No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Daffodil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daffodil. Papar semua catatan

Rabu, 2 Disember 2020

Chuonji Hakone Humor Found

Awal pagi pada hari kedua program Jalan Jalan Jepun 2019 selepas check out dari tempat penginapan iaitu Ryokan Masuya kami bergerak singgah ke Kuil Chuonji. Ryokan Masuya ke Kuil Chuonji sebenarnya amat dekat jalan kaki pun boleh, naik kereta dalam 5 minit sahaja. Memandangkan masih awal lagi dan kebanyakkan tempat pelancongan masih belum buka operasi lagi baik kita singgah tempat yang terbuka untuk orang awam seperti tempat beribadat macam kuil di Jepun. Seperti di Malaysia, tempat beribadat kan awal pagi lagi memang dah buka untuk orang awam datang. Di tempat letak kereta berbaris pokok bunga daffodil berbunga mekar menyambut tetamu. Jika berada di Jepun nak dekat mula musim bunga sakura jangan lupa juga menikmati musim bunga daffodil (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Biasanya musim bunga daffodil datang dahulu disusuli dengan musim bunga sakura.
Biasanya sebelum tiba di Kuil mesti ada tempat tadahan air untuk basuh tangan kalau di Jepun. Di sini kita boleh perhati yang budaya Jepun memang dah ada penerapan kerap basuh tangan kerana sebelum mereka ke kuil tempat utama untuk menunaikan ibadat akan ada proses bersihkan diri dengan cuci tangan terlebih dahulu. Anak-anak mesti suka ambil kesempatan main air. Yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah tempat keluar air ke dalam kolah ni bentuk ukiran batu kepala "kirin". Kirin ni kalau dalam kisah mitos Jepun salah satu binatang mitos yang bentuk badannya bergabung dengan beberapa binatang.

Terdapat banyak patung pelbagai expression wajahnya yang dikatakan berlatarbelakangkan kawan-kawan atau pengikut-pengikut Buddha. Semasa Tukang Kebun buat perancangan perjalanan di kawasan Hakone teringin nak pergi tempat-tempat yang kurang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa tapi menarik. Kuil Chuonji ini salah satu tempat ramai recommend lawat semasa musim luruh kerana cantik dan terdapat banyak-banyak hiasan ukiran batu yang menarik blend cantik dengan kawasan ini nampak semulajadi.

Kami sekeluarga tiba di Kuil Chuonji ni memang awal pagi sebab nak cover banyak lawatan tempat lain kemudian. Semasa kami sampai, ada sami yang jaga kuil ini sedang pakai blower kemaskan daun-daun luruh di jalan. Gaya moden dah sami sekarang kan pakai baju sami dengan peralatan moden kemaskan kebun. Kalau siapa memang jenis otaku suka baca manga macam Tukang Kebun memang ni salah satu amalan biasa di Jepun untuk mereka yang duduk di tempat beribadat di kiul. Awal pagi salah satu rutin ialah mengemas laman kuil untuk nampak rapi. Selepas sami perasan kehadiran kami terus berhenti mengemas laman. Mungkin nak berikan ketenangan kepada kami sebab alat blower tu menghasilkan bunyi kuat.
Kelihatan di bahagian depan pintu masuk kuil ada dua jenis pokok cherry blossom yang warna putih bunganya dah mekar. Manakala jenis yang berwarna merah jambu baru mula nak mekar.
Memang banyak gaya menarik yang diukir oleh pengukir batu di sekitar kawasan kuil Chuonji sehinggakan anak-anak pun terhibur mengikut gayanya.
Ada juga bahagian yang dipenuhi dengan pokok buluh menjadikan ada kawasan nampak macam mini bamboo forest. Di hadapan hutan kecil buluh ini ada kuil kecil dibina untuk dewa air rasanya dengan di dalamnya ada patung naga.
Di bahagian bukit ini ada banyak patung-patung ukiran batu based on pengikut-pengikut Buddha yang membantu menyebarkan ajaran Buddha membuatkan pelancong-pelancong rasa terhibur. Ada juga kuil kecil khas untuk dewa musang (fox diety). Sambil-sambil ikut jalan denai ni bolehlah anggap macam senaman pagi.
Walaupun kami datang pada musim bunga banyak spot yang memang menarik untuk ambil gambar. Jika pada musim luruh pun Tukang Kebun pasti memang cantik di sini untuk mereka yang suka nature.
Tukang Kebun perhatikan walaupun awal musim bunga masih kelihatan penuh dengan jenis tumbuhan berlumut atau moss/lichen tutup tanah sudah kelihatan pucuk-pucuk bunga bebawang yang tersimpan dalam tanah sudah mula keluar menandakan musim bunga sudah tiba.
Menjadikan patung-patung tersebut macam hidup pula bila secara semulajadi ada lumut dan tumbuhan-tumbuhan yang baru bangun semula masa musim bunga berdekatan dengannya. Apatah lagi humor yang tersirat pada wajah ukiran batu tersebut membuatkan suasana macam harmoni. Seolah pengukir memberikan message bahawa life is all about humor atau look for humor in everyday life. Biasa kan kita dengar juga we need humor in our life for a quality lifestyle. Barulah hidup lebih bahagia. Ada juga mengatakan humor adalah life skill yang penting dan juga dapat mengelakkan masalah depressi. Tulis posting ni tengok balik gambar-gambar archives lama ni dapatlah ilham untuk counselling diri kalau terasa depression akibat berkurung masa Covid-19 ni tak boleh lalui lifestyle macam dahulu kan. Jadi try to find humor ini every little things.

"From there to here & here to there, funny things are everywhere." - Dr Seuss.
Lihat expression yang digambarkan di ukiran batu ini menjadikan over imagination - adakah waktu malam they become alive and so lively macam membawang dalam script animation. Terasa nak tahu siapa pengukir batu ni, he or she seems to be a very interesting person and with a beautiful heart. Suka sangat tengok bagaimana tumbuhan-tumbuhan yang tumbuh keliling ukiran patung batu ini nampak sangat harmoni, a piece of art. Ambil kesabaran dan masa yang lama juga nak buat laman kebun nampak sangat natural ini, a lot of hard work and pure love poured. Pokok-pokok cedar pun nampak macam muda juga, petanda tukang-tukang kebun yang buat kebun ini mula dari kanvas kosong, takes years jadi hasil sekarang. Belakang Kuil ni jalan dalam sikit ada tempat perkuburan orang tempatan yang tersusun rapi dan terjaga.
Siapa sangka masa di sini Tukang Kebun punya wish termakbul dengan adanya tiba-tiba terserempak sejenis pokok lily endemic Jepun yang hampir terpupus ini dikenali sebagai dogtooth violet. Tetapi dogtooth violet ini bukan adik beradik pokok violet tetapi pokok adik beradik lily (yuri). Jika di Jepun ianya dipanggil Katakuri. Bunga Katakuri ini seluruh bahagiannya boleh dibuat sumber makanan dan ianya sejenis bunga bawang perenniel. Dahulu bawangnya dijadikan sumber sebagai tepung kanji/starch macam tepung ubi. Tukang Kebun pun baru sedar yang kalau beli tepung kanji di Jepun kenapa dipanggil Katakuri, rupa-rupanya sebab ikut nama bunga ini yang antara sumber tepung kanji terawal dalam sejarah Jepun. Tetapi zaman sekarang kalau untuk komersial tak guna sangat dah katakuri sebagai tepung kanji kerana amat sukar sudah untuk didapati.
Bila ternampak je pokok bunga katakuri ini berbunga-bunga hati seperti dapat hadiah surprise istimewa dari yang menciptanya. Mula-mula masa Tukang Kebun buat research untuk lawatan dalam negeri Tochigi termasuk kawasan Nikko tu, Tukang Kebun terbaca risalah mengenai tempat tumpuan pelancong tempatan di suatu kawasan dalam negeri Tochigi yang hujung bulan March dan awal bulan April pokok bunga katakuri akan kembang banyak penuh di suatu kawasan luas nampak sangat indah. Tetapi kawasan ini macam kalau nak masukkan dalam planning jadi rugi masa kerana kena detour jauh dari tempat-tempat lain nak pergi. Jadi Tukang Kebun tak dapatlah masukkan dalam planning Jalan Jalan Jepun 2019 walhal musim bunganya ngam ngam juga dengan masa kami berada di situ. Tak sangkalah pula dengan mudah Tukang Kebun nampak pokok bunga hidup katakuri mekar di Kuil Chuonji ni. Syukur Alhamdulillah.

Jika ada kesempatan melawat kawasan negeri Tochigi hujung bulan March dan awal bulan April dan nak menikmati musim bunga lain dari bunga sakura boleh ambil peluang tengok pokok katakuri ya.
Ada 2 tempat dalam negeri Tochigi yang terkenal untuk menikmati musim pokok bunga katakuri:

(1) Manyo Nature Park katakuri-no-Sato (Manyo Shizen Koen Katakuri-no-Sato) di bandar Sano, Tochigi.

(2) Katakuri Mountain Park (Katakuri-yama Koen) di bandar Nakagawa, Tochigi.


Isnin, 9 November 2020

Nagano Daytrip Visit Plan

     Posting kali ini Tukang Kebun ingin kongsikan tentatif plan yang dibuat semasa kami Jalan Jalan Jepun 2019. Mana tahu selepas keadaan pandemik sekarang telah pulih dan sempadan dibuka semula seperti biasa, ada teman pembaca yang akan melawat Jepun nanti dapat membantu serba sedikit nak buat itinerary. Sekiranya rakan-rakan melawat sekitar kawasan Gunung Fuji yang berada di antara negeri Yamanashi dan Shizuoka, bolehlah juga buat lawatan 1 hari di negeri Nagano yang bersempadan dengan negeri Yamanashi. Negeri Nagano pernah menjadi tempat acara Olimpik musim sejuk 1998 dan di sini juga adalah salah satu negeri yang terkenal untuk winter sport seperti ski atau snowboard. Tukang Kebun masa zaman anak dara adalah beberapa kali turun ke Lembah Hakuba, Nagano untuk bermain ski dengan kawan-kawan. Kalau yang datang lawat pada musim sejuk bolehlah bermain winter sport di negeri Nagano. Gunung Fuji pun masa musim sejuk cantik diliputi salji. Jika datang penghujung musim sejuk dah nak masuk musim bunga bolehlah tengok musim sakura dengan berlatarbelakangkan banjaran gunung Alps Jepun dengan salji masih selubung di puncaknya.
    Setelah melawat tempat-tempat menarik di kawasan Kawaguchiko (Negeri Yamanashi) yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa (Related posting-Klik Sini), dah nak lewat petang dan kebanyakkan tempat tarikan sudah tutup bolehlah bergerak ke negeri Nagano untuk check in di tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat akan dilawati di negeri Nagano. Kami buat perbandingan harga dalam negeri Nagano jika kita travel dengan kereta sewa jimat duduk di hotel budget rangkaian brand Chisun Inn adalah antara paling murah dan dengan renovation konsep moden. Disebabkan kami 5 orang termasuk anak-anak, ini adalah pilihan yang antara paling budget. Hotel Chisun Inn sangat selesa dan ada menyediakan breakfast. Hinggakan kami duduk malam pertama di Chisun Inn Shiojiri Kita Inter dan malam berikutnya di Chisun Inn Suwa Inter. Antara kelebihan kedua hotel Chisun Inn ini ialah lokasinya ada restoran-restoran berdekatan dengan jalan kaki sahaja, kedua-dua tempat ini dekat ada franchise sushi murah iaitu Sushiro.
     
Selepas sarapan dan check out dari Hotel Chisun Inn Shiojiri Kita Inter kami bergerak ke Daio Wasabi Farm (Related Posting - Klik Sini). Tempat letak kereta di sini adalah percuma dan tiada yuran masuk dikenakan. Ada juga beberapa restoran di sini untuk mengalas perut dan mencuba beberapa produk dari wasabi. Boleh juga cuba rasa ais krim wasabi dan soba wasabi yang menarik rasanya dan tak pedas pun. Selain itu boleh shopping produk dari wasabi di kedai khasnya. Jika datang hujung bulan March dan awal bulan April kita dapat juga melihat musim bunga daffodil dan sakura di sini.
Setelah puas pusing-pusing menikmati keindahan kebun Wasabi Daio, bolehlah juga melawat ibu negeri Nagano iaitu Matsumoto yang menjadi salah satu tempat pentadbiran terkenal semasa dalam sejarah Jepun gemelut dengan perang saudara. Di dalam bandar Matsumoto terdapat sebuah istana Matsumoto berwarna hitam yang sangat terkenal di Jepun termasuk dalam Top 3 istana tradistional paling lawa di Jepun (Related Posting - Klik Sini).
Kemudian tidak jauh dari istana Matsumoto ini dengan berjalan kaki kita boleh window shopping di deretan bangunan kedai-kedai lama warisan zaman dahulu yang masih utuh digunakan hingga sekarang dikenali sebagai Jalan Nawate. Di hujung Jalan Nawate terdapat sebuah kuil Yosashira tempat ibadat beratus tahun usianya. Di dalam bandar Matsumoto juga ada muzium jam. Terdapat juga pelbagai tempat-tempat menarik lain yang boleh dikunjungi sekiranya ada masa.
Bagi peminat animation "Kimi No Wa" dan manga "Rurounin Kenshin" bolehlah melawat Tasik Suwa. Jika nak lihat pancutan air panas tinggi di Suwa Geyser Lake Centre rancang masa supaya tiba di sini sebelum pukul 3 petang semasa musim sejuk. Jika musim sejuk pancutan air panas terakhir adalah pukul 3 lebih dan yuran kemasukkan adalah percuma. Jika melawat negeri Nagano pada musim panas dalam bulan Ogos kebiasaannya ada pesta persembahan percikan bunga api di Tasik Suwa. Boleh juga bersiar-siar di atas Tasik Suwa dengan menaiki perkhidmatan bot. Bersebelahan dengan Suwa Geyser Lake Centre ada tempat kolam air panas untuk rendam kaki yang disediakan dengan percuma (Related Posting - Klik Sini). Terdapat banyak tempat perkidmatan untuk mandi air panas hot spring di sekitar Tasik Suwa sebelum kita bergerak keluar makan malam atau tidur bagi aktiviti terakhir pada hari tersebut.
Berdekatan Tasik Suwa ada istana yang dikenali sebagai Istana Terapung Suwa kerana dahulunya istana ini memang berada dalam Tasik Suwa. Tetapi proses sedimentasi telah menyebabkan istana terapung ini terpisah dengan Tasik Suwa. Istana Terapung Suwa atau lebih dikenali sebagai istana Takashima sekarang ni lokasinya adalah sebahagian dengan taman awam. Jika nak lawat istana Takashima ini setakat ambil gambar dan bukan masuk di dalam bangunan boleh dilakukan pada waktu bila-bila sahaja. 

Dalam 1 hari banyak juga tempat-tempat yang boleh dilawati di negeri Nagano ini jika menggunakan kereta sewa.

Selasa, 3 November 2020

Daffodil dazzling at Hitachi Seaside Park early Spring

Our last stop semasa Jalan Jalan Jepun 2019 ialah di Hitachi Seaside Park yang terletak di negeri Ibaraki. Tukang Kebun teringin nak melawat taman yang luas beratus hektar ini yang terkenal dengan pelbagai koleksi bunga kembang indah setiap musim yang berlainan. Tukang Kebun check calendar musim bunga Hitachi Seaside Park ini masa hujung bulan March dan awal bulan April ialah musim bunga Daffodil. Masa Jalan Jalan Jepun 2017 ada Tukang Kebun kira-kira ingat nak ke sini tapi masa tu dah seperti habis musim pokok kochia yang bertukar warna dari hijau ke merah apabila tiba musim luruh. Musim luruh ramai pelawat datang ke Hitachi Seaside Park untuk melihat keindahan pokok kochia bertukar merah menyala dan juga pokok bunga cosmos mekar meriah di kawasan luas bersebelahannya.
Seronoknya lah melihat kawasan pokok daffodil sedang hampir mekar serentak kesemuanya yang luas pemandangan. Macam masuk ke hutan pari-pari.
Kebiasaannya pokok daffodil berwarna kuning terang tetapi sekarang ni terdapat banyak kacukan baka moden baru yang ronanya dari warna krim, warna jingga dan bi-warna. Kalau anak-anak Tukang Kebun panggil bunga mulut itik hehehe...
Pelbagai jenis baka yang jarang dilihat boleh dinikmati di koleksi taman daffodil di Hitachi Seaside Park ini. Biasanya musim pokok daffodil akan berbunga dahulu dan tidak lama disusuli dengan musim pokok bunga sakura.
Pokok di bawah ini Tukang Kurang kurang pasti jenis apa tapi macam pokok bunga narcissus kerana ia mirip bunga daffodil. Cuma perbezaannya ialah pokok bunga daffodil setangkai cuma keluar satu bunga dan pokok bunga narcissus pula dia satu tangkai ada beberapa kuntuman bunga. Kedua-duanya daffodil dan narcissus adalah dari jenis pokok bunga yang tumbuh dari bibit bentuk bawang. Bibit bawang daffodil adalah lebih besar dari bibit bawang narcissus. Kalau pokok daffodil yang matang sudah beberapa tahun berbunga biasanya bibit bawangnya tu lebih besar dari bawang besar yang kita masak di dapur. Walaupun tidak kelihatan bawangnya tu yang tersorak di bawah tanah. Semasa musim sejuk daun pokok daffodil akan layu dan kering, nanti bila tiba semula penghujung musim sejuk akan tumbuh keluar pucuk daun baru dari tanah.
Pokok bunga yang tumbuh dari bibit bawang sebenarnya sangat mudah untuk dijaga. Kitaran hidupnya amat mudah ikut peredaran musim. Bila keluar pucuk semula dari bawang yang tidur di dalam tanah, nanti dia berbunga, apabila bunga dah layu, daun akan kumpul tenaga semula, kemudian dekat musim sejuk akan layu dan kering, dah nak habis musim sejuk bangunlah ia semula. Anak-anak pun dah kepuasan jadi model untuk maknya ambil gambar bersama bunga duduk rehat dulu sementara maknya masih pusing-pusing belek bunga.
Gambar di bawah ini macam buah anggur purple keluar dari tanah pun jenis pokok bunga dari bibit bawang iaitu kekadang panggil pokok bunga muscari atau grape hyacinth.
Di dalam Hitachi Seaside Park ini ada juga kawasan rumah-rumah traditional di mana terdapat juga disediakan permainan tradisional Jepun untuk bagi generasi muda merasa cara mainan zaman kanak-kanak orang dahulu. Kawasan di sini luas boleh juga sewa basikal untuk ronda-ronda dalam taman ini.
Ada juga bidang tanah di dalam ini ditanam khusus untuk sejenis herba yang asalnya dari China iaitu Chinese milkvetch (Astragalus sinicus) yang digunakan untuk suburkan tanah sebagai green manure.
Musim bunga yang terkenal juga di kawasan ini ialah bila tibanya musim bunga nemophila berwarna pastel blue ini pada bulan Mei setiap tahun. Banyak iklan buat pengambaran berlatarbelakangkan bidang tanah pokok nemophila ini sedang berbunga.
Pokok bunga nemophila ini kecil sahaja saiz pokoknya macam rumpai sahaja kalau tak berbunga, tetapi bila bunga serentak dengan banyak padat tentu sahaja kelihatan menawan. Sebelum tiba musim bunganya cuma kelihatan menghijau seperti gambar di bawah.
Ada juga kawasan mini taman botani dalam Hitachi Seaside Park ini dan kali ini yang menarik perhatian Tukang Kebun ialah jenis pokok yang ditulis di situ adik beradik keluarga limau/citrus (mikan kalau Jepun adik beradik limau mandarin tu). Kemudian nama pokok ini yang tertera adalah "Miyamashikimi". Bergugusan cantik pula bunga yang masuk dalam keluarga citrus ini. Bila Tukang Kebun google buahnya tak besar, kecil macam guli warna merah apabila ranum.
Of course masa ini pun dah mula pokok-pokok bunga sakura di Hitachi Seaside Park dah kembang mekar. Cuma kekadang kesian kat pokok bunga daffodil ini jadi overshadow dengan popularity pokok bunga sakura oleh pelawat antarabangsa sebab musim kembang mekar daffodil tu tak berapa jauh susulannya dengan pokok bunga sakura. Daffodil kalau tumbuh luas seperti itu pun dazzling juga kan.

Selasa, 1 September 2020

Gua Komakado Kazaana

Jika ada pembaca yang bercadang untuk ke Jepun suatu hari nanti dan melancong di sekitar daerah berdekatan Gunung Fuji, Tukang Kebun cadangkan jika ada perancangan singgah Gotemba Premium Outlet bolehlah juga melawat Gua Komakado Kazaana. Di sini kurang sikit datang pelancong dari antarabangsa jadi aman tak sesak dan anak-anak lebih seronok mengambil pengalaman meneroka gua di sini berbanding dengan gua-gua lain yang dilawati pada trip mereka ke Jepun semasa kali ke-2.
Tukang Kebun pun semangat nak singgah sini dalam perjalanan dari pekan Gotemba ke Fuji Safari Park sebab bila dengar ada perkataan Kazaana tu. Masa zaman dewasa muda Tukang Kebun big fan cerita anime yang adaptasi dari manga 'Inuyasha'. Masa mula-mula siri animasi Inuyasha ini keluar masih zaman Tukang Kebun mahasiswi lagi dan akan bergegas balik dari kampus nak tonton rancangan ini. Perkataan 'Kazaana' ini teringat kepada karekter sami dalam animasi Inuyasha yang sebelah tapak tangannya ada lubang boleh serap semua masuk ke dalam macam black hole yang dipanggil 'Kazaana'.
Ini pun posting terperam setahun lebih dalam draft blog. Bila tengok gambar ini Ilhan belum lagi ketinggiannya melebihi mak nya yang posing di depan entrance Gua Kamakado Kazaana. Sekarang Ilhan baru masuk 13 tahun dah beza jauh lebih tinggi dari Tukang Kebun dan ketinggian Ilhan sekarang pun dah lebih 160 cm. Salah satu sebab tak cukup masa nak menjenguk blog sendiri ialah mengurus Ilhan yang menduduki UPSR tahun lepas, tambahan pula Abby pun dah mula darjah 1. Akhirnya semua anak-anak serentak sudah di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan yang mencabarnya bila berlainan sesi dan bila bukan di sekolah yang sama. Walaupun, Tukang Kebun tak sempat nak update blog tahun lepas, syukur Alhamdulillah ramai masih berhubung dengan Kebun Bahagia Bersama untuk membuat pesanan. Tukang Kebun ingin memohon maaf banyak-banyak kekadang lupa juga nak membalas enquiry email atau wassup, dan terima kasih kerana memahami. Ada juga banyak email yang terlepas pandang untuk dibalas tahun lepas, mohon maaf.
Penerokaan gua ini adalah pengalaman kali kedua anak-anak Tukang Kebun. Kali pertama ialah di Gua Gamantong (KLIK SINI). Gua Gamantong lebih senang nak berjalan sebab luas tak banyak halangan batu tapi yang merayap atas tanah atau mungkin kena bom dari atas tu buat hati cemas sikit. Di Gua Komakado Kazaana yang benda kecil merayap dan bom kecil dari atas tiada cuma kena hati-hati jika ada tempat basah licin.
Walaupun tiada guide di dalam gua ini tapi ada lampu pasang tersedia dan arah penunjuk untuk memudahkan pergerakkan. Menariknya di dinding gua yang menerima cahaya matahari dari suluhan lampu terdapat lumut yang tumbuh di kawasan tersebut. Bolehlah anak-anak perhatikan lava yang telah membeku jadi pembentukkan batu keras di dalam gua ini. Jika melawat pada musim sejuk, sebenarnya suhu di bawah dalam gua ini adalah lebih selesa kerana tidak sesejuk seperti di luar atas kawasan gua menyebabkan rasa nak duduk dalam gua lama-lama. Manakala pada musim panas, duduk dalam gua ni lebih rasa nyaman pula. Aliran air yang terdapat dalam gua adalah dikatakan sumbernya dari Gunung Fuji.
Kebetulan semasa kami dah hampir puas meneroka gua ini ada datang 2 keluarga Jepun yang anak-anak pun sebaya lebih kurang seperti kami. Walaupun anak-anak sesama tak faham bahasa masing-masing cepat je bawa kawan bermain ikut-ikut explore. Yang kami ni parents main ikut je jejak anak-anak buat laluan sendiri berapa kali kena pusing patah balik sebab laluan parents tak muat banding dengan anak-anak main celah je dinding batu gua. Tergelak kami sesama parents gara-gara mengejar anak-anak masing dalam pengawasan berapa kali jalan tersekat mencari jalan.
 Di belakang bangunan pejabat beli tiket masuk ada kemudahan tandas. Yang lebih menariknya ada tempat kita boleh minum air bersih yang sumbernya dari Gunung Fuji. Tukang Kebun kagum tengok bagaimana infrastruktur Jepun ambil berat terhadap hidupan semulajadi sekelilingnya. Sebagai contoh gambar di bawah ini, pokok yang mungkin mengganggu atap bangunan tidak pun dipotong malahan atap diubahsuai supaya tidak menganggu pertumbuhan pokok asal di kawasan tersebut.
 Ada disediakan gayung untuk yang ingin basahkan tekak. Kalau ada bawa botol air boleh refill air di sini juga.
Walaupun di atas batu ini pokok jenis rumput dan rumpai yang menumpang hidup di atasnya nampak semulajadi cantik.
 Semasa melawat di area Gunung Fuji pada bulan March kelihatan banyak bunga Camellia kembang meriah. Kalau baca novel dulu terkenal juga female lead dia nama Camellia digunakan kan.
Di parking kereta kelihatan di kawasan ini semasa kami berkunjung adalah musim bunga snowflake dan daffodil.

Setiap tahun bercadang nak lawat sekurang-kurangnya satu gua, tahun ini tidak pasti lagi ada rezeki atau tidak.

Maklumat lanjut pokok Mayang Sari boleh rujuk posting lama (KLIK SINI).

~ 1 anak pokok Mayang Sari RM10.00 ~

Sabtu (05/09/2020) dan Ahad (06/11/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Pesanan boleh wassup contact no : 019-293-1340.