No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Tomato. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tomato. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2013

Tomato July 2013


 Biji-biji benih tomato yang kembali di dalam stok bulan July 2013 ini ialah:

~ Yellow Pear Cherry Tomato ~

~ Red Roma Tomato ~

Anggaran 30 biji benih satu pek RM3.00 .

Sabtu, 29 Jun 2013

Tomato Cherry Broad Ripple Yellow Currant


 Tomato Cherry Broad Ripple Yellow Currant buahnya berwarna kuning bila masak bersaiz anggaran antara 1~2cm. Seperti dalam gambar di atas, saiznya sangat berbeza dengan cherry tomato yellow pear. 
 Tomato cherry Broad Ripple Yellow Currant pokoknya sangat besar boleh melebihi 2.5 meter, jadi kena sediakan pancang siap-siap. Pokok tomato cherry Broad Ripple Yellow Currant dari pengalaman, boleh juga ditanam di kawasan partial shade (4-6jam cahaya) walaupun kebiasaannya pokok tomato memerlukan matahari yang banyak. Pokok tomato cherry Broad Ripple Yellow Currant tahan lasak dengan pelbagai pertukaran cuaca dan setelah pokoknya dewasa (well-established) ianya tahan kepada cuaca panas. Yang menarik juga, boleh diperhatikan di mana ketika cuaca yang panas dan sederhana ketebalan kulit buah tomato cherry ini juga berbeza kerana respond buahnya untuk melindungi dirinya dari kekuatan ozon sinaran matahari (UV light?). Begitu juga rasa acidic buahnya dalam perubahan cuaca yang berlainan. Jika kita makan tomato dari kebun sendiri lama-kelamaan kita akan perasaan perbezaan-perbezaan buahnya dalam cuaca yang berlainan. Tahukah anda, sebenarnya tomato cherry yang berasal dari benua 'New World' dipercayai adalah berwarna kuning sebelum adanya kultivator berwarna cherry tomato merah.
 Pokok tomato cherry broad ripple yellow currant ni mabuk buah rajin sangat berbuah sampai ada satu ketika tak larat makan. Tukang kebun Rayyan pun rajin tolong-tolong petik buah sambil makan. Kadang kala pruning daunnya sebab bila merimbun daun-daunnya menutupi buah, jadi nak buka ruang untuk cahaya masuk supaya buah boleh ranum. Daun yang dah dipotong tu sebenarnya boleh diblendar buat jus untuk organic spray sebab daun tomato adalah toxic (tapi hati-hati ada separuh orang boleh allergic dengan daunnya kalau terkena banyak jadi pakai sarung tangan).



~Biji Benih Tomato Cherry Broad Ripple Yellow Currant ~

Anggaran 20 seeds satu pek (RM3.00).

Kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Ahad, 2 Jun 2013

Heirloom Red Cloud Tomato

 Heirloom Tomato Red Cloud memberikan buah tomato yang bersaiz sederhana. Elok sediakan pancang untuk pokok tomato red cloud kerana pokoknya tumbuh meninggi. Pokok tomato yang tidak cepat demam apabila perubahan cuaca seperti minggu ni hujan lebat pastu minggu seterusnya panas semacam. Pokok Red Cloud tomato adalah jenis pokok yang sesuai dengan cuaca panas dan kelembapan tinggi.
Anak pokok red cloud tomato sedang membesar.

STOK HABIS.
~Biji Benih Heirloom Red Cloud tomato ~

Anggaran 15 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan June boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email.

Selasa, 5 Februari 2013

Tigerella Tomato


Tomato jenis "Tigerella" berbelang kuning apabila buah merahnya ranum. Tomato jenis ini bersaiz sederhana berbanding dengan 2 jenis lagi tomato di gambar atas iaitu bersama sweet red cherry tomato dan tomato challengar. Oleh kerana belang di buahnya, tomato tigerella senang dibezakan dengan jenis tomato yang lain. Tomato tigerella juga menghasilkan buah tomato yang cepat berbanding dengan tomato lain. Tomato " Tigerella" adalah antara koleksi tomato "heirloom" dan bukan tomato hybrid. Benih bakanya boleh disimpan.


Boleh tumbuh dalam pasu.
Pokok-pokok tomato perlu ditanam dengan jarak di antara satu sama lain yang memberi kitaran pengudaran yang baik untuk mengurangkan risiko penyakit.

Tomato Tigerella yang muda berwarna hijau (masih boleh dikesan belangnya) dan bertukar ke warna merah apabila ranum.


Stok Ada.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).


Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Penghantaran adalah pada hari Isnin sahaja.

Isnin, 4 Februari 2013

Roma Tomato

 Buah tomato jenis Roma kebiasaannya orang Italy suka buat tomato puree/paste untuk kuah Spagetthi atau pasta. Ada lebih boleh pakai untuk pizza juga. Tomato ini juga sesuai untuk buat home-made sos tomato bagi kegunaan di rumah.  Tomato Roma tidak mempunyai banyak biji dalam buahnya. Buah tomato Roma bentuknya lonjong macam telur. Kulitnya tebal jadi lebih tahan dengan panas.



Stok Ada.
RM3.00 satu pek (30 biji benih).

Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.

Sabtu, 22 September 2012

Halal Brandy Wine Red


 Tomato Heirloom 'BrandyWine Red' adalah jenis tomato beefsteak bersaiz sederhana dan pokoknya tumbuh tinggi jadi perlu sediakan support yang kuat. Beri ruang antara pokok dengan jarak anggaran 80cm. Pokoknya boleh tumbuh melebihi 6kaki sekiranya semua keperluan pertumbuhannya mencukupi. Semasa musim cuaca yang mempunyai kelembapan (humidity) yang tinggi, elok beri ruang pengaliran (air ventilation) udara yang baik supaya pokok tomato tidak mudah terkena penyakit. 


~Biji Benih Organik Tomato Heirloom ‘BrandyWine Red’ (RM3.00-anggaran 12 seeds satu pek)~


Selasa, 17 Julai 2012

Yellow Currant Cherry Tomato

yellow currant potato

Satu pokok tomato jenis yellow currant cherry tomato memberikan hasil tuaian buah yang sangat lumayan dan tidak putus-putus menghasilkan bunga untuk memberikan buah tomato lagi jika rajin memetik buahnya serta mempunyai musim buah yang panjang. Buah yellow currant cherry tomato bersaiz sangat kecil 1.5-2.5cm. Buahnya bertukar dari warna hijau ke kuning bila ranum. Pokoknya tumbuh melebihi ketinggian 2meter dan perlu memberikan sokongan yang kuat.  Memandangkan pokok ini banyak bercabang elok sediakan sekurangnya 1/2 metre persegi untuk satu pokok dan memberikan air-flow yang baik bagi kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Satu pokok tomato jenis ini cukup untuk keperluan sekeluarga. Pokok cherry tomato jenis ini paling tidak remeh penjagaannya ianya juga dapat menghasilkan produksi buah yang baik di kawasan yang menerima separa cahaya matahari juga (partial shade). Pokok tomato ini juga tidak mudah sakit berbanding dengan tomato jenis lain. Ianya juga tahan pelbagai cuaca : heat wave dan musim sejuk.
yellow cherry tomatoes

Dari pengalaman beberapa tahun menanam pokok tomato jenis cherry, saya dapati tomato cherry yang berwarna kuning lebih tolerant dengan cuaca yang sangat panas dan kering berbanding dengan yang berwarna merah. Boleh tanam dalam kontainer? Boleh tiada masalah cuma sediakan sokongan yang baik dan kuat awal-awal lagi (jangan ikut macam saya dah membesar baru ingat nak buat, lepas tu nampak serabut je pokok tomato ni sebab tak buat awal-awal sokongannya)....hehehe...Dalam gambar di bawah dari sebelah kiri ialah pokok tomato yellow pear cherry tomato (ada stok?) , tengah-pokok peria , dan sebelah kanan adalah pokok yellow currant cherry tomato. Bentuk daun yellow pear cherry tomato dan yellow currant cherry tomato adalah berbeza mudah dibezakan. Oleh sebab, yellow currant cherry tomato sesuai ditanam di dalam bekas, sesuailah juga untuk menghijaukan balcony garden anda dan buah kuningnya seakan decoration. Nanti terliur-liur jiran tetangga tengok.
DSC00097

~Benih Tomato Yellow Currant Cherry Tomato (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 30biji satu pek).
Stok habis (All Reserved)
Biji benih yang dituai dari kebun kami pada June 2012.

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Isnin, 16 Julai 2012

Rouge de Marmande

January veggies (4)

Tomato heirloom 'Rouge de Marmande' adalah jenis tomato bersaiz sederhana kadang-kadang boleh bersaiz diameter 6-8cm dan buahnya bertukar ke berwarna merah apabila masak. Tomato 'Rouge de Marmande' menghasilkan buah awal dan dikategorikan dalam tomato jenis 'beefsteak'. Dasar buah tomato 'Rouge de Marmande' adalah rata (flat) dan buahnya berlekuk (ribbed).
Rouge de Marmande (2)

Pokok tomato heirloom 'Rouge de Marmande' adalah tinggi (boleh mencapai 2 metre lebih) jadi perlu menyediakan sokongan (trellis) yang kuat dan elok supaya ianya tidak tumbang ke tanah. Tomato jenis ini menghasilkan buah yang lebat. Disebabkan ianya menghasilkan buah yang besar, kadang-kadang ranting yang mempunyai banyak buah tomato perlu diikat atau bagi sokongan. Pokok tomato 'Rouge de Marmande' sukakan kawasan yang mempunyai banyak matahari sekurangnya menerima lebih 6 jam sinaran matahari. Dalam gambar adalah pokok-pokok tomato yang kami tanam di kawasan yang menerima separa matahari sahaja dan sebelah pagi sahaja disebabkan kebun kami kecil kawasannya. Oleh itu, semasa berbuah saya cantas sikit ranting daun-daun supaya buahnya terkena pancaran matahari untuk menjadikannya ranum.
Rouge de Marmande (1)
Buah tomato perlu kerap dipetik sejurus masak supaya pokok boleh fokus memberikan tenaga kepada buah-buah yang lain untuk membesar dan memberikan anak-anak buah yang baru.

~Benih Heirloom Tomato Rouge de Marmande (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 10biji satu pek).
Stok habis (All Reserved).

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Rabu, 11 April 2012

Tomato "Tigerella"

~Benih Organik Tomato 'Tigerella"~

Tomato jenis "Tigerella" berbelang kuning apabila buah merahnya ranum. Tomato jenis ini bersaiz sederhana berbanding dengan 2 jenis lagi tomato di gambar atas iaitu bersama sweet red cherry tomato dan tomato challengar. Oleh kerana belang di buahnya, tomato tigerella senang dibezakan dengan jenis tomato yang lain. Tomato tigerella juga menghasilkan buah tomato yang cepat berbanding dengan tomato lain. Tomato " Tigerella" adalah antara koleksi tomato "heirloom" dan bukan tomato hybrid. Benih bakanya boleh disimpan.


Boleh tumbuh dalam pasu.
Pokok-pokok tomato perlu ditanam dengan jarak di antara satu sama lain yang memberi kitaran pengudaran yang baik untuk mengurangkan risiko penyakit.

Tomato Tigerella yang muda berwarna hijau (masih boleh dikesan belangnya) dan bertukar ke warna merah apabila ranum.


Kehabisan stok.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).


Sweet Red Cherry Tomato


~Benih Segar Organik Sweet Red Cherry Tomato~

Saiz jenis buah cherry tomato ini adalah lebih besar dari jenis yellow pear cherry tomato seperti yang dilihat dalam gambar di atas. Buahnya sangat manis dan seronok dipetik dari kebun sendiri segar terus masuk dalam mulut.

Pokok tomato ini tumbuh melebihi ketinggian 1 meter jadi perlu ada support.
Buah tomato bertukar dari hijau ke merah apabila ranum.
Jarakkan tomato pokok ini dengan pokok yang lain untuk pengudaraan yang baik bagi mengelakkan penyakit.


Stok Ada.
RM3.00 satu pek (30 biji benih).

Selasa, 10 April 2012

Yellow Pear Cherry Tomato


~Benih Segar Organik Yellow Pear Cherry Tomato~


Cherry tomato berbentuk seperti buah pear.
Buah tomato bertukar dari warna hijau ke kuning bila ranum.
Boleh tumbuh dalam pasu.
Tumbuh melebihi ketinggian 1 meter.
Perlu 'staking'.
'Heat-tolerant' tomato (boleh tahan apabila cuaca mencecah 40 darjah celsius beberapa hari).
Berbuah lebat.



Stok Habis.
RM3.00 satu pek (30 biji benih).
Biji Benih Tomato segar dikumpul pada Mac 2012 di kebun kami sendiri.
Order dan bayaran (bank deposit RHB) diterima sebelum 28 April 2012.
Benih akan dikirim pada minggu ke-2 Mei 2012.

Kos penghantaran bagi jumlah pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.