No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Daun Kopu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daun Kopu. Papar semua catatan

Ahad, 12 Ogos 2018

Kopu Sarung Kelupis

 Masa makin cepat betul terasa berlalu tahun ini, baru nak tunjuk salah satu hidangan raya Aidilfitri yang Big Boss buat tahun ini. Raya Haji pun bakal muncul tak lama lagi kan.
 Jika di Semananjung Malaysia masa musim raya ada ketupat dan palas yang bahan asas beras dimasak dalam sarung anyaman daun kelapa muda. Di Sabah pula ada kelupis yang beras pulut dimasak dengan santan dibungkus dengan daun ikut daerah ada panggil daun kopu, ada daun nyirik dan ada juga daun lerek.
Kebetulan seminggu sebelum Big Boss nak buat kuih kelupis di Kota Kinabalu, ada balik Sungai Buloh. Jadi sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu semula, ada lebih kurang 100 helai daun kopu ini dipetik dari pokok-pokok kopu tumbuh di Sungai Buloh. Setelah dipetik, daun-daun kopu ini disimpan dalam kertas surat khabar elok-elok. Setelah sampai di Kota Kinabalu disimpan dalam peti sejuk sehingga nak buat kuih kelupis. Masih kelihatan segar walaupun setelah seminggu dipetik dan disimpan dalam peti sejuk.
Hasil Seni balut kelupis 3 orang hehehe....yang sebelah kiri sekali adik Tati, sebelah atas sekali Big Boss dan sebelah kanan Tukang Kebun. Berbeza-beza bentuk yang disukai oleh 3 orang.
 Rendang ayam tahun ini agak hancur sebab walaupun dikatakan ayam tua masih terlerai isinya lepas masak lama. Sambil-sambil buat kelupis dah makan bersama dengan rendang ayam baru selesai masak.
 More info on daun kopu (Click Here).

~ 3 rhizome daun kopu/ daun nyirik/ daun lerek RM10.00 ~

~ 1 set (10 helai) daun kopu/ daun nyirik/ daun lerek RM1.00 ~

Khamis, 14 Julai 2016

Kelupis

  Tahun ini pertama kali Tukang Kebun sekeluarga menyambut Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu. Sebelum itu, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir Batin. Hari Raya pertama kami buat open house. Antara juadah untuk Open House Raya Pertama tahun ini ialah makanan tradisi tempatan di sini iaitu 'kelupis'.
  Seperti lemang dan ketupat palas yang menggunakan beras pulut dan santan. Perbezaan untuk daun yang digunakan ialah bagi lemang dibalut dengan daun pisang, ketupat palas dengan daun kelapa, bagi kelupis pula adalah menggunakan daun nyirik. Rasanya mengikut daerah daun nyirik ini juga dipanggil daun kobu oleh bangsa Dusun-Kadazan. Contoh pokok daun kobu ini seperti gambar di atas yang tumbuh amat bahagia sekali di Kebun Bahagia Bersama. Kali ini juadah raya Open House yang gunakan santan yang kesemuanya home-grown dari Kebun Bahagia Bersama (from Sungai Buloh to Kota Kinabalu).

~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 ~
  Makanan tradisi ini mengikut daerah ada versi kelainan masing-masing. Mama Tukang Kebun buat petang akhir Ramadhan sebelum berbuka. Santannya dimasak terlebih dahulu. Sebelum ditanak bersama beras pulut pakai periuk nasi. Bila dah nak hampir masak kemudian nasi pulut dibalut dengan daun kobu. Kemudian akan dikukus semula sehingga masak. Lepas berbuka, mak sambung balik membalut sambil mengukus. Syukur Alhamdulillah laku betul home-made kelupis mak buat sehingga tak sempat kami nak merasa sendiri.
  Selain dari menggunakan daun kobu untuk balut buat kuih kelupis ini. Boleh juga gunakan daunnya untuk balut ikan bakar dan lain-lain. Nak bungkus nasi lemak pun boleh. Pokok daun kobu ini juga menghasilkan bunga berwarna keungguan di bahagian bawah aras tanah pokoknya. 

Ada juga previous posting, Tukang Kebun tulis mengenai daun kobu ini (klik sini).
  Pokok daun kobu ini adalah jenis rhizom yang rajin menjalar. Boleh juga ditanam dalam pasu. Di bawah adalah contoh sebahagian rizom pokok daun kobu di mana ada bunga dan tunas baru. Kebun Bahagia Bersama akan bermula  dari bulan ini membekalkan rizom pokok daun kobu dan daun yang segar untuk yang berminat.

~ 3 set rizom pokok daun kobu/nyirik RM10.00 ~

~ 1 set (10helai) daun kobu/nyirik RM1.00 ~
 Terima kasih kepada semua kunjungan, ucapan dan komen yang diterima. InsyaAllah jika diberikan rezeki kesihatan dan kelapangan masa akan kami datang berkunjung.