No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Ubat Gigitan Ular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubat Gigitan Ular. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2016

White Butterfly Bush

  Posting baru-baru ini bercerita pasal tumbuhan air Keladi Bunting yang rajin beranak pinak (related posting klik sini). Hari ini giliran si pokok kembang bugang pula bunganya yang diibaratkan seperti rama-rama putih juga mudah beranak pinak tapi taklah full speed macam Keladi Bunting. Apa yang unik mengenai pokok kembang bugang ini ialah selain dari semaian biji benih, akarnya mempunyai sifat suka merayap. Bukan sahaja merayap ke arah bawah graviti sahaja tapi menjalar jauh  di dalam tanah secara horizontally menjadikan tiba-tiba ada anak-anak kembang bugang muncul makin jauh dari induk pokok. Pandai pula anaknya berjarak tak tumbuh rapat dengan ibunya. Bila dah jarak secara semulajadi tak berebutlah air, cahaya dan makanan. Akar yang rajin berjalan-jalan ini juga dilaporkan mempunyai kandungan yang dapat menjadi penawar racun untuk bisa ular.
  Tukang Kebun kagum dengan pokok kembang bugang ini sebab batang pokoknya pun tak besar setakat saiz jari jemari ini dan begitu juga akarnya tapi sangat kuat menolak tanah untuk mengembara. Akarnya yang suka mengembara jauh ini juga, menjadikan pokoknya jenis tak tamak sangat air. Tambahan pula kekadang bila dah nak cepat sangat, Tukang Kebun tolak je mesin rumput sekali atas pokok kembang bugang (yang dah tersasar jauh ke padang). Bila musim hujan muncul semula keluar dari tanah. Pokok kembang bugang ini memang asal usulnya dari negara kita, jadi ianya memang serasilah dengan perubahan cuaca negara kita sepanjang tahun terutamanya di kawasan tanah rendah. Untuk novice gardener atau yang baru berjinak dalam dunia berkebun, pokok ini sesuai untuk anda. Dia tak merajuk lama, bila pindahkan jika tersilap ada kes terputus sikit ke akar. Dia monyok beberapa hari kemudian ceria tegak semula (pujuklah dengan air dan teduh dia beberapa hari dahulu). 

  Bunganya biasanya belah senja lebih wangi atau pada waktu malam. Biasalah bunga-bunga warna putih tropika ini biasanya lebih wangi bila waktu gelap macam malam. Eloklah untuk kalau tuannya selalu balik kerja lewat. Bolehlah welcome back dengan haruman bunganya dekat pintu masuk rumah setelah lama kena asap kenderaan. Boleh juga hidup elok dalam pasu. Jenis pokok yang tak besar. Untuk balcony gardeners juga sesuai.

More info on Kembang Bugang boleh juga refer kepada posting lama (klik sini).

Terhabis pula stoknya dari bulan Mac tak dapat catch up dengan permintaan. Tunggu semaian baru stabil dahulu, bulan ini baru kami mula bekalkan semula setelah sebulan lebih dipindahkan. Semaian adalah dari anak pokok tunas akar, jadi ianya lebih pantas membesar dan berbunga. Mohon maaf kepada gardeners yang tertunggu-tunggu stok pokok kembang bugang, baru teringat nak inform semula hari ini.

~ 1 pot White Butterfly bush plant RM7.00 ~
  Tukang Kebun rasa tahun ini macam pokok-pokok kapas yang matang di Kebun Bahagia Bersama lebih rajin berbunga berbanding dengan cuaca tahun lepas. Tak putus-putus menghasilkan kapas walaupun langsung tak dibaja dan disiram. Pokok kapas ini tak besar macam pokok kekabu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah di mana pokok kapas berada di antara pokok nenas. Rasa macam sesuai pula pokok kapas ditanam berdekatan dengan pokok nenas. Tak pasti kalau ini boleh diterima sebagai companion planting. Buat catatan sahaja terlebih dahulu, kalau ya boleh memaksimakan productivity ruang yang ada. 

  Seperti pokok kembang bugang, akar pokok kapas juga ada kegunaannya. Akar pokok kapas dapat membantu dalam natural Family planning kerana ianya dapat membuatkan kehamilan tidak menjadi atau terencat. Oleh itu, perempuan yang mengandung tak boleh consumme rebusan atau air dari akar kapas kerana boleh menyebabkan keguguran. Salah satu cara traditional untuk mempercepatkan dan mempermudahkan kelahiran anak juga dengan bantuan akar kapas. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap, ada sumber mengatakan bahawa akar pokok kapas membantu mempercepatkan haid. Ubat alternative semulajadi untuk wanita yang menghadapi menstrual disorder atau gangguan menopause. 

   Be very cautious only use cotton bark root that is 100% organically grown.

  Sebab ada comparison kes penggunaan akar dari pokok cotton commercial membawa kesan sampingan kerana banyak penggunaan racun. Pastikan anda tahu sumber bahan ubat semulajadi datang dari mana dan bagaimana cara pembesarannya dijaga. Antara sebab kenapa Tukang Kebun lebih rela tanam pokok-pokok herba atau pokok ubatan sendiri.

  Ada jugalah sebenarnya beberapa kali kami terima enquiry untuk akar pokok kapas. Kadangkala si suami yang usahakan untuk isterinya yang sedang menderita katanya mohon pertolongan pujuk Tukang Kebun bekalkan juga. Itu kalau yang sendiri berbicara berikan maklumat kenapa perlu. Biasanya Tukang Kebun tak tanya untuk hormati privacy customers. Sehingga ke Sabah pun ada kami pos akar pokok kapas bukan setakat dalam Semenanjung Malaysia. Rupa-rupanya bila dah beberapa kali terima enquiry akar pokok kapas, Tukang Kebun tak sangka pula ada juga rakyat Malaysia yang ambil manfaat dengan akar pokok kapas.

  Secara jujurnya cuma besar pengorbanan rasanya nak ambil bahagian akar pokok kapas. Sebab kasihan dekat pokok kapas tu, Tukang Kebun yang nak kena cederakannya. Kalau bahagian selain dari akar tu, diambil atau dipotong ada tumbuh pengganti. Yang bahagian akar ni, boleh bad mood jadinya pokok kapas atau merajuk lama. Kalau merajuk tak pe lagi, kalau rest in peace lepas tu. Bukan sekelip mata nak tunggu pokoknya membesar dan matang. Nilai harga seperti ganti rugi sebab Tukang Kebunnya berat hati nak seksa pokoknya. Akar yang besar dan power pun ambil masa pertumbuhannya.

~ 500gram akar pokok kapas RM25.00~

~ Anggaran 20 biji benih kapas RM3.00 ~

Sabtu, 24 Oktober 2015

Pucuk Daun Mulberry Putih

  Senja Khamis baru-baru ini sementara sup tulang lembu sedang dimasak di dapur tengah tunggu ianya jadi empok, Tukang Kebun dan assistant kecil si Ilhan Mikhail buatlah kerja di luar. Hari dah nak makin senja, ternakan pun semua dah makan dan duduk dalam kandang masing-masing. Dengan cuaca sekarang ini, Tukang Kebun perhatikan tiba-tiba begitu banyak nyamuk. Rasa malaslah nak berlegar-legar di kebun belakang lama-lama mencari sayur yang dapat dicampurkan ke dalam sup tulang bila nak dekat masak.
  Pada mulanya ada niat nak tuai pucuk-pucuk mulberry di kebun belakang, tiba-tiba baru teringat sebenarnya ada juga jenis mulberry yang dapat dituai betul-betul menghadap pintu dapur. Batang-batang mulberry tersebut pun dah tinggi lampai sungguh sebab dah lama tak dipangkas menghuni di sebelah pokok assam gelugor. Dengan pertolongan Ilhan yang tolong pegang batang mulberry yang sudah Tukang Kebun lenturkan, dapatlah tuai pucuk-pucuk muda mulberry muda yang daunnya jenis lebar-lebar.
  Cuba gardeners perhatikan betul-betul, ini bukan jenis pokok buah mulberry hitam. Saiz daunnya juga sangat besar, lebih besar dari muka untuk daun yang sudah matang. Ini adalah jenis pokok mulberry putih atau nama botaninya Morus alba. Jenis pokok mulberry ini adalah sebenarnya daunnya yang biasa digunakan untuk bagi makan silk worm dalam industri sutera. Biasanya untuk buat teh mulberry yang jenis biasa dikeringkan daunnya untuk dibuat teh oleh Orang Jepun adalah jenis dari white mulberry bukannya dari pokok mulberry yang biasa ditanam di Malaysia untuk nikmati buahnya.

  Ada juga beberapa kali student email tanya nak dapatkan mulberry untuk penyelidikan dalam teh mulberry. So the very naughty Tukang Kebun first reply will be, nak yang mana satu yang biasa buah hitam atau jenis white mulberry? Kalau untuk buat teh daun mulberry kalau dalam pembacaan Tukang Kebun yang jenis white mulberry dalam kitab lama banyak catit. Kalau tak pasti daun mulberry mana satu nak dikaji untuk teh, lebih baik bincang dengan supervisor dululah ya yang mana nak dikaji. Saja-saja testing student. Tengok buat persediaan terperinci dulu atau tidak sebelum memilih sample kajian. Moga pemikiran kita maju setapak, supaya kita tidak membuang masa bila nak laporkan findings kita. Dalam dunia sains tumbuhan ni biasanya nama botani adalah penting supaya ahli penyelidikan lain juga dapat cross reference dengan mudah dan rasa data kita reliable, Dahlah sekarang ni universiti dalam Malaysia semua nak push suruh buat publication kan, kalau asal usul sample pun kita tak tahu macam mana nak publish dalam high-impact jurnal.

  Umumnya pokok mulberry di luar Malaysia terbahagi kepada beberapa jenis dan kumpulan, biasa disebut ialah black mulberry, red mulberry dan white mulberry. Kalau kita keluar negara pergi conference, kalau penyelidik lain tanya kita kaji daun mulberry untuk teh, pakai mulberry mana satu?Kenapa kita pilih sample ni dan lain-lain soalan, ada jugalah jawapannya. Kekadang ada orang very critical, dapat soalan cepu emas , naya. Rasanya bab to be critical ini influence besar supervisor Tukang Kebun yang orang Jerman. Masih teringat-ingat lagi antara nasihat eye-opener supervisor Jerman Tukang Kebun masa baca Research Proposal Tukang Kebun, komennya "you have to be more critical in your writing and thinking". Be a little bit more critical? Memang bab mengkritik ni dulu tak pandai, perlahan-lahan under his guidance dah mula pandai-pandai sket hahaha.... maksud supervisor tu pun salah satunya ialah jangan mudah percaya dengan apa yang kita baca kena nilai juga. Yalah lagi-lagi dunia cyber sekarang ni kan banyak copy paste sahaja.
  So back to Kebun Bahagia Bersama catatan jurnal, dah nak 3 tahun sebenarnya pokok white mulberry ni Tukang Kebun bawa balik dari Australia . Walaupun depan mata, kekadang lupa pula nak ambil manfaat daripadanya. Terbiar sahaja begitu kecualilah bila ada pelajar-pelajar yang nak bekalan pokok mulberry putih untuk buat kajian. Nak keringkan daunnya buat teh dan bandingkan dengan rasa yang pokok mulberry hitam pun tak terbuat lagi, nak kata malas pun lebih kepada tak cukup masa (bagi sedap hati). Jadi kebetulan petang Khamis dengan pertolongan Ilhan ( a part for his education), kami tuailah pucuk mulberry putih mana yang tercapai. Cuci-cuci terus masukkan dalam periuk sup tulang yang dah hampir nak masak. 

  To be honest, mula-mula rasa ragu-ragu juga dah lah daunnya super besar macam keras je lagi dari pucuk mulberry hitam biasa tanam tu. Bila dah selesai masak sup, testing, rasa nak gelak dekat diri sendiri. Tak di sangka-sangkakan, pucuk mulberry putih daunnya lebih lembut dan rasanya lebih sedap dari pucuk mulberry hitam. Memang boleh rasa perbezaannya kalau dah biasa makan pucuk mulberry hitam. Menyesal selama ini ditangguh-tangguhkan testing rasa pucuk mulberry putih. Jadi rasa tak hairanlah kenapa orang Jepun lebih gemar gunakan daun mulberry putih untuk teh dari jenis mulberry lain. Dulu ada Tukang Kebun terbaca sebenarnya yang mulberry putih ianya kurang bergetah berbanding dengan mulberry hitam. 
 Antara-antara kajian yang telah dilaporkan khas untuk mulberry putih (Morus alba) adalah seperti berikut:

~ Ekstrak daun mulberry putih dilaporkan dapat mencegah racun dari ular jenis vipera rusellii dari merebak ke seluruh system badan.

~ Banyak kajian telah melaporkan yang mulberry putih membantu kurangkan masalah kencing manis dan kolestrol tinggi, sehinggakan pelbagai jenis produk supplement telah dibekalkan dari unsur mulberry putih untuk pesakit. Daun mulberry putih mempunyai keupayaan untuk menukar level gula dalam darah.

(Notes: Perlu berhati-hati bagi pesakit (under medication) bila penggunaan white mulberry serentak dengan ubat synthetic yang membantu mengurangkan kolestrol terkandung benzodiazepines, barbiturates atau antidepressants, kesan side-effect dari penggunaan ubat tersebut ada kemungkinan lebih meningkat. Begitu juga jika pesakit sedang mengambil ubat untuk sakit gout).

~ Untuk masalah motor saraf seperti penyakit Parkinson, daunnya mempunyai kandungan gamma-aminobutyric acid yang kaya dapat membantu mencegah kerosakan.

Banyak lagi laporan kajian atas daun mulberry putih, jika ada kelapangan InsyaAllah ada catatannya lagi (Tukang Kebunnya dah ngantuk). Propagation mulberry putih tak semudah yang jenis mulberry hitam.

~ 1 rooted plant White Mulberry RM30 ~

OR

~ 4 White Mulberry cuttings for RM15 ~

  Yang mengidam nak makan pucuk muda daun assam gelugor  (SeIkat RM1.00) juga masih ada bekalan dari Kebun Bahagia Bersama. Telur itik (sebutir 70sen) minggu ini dah fully reserved, InsyaAllah untuk minggu depan masih available.
  Syukur Alhamdulillah walaupun baru 2 minggu lebih (related posting klik sini) keratan ubi kayu yang hasilnya dikutip bukan untuk ubi tapi pucuk muda baru sahaja ditanam berderet di tembok, nampak dah banyak pucuk daun yang keluar. Begitu express pertumbuhannya dari ditanam baru awal bulan ini, kalau mahu boleh dah nak rasa hasilnya. Eloklah orang sebelah tanam pokok asin-asin, kami pula tanam pokok ubi kayu untuk pucuk mudanya. 

  Buah mulberry hitam sebenarnya lebih sedap dari yang buah mulberry putih. Seperti jenis ubi kayu di atas, ubinya tidaklah selalu dibuat makan tapi pucuknya yang lebih sedap berbanding dengan jenis ubi kayu lain yang dituai adalah ubinya. Boleh dibuat perbandingan macam mulberry putih pula pucuk daun mudanya lebih sedap berbanding dengan pucuk daun mulberry hitam. Begitulah sebalik kisah benar ada pelbagai variety species tumbuhan dalam dunia ini. Masing-masing ada keistimewaan mereka.
  Syukur Alhamdulillah kadang kala masih dapat merasa tuaian asparagus dari kebun sendiri. Sayur Raja kegemaran Ilhan Mikhail campur dengan kuah sos pasta. Masih lagi available adalah buah limau/citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama yang ingin self-collect minggu ini (500gram RM3.00).
   Musim minggu jerebu lagi sekarang menyebabkan jadi tertangguh peperiksaan akhir tahun. Masa sekolah bercuti ini kadangkala Ilhan membantu pindahkan anak-anak ayam sementara beberapa jam di atas rumput untuk mereka biasakan diri makan rumput. Antara batch ayam kampung paling muda di Kebun Bahagia Bersama semoga membesar gebu-gebu. Kebun Bahagia Bersama masih membekalkan ayam kampung bulan ini yang telah siap diproses seekor RM25. 
  Buah canistel juga masih available dari Kebun Bahagia Bersama (1kilogram RM5.00). Selalu pembaca kata macam buah mangga tapi lihat tekstur isinya amat berlainan. Sekarang juga musim buah ciku di Kebun Bahagia Bersama, nampak banyak buah dah kena gigit santap oleh mahkluk lain bertabur di bawah pokoknya (buah ciku sekilogram RM4).
           Buah Canistel yang dah masak isinya, kadang-kadang Tukang Kebun lecek-lecek buat cekodok campur dengan tepung gandum.
Self-Collect Schedule minggu ini :

~ 25hbOktober2015, Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 25hbOktober2015, Ahad petang antara pukul 5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 28hbOktober2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Kembang for Bridal Bouquet

   Balik dari menghantar Big Boss dan Tuan Tanah ke KLIA Selesa lepas ditemani dengan Ilhan yang dicutikan sekolah sebab ganti UPSR tukang kebun intai sekejap area ni yang baru dipindahkan anak-anak pokok zinnia dan balsam. Pada mulanya tukang kebun tak perasan yang si Kembang Bugang sedang berbunga lebat. Tapi sebab tiba-tiba rasa macam ada bau semerbak berdekatan, rupa-rupanya bau wangian dari Kembang Bugang rupanya.  

  Baru tukang kebun sedar yang kembang bugang ni bunganya berbau kuat masa waktu dah sangat senja ke malam rupanya. Sebab belah siang macam tiada perasan baunya. Subhanallah walaupun tukang kebun jejak kaki sekejap je di kebun pasti ada benda baru yang dipelajari. Baru tukang kebun teringat jangan pandang rendah dengan bunga-bungaan putih walaupun pada sebelah siang seakan tiada wangian. Wangi kembang bugang lembut je untuk si anak dara princess takdelah boleh lawan dengan Queen of the night (klik sini).

 Gambar diambil pada lewat senja.
   Lebat sungguh gugusan bunganya. Terlintas pula di fikiran tukang kebun boleh terus buat simple hand bouquet arrangement untuk flower girl ataupun bride for night nikah or wedding. Tambahan pula bau bunganya yang sangat harum pada waktu malam. Flower arrangement atas meja makan juga menarik. Pokok kembang bugang ni sangat lasak ya, kalau tukang potong rumput terpotong pokoknya pun nanti dia hidup semula bertunas. Perangai dia ni macam akar dani, akar dia selagi hidup dalam tanah dia mampu membiak keluar anak-anak pokok baru sama juga seperti pepanggil (klik sini).  Untuk tumbuhan yang jenis akar-akar kuat ni seperti akar dani, pepanggil dan kembang bugang boleh dihantar seluruh Malaysia (Sabah dan Sarawak moist bare-rooted, Semananjung Malaysia dalam bekas bersama tanah).

~ Kembang Bugang ~
1 plant for RM7.00 .

Isnin, 10 Februari 2014

Gladiolus dalenii, the original parent parrot lily

 Lama sudah tukang kebun tanam bawang gladioli jenis Gladiolus dalenii ini, kalau tak silap awal bulan Ogos tahun lepas sehingga memang tak teringat lagi yang sebenarnya tukang kebun ada tanam (completely wipe out from TK memory). Sebenarnya banyak distraction or benda yang exciting discovered each week dalam Kebun Bahagia Bersama jadi boleh lupa yang tangan sendiri ada tanam very rare precious bawang gladioli yang even tukang kebun kena pujuk gardener tersebut pos ke Malaysia sudah dah lama mengidam dari rare speciality bulb from home nursery garden. Kebiasaannya bawang-bawang gladiolus yang ditawarkan secara komersial sekarang adalah gladiolus hybrid yang telah cross breed dengan nenekmoyang mereka seperti moyang Gladiolus dalenii. Gladiolus dalenii berasal dari benua Afrika dan antara nenekmoyang untuk cultivate gladioli yang dijual secara komersial sekarang. Gladiolus dalenii juga dikenali dengan nama Parrot Lily. Walaupun tumbuh secara liar di tempat asalnya, ia juga ditanam secara kecil-kecilan oleh penduduk sana kerana ada nilai sebagai perubatan tradisional. Keluarga gladiolus terkenal sebagai tumbuhan bunga untuk hiasan (ornamental), tapi Gladiolus dalenii adalah antara species sebilangan kecil dalam keluarga gladiolus mempunyai nilai perubatan dan bawangnya juga boleh dimakan. Orang selalu laporkan babi hutan suka makan bawang Gladiolus dalenii. Mengikut beberapa sumber, Gladiolus dalenii dikatakan dapat membantu merawat sembelit, malah juga menjadi penawar untuk gigitan ular. Penggunaannya juga ada direkod untuk merawat cirit-birit dan demam selsema (Watt & Breyer-Brandwijk 1962, Jacot-Guillarmod, 1971). Dalam sumber yang boleh didapati dari Pubmed secara lab study, ada kandungan unsur dalam Gladiolus dalenii boleh dijadikan anti-depressant (Ngoupaye et al 2013). Kalau yang rajin, daunnya yang kering tu bolehlah buat tali, bolehlah manfaatkan keseluruhan pokoknya.
 Alkisah berbulan-bulan bawang Gladiolus dalenii duduk tidor dalam Kebun Bahagia Bersama, bila dia bangun pun tukang kebun pada mulanya tak sedar (lupa tanam kat mana), ingatkan jenis-jenis gladiolus yang buat hiasan sahaja yang bangun dari tidor. Yang ketaranya hampir serentak Gladiolus dalenii di sebelah parking kereta tinggi bangun dari tido pada bulan November 2013 (tanam bulan Ogos 2013). Cuma tukang kebun mula-mula macam tertanya-tanya bila ada kemunculan tangkai-tangkai bunga pada pokok yang sama. Biasanya gladiolus yang biasa tu satu bawang menghasilkan satu tangkai sahaja. Berlumba-lumbalah nak berbunga dengan Si Kembang Bugang. 
 Bila akhirnya mula kembang, menyanyi-nyanyi sorang-sorang tukang kebun depan dia, siap Sean kena kacau share excitement. Bunga pertama yang kembang kalau tak silap bulan Disember beberapa hari selepas kunjungan dari Sean. SubhanAllah, rupanya si Gladiolus dalenii, sleeping beauty dah lama tidor tu dah bangun rupanya.
 Untuk kepuasan hati sendiri, tukang kebun sudah pasang niat untuk tanam bawang Gladiolus dalenii tanpa bantuan apa-apa walaupun percubaan trial yang pertama. Biarkanlah dia bangun bila dia dah bersedia yang sesuai bagi dirinya. Antara sebab utama ialah Gladiolus dalenii akan dijadikan bahan experiment untuk menentukan sowing guide di KBB dibandingkan dengan musim di mana Gladiolus dalenii juga mula bangun di tempat asalnya akan memudahkan tukang kebun ber-experiment dengan tumbuhan jenis lain yang mempunyai keperluan sifat seperti Gladiolus dalenii dari segi faktor cuaca, suhu, tanah, cahaya dan lain-lain. Gladiolus perlukan sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari dalam sehari.  Lokasi yang tukang kebun tanam Gladiolus dalenii ni actually hotspot terutamanya terkena sinaran panas sehingga lewat petang. Tapi sebab musimnya sesuai semasa pertumbuhannya secara semulajadi bulan November hingga pertengahan January untuk KBB adalah kurang panas berbanding dengan bulan-bulan lain (wet season) jadi pokoknya boleh tolerate full day sun.
 Gambar di atas, pokok Gladiolus dalenii yang kedua seterusnya mula nak kembang (background boleh nampak pokok kembang No.1). Berbeza dengan Gladiolus yang biasa didapati secara komersial boleh nampak tangkai bunganya sangat panjang dan lebih banyak bud bunga yang terhasil serta satu pokok menghasilkan lebih dari 1 tangkai menjadikan musim bunganya lebih lama boleh enjoy. Diperhatikan tangkai pertama akan mula berbunga dahulu, baru diikuti dengan tangkai yang lain sedang membesar.
 Yang ini pula pokok ketiga Gladiolus dalenii mula kembang bunga, macam-macam gaya ada. Seperti yang telah dikongsikan pengalaman dahulu, tukang kebun dapati pokok ulam raja dan gladiolus sesuai hidup di lokasi yang sama menggambarkan bahawa mereka memerlukan penerimaan cahaya yang sama, jenis kesuburan tanah yang sama dan lain-lain. Jadi boleh gunakan pokok ulam raja as a cheap/free indicator kalau was-was nak agak-agak mana lokasi sesuai nak tanam gladioli di tropical garden kita ni kan.
 Kaedah menanam gladioli ada pelbagai ikut each gardeners ada style mereka, untuk tukang kebun kena saling hormat-menghormati teknik yang lain dan bukan cara kita sahaja yang betul. Selalunya kalau tukang kebun tanam sesuatu tumbuhan atau percubaan nak tanam sesuatu yang baru, tukang kebun akan kenalpasti dahulu tumbuhan tersebut asal dari mana, native mana. Kemudian tukang kebun akan bayangkan geography asal tumbuhan tersebut. Sebagai contoh, Gladiolus dalenii native kepada benua Afrika dengan sedikit pembacaan ianya dormant atau tidur bila cuaca sangat sejuk atau sangat panas. Tapi rajin bangun bila cuaca sederhana dan rezeki hujan banyak. Sebelum itu, gladiolus juga terdiri pelbagai spesies, ada yang jenis kembang masa musim winter pun ada, jadi kena pastikan betul-betul mana jenis gladiolus yang menjadi pilihan. Salah satu yang perlu diingat ialah pokok-pokok yang jenis bawang berasal dari benua Afrika adalah sensitive dengan kandungan air yang diserap atau mengelilinginya kalau yang bukan jenis tumbuh di persekitaran air. Jadi nak kena alert sedikit mengenai air, bukannya keperluan airnya banyak, takut terlampau banyak habis reput bawangnya. Kalau  boleh semasa menanam bawang gladioli elakkan tanah jenis clay atau tanah liat. Gladioli lebih sesuai kepada loamy ~ sandy soil, tanah yang poros airnya tak mudah bertakung jika tanam dalam pasu pastikan saliran air adalah baik. Baja? Memadai dengan sebelum menanam bawangnya, gemburkan tanah dengan baja tahi binatang apa yang ada yang dah reput bukan fresh tapi elok elakkan yang mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi. Home-made kompos pun boleh apa salahnya. Dalam pengalaman tukang kebun tanam gladioli tidak pernah sekali pun tukang kebun rendam bawangnya dalam air memadai dengan siraman 1 hari sekali. Kekadang kita jadi panik lambatnya lah bercambah, takpe pokok yang tumbuh dari bawang-bawang ni lain sikit sifatnya dari biji-biji benih. Kekadang diorang tak gemar kut cuaca sekarang jadi diorang stay tidur je sampai rasa-rasa nak bangun dengan persekitaran luar yang disukainya. Tiada masalah biarkan diorang tidur dalam tanah yang tidak bertakung air tu. Sedangkan tukang kebun pun kena tunggu kira-kira 3 bulan si sleeping beauty Gladiolus dalenii bangun secara semula jadi dan memang berbaloi it was a stunning show and glorious sight to behold walaupun tak dapat jejak kaki menjelajah ke Afrika lagi. Tetapi, terasa seperti I have something from Afrika in KBB.
 Nasiblah juga kebetulan pokok-pokok ulam raja dah meninggi sama-sama jadi natural support untuk si Gladiolus dalenii. Kalau nak pasang pancang, sediakan awal-awallah ya takut nanti ada yang kekadang dah susah nak support takut terpatah pokoknya macam pokok yang terakhir kembang ni berbunga tertiarap atas tanah. Bilalah cukup modal nak ganti jaring-jaring sementara ni bagi petanda untuk yang memotong rumput yang deretan ni dah banyak tertanam tumbuhan tumbuh dari bawang (banyak yang tido/dormant) sampai tukang kebun pun tak ingat apa dan mana. Kalau beloved husband tau actual quantity dah garu kepala boleh imagine berapa banyak duit dia dah kena belanja senyap-senyap shhhh......
 Untuk tahun ini, tukang kebun tak bekalkan Gladiolus dalenii.

 Masih dalam pemerhatian tukang kebun lagi, tapi berdasarkan 2 tahun rasanya di KBB Sungai Buloh, bulan November/Oktober adalah salah satu bulan musim menyemai paling bagus untuk tumbuhan yang dari sub-tropical atau warm-temperate. Sebagai permulaan Tahun Baru Cina, ambillah peluang tahun kuda ini mengenali kebun masing-masing, no garden is the same. Walaupun kita duduk di kawasan tropika, semua tempat ada micro-climate menjadikan suasananya berbeza. Sedangkan di KBB setiap sudut adalah berlainan dan cara tukang kebun gunakan setiap tempat pun berbeza kecualilah kalau kita ada green house, suhu boleh control, cuaca pun tak de kena-mengena. Buatlah tinjaun bagaimana perubahan cuaca di kebun anda sepanjang tahun , the failure and the success semuanya ada gunanya untuk kita belajar cara paling baik berkebun. Langkah pertama ialah tengok pergerakkan cahaya matahari sepanjang hari, dengan pengetahun ini boleh kita memaksimakan ruang kita dengan susunan tumbuhan di dalam kebun kita. Musim Gladiolus dalenii berbunga di KBB mungkin hujung tahun, tapi di negeri lain mungkin musim bunganya berbeza, apa yang dapat tukang kebun kongsikan adalah hanya sebagai rujukan untuk KBB members future reference dan gardeners lain yang sudi membaca. Mungkin tidak berguna bagi sesetengah pihak, tapi ini sahajalah tukang kebun dapat kongsikan ilmu dalam dunia gladioli, tiada rahsia atau tips yang tukang kebun simpan atau sorokkan. Jika ada pertanyaan mengenai gladioli, tukang kebun akan 'Copy' and 'Paste' link ini atau boleh refer kepada arhives label 'Gladiolus', open for all to share and read. Dalam nada merajuk ni, tukang kebun (mengada-ngada) tengah rehat dari bekalkan bawang-bawang gladioli buat waktu ini di atas beberapa sebab.

Ahad, 14 April 2013

White Butterfly (Clerodendrum calamitosum)

 Penjajah Tanah Malaya memanggil pokok bunga ini White Butterfly bush kerana pokok bunganya rajin memberikan banyak bunga kembang seperti rama-rama putih. Bukan sahaja bentuk bunganya menarik tapi bunganya juga berbau harum terutama di lewat petang. Nama jawanya dikenali sebagai Kembang Bugang. Bunga ini berasal dari Asia Tenggara tapi lebih biasa kelihatan di Jawa. Kali ini tukang kebun elak dari memanggil pokok bunga white butterfly dalam bahasa sebagai pokok melur susun bagi mengelakkan kekeliruan dari segi perubatan. Pokok melur susun dah banyak jenis dikategorikan mengikut susunan lapisan bunganya. Tetapi bagi perubatan untuk mengelakkan kesilapan dalam menafsir dan mengelakkan dari mengingatkan pokok-pokok melur susun adalah sama species, kita kena juga tengok nama scientific atau nama latin/botani yang diberikan kepada setiap jenis bunga yang dipanggil pokok bunga melur susun. Sebagai contoh, nama latin/botani yang diberikan kepada pokok bunga 'Kembang Bugang' ialah Clerodendrum calamitosum.
 Daun pada batang pokok Kembang Bugang adalah berwarna lebih pekat dari daun di batang yang muda.  Pada pucuk daun, bunga white butterfly yang akan kembang tidak lama lagi. Pokok bunga Kembang Bugang tidak memerlukan banyak perhatian dalam penjagaannya tapi rajin berbunga. Salah satu point bagus pokok Kembang Bugang ialah ia boleh juga hidup di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari  ~ 4 jam dalam sehari. Oleh itu, bagi gardeners yang mempunyai kawasan yang menerima separa cahaya matahari yang tidak produktif, boleh cuba menanam pokok Kembang Bugang untuk memeriahkan tempat tersebut. Setelah kuntuman bunga white butterfly luruh, yang menariknya tinggallah 'sepal' di belakangnya berwarna merah seakan bentuk bintang merah. Kadangkala tumbuh buah berbentuk guli berwarna merah pekat (tak jumpa gambar dalam archives tukang kebun). Buah pokok Kembang Bugang juga mempunyai kegunaan dalam perubatan traditional. Dulu tukang kebun ingat pokok Kembang Bugang adalah sekadar hiasan sahaja, tetapi seronok tukang kebun dapat menimba ilmu dari Dr. Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din mengenai kegunaan perubatan pokok Kembang Bugang ini yang ada juga dicatit di blognya 'Yang Mekar ditamanku'. Jika bercuti ke Pulau Langkawi dan berkesempatan lawatlah HerbalWalk Pak Din, pasti dapat menimba banyak ilmu mengenai perubatan tradisional yang diperolehi dari pokok atau herba tempatan kita. Yang kita panggil 'weed' dalam kebun pun ada nilainya dalam perubatan. Pak Din juga yang membantu tukang kebun ID pokok Kembang Bugang supaya tidak tersilap.
 Tukang kebun sebenarnya nak rekodkan tumbuh-tumbuhan apa di dalam kebun yang dapat membantu merawat gigitan ular. Kebun di Sungai Buloh ni sangat 'animal friendly', jadi binatang yang tak berkaki pun suka melepak terutama pada kawasan teduh bila musim panas. Akhir bulan lepas, sambil termenung tengok sudut ini memikirkan perkembangan pokok dalam pot berair ada ikan guppy tu, rasa macam mata ni main-main kut macam terlihat ada benda menyusur di belakang pasu berwarna belang kelabu. Kaki tukang kebun baru rasa nak bergerak nak perbetulkan pokok-pokok, tapi secara automatik badan ni berhenti bergerak. Sebab dari cara daun yang bergerak-gerak, bukan si tupai yang selalu teman dalam kebun. Tiba-tiba terkeluar kepala warna kelabu dekat dengan pasu yang ada pokok langsuair adalah juga nak dekat 2 inci lebar muka binatang yang tiada kaki. Beberapa detik hang pandang aku, aku pandang hang, pastu si Ular pun reverse balik dan hilang dari pandangan. Ular ni pun cerdik sebelum kami berdua terperanjat atau jadi keadaan panik kalau tukang kebun sibuk belek-belek kawasan tanaman yang dia sedang lepak tak perasan, dia pandai bagi salam dekat Tukang Kebun dulu. Natural instinct tukang kebun pada masa itu pun tak de rasa yang membahayakan.
 Balik kepada pokok 'Kembang Bugang', seperti yang direkodkan dalam blog Pak Din, akar pokoknya boleh membantu merawat gigitan ular dengan mengambil akar bersaiz lebih kurang ibu jari dan kunyah, air kunyahan ditelan dan akar yang telah dilumatkan ditempel pada tempat yang terkena gigitan ular. Selepas kejadian, tukang kebun rajinkan diri belek-belek pokok-pokok White Butterfly dalam kebun nak ingat posisinya. Kemudian tukang kebun perasan ada beberapa anak pokok White Butterfly yang dah tertumbuh sendiri di luar kawasan bermakna tempat yang nanti kena gelek dengan mesin rumput. Jadi tukang kebun pindahkan pokok-pokok tersebut ke tempat baru dan dalam bekas-bekas kitar semula juga.
  Di lokasi yang diambil gambar di atas juga ada pokok bunga dari keluarga Clerodendrum juga iaitu pokok bunga pepanggil (Clerodendrum paniculatum). 

 Tukang kebun ada beberapa anak pokok White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) yang bukan dari keratan batang tapi dari pembahagian akar extra dapat ditawarkan bulan ini untuk gardeners yang inginkan pokok ini di taman mereka juga. 

~ White Butterfly (Clerodendrum calamitosum) ~
1 pokok (RM7).

Sekiranya ada pesanan bulb atau biji benih tiada penambahan kos penghantaran.
Gardener yang berminat boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).