Bunga balsam bila berkembang melembutkan suasana taman dan telah menambat hati peminat berkebun sejak dulu lagi. Bunga balsam sangat mudah untuk tumbuh dalam iklim negara kita dan hanya memerlukan penjagaan yang minimum. Bagi yang meminati taman ala English cottage garden atau pun ala bali bunga ini memang cocok untuk kedua-dua tema ini. Bunga balsam painted face berwarna ungu ke merah jambu seolah mempunyai pipi yang di blush dengan warna oren.
Ketinggian bunga balsam painted face adalah lebih kurang 40cm.
Biji benih Balsam Painted Face sedang dikumpul bulan March ini. Oleh itu, biji benih yang fresh hanya dapat diedarkan pada hujung bulan March. Setakat ini, tukang kebun kurang pasti berapa banyak dapat dikumpul benihnya. Yang berminat, bolehlah tinggalkan pesanan di kotak komen (siapa reserve dahulu akan terima dahulu).
~Biji Benih Balsam Painted Face ~
Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).
Pesanan untuk bulan March boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.
Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.



5 ulasan:
Saya nak satu pack
Saya sudah tergoda. Saya pun nak satu.
Eh, comment eila cicir tgh jln kot.. 1 utk eila juge..
1 pek
Tukang kebun keep untuk Zamzurina, Mama pongkey, Eila dan Nitesky.
Catat Ulasan