No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Ochna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ochna. Papar semua catatan

Selasa, 6 Mac 2018

Mansoa alliacea dan Mickey Mouse

 Lepas dah lama tinggalkan kebun apabila berada di tempat lain sekian lama, bila balik kalau pokok garlic vine (Mansoa alliacea) ni sedang meriah peak musim bunganya boleh buat kepala ringan memikirkan banyak kerja mengemas kebun nak kena buat seketika. Walaupun batang pokok garlic vine tidak besar tapi gugusan bunga yang dihasilkan teramat lebat. Pokok garlic vine adalah berasal dari kawasan Amerika Selatan bukan asalnya dari bumi Malaysia ini. Di negara asal pokok garlic vine ini terkenal sebagai magical herb plant. Kerana pokok ini ada nilai banyak dalam pelbagai perubatan. Boleh juga daunnya dibuat rempah masakan. Kemudian daunnya juga boleh direbus dan dijadikan mandian wap untuk mengurangkan demam, selsema, sakit-sakit badan dan lesu. Lain kali nak cuba jugalah spa mandian garlic vine. Dari bila dipangkas-pangkas dibuang daunnya begitu sahaja kan. Dahlah dah penat berkebun mengemas.
 Kalau berborak dengan orang nursery katanya susah mereka nak stock up pokok garlic vine ini kerana susah nak propagate hidup kalau dari keratan. Syukur Alhamdulillah di kebun kami ini banyak pula anak-anak pokoknya atau tunas dari akar bonda garlic vine ini beranak-pinak di bawah bondanya. Pokok garlic vine juga menghasilkan biji benih ya. Kekadang kalau musim yang pollination bagus nampak buahnya yang nipis panjang macam kekacang petai dan dalam benihnya macam kertas sikit (pappery?). Yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah bukan dari keratan. Tukang Kebun korek je perlahan-lahan keluar dari tanah sudah berakar. Kalau kami takde masa, habis anak-anak garlic vine tu kami sorong je mesin rumput di atasnya. Ada juga yang muncul balik keluar. Jika sesiapa nak ambil anak angkat garlic vine ada stok sekarang, bondanya memang duduk tepi pagar depan Kebun Bahagia Bersama depan jalanraya.

More info on Garlic Vine (Click Here).

~ 1 pot pokok Garlic Vine (Mansoa alliacea) RM8.00 ~

 Cuma satu sifat pokok garlic vine dia suka sangat cahaya matahari ya. Boleh ditanam dalam pasu. Cuma kalau nak dia cepat membesar berikan dia banyak cahaya matahari baru dia akan tumbuh dengan cepat dan memberikan performance yang terbaik ya. Tukang Kebun perhatikan pokok Garlic Vine boleh hidup berpasangan bahagia dengan pokok Mickey Mouse. Kalau malas nak pasang pancang kahwinkan mereka duduk bersebelahan ya. Tapi masa mereka sama-sama membesar la kasi pasangan baru adil.
 Pokok Mickey Mouse pun seperti pokok garlic vine boleh ditanam dalam pasu juga. Kekadang ada yang tumbuh sendiri hijack pasu lain tengok dia yang subur membesar dan hasilkan bunga juga. Kalau tumbuh dalam pasu pokok Mickey Mouse ini nampak cantik juga jika di bonsai kan. Takdelah dia membesar tinggi seperti yang tumbuh atas tanah. Pokok Mickey Mouse ni biasanya tak putus-putus menghasilkan bunga. Tambahan pula nampak macam dua warna bunganya . Sebab bunga asal berwarna kuning. Kemudian semasa pembentukan biji benih jadi warna merah. Jadi nampak bunganya dwi-warna mekar serentak.

More info on Mickey Mouse (Click Here).

~ 1 pot Mickey Mouse RM10.00 ~

Selasa, 9 Januari 2018

Kuil Shiwahiko

 Selepas melawat Kuil Shiogama kami bergerak semula patah balik ke arah jalan datang tadi (related posting klik sini) untuk singgah melawat Kuil Shiwahiko pula. Sebelum ke Kuil kami singgah toilet dulu yang sebelah tempat bersuci ni on the right side. Kuil Shiwahiko on the left side. Kuil Shiwahiko asalnya berada di lokasi lain yang kemudiannya dipindahkan berdekatan dalam compound Kuil Shiogama. Pada asalnya kuil Shiwahiko terletak di barat Shiogama. Kuil Shiwahiko ini adalah tempat dewa yang pelindung pertanian/perternakan.
 Anak-anak sebenarnya suka main kat ruang luar Kuil Shiwahiko ini sebab batu-batu yang kecil tu, kemudian ada pula kawan-kawan kecil yang berterbangan dekat. Pada gambar No. dua ni yang sudut sebelah kiri ada pokok tinggi ini adalah pokok sakura. Mesti cantik masa musim sakura kembang. Kami lama juga lepak kat sini bagi anak-anak puas main sambil kami menikmati pemandangan.
 Tukang Kebun dapatlah cuci mata tengok bunga camellia lagi yang sedang mekar lebat. Tukar-tukar arah mencangkung belek bunga dan pokoknya sampai ada pakcik Jepun lalu duk tenung hairan apa yang sedang Tukang Kebun jakun sangat tengok pokok ni. Tukang Kebun cuma sedang appreciate hasil tangan Tukang-tukang Kebun yang menjaga laman di Kuil Shiwahiko ni sebab terror buat version pokok camellia bongsai dengan dahan yang banyak untuk memaksimakan bunga mekar yang dapat show off macam ni. Hasil kesabaran Tukang kebun kuil Shiwahiko ni berbaloi betul. Sebab pokok camellia ni boleh tumbuh besar tinggi macam pokok rambutan tau.
 Bila nampak hasil tangan Tukang-tukang Kebun Kuil Shiwahiko ni mula lah terfikir kalau kat Malaysia sesuai buat gini dengan pokok bunga yang tak putus-putus berbunga ialah jenis pokok mickey mouse seperti di bawah. Malahan bentuk daunnya juga mirip. Pokok Mickey Mouse ini pertumbuhannya pesat dan boleh dipruning ikut kesukaan reka bentuk kita.

More info on Mickey Mouse Plant (Ochna Kirkii) <Click Here>

~ 1 pot of Mickey Mouse Plant RM10.00 (Pos Laju can) ~
 Tugu tulisan ejaan Shiwahiko Shrine macam di bawah dalam kanji (志波彦神社). Orang Shiogama ini memang jenis kuat beribadat juga komunitinya sejak berkurun-kurun dahulu kerana banyak betul stone lantern untuk pergi pada kala senja atau malam waktu beristerehat setelah seharian bekerja mencari rezeki.
 Pintu gerbang masuk ke Kuil Shiwahiko designnya agak simple berbanding dengan Kuil Shiogama (related posting klik sini). Nampak ada pasangan baru sahaja tiba untuk meraikan anak-anak perempuan mereka yang seorang dalam 5 tahun dan kakaknya dalam 7 tahun di Kuil Shiogama untuk Festival Shichi-Go-San. Tukang kebun agak-agak yang girl kecil pakai kimono dalam ketinggian yang sebaya dengan Abby.
  Pasangan ini singgah sebentar dalam perkarangan Kuil Shiwahiko mungkin untuk beli kenangan tangkal azimat untuk anak-anak mereka.
 Jika anda kebetulan pergi ke Jepun bulan March tahun ini mungkin boleh rancang lawat Shiogama semasa ada Spring Festival di Kuil Shiwahiko pada 29hb Mac 2018 (klik here). Ini adalah acara festival setiap tahun diadakan. Mungkin sangat meriah ada pelbagai activiti serta boleh mingle with the local crowd. Shiogama dan Shiwahiko Shrine ada website mereka sendiri, untuk memudahkan check acara-acara tahunan mereka (website). Di hadapan kuil Shiwahiko.
 Bersebelahan dengan Kuil Shiwahiko ada muzium. Tapi kami tak singgah masuk nanti makin lamalah pula sebab kami nak kejar waktu ferry. Duduk membelek-belek koleksi pokok ada di Shiogama Shrine compound ni pun terlampau leka. Taman mini Jepun di depan muzium pun dah asyik dibuatnya. 
Dekat luar Kuil Shiwahiko kita boleh lihat pemandangan Teluk Shiogama/Matsushima (sama juga termasuk dengan connection sebahagian dengan Teluk Matsushima). Jika dalam negara Jepun, Teluk Matsushima dikatakan adalah antara 3 best spot beautiful scenery untuk section 'Bay' atau Teluk. Sini pun good spot untuk ambil gambar kenangan di Shiogama. 
 Terbayang pula dalam kepala Tukang Kebun agaknya dah berapa kali Kuil Shiogama ini menjadi tempat untuk melindungkan diri dari kuasa ombak Tsunami yang datang. Sudah berapa episode kedatangan ombak Tsunami yang besar datang dan disaksikan oleh paderi-paderi dari atas puncak bukit ini bersilih zaman. Kali terakhir sebelum posting ini dikarang adalah pada bulan Mac tahun 2011 Tsunami melanda di kota Shiogama ini yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk dan ada juga fatal injury.. 
 Dikatakan dari lokasi kami berdiri ini yang berada di atas puncak ini boleh nampak kedatangan ombak tsunami yang tinggi bergerak ke arah darat. Sudah pasti ketika ini paderi-paderi khusyuk berdoa untuk keselamatan penduduk-penduduk di sini. Andaian Tukang Kebun salah satu fungsi banyak stone lantern di compound Kuil Shiogama ini juga menjadi penunjuk penduduk-penduduk arah pada waktu malam ketika melarikan diri dari bencana menuju ke tempat yang selamat.
 Salah satu keistimewaan Teluk Matsushima ini ialah banyak pulau-pulau kecil berdekatan dengan daratan. Burung-burung merpati sekejap berterbangan dan sekejap lagi datang dekat dengan anak-anak ni. Itu yang seronok sangat lama sini anak-anak main kejar merpati. Orang pun tak ramai jadi relax dengan cuci mata tengok pemandangan Teluk Matsushima. Very peaceful.
Pemandangan suasana pada musim luruh pun indah di depan Kuil Shiwahiko ini.
 Ini sudah kena tegur jangan nampak ganas sangat nanti burung-burung merpati ketakutan kesian. Jinak sungguh burung-burung merpati di sini.
Cantik tempat masuk atau 'Torii' Kuil Shiwahiko punya dengan pokok-pokok yang sudah bertukar warna ke kemerahan sebelum gugur masuk musim salji.
 Kami bergerak balik ke arah Stesen Keretapi Shiogama ikut jalan yang kami datang. Salah satu keunikan di kawasan Kuil Shiogama ini yang Tukang Kebun perasan selain dari keunikan pelbagai rekaan stone lantern ialah pagoda batu dia. Kekadang kalau pergi lawat Kuil-kuil lama yang besar ada bangunan pagoda lima tingkat warna merah buat dari kayu macam di Kuil Toshogu World Heritage Site (related posting klik sini). 
 Pagoda lima tingkat di Jepun dikenali dengan panggilan 'Gojunoto'. Miniture pagoda di dalam kawasan Kuil Shiogama ada beberapa buah dan designnya sama semuanya diperbuat dari batu seperti di gambar atas. Theory Tukang Kebun ialah sebab kawasan Timur Tohoku ini dari dulu lagi adalah area prone gempa bumi. Jadi teknologi pada zaman itu belum ada lagi asas kuat untuk cipta binaan yang tinggi stabil dengan gegeran gempa bumi. Pagoda diperbuat dari batu dalam Jepun panggil 'Sekito'.
Asyik tengok anak-anak main dengan burung merpati teringat pula pokok dove tail di Kebun Bahagia Bersama. Promosi Dove Tail bermula untuk bulan Januari 2018 hingga 31hb Januari 2018 (5 moist bare-rooted Dove Tail plant for RM10.00 ).

More info on Dove Tail plant (Click Here).

Jumaat, 18 September 2015

Mickey Mouse

  Bagaimanakah agaknya bunga warna kuning ini boleh dapat nickname sebagai pokok 'Mickey Mouse' character tikus jantan yang menaikkan nama Disney awal-awal. Pokok yang nama botaninya 'Ochna kirkii'  ini berasal dari benua Africa. 
  Pokok yang mempunyai bunga warna kuning bersaiz sederhana ini sangat mudah tumbuh di cuaca iklim tropika. Pembesarannya juga amat pesat. Boleh juga ditanam dalam pasu dan dibongsaikan bagi yang rajin. Ada juga pokok mickey mouse ini sudah pernah berbunga di dalam pasu. Rajin berbunga sepanjang tahun. Warna bunga yang kuning itu menjadi tarikan serangga penghisap madu seperti lebah dan rama-rama.
   Salah satu tarikan pokok bunga Mickey Mouse ini ialah apabila kelopak kuningnya gugur, seakan ianya bertukar baju menjadi bunga warna merah. Padahal transformation ke seakan bunga warna merah ialah sebenarnya bahagian dalam Bahasa Inggeris dipanggil 'Sepal'. Seperti magic pokok bunga ini seperti dari menghasilkan bunga-bunga warna kuning bertukar kepada bunga-bunga warna merah. Perubahan yang boleh kelihatan pada pokok yang sama iaitu perbandingan antara Gambar No.2 dan No. 4 di bawah.
  Apabila kelopak asal bunga kuning telah gugur, bahagian belakang kudup bunga iaitu sepal akan bertukar ke warna merah, kemudian kantung pemegang biji benih akan terbentuk mengelembung, menghasilkan biji-biji benih yang melekat di bahagian luaran kantung.
  Beginilah rupa bentuk biji benih hijau yang muda terbentuk, menjadi kegemaran burung-burung sebagai makanannya juga. Bagaikan bintang keluarkan tahi bintang hehehe....
  Pokok Mickey Mouse ini tahan lasak apabila ianya dah sesuaikan diri dalam kawasan yang bakal dihuni. Keperluan air pun tidak banyak. Boleh hidup di kawasan penerimaan cahaya yang banyak hingga kurang cahaya. Bagi budaya orang Vietnam pokok ini adalah simbol 'Luck' semasa perayaan Tahun Baru mereka.
  Kenapa diberikan nickname 'Mickey Mouse'. Bila benihnya bertukar warna hitam, tengok kedudukan 2 benih yang tinggal kekadang ianya dikatakan nampak seperti telinga Mickey Mouse. Kali ini tak sempat nak cari antara ranting-ranting pokoknya nak ambil gambar so Tukang Kebun leave it to your imagination ya.

~ 1 pot pokok Mickey Mouse RM10 ~