Rasanya sudah hampir 10 tahun, tukang kebun tak pernah pergi ke Sunway Pyramid. Macam rusa masuk kampung terkejut tengok perubahan di sekitar kawasan Sunway. Padahal dari kebun dengan traffik biasa 20minit boleh sampai. Sempatlah nak tengok perhiasaan untuk sambutan Tahun Baru Cina yang masih ada lagi.
Tiba-tiba bila tengok settings itu, terlintas di kepala kalau ada jambatan macam ini di belakang kolam kebun tempat angsa bermandi-manda menarik juga. Kolam di belakang nothing special digali dengan digger begitu sahaja. Kalau musim kering, keringlah kolam jadi tempat pembakaran buangan kebun macam pelepah atau sabut. Tapi kalau ada jambatan nampak menarik sikit dan kalau musim kering boleh cuba tanam pokok memanjat di bawah macam bunga telang ke atau lain-lain pokok yang suka kawasan bertakung. Kebun kami bekas tanah sawah jadi tanahnya berair di bawah tidak perlu gali dalam kalau nak buat perigi. Dulu masa kecik musim kering kalau gali pun dalam ketulan tanah jumpa belut.
Nak simpan angan-angan ini dahulu .... kena kumpul material re-cycle.
Weekend ni tukang kebun dekat Port Dickson, InsyaAllah esok tukang kebun balas komen dan email.
6 ulasan:
betullah ..mmg nampak berbeza sket sunway nie...heheh pun lama tak jenguh...
Very different from the 'old' Sunway, right?
salam kenal dan salam ziarah, nak tanya pokok telang tu suka tempat bertakung air ke? sbb saya baru nak cuba tanam telang tu..
Yus pon da lama betul tk ke theme park dia....dgr mcm2 dah ade bukn setakat dry n wet park je...kalu pergi sunway pon sbb nk mkn sushi zanmai jer...jln2 kejap
hm..kena letak ikan ler kalau tak jd tempat pembiakan nyamuk
UmmuAidan~Itulah terkejut ada bangunan baru Aeon di sebelahnya. Seronok rasa dapat tempat mudah nak beli barangan Jepun kalau kempunan.
Sean ~ Yes very different. So big satu hari pun tak sempat nak tengok semua.
@na~ Pokok telang kebiasaannya tak suka kalau akarnya basah selalu (bertakung).
Yus~ Oh D tak pergi theme park dia semenjak zaman AAJ lagi heheheh...sushi Zanmai ok ya? Nanti weekend ni boleh try sebab rehat kat sana lagi.
Lynn~ Tak pe rumah ni banyak ikan guppy. Tak pun nanti letak katak kasi banyak berudu.
Catat Ulasan