalam kotak bawa masuk rumah. Dulu yang baru lahir pun duduk luar, sebab ada masalah semut datang menyerang pada waktu malam jadi terpaksa kami bawa masuk dalam rumah. Itulah routine biasa Ilhan yang Darjah 2 masa hari persekolahan. Sebab tak dapat ke mana-mana cuti sekolah kali ini, papa Ilhan belanjalah oreo cheesecake untuk permata-permata hatinya.
  Kadangkala kalau dah penat sangat buat kerja kebun, makan ulam-ulam seperti ulam raja, daun pucuk muda assam gelugor bersama sambal tempoyak dengan homa-made telur itik masin serta nasi panas-panas sudah cukup menyelerakan. Kebun Bahagia Bersama juga sekarang bekalkan fresh daun pucuk muda assam gelugor yang berminat seikat RM1.

Khamis, 28 Mei 2015

Slashing Surinam Spinach

  Pokok yang boleh dimakan dan begitu mudah dibela dengan cuaca tanah rendah Malaysia ini tumbuh subur seperti kangkung atau 'water spinach' dikenali di tempat orang lain sebagai 'Surinam Spinach'. Di kawasan Nusantara ini lebih selesa dipanggil Ginseng Jawa ataupun Akar Som. Jangan you ingat Ginseng dari Korea atau China je menghasilkan power root ya, Ginseng Jawa pun power. Tak yah nak import dari luar negara bayar GST, bela je dekat ruang mana yang ada dalam tin biskut kena tebuk pun boleh. Ginseng Jawa boleh sahaja ditanam dalam bekas-bekas. Ianya juga selesa duduk di dalam kawasan yang teduh untuk membesar jika anda mempunyai ruang yang kurang mendapat cahaya matahari. Keperluan air pun tak banyak, kalau tanam dalam bekas biasanya orang ingat payah sebab nak siram kerap. Tapi kalau duduk dalam teduh, seminggu 3 kali je siram pun tak pe kalau dilanda kesibukkan. 
  Contoh yang diberikan dalam gambar kali ini (before and after hair-cut) adalah pokok ginseng jawa yang tumbuh sendiri dalam pasu di tempat yang tak terima pancaran cahaya matahari secara langsung. Lokasinya teduh tapi takdelah gelap gelita. Kalau dah rimbun gitu (Gambar no. 1) nak bagi hard-pruning macam gambar No. 2 ni pun tak pe. Bagi keluar pucuk-pucuk baru dan cabang-cabang baru pokoknya merimbun. Kalau tak dipangkas atau dicuit anak pokoknya pada pertumbuhan awal di pucuknya nanti tumbuh sebatang je. Jadi sekali-kala elok bagi hair-cut dekat pokok Surinam Spinach ni. Kalau pokok dah rimbun begini biasanya akarnya dah banyak nak kasi potong lebih lagi pun tak pe. Nanti naik cepat rimbun semula. Tukang kebun cuma ambil bahagian mana nak buat sayur je. Pokok Surinam Spinach ini kalau akarnya tak ditarik keluar cuma potong habis batangnya, akan keluar tunas-tunas baru dari akarnya nanti semula. Jadi Surinam Spinach cukup selesa dan tahan lasak dengan iklim di negara kita. Good edible plant for novice or busy gardeners. Silap-silap boleh buat indoor plant juga sebab selamat untuk kanak-kanak.
  Banyak juga dapat dituai dari satu pasu ginseng jawa ini, boleh buat masak 2~3 kali goreng belacan. Cuma tuaian kali ini persediaan sayur untuk buat Macaroni Goreng Ginseng Jawa (resepi klik sini) untuk Birthday party Ilhan.

   Gardeners yang ingin hadiahkan akar-akar ginseng untuk relatives or friends masa sambutan Tahun Baru Cina hadapan bolehlah mula-mula buat petak ruang untuk pokok-pokok ginseng jawa. Jimat belanja banyak masa musim perayaan nanti. Kekadang bila mood malas dah merimbun Tukang Kebun gelek je dengan mesin rumput. Cepat je pokoknya naik semula.

~ Anggaran 250  biji benih Ginseng Jawa dalam 1 pek RM3.00 ~

~ 1 pot anak pokok Ginseng Jawa RM4.00,

atau 3 pot anak pokok Ginseng Jawa RM10.

Self-Collect Schedule This Week:

~ Sabtu 30hb Mei 2015 dari 5:30petang ~ 6:00 petang di Sungai Buloh.

  Yang berminat ingin dapatka Telur Itik juga available untuk self-collect pada hari tersebut.

Rabu, 15 April 2015

Inti Lepat Pisang jadi Lempeng Pisang Inti Kelapa

  Lepas hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan tutup pagar depan, jalan ke arah berhampiran tempat letak kereta, bunga lotus dan di sebelah bawahnya bunga bawang hippeastrum mekar bahagia hari ini.
 Kemudian mari bersiar ke kebun Gardener Zihan di Sekinchan yang berkongsi mekar sunflower biji benih yang dikongsikan oleh Eira beberapa bulan lepas (related posting klik sini).
 Tukang kebun pun tumpang bahagia tengok Gardener Neta dah boleh tuai cotton bolls dari anak pokok yang dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama tahun lepas. Sekarang dah besar bagai juara dan menghasilkan banyak kapas untuk kegunaan Gardener Neta sekeluarga di Lembah Klang.
 Antara tuaian Kebun Bahagia Bersama pada Isnin lepas seperti citrus, terung pipit, terung telunjuk dan petola segi. Terung telunjuk dan terung pipit dimasak ala pajeri.
 Tuaian pada hari Selasa pula seperti daun remayung merah, asparagus, sengkuang dan jambu air 'Pink Rose Apple'.
 Challenge minggu ini pula ialah nak habiskan setandan pisang nangka yang dah mula masak rebah pada ribut Ahad 5hb April 2015 (related posting klik sini). Snack dearest hubby bawa ke office pada hari Selasa sebalang mangga asam boi; hari Rabu pisang nangka goreng; esok hari Khamis lepat pisang. 
 Petang tadi lepas Tukang Kebun masuk rumah, housekeeper Kak Mizna dah selesai buat inti untuk lepat pisang. Tukang kebun tak buat pemerhati je sebab baru selesaikan kerja luar.

 Bahan-bahannya:

Pisang Nangka
Sebiji kelapa parut
Brown Sugar (ikut citarasa manisnya)
Tepung Gandum
Secubit garam (nak kasi rasa lemak)
Daun Pisang
Nak mudah semua masuk dalam blender, letak air masak sikit-sikit supaya tak jadi cair.
  Dah lama tukang kebun teringin nak makan lempeng pisang berinti Kelapa macam di "Teratak Bunda". Tapi lempeng pisang inti Kelapa tukang kebun lainlah ambil short cut atau bak kata orang putih 'Kill 2 birds in one stone'? Untuk style betul bolehlah jenguk dapur Bunda di Teratak Bunda ya. 

  Memandangkan tukang kebun pun tak de appetite nak makan nasi, jadi Kak Mizna kata inti lepat pisang ini pun sedap juga dibuat ala lempeng pisang. Maka Kak Mizna masakkan juga lempeng untuk tukang kebun beralas daun pisang di atas non-stick pan. Wah ~~~~~wanginya bau lempeng masak atas daun pisang. Abby berebut makan dengan tukang kebun sambil Kak Mizna isi inti lepat pisang dalam daun pisang. Dah habis selempeng, tukang kebun buat lagi satu kongsi dengan Abby.
 Ginseng jawa yang dituai sambil kemaskan Petak 1 tadi, sayur untuk dinner malam ini. Akar Ginseng jawa simpan boleh buat Phoenix Feet Soup nanti (related posting klik sini).

Sabtu, 21 Mac 2015

Kek Kukus buah Kuning Telor

   Hari Sabtu ini buat kesimpulan tuaian pada pertengahan bulan Mac minggu ni. Cuaca pun panas dan kering minggu ini rasa malas nak keluar rumah lama-lama. Antara tuaian ialah sayur raja, kapas, ginseng jawa, kacang kelisa dan terung pipit yang tak putus-putus bulan ini.
  Minggu ini pun ada yang memesan ubi bemban untuk ikhtiar mengubati kulit anak. Dah macam pembekal natural supplement dan ubat pula Kebun Bahagia Bersama. Katanya cari satu kampung dah tak de ubi bemban ni macam dah pupus. Ubi bemban ni tukang kebun korek dari saki baki Petak 2 dan pokok yang dah matang dari Petak A. Kemudian tukang kebun tanam semula di Petak A dan Petak B.
 Minggu ini pun nampaknya pokok-pokok asparagus rajin keluarkan pucuk baru dari tanah. Adik-beradik citrus seperti limau kapas, lemon Tahiti dan lemon telur buaya pun adalah juga hasil yang diberi.
 Tangkapan ikan guppy si Ilhan untuk diberikan kepada 18 ekor anak-anak itik telur di Sangkar E. Lumayan betul sumber natural protein mereka untuk cepat membesar.
 Minggu yang panas-panas ini dah mula nampaknya season baru buah kuning telor/canistel/mentega nak bermula. Jadi tukang kebun buka semula Pre-Orders Pasar Online Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama minggu ini ikut giliran batch per batch sementara ada musimnya. Sebenarnya ada dah yang reserved dari bulan lepas nak kena tunggu giliran.

~ Pre-Orders Pasar Online Buah Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama ~

1 kilogram buah Kuning Telor campur dengan hasil segar lain ikut minggu pos dengan jumlah berat keseluruhan goodies hampir 2 kilogram RM7.00 . Shipping cost dalam Semenanjung Malaysia RM13 gunakan prepaid small box Pos Laju Malaysia. Jadi jumlah 1 pek ialah RM20.00 . Boleh buat pesanan dengan email (kebunkmg@gmail.com).
  Minggu ini ada cara baru nak nikmati buah kuning telor yang budak suka makan suam-suam ialah Kek Kukus buah Kuning Telor tanpa gunakan kuning telor (egg yolk) ya. 100% vegetarian food without eggs. Budak-budak sekarang kalau dibuat lepat pula tak pandai nak membuka daun pisang. Nak buat Kek Kukus Kuning Telor pun mudah tak leceh cuma isi buah kuning telor, gula merah, santan pekat, sedikit gandum dan secubit garam blend pekat semua. Tuang dalam bekas dan kukus sehingga pejal. Makan suam-suam dengan teh panas menambah-nambah.
  Dear Kak Hanizah dekat Setapak, Kuala Lumpur kata ada cuba buat pie dengan isi buah kuning telor pun sedap.