Tumpang gembira Kebun Bahagia Bersama apabila mendapat khabar dari rakan gardening kami yang duduk di kawasan Lembah Klang yang pokok Tahiti Lemon dari KBB ditanam dalam pasu sudah besar dan menghasilkan buah. Dari kiriman gambar yang dikongsi dah tinggi pokok lemonnya. Syukur Alhamdulillah senang hati juga pokok Lemon Tahiti nak berbuah dalam pasu di cuaca Lembah Klang TTDI ni.
More reference on Lemon Tahiti (Click Here).
Sebelum ini saudari Z dari TTDI ada juga kongsi gambar buah nenas madu Sabahnya yang ditanam dalam pasu sedang berbuah (previous posting klik sini). Subur sungguh buahnya sampai pasu pun dah tak nampak macam ditanam di tanah sahaja. Buahnya pun Syukur Alhamdulillah dah selamat dinikmati oleh saudari Z. Sekarang disebabkan kekurangan ruang, Saudari Z nak cuba biarkan sulur-sulur nenas di pokok induk utuk membesar. Sama-samalah kita belajar dari pengalaman Saudari Z dengan trial ini nanti. Saudari Z ni pun sibuk juga bekerja, bila hari kerja malam sahaja sempat belek pokok-pokoknya.
Bulan Mac 2018 ni ada promosi 3 sulur nenas madu sabah RM5.00 .
3 ulasan:
Wah sedapnya nenas maduu
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Buah nenas madu Sabah ni makan banyak pun tak rasa gatal kat lidah macam beberapa jenis nenas.
Saya ada tanam pokok limau tp kesemua masih x berbuah, kasturi, purut dan lemon. Kenapa ya? :)
Catat Ulasan