No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Zucchini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zucchini. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Zucchini Italian Striped

 Zucchini Italian Striped buahnya berbelang-belang. Bunganya pun boleh dimakan sekali. Kebiasaannya pokok zucchini akan mengeluarkan banyak bunga jantan sebelum timbulnya bunga betina. Masa ketiadaan bunga betina bolehlah buat goreng tepung bunganya ataupun sumbat dengan cheese. Kalau dah banyak sangat zucchini boleh juga buat zucchini bread. Rasanya bunga jantan tu buat masak lemak putih pun boleh juga.

Antara tuaian dari keluarga squash/cucurbit di Kebun Bahagia Bersama bulan ini juga adalah Spagetthi Squash.

 Biji-biji benih jenis squash yang ada dalam minggu ini adalah seperti berikut (sementara stok masih ada):

~ Zucchini Lebanese

~ Zucchini Greenskin

~ Spaghetti Squash

~ Pattypan Squash White Bush Scalloped

Rabu, 29 Mei 2013

Zucchini Golden Arch Crookneck

Zucchini Golden Arch Crookneck fruit

  Zucchini Heirloom Golden Arch Crookneck kulitnya berwarna kuning dan isinya warna krim. Zucchini jenis ini berbentuk seperti botol dengan lehernya lengkuk. Kebiasaannya buah pertama sudah mula boleh dipetik dalam anggaran 2 bulan. Boleh mula petik buahnya bila sudah anggaran 15cm panjang. Tumbuhan mudah ditanam tapi elak semasa menyiram air siraman tidak terkena pada daun pokok zucchini tapi menghala ke arah tanah pada bahagian akarnya sahaja. Ini bagi menjauhi masalah penyakit ‘powdery mildew’ yang kadangkala dihadapi oleh pokok jenis timun, labu dan zucchini seperti contoh gambar di atas. Walaupun sudah dipesan banyak kali kepada tukang-tukang kebun lain di Kebun Bahagia Bersama tapi masih disiramnya atas pokok bukan di tanah sebab nak cepat.
Zucchini Golden Arch Crookneck plant

Pokok zucchini Golden Arch Crookneck boleh ditanam dalam pasu yang besar sebab pokoknya jenis ‘bushy’, untuk gardener yang mempunyai kebun di balkoni juga boleh mencuba menanam pokok zucchini ini. Semai biji benihnya dalam anggaran 1.5cm dalam tanah. Pastikan tanah tidak terlampau basah lama semasa menyemai biji benih zucchini supaya bijinya tidak mudah reput. Jarak di antara pokok zucchini dalam 80cm. Pokok zucchini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam untuk pertumbuhan yang baik. Selalunya bunga jantan akan berbunga dahulu sebelum bunga betina. Bunga zucchini boleh dimakan salah satu cara nak enjoy bunga zucchini ialah dengan goreng salut dengan tepung. Bunga betina dan jantan zucchini hanya kembang dalam sehari sahaja.
Zucchini Golden Arch Crookneck fruit malefemale

STOK SUDAH HABIS

~ Heirloom Zucchini Golden Arch Crookneck ~
Satu pek mengandungi 5 biji benih.
Reservation biji benih Heirloom Zucchini Golden Arch Crookneck boleh ditinggalkan dalam kotak komen dengan meninggalkan nama dan email anda. Tukang kebun akan menghantar email selepas pertengahan June 2013 untuk shipment biji benih ini. Pertanyaan untuk hujung bulan Mei ini agak lambat tukang kebun dapat reply sebab sedang bercuti. Posting tukang kebun hujung Mei adalah posting yang sudah scheduled in advance.

Jumaat, 8 Februari 2013

Yang sukakan keluarga Timun

 Hai sabar jelah menengok anak-anak dari keluarga Cucurbita diserang oleh serangga perosak ni. Daun anak-anak pokok timun, watermelon, labu dan zucchini yang muda menjadi mangsanya membuat pelbagai design sampai botak kadang kala. Kalau seekor tak pe lagi ni atas satu daun pun ada 2 ekor meratah dengan asyiknya.
 Mula-mula dikurungkan anak pokok Romanesco zucchini dalam pagar supaya ayam tak cakar-cakar tanah yang selalu menyebabkan anak pokok terputus dari akarnya. Bila selamat dari kemalangan ayam selalu buat, serangga perosak ini pula yang bersuka ria. Dah botak pun satu pokok Ramanesco Zucchini cuma yang 2 daun muda baru keluar sahaja belum disentuh. Cuma malas sahaja nak ambil gambarnya. Inilah dugaan berkebun. Tapi memandangkan tukang kebun memang tak praktik spray apa-apa racun mahupun spray organik, buat tak tahu sajalah tengok ada rezeki tukang-tukang kebun ke tidak nanti. Serangga ni pun dah bosan kejap lagi cari pokok yang lain. Think positive - Tak mengapalah pokoknya pun sedang membesar nanti tumbuhlah daun-daun yang baru sebagai pengganti.

Khamis, 7 Februari 2013

Lebanese Zucchini

 Lebanese zucchini atau juga dikenali dengan panggilan arabnya 'Koosa' berwarna hijau muda dan bentuknya bujur panjang. Zucchini berbuah dengan cepat berbanding dengan labu. Pokok zucchini jenis yang merumpun (bushy) dan bukan menjalar. Ianya berbuah di pusat pokoknya. Seperti labu mempunyai bunga jantan dan bunga betina. Bantuan si lebah perlu untuk pollination, ataupun sekiranya tiada banyak lebah di taman perlu menolong pollination manually. Pokoknya boleh memenuhi ruang satu meter persegi, jadi pastikan ada jarak di antara pokok 60~80cm. Seelok-eloknya tuai buahnya bila sebesar 15cm dan jangan biarkan terlampau besar yang muda lagi enak. Bunganya juga boleh makan dengan goreng tepung atau sumbat dengan cheese atau lain-lain. 



RM3.00 satu pek (Approximate 7 biji benih).

Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Boleh membuat pesanan dengan menghantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

Sabtu, 15 September 2012

Blackjack Zucchini


 Zucchini adalah adik beradik kepada labu tetapi ianya menghasilkan buah dengan cepat. 'Blackjack' zucchini adalah jenis pokok yang merumpun (bush) dan menghasilkan buah berwarna hijau setelah 8-10 minggu biji benih disemai. Pokok ini mempunyai bunga jantan dan betina yang mudah untuk dikenali. Di belakang bunga betina ada baby zucchini dan perlu persenyawaan antara bunga betina dan jantan untuk buahnya menjadi. Bunga betina dan jantan boleh dimakan (edible), boleh goreng masak tepung. Sekiranya persenyawaan buahnya menjadi, dalam masa 2-3 hari boleh nampak pertumbuhan pembesaran buanya dengan ketara. Selalu dituai buahnya dan molek dipetik bila anggaran buahnya 15cm. Kalau dibiarkan lama dan tua, nanti pokoknya akam makin kurang hasilkan buah.
 Pokok zucchini perlu membesar dalam keadaan banyak menerima cahaya matahari. Biji benih zucchini adalah sangat besar jadi mudah untuk kanak-kanak menyemai biji benih ini. Jarak antara pokok disyorkan dalam anggaran 70cm. Anak pokok kecil zucchini sangat digemari oleh si siput jadi tengok-tengok dari kena serangan. Sebelum menanam zucchini elok sediakan tanahnya dengan compost atau pun campur dengan manure (tahi binatang yang sudah reput). Di tempat yang mempunyai kelembapan (humidity) yang tinggi, pokok zucchini kadang kala mudah terkena 'powdery mildew'. Potong daun yang sudah dijangkiti 'powdery mildew' supaya tidak mudah merebak. Kemudian boleh spray pokoknya dengan susu yang telah dicairkan dengan air dalam nisbah susu:air = 1:9.


~Biji Benih Organik Blackjack Zucchini~

RM3.00-satu pek (7biji benih).