Tahun ini Tukang Kebun challenge diri untuk mencuba pengalaman baru iaitu marathon. Kali terakhir join marathon pun masa sekolah rendah. Aduiii dengan badan tak fit dan berat sekarang tanpa latihan terus cuba bukannya didahului dengan fun run tapi terus ke yang lebih mencabar iaitu Ultra-Trail Marathon. Ini juga untuk kami jinakkan si Ilhan Mikhail dengan marathon. So bukan sahaja pengalaman pertama untuk Tukang Kebun tetapi juga si Ilhan. Ilhan adalah antara pelari termuda atau memang termuda sebab dia paling kecil untuk acara Borneo Ultra-Trail Marathon 2018 ini. Mula-mula teragak-agak jugalah nak cuba kena persediaan hati dan mental, tapi sebab dia dekat kampung area Big Boss dan untuk pendedahan Ilhan terus semangatkan diri.
Kami sertai yang acara 12km je memandangkan beginner level lagi kan. Acara bermula di pekan Kiulu pada pukul 7pagi 11hb Mac 2018. Yang trail 12km naik turun dua bukit. Awal-awal permulaan lagi dah kena berlari naik bukit. Tukang Kebun rasa tak sampai 5% dari trail tu berlari, cuma jalan kaki laju-laju ja takut kaki nanti terkejut, satu hal kalau kejang nanti. Bila naik first bukit tu pemandangan indah dan dapat nampak Gunung Kinabalu latar belakangnya dengan keadaan pagi yang masih dingin berkabus. Rasa macam kita berjalan atas awan.
Awal lagi si Ilhan Mikhail dah tak nampak bayang, jauh meninggalkan kami berdua. Papa Ilhan serba salah nak ikut Ilhan ke mama Ilhan. Papa Ilhan setia dengan mama Ilhan takut nanti mama kena tinggal sorang-sorang hilang determination nak habiskan marathon sebagai finisher ikut masa yang ditetapkan sampai ke garis penamat sebelum pukul 1 (6 jam maksimum). Papa Ilhan kata baru dah mula dah nampak raut muka Mama Ilhan macam menyesal pula join hehehe..... Muka papa Ilhan pula lama-lama dah bosan tunggu pace mama Ilhan.
Memandangkan Tukang Kebun slow and steady sahaja tapi tanpa berehat langsung berjalan ja untuk cuba sampai sebagai finisher on time. Dalam hati risau juga manalah anak seorang ni dah lari tak nampak bayang dah kena kuatkan hati habiskan trail juga. Setiap kali sampai checkpoint mesti tanya ada nampak anak lelaki saya tak, budak kecil. Semua ingat Ilhan, check point pertama punya penjaga kata awal lagi Ilhan dah sampai, dia ingat orang kat belakang dia tu yang parent dia...hehehe...sampai check point kedua pun sama, penjaga situ kata awal lagi tu budak dah limpas. Lega sikit hati dengar dan tak sangka betapa laju juga Ilhan boleh ikut orang-orang dewasa.
Malam sebelum acara sebenarnya hujan lebat. Sedap sungguh tidur di Kiulu sejuk. Tapi esok akibatnya trail basah jadi lecak dan licin. Bila sampai bukit kedua rasanya mencabar nak daki sebab lecak dan licin melalui kebun getah orang. Langkah kena hati-hati supaya tak tergelincir yang boleh terkoyak muscle nanti. Kaki dah lenguhkan bila bukit kedua rasa bilalah nak abis mendaki ni.Mendaki bukit kedua yang paling mencabar. Sebab tak dapat nak agak dah sampai puncak ke tidak kerana jalannya berlereng. Cuma kami geng di belakang ni kuatkan semangat lagi dah bayar mahal kena habiskan juga hehehe....yuran pendaftaran untuk 12km sahaja dah RM150 seorang. Papa Ilhan pun tak habis-habis mengomel mahal-mahal pendaftaran dari hari mendaftar sehingga penamat.
Bila dah turun bukit terakhir dan masuk kampung Big Boss dengan masa tinggal kurang sejam untuk masa finisher baru speed up semula. Turun bukit akhir tu memang rasa nak menangis dah sebab kaki kanan dah mula rasa kejang. Kedua kuku ibu jari kaki masih lebam sehingga hari ni sebab menahan dari tergelincir masa turun bukit. Sudah tinggal satu kilometer terakhir tu memang dah rasa tak sabar-sabar nak perabiskan je cepat-cepat sampai. Syukur Alhamdulillah sampai juga garis penamat. Ilhan pun dah bosan menunggu lama hahaha....dapatlah kami bertiga bawa balik finisher medal.
Ilhan cerita awal-awal dia lari sesama dengan mat salleh. Mat Salleh tanya "Where is your parent?", Ilhan balas "They are too slow". Tak nak mengaku usia 10 tahun, semua tanya dia kata 11 tahun. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada semua pelari-pelari yang banyak bantu tengok-tengokkan Ilhan semasa ketiadaan kami. Khuatir juga kalau Ilhan tersilap jalan. Bila kami sampai ke penamat sambil berehat, ramai kata laju betul Ilhan lari untuk beginner dan usia yang muda for level ultra-trail marathon. Boleh tahan jugalah Ilhan boleh habiskan perjalanan lari 12km dalam 3 jam 27 minit. Lama kena tunggu mama Ilhan sampai hahaha....beza banyak. Jengjengjeng keputusan di bawah sudah kena record. Papa Ilhan lah kasihan tak penat langsung sebab kena babysit Mama Ilhan. Kalau tak laju dari Ilhan lagi.
Papa Ilhan takut nanti Mama Ilhan merajuk patah semangat tak mau lari lagi kenalah meneman hehehe...lama la nak tunggu mama kurus nanti. Ini semua ahli keluarga sedang memberi sokongan untuk Tukang Kebun kuruskan badan dan Ilhan pula untuk kuat bersukan. Nenek penyokong no. 1 Ilhan. Walaupun dalam kesibukkan, demi Ilhan , Nenek tolong jaga ni dua budak di homestay nya di Kampung Ranap, Kiulu, cuma 10 minit berjalan kaki sahaja ke Pekan Kiulu dan kurang 500 meter dari Masjid Kiulu. Sejak tahun lepas, Nenek dan Atuk Ilhan mula buka Homestay di Kiulu. Jika ada yang mencari penginapan di Kiulu, boleh layari facebook cari 'Teratak Kiulu Lodge'.
Bulan ni sibuk travel, mohon maaf atas talian tak beberapa elok dan ketiadaan masa maka email dibalas amat lambat ya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang meluangkan masa singgah di sini dan memberikan komen. InsyaAllah jika ada rezeki masa akan kami cuba juga ziarah ya.
Sepanjang laluan ultra-trail marathon 2018 ni, ada juga lalui beberapa kebun nenas. Oleh itu sehingga hujung bulan Mac 2018 kami menawarkan 3 sulur nenas madu sabah RM5.00 .
5 ulasan:
bagusnya Ilhannn tahniah ilhannnn hehehe
Tahniah, masih berupaya menyertai marathon.
wahhhhh...hebatnya kamu anak beranak join ultra trail niππ»ππ»ππ»ππ»ππ» ada juga kawan yg join hari tu... budak2 mmg laju kan, luar biasa stamina diaorang..kita mak2 ni mmg mcm tu.dah lama tak exercise mmg akan semput je..nnt saya akan singgah tgk link homestay tu..menarik tu..suami saya baru je balik dari program Survivor di Kiulu juga tu. nnt saya update story dia
Tahniah semua in the family.
Sangat seronok kan aktiviti begini.
Lebam kuku boleh baik. No worries.
Salam Bahagia Julie,
Syukur Alhamdulillah lebit pantas dari mama dia.
Salam Bahagia Warisan Petani,
Nasib baik masih dapat habiskan trail ikut waktu yang ditetapkan.
Salam Bahagia Sis Nurhidayu,
Ya budak memang laju, badan pun ringan nak angkat banding kita sekarang ni hehehe....itulah suami dan keluarga kata kena mula ringankan badan semula takut tua nanti makin mudah sakit lutut.
Salam Bahagia meintheswim,
Ya lebam kuku boleh baik lebih cepat dari lemak yang dah terkumpul ni hehehe...Thank you.
Catat Ulasan