No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Succulent. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Succulent. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2020

Bandar Travnik, Bosnia I Herzegovina

Sehari sebelum kami bertolak balik ke tanahair berkesempatan dapat 1 hari extra untuk jalan-jalan di Bosnia I Herzegovina setelah selesai tugasan hakiki (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kali ini teringin untuk melawat kawasan dengan landscape dan cuaca continental. Maka kami pilih trip yang singgah melawat bandar Travnik yang banyak sejarah dan pertembungan budaya. Cantik sungguh pemandangan sepanjang perjalanan dengan baru masuk musim luruh banyak flora sedang bertukar daun ke kemerahan. Bosnia I Herzegovina ini terbahagi kepada 2 jenis cuaca. Jika sebelah Bosnia lebih ke arah continental, manakala Herzegovina pula cuaca ala Mediteranean (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).
Semasa kami melawat bandar bersejarah Travnik banyak bangunan yang sedang dalam keadaan pembaikan dari kesan perang 1990-an. Proses baikpulih ini pun bergantung kepada funding yang diterima dari pelbagai pertubuhan dari luar negara. Salah satunya adalah madrasah yang lama ini. Banyak bangunan bersejarah di sekitar kawasan Travnik ini kerana menjadi antara pusat pentadbiran governer yang dilantik oleh empayar Ottomon selama 150 tahun. Di kawasan bukit tinggi dalam bandar Travnik boleh kelihatan istana lama dan kubu pertahanan Travnik sejak zaman medieval lagi masih berdiri. 
Kebetulan masa kami melawat madrasah yang sedang dibaikpulih ini ada rombongan pelancong dari Malaysia juga. Dalam madrasah ini boleh kelihatan bahagian kelas-kelas untuk belajar berpisah di tepi kedua belah bangungan 2 tingkat dengan warna pilihan sangat menarik menceriakan. Tambah menariknya di tengah ada courtyard bertutup tapi terang untuk buat perhimpunan atau aktiviti lain.
Setelah melawat madrasah ini kami dibawa ke kawasan yang dipanggil Plava Voda. Di Plava Voda ini ada air sungai yang cantik berhubung dengan air mengalir dari istana lama Travnik. Di Plava Voda ini ada juga bazaar kecil menjual cenderamata. Jika nak budget beli cenderamata di Travnik area Plava Voda ini lebih murah dari bandar Sarajevo. Benda sama tapi di Sarajevo harganya jadi lebih mahal pula.
Tujuan utama ke Plava Voda ini sebenarnya nak minum air kopi. Sementara tunggu air kopi siap, guide kata pergilah bersiar-siar dulu sementara dia tunggu di cafe. Ada cafe yang best spot dia tepi sungai ini nampak harmoni dengan persekitaran dengan peninggalan kincir air lama. Diorang kata tak sah kalau sampai di bandar Travnik tak minum kopi di sini sebab dulu-dulu ada kerabat raja singgah sini puji habis kopi di sini sedap dan bagi tip besar kat Tukang Bancuh Kopi.
Inilah set kopi yang ditunggukan tu. Siap ada dibagi sebatang rokok dan sekotak mancis. Budaya di Bosnia ni agak lain dari budaya kita jadi nak kena faham kenapa ada servis rokok tu sekali. Mula-mula masa sampai di Bosnia Tukang Kebun agak hairan juga perhatikan ramai wanita muslim bertudung labuh hisap rokok. Sehinggakan baru sampai di airport Sarajevo pun sambil tunggu kenderaan awam, Tukang Kebun perhatikan kaum hawa sambil berkumpul di cafe dengan kawan-kawan mereka bersahaja hisap rokok sambil membawang. Ramai penduduk Bosnia yang muda memang macam suka hisap rokok. Di Bosnia memang norma biasa mereka tiada persepsi seperti di Malaysia. Kalau wanita hisap rokok di sana tidak menimbulkan rasa kurang senang atau persepsi seperti di Malaysia, macam hak sama sahaja wanita dan lelaki hisap rokok. Budaya mereka begitu.
Kotak mancis itu kita boleh bawa balik sebagai kenangan. Ini untuk membantu industri mancis tunggal mereka yang telah beratus tahun kilang itu wujud dan nak kekalkan ia sehingga sekarang macam konservasi. Mohon maaf untuk review rasa kopi Travnik ni Tukang Kebun tak boleh bagi sebab bukan penggemar kopi. Tapi Tukang Kebun minum sampai habislah juga.
Setelah habis minum kopi, guide kata kita pergi lawat bandar Jajce dulu tengok air terjun dan tempat menarik lain di sana (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kemudian nanti patah balik ke bandar Travnik tengok istana lama Travnik dan kubu lama atas bukit boleh nampak seluruh bandar Travnik.
Tidak besar istana Travnik dan kubu sekelilingnya. Tapi syoklah perasan kejap bayang macam mana dulu askar-askar berjaga di keliling kubu ini sambil tengok bandar Travnik di bawah masa zaman medieval dulu. Apalah perasaan queen atau princess yang duduk kat istana lama Travnik ni zaman dulu-dulu.
Masa zaman kanak-kanak kekadang papa Tukang Kebun suka ajak teman tengok wayang ala Robin Hood lah, King Arthur lah dan yang seangkatan dengannya. Oh beginilah rupa real istana dan kubu lama kat Eropah cuma yang ni tak kena keliling air je kena masuk guna jambatan.
Dari Istana lama Travnik ini boleh kelihatan dengan jelas tempat-tempat persinggahan tadi sebelum minum kopi seperti madrasah dan Plava Voda.
Sedang jiwang sorang-sorang atas kawasan istana lama ni, mata Tukang Kebun tertarik pula kepada tumbuhan jenis succulent ini tumbuh elok semulajadi atas dinding istana ni tanpa ada tanah yang ketara atas batu. Ini yang dah tumbuh besar yang Tukang Kebun tangkap gambar. Banyak lagi dikelilingnya masih halus-halus nampak macam lumut tapi sebenarnya adalah dia masih micro lagi.
Tadi Tukang Kebun ada sebutkan pasal jambatan nak masuk biasanya ada air kan. Di sini jambatan tinggi untuk melintas masuk ke istana ini masih macam dalam fairy tale medieval lah. Di dalam bandar Travnik ini terdapat banyak menara jam lama.
Selepas ronda dalam istana lama Travnik kami dibawa juga ronda-ronda dalam bandar Travnik. Masa kami lawat sini Masjid Suleimania sedang dalam proses baikpulih dan ditutup. Apa yang menarik mengenai Masjid Suleimania ini adalah tingkat bawahnya adalah bazaar atau pasar dan muralnya yang hasil seni menarik . Manakala tempat beribadat terletak di bahagian atas bazaar. Bandar Travnik ini memang banyak sejarah kerana penempatan kawasan ini sejak zaman logam lagi. Kalau sehari pun macam tak puas nak teroka bandar Travnik ni.