Posting baru-baru ini bercerita pasal tumbuhan air Keladi Bunting yang rajin beranak pinak (related posting klik sini). Hari ini giliran si pokok kembang bugang pula bunganya yang diibaratkan seperti rama-rama putih juga mudah beranak pinak tapi taklah full speed macam Keladi Bunting. Apa yang unik mengenai pokok kembang bugang ini ialah selain dari semaian biji benih, akarnya mempunyai sifat suka merayap. Bukan sahaja merayap ke arah bawah graviti sahaja tapi menjalar jauh di dalam tanah secara horizontally menjadikan tiba-tiba ada anak-anak kembang bugang muncul makin jauh dari induk pokok. Pandai pula anaknya berjarak tak tumbuh rapat dengan ibunya. Bila dah jarak secara semulajadi tak berebutlah air, cahaya dan makanan. Akar yang rajin berjalan-jalan ini juga dilaporkan mempunyai kandungan yang dapat menjadi penawar racun untuk bisa ular.
Tukang Kebun kagum dengan pokok kembang bugang ini sebab batang pokoknya pun tak besar setakat saiz jari jemari ini dan begitu juga akarnya tapi sangat kuat menolak tanah untuk mengembara. Akarnya yang suka mengembara jauh ini juga, menjadikan pokoknya jenis tak tamak sangat air. Tambahan pula kekadang bila dah nak cepat sangat, Tukang Kebun tolak je mesin rumput sekali atas pokok kembang bugang (yang dah tersasar jauh ke padang). Bila musim hujan muncul semula keluar dari tanah. Pokok kembang bugang ini memang asal usulnya dari negara kita, jadi ianya memang serasilah dengan perubahan cuaca negara kita sepanjang tahun terutamanya di kawasan tanah rendah. Untuk novice gardener atau yang baru berjinak dalam dunia berkebun, pokok ini sesuai untuk anda. Dia tak merajuk lama, bila pindahkan jika tersilap ada kes terputus sikit ke akar. Dia monyok beberapa hari kemudian ceria tegak semula (pujuklah dengan air dan teduh dia beberapa hari dahulu).
Bunganya biasanya belah senja lebih wangi atau pada waktu malam. Biasalah bunga-bunga warna putih tropika ini biasanya lebih wangi bila waktu gelap macam malam. Eloklah untuk kalau tuannya selalu balik kerja lewat. Bolehlah welcome back dengan haruman bunganya dekat pintu masuk rumah setelah lama kena asap kenderaan. Boleh juga hidup elok dalam pasu. Jenis pokok yang tak besar. Untuk balcony gardeners juga sesuai.
More info on Kembang Bugang boleh juga refer kepada posting lama (klik sini).
Terhabis pula stoknya dari bulan Mac tak dapat catch up dengan permintaan. Tunggu semaian baru stabil dahulu, bulan ini baru kami mula bekalkan semula setelah sebulan lebih dipindahkan. Semaian adalah dari anak pokok tunas akar, jadi ianya lebih pantas membesar dan berbunga. Mohon maaf kepada gardeners yang tertunggu-tunggu stok pokok kembang bugang, baru teringat nak inform semula hari ini.
~ 1 pot White Butterfly bush plant RM7.00 ~
Tukang Kebun rasa tahun ini macam pokok-pokok kapas yang matang di Kebun Bahagia Bersama lebih rajin berbunga berbanding dengan cuaca tahun lepas. Tak putus-putus menghasilkan kapas walaupun langsung tak dibaja dan disiram. Pokok kapas ini tak besar macam pokok kekabu. Sebagai contoh, lihat gambar di bawah di mana pokok kapas berada di antara pokok nenas. Rasa macam sesuai pula pokok kapas ditanam berdekatan dengan pokok nenas. Tak pasti kalau ini boleh diterima sebagai companion planting. Buat catatan sahaja terlebih dahulu, kalau ya boleh memaksimakan productivity ruang yang ada.
Seperti pokok kembang bugang, akar pokok kapas juga ada kegunaannya. Akar pokok kapas dapat membantu dalam natural Family planning kerana ianya dapat membuatkan kehamilan tidak menjadi atau terencat. Oleh itu, perempuan yang mengandung tak boleh consumme rebusan atau air dari akar kapas kerana boleh menyebabkan keguguran. Salah satu cara traditional untuk mempercepatkan dan mempermudahkan kelahiran anak juga dengan bantuan akar kapas. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap, ada sumber mengatakan bahawa akar pokok kapas membantu mempercepatkan haid. Ubat alternative semulajadi untuk wanita yang menghadapi menstrual disorder atau gangguan menopause.
Be very cautious only use cotton bark root that is 100% organically grown.
Sebab ada comparison kes penggunaan akar dari pokok cotton commercial membawa kesan sampingan kerana banyak penggunaan racun. Pastikan anda tahu sumber bahan ubat semulajadi datang dari mana dan bagaimana cara pembesarannya dijaga. Antara sebab kenapa Tukang Kebun lebih rela tanam pokok-pokok herba atau pokok ubatan sendiri.
Ada jugalah sebenarnya beberapa kali kami terima enquiry untuk akar pokok kapas. Kadangkala si suami yang usahakan untuk isterinya yang sedang menderita katanya mohon pertolongan pujuk Tukang Kebun bekalkan juga. Itu kalau yang sendiri berbicara berikan maklumat kenapa perlu. Biasanya Tukang Kebun tak tanya untuk hormati privacy customers. Sehingga ke Sabah pun ada kami pos akar pokok kapas bukan setakat dalam Semenanjung Malaysia. Rupa-rupanya bila dah beberapa kali terima enquiry akar pokok kapas, Tukang Kebun tak sangka pula ada juga rakyat Malaysia yang ambil manfaat dengan akar pokok kapas.
Secara jujurnya cuma besar pengorbanan rasanya nak ambil bahagian akar pokok kapas. Sebab kasihan dekat pokok kapas tu, Tukang Kebun yang nak kena cederakannya. Kalau bahagian selain dari akar tu, diambil atau dipotong ada tumbuh pengganti. Yang bahagian akar ni, boleh bad mood jadinya pokok kapas atau merajuk lama. Kalau merajuk tak pe lagi, kalau rest in peace lepas tu. Bukan sekelip mata nak tunggu pokoknya membesar dan matang. Nilai harga seperti ganti rugi sebab Tukang Kebunnya berat hati nak seksa pokoknya. Akar yang besar dan power pun ambil masa pertumbuhannya.
~ 500gram akar pokok kapas RM25.00~
~ Anggaran 20 biji benih kapas RM3.00 ~
6 ulasan:
kt kampung ada banyak pokok bunga kembang bugang nih kak... setelah 34thn baru tau nama sebenar bunga nih hehehe...
mmg agak wangi bunga nih... mudah tumbuh n mudah di jaga...
kt umah tu rasanya mcm tumbuh liar gtu
Kakak memang kagumlah bila tengok bunga-bunga di sini
Macam rare nak jumpa di nursery yg biasa kakak kunjungi
Menarik sangat:)
Baru tahu akar kapas ada khasiat perubatan traditional...Thanks for sharing Diana. Dulu ada tanam biji kapas yang Diana bagi tapi terlupa kat mana tanam sebab pokok banyak sangat. Puas cari tapi tak jumpa.
Salam. Boleh tak suggest pokok2 yg berbau wangi sesuai tanam dekat apartment? Yg blh letak dlm bilik air ke. Ataupun bg pengudaraan rumah Segar
Salam Bahagia Dana.
Pokok kembang bugang ni memang mudah hidup di Negara kita ni sebab memang asal sini. Bila ngam tempatnya dah jadi wild flower membiak dengan mudah.
Salam Bahagia KakZakie.
Pokok bunga kembang bunga ini dah jadi bunga klasik.
Sebab tu agaknya dah jarang ada nursery yang membekalkannya.
Tapi pokok ini mudah hidup dan jaga.
Bunganya pun Wangi pada waktu gelap.
Salam Bahagia Kak Mala.
Ya akar kapas ini memang dah berkurun digunakan sebagai ubat tradisional. Lebih lagi dari yang kena mengena dengan kaum perempuan.
Salam Bahagia We Linnasya.
Jika dalam bilik air untuk bagi pengudaraan bersih mungkin pokok bunga peace lily. Awal pagi bau Wangi.
Serai Acheh dan lidah mertua pun boleh tanam indoors.
Salam...,
Agak terlewat jumpa ruangan ni. Apakah nama sebenar pokok kapas ni selain pokok kembang bungang. Masa awal putik kapas ni bolehkah kita makan sebagi ubatan. Camna nak dapatkan bekalan. Tk..
Catat Ulasan