No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2020

Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi

Perjalanan ke Semporna pada tahun 2019 adalah dalam hampir sama kewujudan virus Covid-19 muncul dikesan bermula di Wuhan seperti yang dilaporkan. Pada ketika itu, komuniti di kawasan lain di seluruh dunia masih belum ada kesedaran betapa kewujudan Covid-19 ini akan memberikan impak seperti yang kita hadapi sekarang. Cuti hujung tahun lepas 2019 semasa Covid-19 belum lagi sampai ke Semporna kami sekeluarga berkesempatan melawat Tapak Warisan Arkeologi, Bukit Tengkorak. Selain dari melawat muzium, kita juga boleh hiking naik ke puncak Bukit Tengkorak untuk melihat dengan mata sendiri tapak warisan arkeologi ini.
Sepanjang perjalanan hiking menaiki tangga ke atas puncak Bukit Tengkorak, cuba lihat di kawasan tanah beberapa tempat. Tanpa disedari kita sebenarnya memijak artifak serpihan tembikar zaman dahulu kala. Bukit Tengkorak ini dilaporkan adalah tempat pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara sejak zaman Neolitik lagi. Malahan dikatakan tempat ini telah dihuni oleh manusia sejak zaman Paleolitik lagi.  Mula-mula anak-anak yang lebih ringan badan dan berstamina dah mara laju ke atas meninggalkan Tukang Kebun yang tercungap-cungap (salah sendiri tak stay fit). Kemudian Tukang Kebun kata tengok apa yang bertaburan di tanah. Barulah mereka seronok mula beroperasi mencari serpihan tembikar dan cengkerang binatang laut yang juga bersepah di sekitar Bukit Tengkorak ini dari sumber makanan orang dahulu kala. Bolehlah perasan sekejap jadi ahli arkeologi dalam setting semulajadi.
Mustahil cangkerang hidupan laut yang berada di sekitar puncak ini ada secara semulajadi kecuali ada fenomena tsunami yang hanyutkan cangkerang sampai ke tempat tinggi. Jadi ini ternyata orang-orang zaman purba mereka turun di persisiran pantai dan membawa makanan seperti hidupan laut bercangkerang naik ke tempat perlindungan mereka. Ini jadi sebab kukuh kenapa dikatakan Bukit Tengkorak ini suatu masa dahulu memang manufacturer terbesar tembikar di kawasan Asia Tenggara . Malahan memang serpihan tembikar ni merata-rata atas tanah. Kita boleh kutip sendiri bawa balik sebagai cendermata pernah hiking di Bukit Tengkorak ini.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak. Cuma tulis daftar nama je di buku log pintu masuk galeri muzium. Malahan masa kami sampai di muzium tiada seorang staf rasmi muzium ada di sana kerana semua ada tugasan rasmi di tempat lain. Mereka memberikan kepercayaan kepada orang tempatan untuk membantu tengok-tengokkan muzium. Ada kanak-kanak yang menjaja di gerai kecil depan muzium panggil wakil tersebut maklum ada pelancong datang. Wakil tersebut pun boleh kita ambil sebagai guide untuk hiking di Bukit Tengkorak (tiada paksaan bagi tips atau honorium, bergantung kepada keihklasan hati kita).
Sepanjang trail hiking official tersebut ada beberapa pondok rehat dan pemandangan indah sekitar Bukit Tengkorak menjamu mata. Tidaklah susah trail tersebut cuma jangan lupa bawa air botol masing-masing. Mungkin boleh pakai topi atau payung untuk teduh kepala dari terlalu panas terik. Tukang Kebun dan anak-anak pun pakai slippers je hiking Bukit Tengkorak ni. 
Ada juga kami terserempak seekor ular kecil bergayut di ranting pokok masa naik tangga. Ular tu nampak kami nak skodeng. Ular dia pun jadi malu terus menyusur pergi sorok. Tapi pelancong dinasihatkan jangan ganggu atau memukul binatang-binatang liar. Monyet pun kekadang ada tapi masa kami di sana tak terserempak. Jika dengar perkongsian cerita bersama guide, dia bercerita hidupan liar di kawasan Bukit Tengkorak ini elok jangan dianiaya sebab ada yang memukul ular terserempak semasa hiking menemui kecelakaan selepas balik. Begitu juga kisah-kisah kecelakaan lain yang dihadapi oleh pelawat yang dikatakan buat aniaya dengan hidupan liar yang mereka terserempak semasa hiking di sekitar Bukit Tengkorak.
Apa yang uniknya kawasan sekitar Bukit Tengkorak ini adalah ianya bekas gunung berapi. Disebabkan itu bagi Tukang Kebun formasi landskapnya sangat indah sekali seperti kita rasa bukan berada di Malaysia. Ini kita dapat lihat di mana kesan tinggalan jenis-jenis batu yang terdapat di atas kawasan lapang di puncak Bukit Tengkorak menunjukkan ianya adalah jenis mineral batuan gunung berapi. Mimic seperti kawasan Gunung Berapi di Jepun yang terletak di persisiran pantai. Cuma yang uniknya di Jepun tiada paya bakau. Tapi di Bukit Tengkorak kita boleh lihat di sekitar kawasan rendah bersebelahan pantai terdapat hutan paya bakau.
Dari puncak Bukit Tengkorak ini kita boleh lihat banyak pulau berdekatannya. Bentuk mukabumi pulau ini pun macam dalam cerita animasi Disney Moana. Bahkan kita boleh lihat juga fenomena semulajadi perubahan iklim dunia iaitu peningkatan paras air laut. Seperti gambar di bawah kita boleh lihat sebuah kawasan dah jadi terpisah macam pulau dengan daratan tanah besar. Beberapa dekad lepas, kampung seberang telah terpisah tersebut masih lagi bercantum dengan kampung yang bersama daratan tanah besar boleh naik pengangkutan darat sahaja. Sekarang peningkatan paras air laut yang berlaku di bumi ini menjadikan pengangkutan air digunakan sebagai kaedah perhubungan.
Bila ada bersama guide di tempat yang kita tak berapa kenal, kami berkesempatan juga mencuba off-trail hiking, selain dari hiking menggunakan kayu platform yang telah disediakan untuk mengelakkan dari sesat. Agak menarik juga bila tengok jenis tumbuhan (vegetation) yang ada di sini, agak berlainan dari tempat lain disebabkan jenis mineral batuan gunung berapi yang membentukkan tanah di sini.
Ada sebuah pokok tinggi di sini yang boleh jadi tempat berehat teduh sambil hiking yang buahnya guide kata ada nilai perubatan. Katanya ada orang Cina kekadang ambil buah ini untuk dibuat ubat. Kapsul buah macam bentuk jering dan biji di dalamnya besar macam buah kurma.
Dari tempat abang Ilhan berdiri tu kami turun dari canopy walk dan mula hiking off-trail. Pokok buah gambar di atas pun jelas kelihatan dari situ sebagai landmark. Ada kawasan jenis pokok lalang ni tinggi dari ketinggian Abby ketika itu. 
Cantik pemandangan di puncak Bukit Tengkorak ini. Mesti keadaan di sini agak berbeza zaman purba dahulu semasa zaman gemilang komuniti sini menjadi pembuat tembikar terbesar di Asia Tenggara. Jika ikut imaginasi Tukang Kebun pasti banyak juga penempatan rumah dibuat atas ini. Tapak yang ditinggalkan mesti ada sebab musnah tiada peninggalan. Apatah lagi dah jadi macam grassland, di mana kebiasaannya kalau di tempat kawasan lembap tropika ini tanah terbiar boleh menjadi hutan sekunder dengan begitu pantas sekali. Tambahan pula tanah asal dari bahan gunung berapi biasanya lebih subur kerana mempunyai lebih nutrient dari tanah merah di Malaysia. Malangnya tidak banyak kajian dijalankan untuk mengetahui kisah komuniti zaman purba di puncak Bukit Tengkorak ini. 
Kalau kita lihat peninggalan tamadun bandar lama di kawasan tinggi di Amerika latin pun yang dikelilingi hutan tebal macam di Malaysia juga, kawasan penempatan tamadun lama ni tumbuhan tak berapa tumbuh atas tapak lama bandar utama dia. Ada yang kekal macam grassland juga. Andaiannya yang boleh Tukang Kebun buat hypothesis memang gah juga komuniti zaman purba buka penempatan di sini dahulu sehinggakan ianya masih kekal tapaknya walaupun pembinaan struktur pembangunan penempatan tersebut tidak sudah kelihatan kerana tumbuhan belum mampu ambil alih lagi kawasan tersebut secara bermaharajalela. Sejarah begini patut dikaji supaya rakyat dapat berbangga dengan warisan tanahair kita dan memupuk sifat patriotik yang mendalam. Ini kita asyik tengok tamadun purba rantau lain. Walhal tamadun purba di nusantara pun tidak tertinggal amat hebat sekali. Faktor utama kebiasaannya kajian tidak dapat dilakukan adalah kerana kekangan kewangan untuk penyelidikan seperti ini.
Jangan lupa kalau di Semporna bila pergi island hoppings untuk menikmati kecantikan lautnya singgahlah juga sokong Tapak Warisan Arkeologi, Batu Tengkorak yang kurang dilawati pelancong. Kenalilah warisan semulajadi kita. Sayang Malaysia. 

Rabu, 16 Disember 2020

PKPP PULAU MALIANGIN

Syukur Alhamdulillah semasa fasa PKPP di Malaysia antara 22hb Ogos ke 24hb Ogos kami berkesempatan untuk Cuti Cuti Malaysia di Pulau Maliangin, Kudat, Sabah. Ini selang sehari selepas kami turun dari mendaki puncak Gunung Kinabalu (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kalau ikut planning awal mau gerak terus keesokan hari setelah balik dari Taman Kinabalu. Nasib baik rancangan tersebut tidak dibuat tetapi selang sehari rehat baru gerak. Bikin malu dengan ketam-ketam di Pulau Maliangin kerana cara Tukang Kebun berjalan pun lagi tak pandai berjalan dari ketam senget-senget sebab kaki masih terasa amat lenguh dan kesakitan urat lagi.
Syukur ke atas rezeki yang diberikan dengan pertemuan hasil pencarian yang Tukang Kebun buat untuk mencari tempat yang boleh menyelam di kawasan Kudat. Keindahan Pulau Maliangin ini seperti gambaran poskad berada di kawasan Carribean Islands. Dari Pulau Maliangin pada pagi yang cerah boleh kelihatan Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker dari pulau ini. Anak-anak dah lama masa PKP terperap di rumah sehinggakan dari awal bangun pagi sampai kalau tak kena membebel nak maghrib dah tak keluar-keluar dari air laut. Sampai pemilik dan pekerja Pulau Maliangin ni pun pelik tengok telatah kanak-kanak riang ni tak pandai penat langsung nak berehat. Kalau kami ni memang dah masak dengan perangai anak-anak ni selagi tak bercekak pinggang bagi arahan keluar makan sekejap selagi tu memang berendam sahaja sepanjang siang.
Pulau Maliangin Besar tempat resort dan boleh juga snorkelling di Pulau Maliangin Kecil yang kelihatan berdepan dengan resort jeti. Setiap hari paling kurang mesti sekali kami akan dibawa ke Pulau Maliangin Kecil untuk aktivity snorkelling. Anak-anak Tukang Kebun cukup suka snorkelling di Pulau Maliangin Kecil kerana yang berdekatan dengan pantainya air cetek dan masih dipenuhi dengan batu karang berwarna warni dan hidupan marin. Yang seronok sambil kita snorkelling boleh kedengaran kicauan burung-burung liar yang menghuni Pulau Maliangin Kecil.
Gambar di atas ini memang jelas kita boleh lihat bahawa tempat ini dipenuhi dengan batu-batu karang sehingga hampir dengan pantai. Kalau yang kawasan dalam air warna hitam gelap tu petanda dasar laut yang penuh dengan batu-batu karang. Sebaiknya keluar awal-awal pagi untuk snorkelling kerana ketika itu arus tenang.
 

Agak sukar juga ya nak ambil gambar dalam air laut kerana tak dapat nak capture batu karang berwarna-warni. Jika dalam video atau gambar batu karang berwarna-warni jadi nampak tidak berwarna pula. Boleh tonton video di atas untuk saksikan aktiviti snorkelling kami di Pulau Malinangin.

Di kawasan depan resort atau jetty Pulau Maliangin juga ada kawasan banyak batu-batu karang yang kita boleh snorkelling ikut suka kita je bila-bila. Ada satu kawasan tu sangat cetek sampai susah nak pastikan kita tak langgar batu-batu karang tu bila kita gerak kaki dengan fin. Berbaloi jugalah papa sumbat joran pancing dalam kereta dan mengangkut bawa ke resort ni.
Percutian kali ini Abang Ilhan ada minat baru pula. Ilhan suka memancing jadi seronok sebab percubaan beberapa kali awalnya dia berjaya pancing ikan dari jeti. Bagus juga sebab langsung dah tak ingat main game di handphone, jadi leka berjemur memancing di jeti.
Pemandangan sunset di Pulau Maliangin sangat indah. Perasaan bahagia sangat sambil bersantai tengok anak-anak ni buat aktiviti masing-masing. Pulau Maliangin ni tak pernah Tukang Kebun dengar sebelum ini kebetulan terjumpa semasa browse dengan Pakcik Google pencarian tempat boleh snorkelling di Kudat. Lepas tu check di Facebook ada promosi istimewa yang harga diskaun untuk tahun ini. Rupa-rupanya selama ini tempat ni memang tak perlukan promosi seperti tempat-tempat lain sebab sentiasa dipenuhi dengan pelancong dari antarabangsa. Bila dah sempadan tutup, maka adalah harga promosi untuk orang local. Apalagi ambillah peluang sebab kalau tempat-tempat lain macam Semporna boleh pergi bila-bila sebab tak perlu menginap pun takpe, buat island hoppings je kalau nak save budget. Yang berminat boleh check facebook Pulau Maliangin Resort ya.
Memang asyik betul tengok sunset di Pulau Maliangin ni. Tak sangka pula masa kami di sana macam terus sewa satu private island. Rezeki kami anak-beranak sahaja yang ada di sana ketika itu. Masa PKPP hari tu memang diorang ada buat promosi kalau 10 pax boleh terus booking satu resort.
Video di bawah ini perkongsian suasana sunset di Pulau Maliangin.
Pulau Maliangin Besar ini ada juga penduduk tapi dah tak seramai dahulu tinggal beberapa rumah sahaja yang ada penghuni. Kalau dulu jika tak silap dengar siap ada sekolah rendah lagi di Pulau Maliangin Besar ini tetapi sekarang sudah tiada. Pulau Maliangin Besar ni dari Kg Tajau Laut yang staycation kami kongsi dulu pun boleh kelihatan dari situ (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Lagipun Pulau Maliangin Besar dengan Pulau Banggi (Pulau terbesar di Malaysia) naik bot dalam 15 ke 20 minit. Kalau nak ke Pulau Maliangin Besar ialah dengan menaiki feri dari Kudat Bot Terminal ke Pulau Banggi. Nanti pekerja dari Maliangin resort akan tunggu dan ambil di jeti Pulau Banggi.
Dapat jugalah abang Ilhan nak merasa pernah dapat pancing ikan kerapu. Boleh lihat kenangan anak-anak ni memancing ikan di  jeti Pulau Maliangin Besar Resort di video atas. Tapi lepas pancing ikan, disimpan dalam baldi yang kemudiannya anak-anak akan lepas semula. Lagipun lauk ikan-ikan yang disediakan oleh resort lagi besar dari tangkapan abang Ilhan. Biarlah ikan tu bebas dan besar dahulu.

Ini poster ikan Tukang Kebun tangkap gambar yang ada di jeti Pulau Banggi boleh buat rujukan masa depan. Percutian Pulau Maliangin ni kira hadiah happy birthday Rayyan Haniel masuk umur 11 tahun.
Tahun 2020 ni, hadiah harijadi anak-anak semua dapatlah jadi adilkan seorang satu dapat dibawa kira-kira jalan-jalan (Maknya yang gian nak berjalan hehehe...)

Harijadi abang Ilhan Mikhail yang ke -13 tahun ni bawa daki Gunung Kinabalu (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).

Harijadi Abbiyana Ariel yang ke -8 tahun bawa pergi snorkelling di Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).

Isnin, 14 Disember 2020

Reptiles Watching Bilit Kinabatangan

Ini entry akhir untuk pengalaman hendap hidupan liar semasa berada di Bilit, Kinabatangan pada tahun 2018 dan menginap di Nature Lodge Kinabatangan, Kampung Bilit (Posting Berkaitan - Klik Sini). Minggu lepas pengalaman hendap hidupan liar mammalia (Posting Berkaitan - Klik Sini). Hari ini curi masa nak kongsi hendapan hidupan liar reptilia pula sambil naik bot menyusuri Sungai Kinabatangan. Gambar pertama tu kasi tunjuk ekor sahaja dulu risau nanti ada yang terkejut pula. 

Warning : Mungkin ada yang geli tengok hidupan berdarah sejuk bila scroll di bawah ya.
Kali ini terdapat 2 jenis ular yang dapat diperhatikan. Ular biasanya kalau dah makan, kenyang beberapa hari tak bergerak dari spot dia rasa selesa. Esok pun mungkin dia masih berada di situ. Jenis ular yang di atas ini boleh nampak jelas besar dan bergulung panjang ni. Tukang Kebun lupa dah nama umum jenis ular ini.
Ular hitam berjalur kuning besar dan panjang ini memang bukan pertama kali Tukang Kebun nampak di Sungai Kinabatangan. Cuma kali ini sudahlah bot tu berhenti betul-betul bawah ranting pokok yang ular tu berada. Kemudian ular ni tak duduk diam tiba-tiba mula memanjang buka lingkaran dia dan aktif bergerak seperti nak ke tempat lain. Tersangatlah suspense jangan ular ini jatuh ke bawah betul-betul landing atas bot sudah, memang terus di pangkuan Tukang Kebun nanti.
Yang species reptilia ni pun cekap panjat pokok juga dengan laju. Yang ni cukup tak suka bila masuk kebun dulu habis telur ayam dimakannya begitu juga berapa kali ibu ayam menangis sebab anaknya ada yang jadi mangsa biawak. Kalau angsa-angsa riuh kat belakang, biasanya angsa panggil Tukang Kebun dulu bagitau ada biawak dalam kebun.
Kawasan Bilit Kinabatangan ini memang tempat buaya melepak dan berdating. Buaya yang berlainan warna kulit ini , buaya jantan dan buaya betina sedang berdating.
Berdebar-debar juga tengok buaya ini bersebelahan dengan bot kita naik. Mana taknya panjang buaya ni pun lebih dari panjang bot. Tapi nampak dah macam biasa je buaya jantan tengok telatah pelancong-pelancong kacau waktu dia tengah mengorat buaya betina. Buaya jantan ni tak kisah kongsi cara mengorat buaya betina.
Kekadang sedang menyusuri Sungai Kinabatangan ini nampak juga kelibat buaya yang remaja walaupun panjang pun ada 2 meter. Kalau gambar pertama atas yang tunjuk ekor tu lagi yang kira usia toddler lah masih muda suka kekadang main di tebing sungai ada je terserempak kadang-kadang.
Nasib baik masa kami pergi Bilit, Kinabatangan ini sebelum video viral keluar tunjuk video yang drone ambil dari atas ada kawasan di Bilit lagilah penuh satu aliran cabang sungai dengan buaya. Macam diorang buat pesta berkumpul membolehkan si Kancil naik atas konon mengira bilangan mereka tapi kena tertipu dengan si Kancil yang ingin menyeberang sungai. Siapa ingat kisah rakyat tu. Kalau guide kami masa bot trip ni cerita masa zaman kanak-kanak di Kampung Bilit dia membesar kekadang lepas balik sekolah sebab lama nak tunggu bot untuk melintas sungai balik rumah, dia berenang je. Tapi kena libaslah dengan parents lepas tu sebab habis basah pakaian seragam sekolah. Cuma sekarang dia dah tak berani lagi nak seberang berenang macam dulu, katanya bilangan buaya yang nampak di Bilit tak seperti sekarang.
Siapa ada teropong besar boleh zoom jauh bolehlah lihat pelbagai jenis burung yang jarang-jarang jumpa. Burung pun termasuk dalam kumpulan reptilia berdarah sejuk juga dan binatang bertelur.
Jenis burung raja udang ini kecil sahaja saiz dia, tapi ibarat artis atas pentas. Semua pelancong-pelancong berpusu-pusu nak ambil gambar si kecil cantik ni. Layan sahaja lah agaknya dalam isi hati kingfisher ini sambil tenung ke camera. Terdapat beberapa jenis species burung raja udang, yang di atas ini antara jenis burung raja udang yang kecil saiznya.
Terdapat pelbagai species burung helang hidup berdekatan Sungai Kinabatangan ini. Ular pun jadi mangsa dalam pyramid makanan. Burung helang ni berada di atas tangga hierachy tinggi dari si ular.
Ada satu aliran cabang Sungai Kinabatangan di kawasan bilit yang jenis pokoknya amat menarik yang akarnya telah adaptasi dengan keadaan persekitaran. Biasanya pokok hutan kayu bakau akarnya terangkat dari air kita boleh lihat satu persatu akar yang timbul tu dan tak seberapa berselirat seperti jenis pokok dalam gambar di atas. Deretan jenis pokok-pokok ini terkenang pula macam sesuai jadi karakter seperti dalam kisah dongeng atau wayang Lord of the Ring. Akarnya berselirat membuatkan pokok-pokok ni pakai skirt jenis kembang pula.
Pelangi timbul atas awan besar di Sungai Kinabatangan juga satu fenomena yang boleh dinikmati di Sungai Kinabatangan sambil mencari burung-burung berterbangan. Selain dari kita tengok apa ada timbul atas air, duduk di tepi tebing sungai atau atas pokok, pemandangan langit di Kinabatangan juga indah seperti yang dikongsikan dalam Posting Berkaitan lepas - Klik Sini
 

Khamis, 10 Disember 2020

Penghuni Primate Bilit Kinabatangan

Minggu ni dah pengumuman ada kawasan dah boleh merentas daerah dan negeri. Mungkin ada yang rancang untuk habiskan saki baki cuti untuk bantu ekonomi industri pelancongan tempatan. Kami tiada perancangan apa-apa setakat ini sebab masih kurang yakin dengan situasi sekarang ini. Main reason workload banyak bulan ini. Cuma sorting dahulu sahaja kenangan travel yang lepas belum abadikan dalam blog ni untuk tatapan anak-anak bila dah besar. Kalau trip di Sungai Kinabatangan ini bagi Tukang Kebun sesuai untuk spend masa bawa orang tua bersama-sama kerana kebanyakkannya hanya duduk dalam bot untuk melihat haiwan liar jadi tak guna tenaga sangat. Cuma pastikan keselesaan dengan memakai topi dan membawa baju hujan serta wind breaker sebab awal pagi dan senja suhu cuaca boleh turun beza juga kawasan Kinabatangan ini.
Kali ini semasa kami booking percutian di Nature Lodge Kinabatangan, Kampung Bilit penuh semua bilik dengan pelancong luar negara -fully booked (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Kami je pelancong tempatan. Tidak ramai lagi pelancong tempatan berminat pergi ke Sungai Kinabatangan ini walaupun kita enjoy tengok National Geographic cerita pasal Sungai Amazon. Hutan dara Sungai Kinabatangan lagi tua dari Sungai Amazon. Tukang Kebun rasa rugi pula kalau yang dekat tak jenguk dulu sebelum pembangunan moden kacau kawasan seperti ini. 
Awal pagi dan lewat petang berduyun-duyun pelancong turun ke arah jeti untuk menaiki bot dengan guide masing-masing mencari hidupan liar keluar di tepi sungai untuk mencari makanan. Sebenarnya naik bot lebih mudah nak hendap tengok hidupan liar yang suka bergayutan atas pokok tinggi. Lagipun kalau binatang tu bergayutan di pokok yang tak kena tutup pokok lain boleh jadi clear view. Kalau dalam hutan kan tebal susah nak nampak bila dongak ke atas. Ini salah satu advantage tengok dari arah sungai.
Terutamanya macam orang utan yang warna bulunya kekadang boleh nampak sama sahaja dengan pohon kayu.
Biasanya setiap hari kalau keluar naik bot setakat pengalaman Tukang Kebun cuti di Kinabatangan confirm akan terserempak orang utan. Biasanya orang utan ni kalau yang jantan jika bukan musim mengawan duduk solo je atas pokok. 
Kebetulan kali ini terserempak pula mak orang utan dan anaknya yang masih bawah jagaan sesama duduk bergayutan atas pokok yang sedang ranum buahnya. Orang utan jantan tak jaga anaknya. Nampaklah orang utan tu sambil petik buah makan. Lebih seronok tengok orang utan di habitat semulajadinya bebas. Kalau memang ada rancangan nak bercuti di Sungai Kinabatangan tak perlu pergi Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini).
Mak orang utan jelas nampak kan? Cuba cari mana anaknya tu bertenggek.
Beginilah keadaan bot berpusu-pusu nak dekat dengan tebing bila spot haiwan liar. Biar bot yang bergerak kita duduk relax je.
Jika silvery lutung kat gambar atas bawah ni tricky sikit nak spot sebab warnanya yang gelap dan dia ni pemalu sikit jarang datang dekat pokok pinggir sungai kalau nampak Homo sapien. Kalau kita cuba datang dekat akan cepat-cepat mereka bergerak masuk ke dalam hutan dan berselindung di sebalik daun yang tebal. 
Semasa trip kami di Kinabatangan Wetland Resort, Abai ada juga kami hendap dulu yang lebih jelas dapat ambil gambarnya (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini). Memang pemalu biasanya silver lutung tunjuk belakang dia je tak face to face.

Kalau yang species monyet ni yang orang tempatan panggil Bayau atau brand name dia Probiscus Monkey, tenung kita tak kelip-kelip.
Probiscus Monkey ni memang paling mudah nak spot masa setiap kali naik bot dan biasanya dalam kumpulan besar. Paling dekat nak tengok probiscus monkey lah sebab mereka suka bergayutan di pokok-pokok yang betul-betul tebing sungai. Lagipun monyet ni pandai berenang jadi tak risau kalau jatuh ke dalam sungai. Cuma kalau kurang nasib baik ada buaya di bawah nanti jadi sumber makanan buaya.
Paling mudah nak cam siapa Big Boss dalam kumpulan ini kerana ianya yang mempunyai susuk tubuh yang paling besar. Big Boss akan pastikan semua beransur pergi dahulu untuk sorokkan diri ke dalam hutan baru dia pun beredar. Tapi species ni tak lah semalu silvery luntung atau orang utan.
Yang ni species paling tak malu, tenung face to face pun lama tak berkelip-kelip. Kalau orang tempatan mungkin takde rasa over-excited macam pelancong lain. Orang tempatan pun kata monyet RM10. Kekadang tak minta posing pun, dia nak juga posing gaya cute macam-macam. Ada 2 species jenis monyet ini yang dibezakan dengan ukuran ekor dia iaitu: long-tailed macaque dan pig-tailed macaques. Jenis long-tailed macaque pandai pancing ketam guna ekornya di lubang ketam. Yang monyet lebih advanced pula, penduduk tempatan mengadu kacau atau selongkar sangkar perangkap mereka letak di tepi sungai untuk tangkapan hidupan akuatik. Itulah antara conflict antara monyet ini dan manusia.