Pada hari keenam perjalanan ke Jepun kami melawat kawasan Hiraizumi, negeri Iwate. Dalam daerah Hiraizumi ini ada beberapa tempat yang telah diisytiharkan sebagai kawasan World Heritage. Masa zaman merantau belajar di Jepun dulu belum lagi kawasan Hiraizumi ini termasuk dalam World Heritage Site. Oleh itu, takde la rasa nak pergi melawat kawasan sebegini. Masa zaman pelajar masih mentah lagi yang cuma datang lawat kawan dan bermain ski sahaja di Negeri Iwate ini sebab datang pertama kali dan terakhir masa tu musim salji. Boleh nampak dalam sedekad je banyak usaha kerajaan Jepun jadikan beberapa warisan budaya dan tempat mereka sebagai World Heritage Site. Ini juga strategy pelancongan yang bagus, semoga tanahair ku ambil banyak usaha initiatif yang sama. Memang banyak kawasan di tanahair ku ni mempunyai potensi besar untuk dijadikan World Heritage Site. Sektor pelancongan juga naikkan ekonomi sesuatu kawasan. Kerajaan Jepun nakkan banyak pelancong-pelancong luar negara melawat negara mereka berikan banyak diskaun pengangkutan awam dan pengecualian cukai diberikan kepada international tourist. Hmmm...kita sekarang imposed tambah tax lagi untuk international tourist. Nasib domestic tourist tak kena.
Syukur Alhamdulillah dah dapat jugalah selamat sampai bawa anak-anak ke Melaka World Heritage City (related posting klik sini). Moga murah rezeki nak bawa anak-anak ke Penang juga suatu hari nanti jika berkesempatan. Hampir setiap hari di Jepun ni melawat kuil-kuil Jepun. Selain dari menikmati seni bina dan ukiran bangunan-bangunan tradisional lama di Jepun ini, ada satu sebab kenapa Tukang Kebun rajin singgah lawat kuil-kuil di Jepun ni.
Bila sibuk tengok kawasan dalam kuil Motsuji ni, Tukang Kebun agak hairan juga bila tengok corak-corak ukiran bunga iris yang besar di bahagian atas ni. Lantas laju je lah tangan ni petik camera. Sebab jarang-jarang ukirannya bentuk bunga iris di kuil-kuil Jepun ni. Dalam hati terasa agak unik juga. Ada macam motif batik moden juga.
Bila jalan-jalan kawasan kuil Motsuji ni, Tukang Kebun hairanlah tengok ada beberapa batas sedang ada beberapa Tukang-Tukang Kebun kuil ini sedang mengemas dalam kawasan diliputi salji. Kalau tak kenal sisa-sisa daun kering yang masih tertinggal kelihatan boleh silap ingat bendang sawah ni. Bila teringat ukiran atas kuil tersebut barulah dapat hubungkait yang ini batas-batas pokok iris ni. Melihatkan daun-daun lebar ni. Pokok-pokok iris semuanya dah peringkat dormant. Tapi banyak rhizome di dalam tanah sedang tidur tu yang akan mengeluarkan tunas bila cuaca kembali ke arah panas.
Bila jalan ke bangunan section kuil-kuil lain dalam laman kuil Motsuji ni baru jumpa papan tanda. Rupa-rupanya laman Kuil Motsuji ni paradise for iris lover masa musim bunganya. Laman Kuil Motsuji ini ada 3000 pokok iris yang menyimpan koleksi baka iris 300 jenis. Koleksi pokok bunga iris yang ditanam di laman kuil Motsuji ini dikumpul dan dijaga sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pasti tukang jaga pokok-pokok iris ini pun diwarisi sejak turun menurun. Setiap tahun ada pesta musim bunga Iris diadakan di antara 20 Jun sehingga 10Julai (info event Kuil Motsuji).
Anak-anak seronok mengisi masa bermain dengan salji pada lawatan Kuil Motsuji kali ini. Tukang Kebun sambil tunggu anak-anak main salji terkumpul atas bangku panjang ini membayangkan betapa indahnya pemandangan di sini ketika peak musim bunga iris. Yang pandai melukis pasti ingin mengabadikan pemandangan ini dengan hasil seni tangan mereka.
Salah satu sebab utama kami rajin lawat-lawat kuil di Jepun ini kerana ingin menikmati pemandangan taman Jepun juga yang merupakan seni tukang-tukang kebunnya. Bukan sekadar menikmati senibina. Kuil-kuil di Jepun ini ada juga yang memainkan peranan macam muzium tumbuhan hidup atau botanical park. Kalau di Kuil Motsuji ini tempat simpan koleksi-koleksi pokok iris sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sama juga seperti lawatan kami di Kuil Shiogama yang merupakan kuil yang mengumpulkan pelbagai jenis baka pokok sakura di lamannya (related posting klik sini). Malah mereka ada pokok baka sakura yang telah disenaraikan sebagai khazanah negara. Syukur Alhamdulillah walaupun pokok sakura biasanya lebih dikenali mekar pada musim bunga, ada rezeki juga untuk kami nikmati sakura yang mekar musim winter di Kuil Shiogama. Pada zaman-zaman dahulu rahib juga banyak contribution dalam dunia botani atau sains seperti bapa moden genetik seorang paderi iaitu Gregor Mendel yang gunakan pokok-pokok pea untuk kita fahami asas genetik.
Dalam kolam buatan ini ada juga itik-itik sedang berenang walaupun dalam cuaca yang sejuk. Manalah tau kalau ada rezeki lagi jejak kaki di Iwate pada musim bunga Iris bolehlah singgah. Atau kepada rakan-rakan yang mungkin ada perancangan untuk melawat Jepun pada musim panas tahun ini bolehlah cuba lawat Kuil ini kalau minat pokok bunga iris jika ke Tohoku.
Ada juga sejenis keluarga iris yang amat mudah hidup di kawasan tropika sebagai pokok herba. Pokok ini asalnya dari Amerika Selatan dan mempunyai banyak manfaat untuk perubatan tradisional terutamanya bagi kaum hawa. Pokok herba ini tak sesuai untuk orang mengandung kerana boleh buat keguguran tetapi amat bagus bagi orang yang berpantang sebab bantu cuci rahim. Air rebusan atau kalau buat sup ayam hirup kuahnya cepat hilang angin dalam badan. Sama keluarga dengan pokok Iris dikenali dengan nama tempatan bawang dayak atau bawang berlian. Bunganya mekar pada waktu senja berwarna putih.
More info on bawang dayak (klik sini).
1 pot/3 ubi bawang dayak RM7.00 .
InsyaAllah hujung minggu ini boleh self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama antara pukul 9:00AM-9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Organic goodies available from Kebun Bahagia Bersama:
~ 1 sisir buah pisang mas RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~
~ 1 ikat sejenis pucuk ulam-ulaman RM1.00 ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan