No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Balsam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Balsam. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Januari 2016

Ehsan's Quest for White Gold

  Salam Bahagia, hati tumpang bahagia bila Encik Ehsan berkongsi gambar dari tamannya hasil dari biji-biji benih yang dituai dari Kebun Bahagia Bersama yang disemai oleh ahli kebun Encik Ehsan di tamannya berwarna-warni. Menaikkan semangat Tukang Kebun nak mula menulis sejak kebelakangan ini macam kena syndrome 'Malas'. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang menulis email tanya khabar. Pelbagai jenis corak warna bunga keembung telah menghiasi taman Encik Ehsan. Jika dibiarkan kantung benihnya meletup-letup sendiri bertaburan benihnya nanti banyak sukarelawan-wati tak putus-putus menceriakan laman.
  Selain dari pokok-pokok bunga keembung, pelbagai jenis seri pagi juga meceriakan dinding rumah Encik Ehsan. Tidak juga ketinggalan pokok bunga telang juga menghiasi dinding.
  Pokok bunga jenis Mexican Sunflower juga amat meriah dan tinggi sekali tangkainya berbunga-bunga di taman Encik Ehsan. Pokok bunga Mexican Sunflower memang amat suka jika diletakkan di tempat yang lapang banyak menerima cahaya matahari.

  Encik Ehsan ada kemukakan soalan bagaimana untuk buatkan pokok kapasnya berbunga. Dari explanation Encik Ehsan , pokok kapasnya pernah dibaja dengan kompos dan telah pun pernah dipangkas sekali dan telah pun merimbun semula.

  Jadi Tukang Kebun cadangkan pangkas lagi pokok kapasnya sekali lagi, jangan bagi baja dan jangan siram sebab pokoknya pun dah besar. Theory Tukang Kebun kalau tengok pokok kapas sudah merimbun mabuk daun seperti gambar di atas ada kemungkinan ianya tidak perlukan baja lagi takut makin overdose baja membuatkan ianya tak teruja nak berbunga. Biasanya Tukang Kebun bila tengok perangai pokok-pokok kapas yang terbiar di belakang Kebun Bahagia Bersama ianya biasanya akan lebih lebat berbunga dan menghasilkan kapas apabila pokoknya sudah menempuh kitaran musim kering dan bila mula rezeki hujan datang tiba lagi barulah pokoknya akan berbunga. 

~ 1 pek biji benih kapas anggaran 20 biji benih RM3.00 ~

  


    Tahukah anda antara negara-negara pengeluar kapas terbesar di dunia ini adalah negara yang sebenarnya menerima taburan hujan yang amat sedikit setahun seperti Turkmenistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Pakistan dan lain-lain. Disebabkan keadaan muka bumi dan perubahan cuaca di tempat-tempat ini menjadikan pilihan untuk sumber hasil dari sektor pertanian adalah terhad, maka pengeluaran hasil kapas memainkan peranan yang besar untuk ekonomi negara mereka dan mata pencarian bagi rakyat-rakyat mereka. 

  Cuba kita perhatikan dan fikir sejenak, lihatlah ladang kapas-kapas mereka yang luas tu, tanah pun nampak macam ala-ala padang pasirkan tak nampak macam sangat subur pun macam tanah kita ni. Seperti kawasan yang penerimaan taburan hujan amatlah sedikit like a desert. Berlainan dengan pokok-pokok kapas jika ditanam di kawasan tropika boleh hidup bertahun-tahun as perennial plant, di kawasan cuaca seperti Turkmenistan pokok kapas ianya kitaran berbunga hanyalah sekali (annual plant). Kalau macam di negara kering hanya sekalilah musim kutip hasil kapas dalam setahun, tapi di tropika ada beberapa musim setahun. Secara kesimpulannya pokok kapas ini mudah tumbah di negara kita sepanjang tahun, dan keperluan air pun tak banyak. Lebih-lebih lagi sekarang ini kita perlu jimat penggunaan air apabila ada sesetengah kawasan dah mula rasa effects phenomena El-Nina yang ketara.

Dari tayangan video YouTube di atas, Experts from United Nations Development Programmes: "By using less water, you can actually achieve greater yields".



   Pokok kapas ada pelbagai jenis ikut kesesuaian cuaca negara masing-masing. Yang di Kebun Bahagia Bersama ada juga pokok kapas yang umurnya dah 3 tahun lebih masih lagi memberikan kami hasil. Tambahan pula pokok kapas ini ada pelbagai kegunaan juga dalam bidang perubatan bukan sahaja hasil kapasnya untuk membuat baju dari kain cotton. Kekadang ada juga permintaan kami terima untuk tolong poskan akarnya ataupun bekalkan daunnya untuk berubat secara tradisional.

Yang teringin untuk baca kisah Kebun Bahagia Bersama grow Cotton di Lembah Klang dan kawan-kawan lain yang juga berkongsi hasil mereka boleh baca di posting sebelum-sebelum ini (klik sini).

  Apabila Tukang Kebun bersama-sama anak-anak menonton NHK Silk Road documentary tahun lepas untuk dedahkan pelbagai budaya di Silk Road dan sejarahnya, terbuka jugalah mata Tukang Kebun lihat betapa pentingnya sumber hasil pokok-pokok kapas ini kepada negara-negara lain yang amat penting untuk kehidupan rakyatnya.

  For some countries or people, Cotton is "Gold".

Selasa, 31 Mac 2015

Vinca White Bright Eye

  Antara tuaian segar minggu lepas dari Kebun Bahagia Bersama ialah jenis Kemunting Cina berwarna putih "Red-Eye" di mana jantung tengahnya berwarna fuchsia. Pokoknya adalah jenis renek dan mudah dijaga boleh juga ditanam dalam pasu gantung. Pokoknya juga tolerant duduk dalam keadaan partial shade. Dengan cuaca panas yang nak masuk musim kemarau walaupun hujan petang hampir setiap hari di belah petang sejak minggu lepas musim yang sesuai nak tanam pokok kemunting cina yang juga dikenali sebagai periwinkle atau vinca. Pokok kemunting cina ni bila dah lebih usianya 10 minggu dan masuk musim kemarau lebih lebat berbunga nanti. Bila pokoknya dah matang tak perlu nak siram tiap-tiap hari.

~ Open-Pollinated Vinca White Bright Eye ~
Approximately 25 seeds per packet for RM3.00 .


 Yang lebih mudah nak jaga adalah jenis Kemunting Cina putih suci seperti dalam posting ini (klik sini) juga ada stock, di mana lebih setahun pun pokoknya boleh hidup berseri-seri sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia gardening.

~ Periwinkle Pure White ~
Anggaran 100 biji beih dalam 1 pek RM3.00 .

  Berbanding dengan Cosmos, Zinnia dan Balsam jangka hayat kemunting cina adalah lebih lama, jika dijaga dengan baik boleh hidup lebih setahun usianya. Dekat tepi driveway ini penghujung tahun lepas Zinnia Lilliput yang menceriakan ruang ini, sekarang tukang kebun tukar mood kemunting cina yang memenuhi ruang ini.

Info Zinnia Lilliput boleh lawat posting sebelum ini (klik sini).

~ Zinnia Lilliput Mixed ~

Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
 Antara tuaian segar minggu lepas dari Kebun Bahagia Bersama juga ialah jenis Wild Watermelon Balsam masuk kembali dalam senarai ready stock kami.

Info selanjutnya untuk Wild Watermelon Balsam boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ Open-Pollinated Wild Watermelon Balsam ~
Approximately 15 seeds in 1 packet RM3.00 .
  Dapat juga dituai biji benih segar seri pagi Scarlett O'Hara dari Kebun Bahagia Bersama minggu lepas.

~ Morning Glory Scarlett O'Hara ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
  Syukur Alhamdulillah beberapa jenis biji-biji benih dapat dituai dari Kebun Bahagia Bersama untuk dibekalkan secara direct kepada gardeners di Malaysia ini dari kebun kami di Lembah Klang ini. Biji benih grown in Malaysia ya 100% local dalam posting ini.

Jumaat, 27 Februari 2015

Very Busy Valentine

  Syukur Alhamdulillah nak masuk bulan March ini masih tak putus-putus musim bunga keembung di  Kebun Bahagia Bersama. Hari ini nak masukkan dalam senarai katalog Kebun Bahagia Bersama jenis keembung bunganya kelopak berlapis-lapis warna merah macam 'heart' Velentine day. Dalam kategori bunga keembung, syukur Alhamdulillah ada sekurang-kurangnya 5 jenis pilihan jenis-jenis keembung yang ada semuanya dituai fresh dari Kebun Bahagia Bersama. Closing summary bulan February ini nampaknya biji benih keembung antara pesanan ranking top yang selalu diterima.

~ Keembung Heart Merah Multi-Layer ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00.

  Pada Sabtu 14hb February 2015 lalu memarng ramai pasangan yang membuat pilihan untuk membuat majlis akad nikah atau kenduri kahwin. Tukang kebun pun agak sibuk pada hari tersebut kerana mendapat 3 undangan majlis. Sebelah siang kami ke undangan kenduri kahwin jiran sebelah yang dibuat di Dewan dalam kampung kami ini. Pergi awal pengantin pun belum ada lagi sempat ambil gambar pelamin sahaja. Seronok juga tengok ada booth ice=cream dan apam balik juga ada for dessert. Tapi sebab nak mengejar masa bergegas ke kenduri seterusnya makan sahaja lunch. Takut ambil dessert habis baju permata-permata hati dalam kereta nanti.
 Kenduri seterusnya adalah kenduri kahwin anak Mak Long Liza yang ada home=stay di Pekan Pedas Negeri Sembilan (related posting klik sini) untuk anak kedua di area Kajang. Sampai sahaja di dewan ramai sudah sedara-mara dah berkumpul selesai makan berborak-borak. Tukang kebun pun catch up dengan mereka teruslah dengan kehidupan masing-masing perut put masih kenyang lagi. Kasi digest dulu sebab mesti nak makan sebab ni kenduri anak peladang kambing dan lembu ni hehehe....
  Malam kenduri tahlil dan anniversary pula di Shah Alam, dapatlah juga bertemu dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa. Terima kasih kepada Kak Haslina terpaksa tunggu sampai lewat malam di Shah Alam untuk self-collect goodies sehingga anak-anak pun dah keletihan tunggu dalam kereta. 



  Yang masih menceriakan warna pink di Kebun Bahagia Bersama minggu ini ialah Cosmos Pink Dwarf (Cosmos bipinnatus). 

~ Cosmos Pink Dwarf (Cosmos bipinnatus) ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

 Malam ini gardeners yang nak self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di area Sunway Pyramid lepas pukul 10 malam. Tapi pesanan confirm sebelum pukul 5 petang ya.

Jumaat, 6 Februari 2015

Hajirai Sugata

 Badan rasa seram sejuk pun boleh terlupa sebentar kerana daya tarikan Hippeastrum Hajirai Sugata memanggil-manggil di luar sana yang sedang kembang indah. Hajirai Sugata ditanam pada hari yang sama bersebelahan dengan Devil Smile yang juga musim kembangnya hampir sama. Cuma alangkah bahagianya bila lihat bawang Hajirai Sugata bukan menghasilkan hanya 1 tangkai musim bunganya kali ini tapi 2 tangkai bunga yang menonjolkan diri.
  Hajirai Sugata adalah jenis Hippeastrum yang biasanya pada 1 tangkai bunganya akan menghasilkan 4 kudupan bunga. Bayangkanlah kalau 2 tangkai yang keluar, maka jumlah 8 bunga akan mekar satu persatu.
  Saiz bunga Hajirai Sugata juga adalah besar dengan anggaran diameter bunganya 15cm. Warna bunganya adalah putih dengan ada blushing rose pink.
 Centre heart bunganya berwarna hijau apple dan stamen berwarna putih suci.
  Bahagia menatap si Hajirai Sugata ni. Tak sangka timing bunganya mekar sama dengan bunga balsam white multi-layer purple splash di belakangnya juga sedang mekar bahagia. Nampak gadingan menarik pula hippeastrum dengan balsam tumbuh bersama-sama.
  Sekarang pun musim peak balsam white multi-layer purple splash di Kebun Bahagia Bersama begitu pemurah tak putus-putus berbunga.

~ White Multi-Layer Purple Splash Balsam (Impatiens balsamina) ~
Anggaran 20 biji benih RM3.00 .
 Hujung minggu ini Gardeners lain dah plan nak buat apa turun di kebun?

Sabtu, 24 Januari 2015

January Purple Parade

  Minggu ini antara warna yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah bunga berwarna ungu. Pokok Garlic Vine yang ada setinggi lebih 4 meter berjurai-jurai bunganya meriah menghiasi pagar depan Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok bunga keembung juga tak putus-putus berbunga ada banyak pengganti di Kebun Bahagia Bersama.
 Pokok keladi bunting juga seperti keembung rajin sungguh berbunga bulan ini wakil jenis waterplant.
  
 Bahagia hati tukang kebun bila Kak Ani kongsikan gambar pickerelweed yang ditanam di rumahnya di Kuala Pilah. Tumpang seronok tengok pembesaran pantas pickerelweed Kak Ani yang sudah berbunga-bunga. Kebun Bahagia Bersama pos ubi pickerelweed hujung bulan November 2014 dan belum sampai 2 bulan sudah bahagia pokoknya menetap di rumah baru.

Review pickerelweed dari Kak Ani : "Sangat cepat pembesarannya, mudah penjagaannya dan rajin berbunga".

Isnin, 5 Januari 2015

White Impatiens balsamina with purple splash

  Awal tahun 2015 juga, musim bunga Impatiens balsamina masih berterusan. Moga bunga Impatiens balsamina terus menceriakan Kebun Bahagia Bersama hinggalah Tahun Baru Cina. Untuk memastikan jenis bunga Impatiens balsamina berterusan musim bunganya biasanya di Kebun Bahagia Bersama kami mengamalkan prinsip 'succession sowing'. Di mana dari bulan Oktober hinggalah ke February, tiap-tiap bulan akan kami menyemai biji benih Impatiens balsamina sekurang-kurangnya sekali.
 Impatiens balsamina adalah nama botani bagi bunga keembung ataupun inai pacar. Biji-biji benih Impatiens balsamina amat mudah tumbuh bila hujan kerap bertandang. Biasanya pada musim hujan tabur sahaja biji benihnya sangat mudah ianya naik dan anak-anak pokok pindahkan di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak paling sesuai. Bila hujan kurang atau musim panas elok biji benihnya disemai sedalam 0.3~0.5cm dalam tanah pastikan ianya tidak kering dan anak-anak pokok dipindahkan ke kawasan yang menerima separa cahaya matahari (partial shade). Pokok keembung biasanya tak fussy dengan jenis tanah boleh ditanam dengan tanah jenis clay sehinggalah berpasir.

Tips pemindahan anak-anak pokok Impatiens balsamina boleh refer ke posting ini (klik sini).

  Sesiapa yang kulitnya terlecur ketika memasak bolehlah ambil bunga-bunganya tempek-tempek di tempat yang melecur ada cooling effect. Jus dari bunganya dikatakan dapat membantu merawat gigitan ular.
  Antara koleksi bunga Impatiens balsamina yang sedang berbunga di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis bunga putih dengan kelopak berlapis yang ada  bercampur jaluran warna ungu. Jenis yang ini ketinggiannya sederhana. Sebelum balik ke Sabah sempat menuai batch baru fresh seeds jenis Impatiens balsamina ini dan masih berterusan menuai biji-biji benihnya untuk stok tahun ini selagi masih ada. Biji-biji benih Impatiens balsamina jika disimpan dengan elok boleh disimpan sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun.

~ White Impatiens Balsamina with purple splash ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

  Impatiens balsamina Candy Rose yang tumbuh bersebelahan Red Torch Mexican Sunflower juga makin meninggi berbanding dengan bulan lepas (related posting klik sini). Semua jenis biji-biji benih Impatiens balsamina yang dibekalkan adalah dituai sendiri dari Kebun Bahagia Bersama.

~ Impatiens balsamina Candy Rose ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1pek RM3.00 .

Khamis, 25 Disember 2014

Merry Christmas ! Blackberry Trifle


 Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Merry Christmas kepada pembaca-pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan progress kebun kami yang beragama Christian. Untuk tema Christmas tahun ini kami memilih gambar pokok balsam blackberry trifle untuk tatapan kerana bunganya yang berwarna merah bercampur tompokon berwarna putih seperti salji. Snow yang turun tiba-tiba di cuaca tanah rendah Malaysia jatuh duduk bergumpalan atas kelopak bunga balsam (Chewaah....sebab hari ini terbang di atas awan awangan kejap). Blackberry trifle pun nama macam desert yang sedap dimakan bersama seisi keluarga pada hari perayaan ini.
Keembung Raspberry Trifle

  Musim bunga di Kebun Bahagia Bersama pada bulan Disember ini antaranya ialah jenis pokok bunga keembung. Rasanya minggu ini sahaja ada sekurang-kurangnya 5 jenis pokok keembung kembang di pelbagai sudut Kebun Bahagia Bersama. Musim kegemaran semaian biji benih keembung untuk Tukang Kebun dengan perubahan cuaca wet season di Lembah Klang setiap tahun ialah antara bulan Oktober hingga ke Disember sangat mudah bagi biji benih keembung dengan hampir tiada penjagaan. Tak perlu nak fikir nak siram, anak pokoknya pun cepat meninggi dari rumpai jadi tak kalut my pace. Kerja cuma semai biji benih keembung dan pindahkan anak-anak pokok , merumput bila perlu bila growing balsam pada hujung tahun.  Biasanya pada hujung tahun inilah tukang kebun akan geledah semula seed box cari biji-biji benih keembung tahun sebelumnya untuk tanam semula dan simpan stok benih baru untuk tahun berikutnya as a seed-saver. Biji-biji benih keembung jika disimpan dengan baik boleh tahan sekurang-kurangnya 2 tahun lebih.
balsam raspberry trifle

 Rasanya pembaca yang dah lama follow Kebun Bahagia Bersama dah agak yang tukang kebun ni memang peminat setia pokok keembung. Lebih-lebih lagi bulan ini dah kerap ada posting koleksi baru jenis-jenis pokok bunga keembung. Hari ini pun posting koleksi baru pokok keembung tukang kebun untuk tahun 2014 ini jenis ‘Blackberry Trifle’. Biji benih ‘Blackberry Trifle’ yang dibekalkan kali ini adalah sebenarnya dari generasi ke-2. Generasi pertama dahulu tumbuh masa musim kemarau dan bilangan benih dikumpul pun tak mewah. Berbeza dengan bilangan biji benih dalam sekantung keembung jenis lain, Blackberry Trifle bilangan benih dalam sekantung sangatlah sedikit kerana saiz kantungnya lebih kecil dari saiz bud bunganya seperti dalam gambar di atas.

 Seperti dalam gambar corak dan warna keembung jenis “Blackberry Trifle” sangat unik dan rare dengan gabungan warna merah-keungguan bercampur warna putih. Kadangkala secara random hasil gabungan genetik biji benihnya akan menghasilkan bunga seperti gambar di bawah ini. Kelopak “BlackberryTrifle” kekadang selapis kekadang macam ada 2 lapis. Ketinggian pokoknya berbanding dengan jenis pokok keembung lain adalah standard kecil ke sederhana sangat bergantung kepada penerimaan cahaya matahari atau jenis tanah. Stok biji benih sangat limited sebab jenis “Blackberry Trifle” tak berapa mudah nak kumpul biji benihnya berbanding dengan jenis pokok bunga keembung lain.
impatiens balsamina raspberry trifle

~ Keembung Blackberry Trifle ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 (kebunkmg@gmail.com).



 Back in stock juga dituai bersama-sama dengan keembung blackberry trifle minggu ini ialah keembung purple painted face (info klik sini).
biji benih online jualan keembung
~ Balsam purple painted face ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Selasa, 16 Disember 2014

Balsam Candy Rose

 Antara jenis balsam yang sedang meriah berkembang di Kebun Bahagia Bersama sekarang ialah Balsam Candy Rose yang bunganya jenis single layer tapi corak warna bercampur merah dan putih. Pada hari ini tukang kebun ingin berkongsi cara Kebun Bahagia Bersama pindahkan anak-anak pokok balsam yang kebarangkalian dapat membantu pertumbuhannya pada kala musim kemarau mahupun musim hujan.
 Tukang kebun biasanya bila pindahkan anak-anak pokok balsam akan tanam batang di bahagian bawah sehingga bahagian mendekati daun set baby yang awal sekali muncul tu. Sebagai contoh di gambar atas seperti paras yang ditunjukkan dengan jari telunjuk.
  Pokok balsam akarnya tak dalam jadi tukang kebun fikir-fikir sebab balsam boleh juga ditanam dengan keratan maka mudah batangnya yang terbenam dalam tanah juga akan membentuk akar-akar lebih banyak membantu pertumbuhan anak balsam cepat membesar. Cara begini merangsangkan lebih banyak pertumbuhan lebih banyak akar balsam dan akar asal juga berada di paras yang lebih dalam dapat menerima lebih banyak nutrient dan air.
  Di kala musim kemarau, cara pemindahan anak pokok balsam ini akan membantu anak pokok balsam menyerap air lebih dalam berbanding hanya bergantung kepada bahagian hampir permukaan tanah yang mudah kering akibat fenomena sejatan. Manakala untuk musim hujan pula pokok balsam akan lebih kukuh sebab mempunyai banyak akar yang memegang tanah untuk membantu ianya berdiri tegak di kala hujan lebat menimpa.
  Bandingkan Gambar No. 2 dan No. 4 betapa ketara banyaknya tukang kebun tanam batang anak-anak pokok balsam yang sama ke dalam tanah. Sudah nampak kontot kan. Tapi jangan khuatir tidak memberi kesan kepada ketinggian pokok-pokok balsam tersebut apabila matang. Lihatlah hasilnya di gambar bawah (anak pokok yang sama sebagai contoh progress pembesaran) sudah lebih tinggi dari pasu besar yang membesar dalam musim hujan.
  Gambar di bawah ambil angle dari sudut atas pula. Bahagia hati seorang tukang kebun tengok bunganya kembang meriah.
  Balsam Candy Rose juga kekadang biji benih yang terhasil juga akan secara random menghasilkan balsam bunga berwarna merah kelopak selapis seperti gambar di bawah. Minggu lepas sudah tukang kebun mula tuai biji benih fresh Balsam Candy Rose dari kebun bahagia bersama untuk menceriakan juga kebun lain.

~ Balsam Candy Rose ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

 Tidak ketinggalan juga balsam pink kelopak berlapis-lapis yang menceriakan Petak 4 dalam kalangan rumpai juga biji benihnya dapat dituai oleh tukang kebun dari minggu lepas. Baka balsam pink ini jenis golongan balsam yang ketinggian tinggi. Manakala balsam Candy Rose pula ketinggiannya sederhana.


~ Balsam Pink Multi-Layer ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Jumaat, 28 November 2014

Wild Watermelon Balsam

  Antara koleksi jenis bunga keembung yang baru di Kebun Bahagia Bersama tahun ini yang sedang musim berbunga pada bulan November ini ialah jenis 'Wild Watermelon'. Jenis balsam 'Wild Watermelon' ini sekuntum bunganya kelopak berlapis-lapis dan menghasilkan beberapa rona merah di atas dasar warna putih. Biasanya bagi tukang kebun jadual semaian pokok bunga keembung di Kebun Bahagia Bersama ialah antara bulan Oktober hingga Januari sebab tak perlu banyak penjagaan dan mereka mudah hidup sendiri tanpa belaian dalam linkungan tersebut.
  Kadangkala pada pokok keembung 'Wild Watermelon' yang sama terkeluar juga yang kesemua bunganya berwarna merah.
 Kadangkala semua bunga pada sepohon pokok akan berwarna merah. Ini adalah faktor genetik yang akan menentukan warna biji benih tersebut. Secara random biji benihnya ada yang akan memberikan hasil bunga seperti gambar di atas atau gambar di bawah.
  Seperti gambar di bawah, bukan hanya tukang kebun yang minat bunga balsam 'Wild Watermelon'. Anak-anak sekarang bila main diluar dah mula hunting Pak Belalang dah jarang jumpa pula sekarang menyorok kut. Biji benih segar bunga balsam 'Wild Watermelon' baru dikemaskan hari ini dan bilangan sangat terhad. First come first serve.
 ~ Open Pollinated Balsam 'Wild Watermelon' Seeds~

Anggaran 15biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Fresh stock yang baru dituai juga jenis Balsam Pink Multi-Layer (Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00) .

Rabu, 25 Jun 2014

Water Poppy

 Disebabkan rindu nak tengok bunga poppy yang tumbuh begitu mudah di kebun lama dulu  terutamanya opium poppy yang cantik berwarna ungu itu, tukang kebun bela pula water poppy. Walaupun bukan dalam keluarga botani yang sama adalah iras-iras wajahnya. Tumbuhan water poppy bunganya berwarna kuning dan lebar bunganya dalam purata 2 inchi. Tumbuhan water poppy amat mudah tumbuh dalam cuaca di lembah Klang ini tanpa banyak penjagaan. Sejak anak pokoknya besar matang berbunga, tidak mengira musim, tidak putus-putus berbunga setiap hari sepanjang tahun. Seperti kebiasaan bagi tukang kebun, semenjak musim kemarau pada bulan June ini beralih semula kepada tumbuhan air. Nak kasi cool down main-main dengan air jelah. Tambahan pula water poppy ini tak menyusahkan tukang kebun, tak perlu siram asalkan ia selesa duduk dalam air yang bertakung.
 Water poppy kalau untuk yang baru berjinak-jinak dalam gardening atau 'novice' gardener memang tukang kebun recommend. Juga kepada mereka yang sibuk outstation pun sesuai, tak perlu nak fikir pokoknya kering kontang ditinggalkan kalau sebelum bertolak bekas water poppy dah dipenuhkan air. Kalau nampak kudup bunganya seperti gambar di atas, InsyaAllah esok atau lusa kembanglah dia. Water poppy kitaran fasa kembangnya mirip dengan teratai ikut rentak si matahari. Gambar bawah kudup bunganya di awal pagi 7~8 pagi on standby nak kembang.
 Dah nak dekat kembang penuh nak hampir pukul 9 pagi seperti gambar di bawah. Kalau tiada jam masa buat kerja di luar tengok besar kembangan bunganya boleh sudah agak pukul berapa. Nampak tak berdekatan bunga tersebut juga nampak timbul kudup-kudup bunga. Pemurah perangai tumbuhan water poppy tak putus-putus berbunga setiap hari.
 Kembang penuh bila jam dah pukul 9 lebih. Water poppy perlukan cahaya matahari untuk hidup subur. Separa matahari juga boleh hidup subur cuma pertumbuhannya tak sepantas seperti tempat yang lebih dapatkan cahaya matahari. Yang dalam gambar separuh bekas berteduh di bawah Night Blooming Jasmine.
 Pertumbuhan water poppy sangat cepat untuk yang sifat tak sabar-sabar menanti perkembangan pokoknya cepat matang memang sesuailah tanam water poppy. Dari satu bunga, cepat je dia bagi lebih dari 1 bunga. Tukang kebun cuma pakai tanah bakar dari tempat bakar green waste Kebun Bahagia Bersama campur dengan tahi kambing. Tak pernah letak baja sampai sekarang memadai sekali kala daun Night Blooming Jasmine yang gugur kemudian reput dalam air si tempat tumbuh water poppy tersebut. Semuanya tukang kebun serahkan kepada mother nature lepas ditanam. Untuk mengelakkan jentik-jentik, ikan guppy on patrol sepanjang masa hidup bersama air water poppy.
 Yang duduk di kawasan lembah Klang, ada dugaan juga nak fikir macam mana nak bagi ceria kebun untuk menyambut Raya Aidilfitri dengan cuaca bahang sekarang. Tukang kebun perhatikan tumbuhan air seperti water poppy ni masa musim kemarau menjadi-jadi musim bunganya. Bolehlah kasi rasa cooling effect sikit kawasan rumah masa musim panas kemarau ini. Tambahan pula water poppy tidak memakai banyak ruang dan tidak memerlukan bekas yang besar. Tumbuhan water poppy dikategorikan dalam susunan tumbuhan air adalah tumbuhan yang hidup di kawasan air yang cetek. Berbeza dengan lotus atau water lily boleh timbul di permukaan air pada kawasan yang lebih dalam berbanding dengan water poppy. Aras air water lily elok dalam sekitar 20 cm dah memadai apabila akar pokoknya ditanam di dalam tanah. Tanah tak perlu dalam sangat pun tidak mengapa sebab akarnya bukan panjang sangat, anggaran 15 cm dah cukup. InsyaAllah water poppy sekiranya ditanam pada bulan ini, bulan Syawal sudah ada bunga pertamanya yang kembang mekar dan disusuli dengan kembangan yang lain. Sekurang-kurangnya bila balik kampung tidak lah risau, nanti bila balik rumah water poppy berikan senyuman ceria.
 Populasi water poppy yang tukang kebun kongsikan gambar dalam posting kali ini pun bekasnya tak besar seperti gambar di bawah. Tahun lepas pada musim hujan disebabkan terlampau banyak air di dalam tanah, si Night Blooming Jasmine rebah ke tanah. Tukang kebun fikir-fikir nak kasi nampak natural support untuk si Night Blooming Jasmine tegak berdiri balik, tukang kebun rasa lebih baik letak pasu yang ada air jadi pemberat atau penyandar dekat depan Night Blooming Jasmine diisikan dengan water poppy dan ikan guppy. Begitulah kisahnya bermula tahun lepas dan rupa anak pokoknya yang belum memenuhi bekas tersebut. Yang bersama dengan Night Blooming Jasmine di situ pun dikerumuni dengan Peace Lily. Peace Lily tersebut bukannya duduk atas tanah, tapi tumbuh di atas tunggul kayu. 
 Beginilah suasana di sudut ini, kawasannya pun cuma 1 meter persegi. Tetapi terdapat pelbagai tumbuhan hidup bahagia bersama. Di keliling pasu water poppy pun sebenarnya ada beberapa bawang-bawang bunga sedang tido. Biasanya ini kawasan balsam multi-petal warna ungu tumbuh sendiri sekarang, memudahkan tukang kebun nak kumpul biji-biji benih elak kekeliruan dengan jenis-jenis yang lain. Sebenarnya packing bench tukang kebun untuk penghantaran berada di belakang sudut ini. Malam Ahad biasanya ditemani dengan keharuman Night Blooming Jasmine masa musim bunganya.

~ Water Poppy ~
1 bekas RM10.00 (kebunkmg@gmail.com) .