No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 7 Mac 2013

Bendi di samping jagung

 Akhir tahun lepas, tukang kebun saja cuba-cuba tanam bendi kampung yang baru dituai Disember lepas  (sama batch dengan benih promosi yang ditawarkan pada bulan Disember lalu) bersama-sama dengan jagung. Seakan tidak mahu ketinggalan, pokok-pokok bendi tumbuh tinggi berlumba-lumba dengan jagung yang juga sudah mula berbuah. Buah bendi yang digambar ini, tukang kebun terpaksa tip-toe macam ballerina untuk capai, yang sedang membesar di bahagian atas tak taulah macam mana nak ambil nanti di celah-celah pokok jagung.
 Tidak disangkakan yang pokok okra dan jagung adalah companion planting yang boleh dipraktikkan (Terima kasih kepada Mama Pongkey for the reminder). 

5 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

Thanks for the shoutout :-) Geram tengok bendi tu. nanti kena pakai anak tangga pulak nak ambil yang atas-atas tu. nampak besar ye baka kampung ni.

aida_aminshah berkata...

Diana...ni pokok jagung sweet corn tu ye?pollination mcm mana ye Diana?perlu tolong ke?

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~ Syukur alhamdulillah benih kampung yang dikumpul beberapa generasi di kebun sendiri ni thrive sendiri. Nampak disease resistant juga. Pokok-pokok bendi at this location grow atas tanah yang disediakan dengan goat manure and compost.

Aida~ Yang ini pokok jagung heirloom lain bukan yang Balinese. Jagung pollination by wind. Kalau musim berangin tak perlu nak tolong. Kalau tiada angin sepoi-sepoi meniup boleh gently shake pokok jagung supaya pollen dari male tassel jatuh ke rambut anak buah jagung.

aida_aminshah berkata...

owh...thanks so much for the info..pokok jagung i kecil lagi..Mudah-mudahan sihat and berhasil nanti =)

TukangKebun berkata...

Aida~ InsyaAllah dapat hasilnya nanti.