No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Permata Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permata Hati. Papar semua catatan

Rabu, 16 Disember 2020

PKPP PULAU MALIANGIN

Syukur Alhamdulillah semasa fasa PKPP di Malaysia antara 22hb Ogos ke 24hb Ogos kami berkesempatan untuk Cuti Cuti Malaysia di Pulau Maliangin, Kudat, Sabah. Ini selang sehari selepas kami turun dari mendaki puncak Gunung Kinabalu (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kalau ikut planning awal mau gerak terus keesokan hari setelah balik dari Taman Kinabalu. Nasib baik rancangan tersebut tidak dibuat tetapi selang sehari rehat baru gerak. Bikin malu dengan ketam-ketam di Pulau Maliangin kerana cara Tukang Kebun berjalan pun lagi tak pandai berjalan dari ketam senget-senget sebab kaki masih terasa amat lenguh dan kesakitan urat lagi.
Syukur ke atas rezeki yang diberikan dengan pertemuan hasil pencarian yang Tukang Kebun buat untuk mencari tempat yang boleh menyelam di kawasan Kudat. Keindahan Pulau Maliangin ini seperti gambaran poskad berada di kawasan Carribean Islands. Dari Pulau Maliangin pada pagi yang cerah boleh kelihatan Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker dari pulau ini. Anak-anak dah lama masa PKP terperap di rumah sehinggakan dari awal bangun pagi sampai kalau tak kena membebel nak maghrib dah tak keluar-keluar dari air laut. Sampai pemilik dan pekerja Pulau Maliangin ni pun pelik tengok telatah kanak-kanak riang ni tak pandai penat langsung nak berehat. Kalau kami ni memang dah masak dengan perangai anak-anak ni selagi tak bercekak pinggang bagi arahan keluar makan sekejap selagi tu memang berendam sahaja sepanjang siang.
Pulau Maliangin Besar tempat resort dan boleh juga snorkelling di Pulau Maliangin Kecil yang kelihatan berdepan dengan resort jeti. Setiap hari paling kurang mesti sekali kami akan dibawa ke Pulau Maliangin Kecil untuk aktivity snorkelling. Anak-anak Tukang Kebun cukup suka snorkelling di Pulau Maliangin Kecil kerana yang berdekatan dengan pantainya air cetek dan masih dipenuhi dengan batu karang berwarna warni dan hidupan marin. Yang seronok sambil kita snorkelling boleh kedengaran kicauan burung-burung liar yang menghuni Pulau Maliangin Kecil.
Gambar di atas ini memang jelas kita boleh lihat bahawa tempat ini dipenuhi dengan batu-batu karang sehingga hampir dengan pantai. Kalau yang kawasan dalam air warna hitam gelap tu petanda dasar laut yang penuh dengan batu-batu karang. Sebaiknya keluar awal-awal pagi untuk snorkelling kerana ketika itu arus tenang.
 

Agak sukar juga ya nak ambil gambar dalam air laut kerana tak dapat nak capture batu karang berwarna-warni. Jika dalam video atau gambar batu karang berwarna-warni jadi nampak tidak berwarna pula. Boleh tonton video di atas untuk saksikan aktiviti snorkelling kami di Pulau Malinangin.

Di kawasan depan resort atau jetty Pulau Maliangin juga ada kawasan banyak batu-batu karang yang kita boleh snorkelling ikut suka kita je bila-bila. Ada satu kawasan tu sangat cetek sampai susah nak pastikan kita tak langgar batu-batu karang tu bila kita gerak kaki dengan fin. Berbaloi jugalah papa sumbat joran pancing dalam kereta dan mengangkut bawa ke resort ni.
Percutian kali ini Abang Ilhan ada minat baru pula. Ilhan suka memancing jadi seronok sebab percubaan beberapa kali awalnya dia berjaya pancing ikan dari jeti. Bagus juga sebab langsung dah tak ingat main game di handphone, jadi leka berjemur memancing di jeti.
Pemandangan sunset di Pulau Maliangin sangat indah. Perasaan bahagia sangat sambil bersantai tengok anak-anak ni buat aktiviti masing-masing. Pulau Maliangin ni tak pernah Tukang Kebun dengar sebelum ini kebetulan terjumpa semasa browse dengan Pakcik Google pencarian tempat boleh snorkelling di Kudat. Lepas tu check di Facebook ada promosi istimewa yang harga diskaun untuk tahun ini. Rupa-rupanya selama ini tempat ni memang tak perlukan promosi seperti tempat-tempat lain sebab sentiasa dipenuhi dengan pelancong dari antarabangsa. Bila dah sempadan tutup, maka adalah harga promosi untuk orang local. Apalagi ambillah peluang sebab kalau tempat-tempat lain macam Semporna boleh pergi bila-bila sebab tak perlu menginap pun takpe, buat island hoppings je kalau nak save budget. Yang berminat boleh check facebook Pulau Maliangin Resort ya.
Memang asyik betul tengok sunset di Pulau Maliangin ni. Tak sangka pula masa kami di sana macam terus sewa satu private island. Rezeki kami anak-beranak sahaja yang ada di sana ketika itu. Masa PKPP hari tu memang diorang ada buat promosi kalau 10 pax boleh terus booking satu resort.
Video di bawah ini perkongsian suasana sunset di Pulau Maliangin.
Pulau Maliangin Besar ini ada juga penduduk tapi dah tak seramai dahulu tinggal beberapa rumah sahaja yang ada penghuni. Kalau dulu jika tak silap dengar siap ada sekolah rendah lagi di Pulau Maliangin Besar ini tetapi sekarang sudah tiada. Pulau Maliangin Besar ni dari Kg Tajau Laut yang staycation kami kongsi dulu pun boleh kelihatan dari situ (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Lagipun Pulau Maliangin Besar dengan Pulau Banggi (Pulau terbesar di Malaysia) naik bot dalam 15 ke 20 minit. Kalau nak ke Pulau Maliangin Besar ialah dengan menaiki feri dari Kudat Bot Terminal ke Pulau Banggi. Nanti pekerja dari Maliangin resort akan tunggu dan ambil di jeti Pulau Banggi.
Dapat jugalah abang Ilhan nak merasa pernah dapat pancing ikan kerapu. Boleh lihat kenangan anak-anak ni memancing ikan di  jeti Pulau Maliangin Besar Resort di video atas. Tapi lepas pancing ikan, disimpan dalam baldi yang kemudiannya anak-anak akan lepas semula. Lagipun lauk ikan-ikan yang disediakan oleh resort lagi besar dari tangkapan abang Ilhan. Biarlah ikan tu bebas dan besar dahulu.

Ini poster ikan Tukang Kebun tangkap gambar yang ada di jeti Pulau Banggi boleh buat rujukan masa depan. Percutian Pulau Maliangin ni kira hadiah happy birthday Rayyan Haniel masuk umur 11 tahun.
Tahun 2020 ni, hadiah harijadi anak-anak semua dapatlah jadi adilkan seorang satu dapat dibawa kira-kira jalan-jalan (Maknya yang gian nak berjalan hehehe...)

Harijadi abang Ilhan Mikhail yang ke -13 tahun ni bawa daki Gunung Kinabalu (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).

Harijadi Abbiyana Ariel yang ke -8 tahun bawa pergi snorkelling di Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).

Jumaat, 4 Disember 2020

Jambatan Gantung Naga Air Terkenal Jepun

Di Jepun ada satu jambatan gantung yang sangat terkenal yang diberikan nama naga di mana terletak 100 meter tinggi dari tanah di bawahnya. Rekaan bentuknya dikatakan inspirasi dari naga air yang kononnya penghuni sungai yang mengalir di bawahnya. Di tengah jambatan ini boleh kelihatan pemandangan sebuah empangan terletak di atas sungai yang mengalir di bawah jambatan ini. Nak lintas jambatan ini ada yuran dikenakan.

Musim terkenal melawat tempat pelancongan ini ialah paling sibuk ketika musim luruh bila pemandangan dah berubah dengan daun sudah menjadi warna merah. Sehinggakan terdapat beberapa tempat letak khas untuk kenderaan besar seperti bas. Juga section tempat lain parking berbeza di lereng bukit hampiri puncak kawasan ini menandakan masa musim tertentu memang sesak di atas ini. Salah satu aktiviti pelancongan di sini ialah bungee-jumping bagi yang berminat dengan aktiviti lasak. Pada ketika ini, di sini adalah tempat kedua tertinggi aktiviti lasak bungee-jamping di Jepun.
Masa merantau di Jepun tengok rancangan TV selalu tempat ini terkenal orang-orang celebriti datang untuk rakaman pengambaraan yang jenis genre komedi. Biasanya tempat diorang buat cabaran untuk mereka yang kalah betting apa-apa untuk pelawak atau idol. Alang-alang dah jalan-jalan di negeri Ibaraki teringin pula singgah lawat tempat pelancongan ini. Kami selepas lawat Air Terjun Fukuroda (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) singgah sebentar di Ryujin Suspension Bridge ini seketika sahaja. Ada juga kemudahan tandas awam. Kemudian bergerak ke ibu negeri Ibaraki iaitu, bandar Mito.

Ahad, 8 November 2020

Restoran Warisan dan Pulau Pom Pom, Semporna

     Selepas check out dari Kawag Rainforest Lodge di Kawag, Lembah Danum (Posting Related -Klik Sini), kami bergerak ke Semporna. Malam pertama di Semporna, suami Tukang Kebun berikan cadangan untuk cuba sajian di restoran yang belum pernah pergi. Maka setelah check reviews kami bergerak ke Restoran Warisan. Restoran Warisan ini tidak terletak di dalam pekan Semporna tetapi pinggiran pekan Semporna dan jalanraya agak gelap. Restoran Warisan ini terapung di atas air laut dan bersambung dengan chalet yang baru sahaja siap dibangunkan ketika itu. Ada masjid berhampiran untuk menunaikan solat. Tetapi tempat letak kenderaan agak terhad, jadi ada juga penduduk kampung akan beri isyarat untuk masuk ke laman kawasan mereka dengan mengenakan yuran sewa parking.
Di tempat masuk restoran warisan ada sangkar-sangkar ikan. Tetapi pilihan makanan laut di sini tidak banyak berbanding tempat lain. Pada masa itu hanya ada 2 jenis pilihan ikan dan tidak ada pilihan untuk jenis makanan laut bercengkarang kecuali udang. Agak terkejut juga dengar pilihan ikan tak banyak bila memandangkan ikan-ikan yang berenang di depan restoran. Kami cuma buat pesanan 4 jenis juadah seperti di bawah ini. Kalau ikut tekak kami mungkin rasanya below average. Anak-anak ni tak laju makan walaupun ada juadah kegemaran mereka.
Hari berikutnya, kami buat aktiviti islands hopping, Pulau pertama yang dibawa oleh guide ialah di Pulau Pom Pom.
Anak-anak memang dah tak sabar nak mandi air laut. Pelancong-pelancong lain sibuk ambil gambar. Rayyan dan Abby dah masuk air dan explore marin life. Pelancong-pelancong dibawa ke Pulau Pom Pom untuk ambil gambar-gambar sebelum persalinan baju mandi untuk aktiviti seterusnya iaitu snorkelling.
Berapa kali nak kenq panggil Rayyan dan Abby masuk balik ke dalam bot untuk pergi snorkelling berdekatan Pulau Pom Pom ini juga. Di Pulau Pom Pom pun banyak penyu berenang berdekatan pantainya. Selepas selesai snorkelling, pelancong dibawa semula ke daratan Pulau Pom Pom untuk makan tengahari.
Selepas mengisi perut, kami dibawa snorkelling ke Pulau Mataking Kecil (Posting Related-Klik Sini) dan Pulau Timba-Timba (Posting Related-Klik Sini).
Kebiasaannya ada beberapa set pakej islands hopping di Semporna, biasanya pakej islands hopping Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba dan Pulau Mataking jadi set pakej sama sebab kedudukan pulau ini berdekatan jaraknya antara satu sama lain. Pulau Mataking dia arah berbeza dengan Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

Sabtu, 31 Oktober 2020

Mentai Park Oarai (Taman Tema Telur Ikan)

Sebuah mini tema park yang menarik berdasarkan sejenis telur ikan pedas ada di Jepun yang dikenali sebagai Mentai Park. Ada 4 cawangan di negara Jepun yang telah dibuka oleh syarikat Kanefuku antara pengeluar terbesar telur ikan atau dalam bahasa jepun dikenali dengan 'mentaiko' (spicy pollack roe). Tukang Kebun tertarik nak singgah ke mini tema park telur ikan ini apabila melihat salah satu posting blog surirumah Jepun yang bawa anak-anaknya bersiar di sini dan melihat makanan yang diperolehi dari sini. Cawangan Mentai Park yang kami lawati adalah di Oarai dalam negeri Ibaraki. Tukang Kebun buat rancangan untuk singgah sini untuk sarapan dan seawal tempat ini dibuka pada pukul 9 pagi lagi dah ramai yang menunggu di luar.
Anak-anak pada mulanya ingat kami bawa ke tempat buat sosej ikan sebab maskotnya yang bernama "Tarapiyo" atas bumbung bangunan tu rupa sosej. Tiada pembayaran masuk dikenakan untuk ke dalam Mentai Park ini dan tempat letak kenderaan percuma juga disediakan yang mempunyai ruang luas. Siap ada beberapa tempat parking bas lagi untuk rombongan besar.
Semasa kami lawat Mentai Park di Oarai ini memang dah mula masuk musim sakura di kawasan Oarai ini jadi papan ambil gambar pun dah mula bertema sakura. Di dalam Mentai Park ini kita boleh pelajari biologi jenis ikan apa yang ditangkap untuk menuai telur ikannya dan juga prosesnya di sebalik bilik berkaca. Telur ikan ini adalah jenis ikan Alaskan pollock. Bangunan ini juga adalah sebahagian dari bangunan mengilang produk-produk dari telur ikan ini. 
Tempat ini juga menarik minta anak-anak untuk belajar mengenai proses-proses telur ikan ini kerana ianya dalam bentuk sangat interaktif ada game bagai. Anak-anak walaupun tak reti bahasa Jepun pandai-pandai sendiri je main software di skrin yang ada di dalam Mentai Park ini.
Sementara tunggu anak-anak puas explore sendiri dalam Mentai Park ini kami tunggu di cafe menikmati makanan dan pemandangan laut di luar tingkap.
"Onigiri" atau riceball di sini saiz jumbo puas makan dan sedap sebab menggunakan bahan segar. Ada beberapa pilihan inti dalam gumpulan nasi ini antaranya telur ikan panggang, telur ikan campur salmon dan telur ikan perisa pedas. Air teh yang disediakan di sini adalah secara percuma untuk pelanggan. Banyak juga kami tapau onigiri ini siap untuk bahagian malam sebab malas nak cari makan bila dah check in hotel, tambahan pula esok pagi dah nak bergerak ke Narita Airport dan bagasi nak kena kemas.
Anak-anak pun sekarang dah suka sangat telur ikan ni. Tukang Kebun pun di Mentai Park ini banyak beli produk-produk yang boleh buat instant riceball kemudian. Anak-anak ini suka makan riceball jadi kerja mudah, tanak beras jepun dulu, dah masak kemudian nanti gaul dengan telur ikan, pastu gumpal-gumpal. Bagus juga strategy konsep bangunan kilang buat style mini tema park dengan cafetaria dan ada kedai jual produk-produk sendiri. Mereka memang untung banyak tanpa perlukan buat bayaran entrance fee. Kebanyakkan pelawat yang datang pun memang tujuan nak membeli produk terbaru dan singgah makan di cafe.
Sambil makan di cafe Tukang Kebun perasan bot yang banyak bendera ni keluar dengan ada kayu buluh tinggi diikat bersama. Rasanya ni adat-adat upacara traditional kawasan pantai ini dahulu yang penduduk tempatan masih jaga.
 

Ini link website Mentai Park dalam versi English (https://www.kanefuku.co.jp/eng/mentaipark/).

Ahad, 25 Oktober 2020

Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Center

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan di negeri Yamanashi, Jepun bagi peminat keretapi ialah Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Center di mana di sini menjadi tempat trial test bagi bakal keretapi terlaju di Jepun. Bullet train atau lebih dikenali dengan "Shinkansen" di Jepun yang sedang diuji ini kelajuannya adalah lebih 500 km sejam dan diberikan nama Maglev.
Kita boleh perhatikan kelajuannya di depan mata di bangunan pameran yang dibina semata-mata untuk memberikan rakyat Jepun menikmati bersama usaha memajukan teknologi bullet train ini di negeri Yamanashi. Sambutan dari penduduk Jepun amat menggalakkan malahan mereka dapat membeli ticket untuk naik trial keretapi Maglev ini. Semasa kami datang ramai pengunjung ke sini untuk mencuba rasa naiki keretapi ini walaupun belum siap landasan sepenuhnya sehinggakan sesak tempat menunggu tempat letak kenderaan. Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Centre ini pun bukan terletak di pekan malah dalam kawasan tidak beberapa ada pembangunan di luar bandar.
Bila mereka buat announcement yang tidak lama lagi Maglev akan lalu di depan mata. Nampak je kelibat keretapi masing-masing nak on camera di handphone , tak sempat camera ready dah hilang lesap pergi yang pertama kali datang semua terkejut. Punyalah laju sekelip mata je rasa dan tak de bunyi kuat macam keretapi biasa. Kemudian kali kedua bila mereka sengaja slow speed jauh beza dari yang asal baru dapat ambil gambarnya semasa keretapi bergerak balik ke tempat asal. Ada yang tergelak, ada yang tersengih pelawatnya komen camera punya switch on ready pun tak selaju keretapi Maglev bergerak.
Nak masuk dalam Maglev exhibition center ada dikenakan yuran masuk tapi harganya masih dalam budget dan berbaloi sebab dalam ni macam-macam aktiviti disediakan. Ada pameran mengisahkan sejarah perkembangan teknologi keretapi laju di Jepun dan model-model prototaip bullet train "shinkansen"  sebelumnya. Ada juga replica model bullet train Maglev ini di mana kita boleh masuk dan rasa duduk di dalamnya. Yamanashi Prefectural Maglev Exhibition Center ini ada konsep mini museum.
Ada juga permainan ala ala naik Maglev untuk hiburan kanak-kanak di dalam bangunan ini. Mak dan Ayah pun boleh join anak-anak sekali naik mini Maglev ini.
Ada juga sudut untuk kita fahamkan konsep medan magnet dan kuasa magnet yang amat mudah untuk level kanak-kanak boleh faham. Seronok juga kanak-kanak sebab macam main game sambil fahamkan konsep medan dan kuasa magnet. Tukang Kebun bab medan magnet ni lemah masa belajar fizik dulu. Bullet train Maglev ini memang bergerak mengikut teori medan magnet dan kuasa magnet.
Bullet train Maglev ini ada landasannya tersendiri dan dalam pembinaan dari Tokyo ke Nagoya yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2027. Gambaran pemandangan yang bakal dilalui oleh keseluruhan lengkap landasan Maglev ini di mana mereka buat miniture size punya landasan dengan Maglev sedang beroperasi seperti gambar di atas. 
Nampak tak keretapi miniture size Maglev tu sedang lalu di area mana?

Rabu, 21 Oktober 2020

Hari Keluarga Samah 2018

Pada tahun 2018 buat pertama kalinya Tukang Kebun, hubby dan anak-anak dapat sertai Hari Keluarga Samah. Hari Keluarga Samah ini adalah gathering sanak saudara yang ada salasilah dengan great great grandparents Tukang Kebun. Salasilah dia pun Tukang Kebun sendiri keliru seakan macam kedua belah atuk nenek ada hubungan kekeluargaan juga (salasilah klik sini), masing-masing memang ada hubungan salasilah dengan Samah. Sebelah mak Tukang Kebun adalah dari etnik Dusun-Kadazan. Etnik Dusun-Kadazan pun boleh dibahagikan lagi dengan sub-etnik Dusun lain mengikut kawasan asal yang loghat pun ada sedikit perbezaan. Kalau di kawasan Kiulu berdekatan pekan Kiulu biasanya ada hubungkait mereka bilang asal Dusun Bundu Tuhan. Bundu Tuhan ni kawasan memang dekat dengan Taman Kinabalu yang kalau hujan dan waktu malam berkabus tebal.
Ramai juga yang tidak dapat hadir kali ini. Hari Keluarga Samah ini diadakan setiap 2 tahun sekali dan bergilir-gilir kawasan lain yang uruskan. Anak beranak keluarga Samah ini pun merata-rata di banjaran Crocker sebab ramai anak-anak dan cucu-cucu Samah meneroka buka kawasan kampung lain. Seperti Atuk dan Nenek Tukang Kebun pun sebenarnya asal dari kawasan Nuluhon dan Wasai yang lebih mudah access berdekatan simpang Pekan Nabalu (related posting klik sini). Dahulu mereka berhijrah jalan kaki dari perkampungan kawasan Nuluhon ke Wasai sehingga buka perkampungan Poturidong di Kiulu. Antara sebab mak Tukang Kebun memang jalan kaki laju sampai sekarang lagi kuat dari Tukang Kebun kalau ikut acara larian. Tukang Kebun 10km pun dah pancit naik turun bukit, apatah lagi mereka dulu jalan kaki berpuluh-puluh kilometer naik turun bukit dalam hutan. 
Sepatutnya tahun 2020 ini ada perancangan buat Hari Keluarga Samah tetapi terpaksa ditunda kerana gelombang pandemik Covid-19. Bila lagi nak dapat berkumpul seperti dahulu, rindu nak berkenalan dengan anak-anak buah dan berborak dengan orang-orang tua. Ada hati nak berborak dengan orang-orang tua nak hilangkan rindu pada arwah nenek tapi cakap dusun pun Tukang Kebun tak mahir, macam ayam dan itik. Kejap lagi kena sakat dengan saudara mara, muka sebiji macam orang Dusun tapi tak fasih sangat bercakap Dusun. Seminggu sebelum PKP sempat Tukang Kebun buat urusan tukar etnik Tukang Kebun ikut etnik mak yang dahulunya ikut etnik papa Tukang Kebun. Harap-harap lepas ini isi borang tak tersilap tulis bangsa etnik apa. Yalah dah berpuluh-puluh tahun biasa tulis etnik Melayu sekarang dah lain. Bagi memudahkan pengurusan tukar hak milik tanah adat terpaksa Tukang Kebun tukar etnik orang asal Sabah yang dah bertahun-tahun tersangkut sebab kan etnik sahaja.

Link Video (https://youtu.be/99hs1ZdRneI)

Macam-macam acara dan aktiviti juga meriah dijalankan pada Hari Keluarga Samah 2018 yang boleh dilihat dalam video di atas juga.

Kelazimannya memang pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau sangat popular di Sabah lebih-lebih lagi nak dekat Pesta Menuai. Anak buah Tukang Kebun pun ada wakil daerah unduk ngadau tahun lepas. Ada juga acara ala-ala unduk ngadau tapi lebih kepada pertandingan pakaian tradisional paling cantik. Versi baju tradisi Dusun Kadazan pun ada pelbagai ikut daerah juga. Ada juga acara cabutan bertuah.
Tidak ketinggalan pula untuk kategori kanak-kanak pertandingan pakaian tradisional. Princess papa Abby tak berapa pandai lagi nak ikut gaya menari sumazau ni nanti minta nenek ajar Abby ya.
Biasanya memang yang meriahkan suasana dan mulakan acara menari bersama-sama mestilah dari golongan generasi warga emas dulu bagi contoh kepada generasi muda turunkan budaya nenek moyang. Tak perlu pasang alunan muzik dari radio buat live dengan pakai alat muzik traditional gong sudah memadai rancak suasananya.
Pertandingan nyanyian karaoke juga ada. Tak disangka anak-anak buah Tukang Kebun pun ada beberapa yang jaguh bahagian daerah pun ada dalam pertandingan menyanyi. Bila kumpul-kumpul begini barulah dapat up to date dengan berita saudara mara.
Makanan dan hidangan lauk pun macam-macam ada. Ini nasinya makanan tradisional orang tempatan panggil linopod di mana nasi ditanak dengan ubi keladi yang setelah masak dilecek-lecek bersama-sama.
Nenek semangat masa Hari Keluarga Samah 2018 ini kerana ketiga-tiga cucunya dapat sertai pertama kali terus dijahitkan baju dusun untuk ketiga-tiga cucunya ini.
Malangnya kami tidak dapat tunggu sehingga majlis selesai kerana sebelah petang dah booking acara larian pula iaitu Nexus Beach Run 2018 (related posting klik sini).