No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Jagung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jagung. Papar semua catatan

Selasa, 22 Ogos 2017

Jagung Pulut Kuning Kudat

 Syukur Alhamdulillah perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat dalam bulan ini, bila dah masuk daerah Kudat baru hujan rintik-rintik bermula yang kemudiannya bertukar kepada sangatlah lebat sekali. Sempat la singgah di tepi jalan beli jagung bakar untuk lapik perut dahulu sebelum hujan makin rancak. Biasanya bila masuk daerah Kudat ini antara local delicacies yang popular untuk singgah snacking ialah jagung bakar. Sebab hampir setiap tahun di Kota Marudu ada acara tahunan iaitu Pesta Jagung. Jadi tumbuhan jagung adalah antara sumber penting yang membantu menaikkan sosioekonomi penduduk tempatan di sini.
 Kali ini trip ke Kudat kami bernasib baik ada tiga jenis jagung bakar yang dapat rasa. Biasanya singgah selalu ada jagung manis je yang bukan jagung kampung. Kali ini ada juga ada dua jenis jagung pulut yang isi putih dan isi kuning. Jagung pulut isi putih dia panjang halus, manakala baka yang jagung gemuk pendek macam jagung jenis popcorn. Kalau baka jagung pulut yang isi kuning ditanam di Kudat ini rasanya sangatlah berkanji, lain dari jenis jagung manis biasa. Ada beza rasa jagung pulut isi putih dan isi kuning. Geng mengembara kali ini semua jenis kami beli nak rasa. Semua texture dan rasa lain. Senyum lebar kak yang meniaga jagung bakar ini tengok kami pajak jagung dia. Jagung segar yang dijual pun adalah dari jenis jagung manis sahaja. Memang nak dapat bekalan jagung pulut agar sukar baginya juga. Nasib kali ini ada rezeki kami.

 Teringat betul zaman kanak-kanak dulu memang jenis jagung kampung ini sangat berkanji. Kalau anak-anak sekarang tak pandai makan kut jagung pulut ni dia lebih berlemak rasanya, tak manis sangat tapi isi dia keras lah sikit. Cepat kenyang makan jagung pulut ni, tahan lama sikit rasa laparnya. Good for nak jaga badan atau kuruskan badan kut.
 Ada jugalah dapat bibit jagung pulut yang isi warna kuning dari Kudat ini jika ada yang berminat nak juga tanam. Sekarang ini laku lagi jual jagung kampung cepat habis jualan dari jagung manis. Dah mula semua rindu nak makan semula jagung kampung teringat zaman kanak-kanak kan.

~ Anggaran 50 biji benih 1 pek jagung pulut yang isi warna kuning dari Kudat RM3.00 ~

Rabu, 12 April 2017

Jagung Pulut Bakar

 Di Negeri Bawah Bayu ini terdapat pelbagai jenis baka jagung kampung terutamanya jenis jagung pulut. Saiz masak buah jagung tersebut juga adalah setengah dari saiz jagung manis yang biasa dijual secara komersial di mana benih samada hybrid atau genetiknya telah diubahsuai. Masa zaman kecil masa belum baligh kalau ke tamu biasa mama beli jagung saiz kecil-kecil isinya warna ke arah krim putih tidaklah semanis macam biasa dimakan di Lembah Klang tempat Tukang Kebun membesar. Cuma ketika itu belum boleh berfikir sendiri but it was one of the memory imprinted in my mind. Ya masa tu kalau cuti sekolah akhir tahun memang kalau makan jagung saiz-saiz besar tapak tangan dewasa sahaja. Tangan kanak-kanak mudah nak pegang makan sambil berlari-lari di padang keliling kubang kerbau.
 Selalunya paling mudah jagung pulut direbus sambil-sambil buat kerja lain atau letak di steamer tunggu masak. Tiba-tiba teringin nak merasa jagung pulut yang dipanggang, sedap jugalah tapi gigi kena kuat. Biasanya dekat Sabah sekarang ni jagung banyak dijual secara bakar bukan rebus. Tapi yang tu guna jagung moden kuning gergasi itulah. 
 Cantikkan isi buah jagung pulut kampung di atas. Comel sahaja saiznya dengan rambut yang sangat panjang. Untuk kesihatan, rambut jagung jangan dibuang, elok direbus sekali dengan isi jagung tersebut. Air rebusan rambut jagung juga banyak khasiatnya. Dilaporkan air rebusan rambut jagung dapat menurunkan kadar gula dalam badan dan turunkan tekanan darah tinggi. Jika tak digunakan terus rambutnya, boleh dikeringkan dahulu untuk disimpan pakai kemudian. Biasanya mama Tukang Kebun akan pesan simpan rambut jagung supaya boleh dibuat air rebusan minuman berkhasiat. Air rebusan rambut jagung juga dikatakan dapat melancarkan masalah pembuangan air kecil. Jadi masa rasa nak makan buah jagung rebus, rambutnya jangan dibuang elok direbus sekali. Seelok-eloknya, gunakalah jagung kampung organik ya untuk air rebusan minuman hehehe....eloklah tanam sendiri untuk 100% guarantee safe for consumption.

~ Anggaran 50 biji benih jagung kampung pulut (baka Sabah) 1 pek RM3.00 ~
 Kekadang jagung pulut ini kulitnya tak lah sehijau dan sebesar macam jagung manis hybrid tu. Jadi jika tak biasa pandang mungkin ingat itulah jagung tak cukup zat atau yang dah lama buruk. Walhal inilah yang lebih bagus untuk kesihatan kita. Kalau di tamu sekarang berebut-rebut nak beli jagung kampung banding dengan jagung manis hybrid. Cepat habis jualan jagung pulut. 

 Tambahan pula jagung pulut kampung ini sedap juga dibuat sayur apabila tuai semasa saiz baby corn (related posting klik sini). Agak mencabar jugalah nak tanam jagung kampung pulut ini di Kebun Bahagia Bersama yang ada pelbagai makhluk, baru saiz baby corn pun dah ada yang pergi makan.  Manis semulajadi agaknya. Jika tanam sendiri jagung pulut boleh tuai masa baby corn dan rebus dengan daun pecah beling untuk amalan sekali kala bagi mengelakkan batu karang dalam badan terkumpul (Resepi klik sini). Sumber bacaan dari Indonesia banyak yang laporkan bahawa rebusan air rambut jagung boleh pecahkan batu karang.

 Jadi Tukang Kebun terfikir sama ada gabungan rebusan:
(1) Baby Corn rebus dengan daun pecah beling
(2) Rambut Jagung dengan daun pecah beling
(3) Baby Corn + rambut jagung+ daun pecah beling,
 Ketiga-tiganya efektif barangkali untuk pecahkan batu karang alternatif lain dari kena bedah.
 Jika nak jimat duit, seperti jus buah lemon, air rebusan pecah beling juga pH adalah alkali lemah untuk kesihatan badan. Sebiji buah lemon pun dah berapa harga. Perangai pecah beling ini lagi rajin diambil lagi rimbun pokoknya tumbuh. Kalau yang dah ada pokok lemon, bila masa buah lemon tiada bolehlah gunakan daun pecah beling pula petik segar dari kebun sendiri. Pecah beling juga menghasilkan bunga yang cantik berwarna kuning. Pokok pecah beling sesuai ditanam di pasu juga.

Info lanjut pecah beling (klik sini).

~ 1 bekas pokok pecah beling RM5.00 ~
atau 
~ 1 ikat daun pecah beling RM1.00 ~

 Pecah beling di depan ampaian Kebun Bahagia Bersama duduk berteduh dengan jirannya pokok serani atau suji di bawah pokok kemboja. Daun dari pokok pandan serani ini boleh juga digunakan sebagai bahan perwarna seperti pokok pandan wangi. Masa bulan puasa yang rajin buat kuih bolehlah gilir-gilir guna daun pandan wangi dan daun pandan serani sebagai perwarna hijau asli. Pokok pandan serani ini tak berapa cerewet dengan penerimaan cahaya, tempat samar-samar cahaya ianya juga boleh sesuaikan diri untuk hidup. Pokok pandan serani juga sesuai dibela dalam pasu.

~ 1 bekas pandan serani/suji RM10.00 ~
atau
~1 ikat daun pandan serani/suji RM1.00 ~

Info lanjut pandan serani/suji (klik sini).

Isnin, 28 Disember 2015

Benih Jagung Pulut

    Beginilah rupa benih jagung pulut yang baru sahaja bercambah. Jika dalam keadaan begini masih lagi bagi ayam sedap dimakan dan begitu juga semut akan dibawa pergi jika tidak ditimbus dengan tanah dengan baik. Hujan yang lebat kadangkala benihnya yang telah disemai dalam tanah menyebabkan benih jagung tesebut timbul kelihatan. 
  Organ pembiakan jantan untuk jagung pulut sebelum dilepaskan debunganya untuk disenyawakan kepada organ pembiakan betina amat merah hati warnanya. Mirip kelihatan seperti kulit padi sebelum dibuka kantungnya menampakkan isi beras di dalam.
  Pokok jagung dan pokok padi juga mempunyai ikatan tali persaudaraan. Zaman dahulu untuk mempelbagaikan hasil semasa musim menanam padi, petani juga akan menanam jagung.
 Daun jagung pulut juga nampak berjalur-jalur. Agen pendebungaan bagi pokok jagung biasanya angin. Disebabkan itu ianya biasa ditanam di kawasan lapang supaya angin bertiup sepoi-sepoi dapat mendodoi pokoknya supaya debunga dapat hinggap ke organ pembiakan betina.
 Jika tiada angin sepoi-sepoi yang datang ketika musim pendebungaan pokoknya, bolehlah pada waktu awal pagi goyong-goyong perlahan pokoknya supaya debunga jantan dapat jatuh kepada rambut-rambut muda yang menawan baru sahaja keluar di sisi tangkai batang pokok jagung tersebut. Menarik juga bagi jagung pulut warna rambutnya walaupun masih muda sudah kelihatan berwarna merah hati yang biasanya jagung-jagung jenis lain berwarna keputihan.

 Jika yang nak melancong atau bekerja macam tak sempat nak tuai jagungnya tunggu hingga masak, pada saiz begini boleh juga nak tuai jagungnya sebagai baby corn. Atau disebabkan cuaca yang dahsyat macam ribut menyebabkan batang-batangnya patah dan buah masih membesar muda boleh juga tuai sebagai baby corn. Ataupun banyak buah jagung-jagung yang keluar dari sisi tangkai, jika nak buah jagung yang besar biasanya petani tinggalkan 1~2 tongkol sahaja di pokok. Jadi yang lain boleh isinya dibuat sayur.

More info about babycorn klik sini.
  Jagung pulut seperti jagung baby blue jade (related posting klik sini), jika nak makan sebagai jagung rebus kena tuai sebelum menjadi begitu tua. Sebelum isi jagungnya bertukar ke warna kekuningan gelap. Tuai masa isinya masih berwarna keputihan atau kuning cair. Cara nak tahu masa sesuai untuk dituai sebagai jagung rebus ialah bila kita picit isinya air berwarna susu bukan warna air yang jernih.

  Fresh biji benih jagung pulut baka kampung Sabah available di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih berharga RM3.00 ~
  Juga available dalam senarai Kebun Bahagia Bersama ialah pelbagai jenis baka kampung kacang tanah.

~ 1 pek kacang tanah pulut anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang tanah hitam anggaran 15 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang taragang anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
  Yang mana biji-biji benih kacang tanah yang Tukang Kebun reject lepas sorting, Tukang Kebun tabur di bawah pokok terung sekali terkejut tengok meriah pula bercambah di bawah pokok terung tersebut. Sebenarnya seperti tauge, kacang tanah yang baru sahaja bercambah boleh juga dijadikan sayur. Sedap juga yang kacang tanah yang baru bercambah macam tauge buat masak goreng kicap dengan tauhu. Disebabkan sibuk tak sempat nak petik masa baru bercambah, takpelah jadikanlah ia sebagai 'green manure' untuk baja nitrogen fixer pokok terung tersebut kemudian.

Rabu, 20 Mei 2015

Tak Sempat Makan Pulut

 Hujung minggu lepas sebelah pagi sibuk dengan Sports Day Rayyan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam. Sebelum itu ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada gardeners yang sudi self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama di sekolah tersebut. Tahun ini nampaknya Rayyan lebih ceria kerana diberikan lebih banyak peluang dalam pelbagai acara. Siap dapat masuk acara Tarik Tali untuk semua budak yang berumur 6 tahun 2015. Rayyan paling kering halus je badan berbanding kanak-kanak lain. Takpelah the fighting spirit is always in Rayyan heart. Asalkan Rayyan sihat dan happy, Mama dah bahagia.
  Teringat pula bulan lepas masa check up jantung Rayyan, Doktor kata sumbat bagi banyak chocolate pun takpe. Pastu Mama Rayyan cheeky kata the problem is Rayyan bukan sweet tooth suka makan benda masam-masam. Itu jarang demam selsema banding siblings yang lain. Takdelah tiada pertumbuhan langsung cuma agak perlahan-lahan. Adalah meninggi berat tak naik-naik, rasa dah setahun sama je beratnya just over 13kilogram. Sat lagi Abby lagi berat dari Rayyan. Semoga ayam-ayam di belakang akan mudah rajin bertelur untuk supply Rayyan makan, for that banyaklah tumbuhan mama kena sacrifice. Menurut nutritionist Rayyan dulu, takpe kasi Rayyan makan berapa banyak telur dia nak in a week sebelum 7 tahun. Yang isi putih tu takpe kasi banyak-banyak untuk budak, cuma yang kuning telor tu maximum about 8 yolks per week. Nasib baik memang Rayyan suka makan putih telor je, yang kuning telor kekadang dia tak makan biar je. Itu jelah antara tips pemakanan untuk budak-budak yang susah tambah berat macam Rayyan, Tukang Kebun boleh berkongsi.
  Lepas selesai Sports Day Rayyan, kami on the way balik singgah Stadium Shah Alam yang biasa pagi Ahad ada pasar nak tapau lunch (mood malas masak). Elok je masuk Guthrie Highway hujan turun selebat-lebatnya sehingga sampai rumah. Tak pula Tukang Kebun sangka yang tragedy akan berlaku di Petak F kami yang sedang pokok-pokok jagung nampak tumbuh bahagia sekali dengan cuaca tahun ini. Cuaca tahun ini benih-benih jagung pulut yang tukang kebun semai secara direct sowing sungguh mudah bercambah dan membesar dengan penjagaan minimum. Siram pun tak perlu sebab cukup dengan taburan rezeki hujan yang diterima tahun ini.
 Sebenarnya tahun ini memang Tukang Kebun rasa cuaca amat mudah bagi jagung untuk tumbuh. Walaupun beratus jagung telah bercambah, banyak yang kena cakar-cakar atau baham dengan ayam-ayam yang telah diberi kebebasan meronda di belakang. Itulah nasib bila bela ayam-ayam yang boleh terbang ni (DUGAAN DUGAAN DUGAAN). Rasa nak sembelih je semua, but kena chant chicks and eggs investment banyak kali dalam kepala. So Tukang Kebun ingat bernasib baiklah so far yang di Petak F ni macam ada selamat dari kuku besi mereka tu. Rasa bahagia jugalah bila nampak tumbuhan-tumbuhan boleh makan pelbagai di Petak F ni nampak penuh, dah rasa puas hati sebab kira productive and fully utilised. Sangkar F bersambung dengan Petak F ini pun malam-malam motel itik-itik Muscovy tidur. Dalam Petak F ini selain jagung sebenarnya ada juga pokok-pokok sayur manis, serai, asparagus, mulberry, nanas madu Sabah, ubi bemban, bunga telang, dan lain-lain. Keluasan Petak F ini slightly smaller dari frontyard rumah teres (so no excuse even in a space like this, you can have many plants to grow for your dinner plate).
  Mana tak bahagia, sebab pokok-pokok jagung pulut ini dah pun berbunga. Tukang Kebun suka tengok kantung debunga jantan jagung pulut sangat berwarna merah hati maroonish. Malangnya Tukang Kebun takde rezeki nak rasa kepuasan ianya memberikan hasil, kesan dari hujan ribut Ahad. Bila petang Tukang Kebun sibuk nak masukkan Avian Pets dalam sangkar masing-masing. Sakit kepala tengok pokok-pokok jagung yang ada dah lebih tinggi dari Tukang Kebun dah rebah-rebah ke tanah sampai tidak dapat diselamatkan lagi. Ingat nak check uprightkan masa hari Isnin mana yang boleh, makin teruk rupa kejadian kemalangan di Petak F. Tukang Kebun suspect atas pertolongan ayam menyelongkar kawasan ini sebelum operasi menyelamatkan dapat dijalankan.
  Tukang Kebun pun ada mood down juga jadi malas nak turun kebun dengan tengah sakit kepala nak sorting commitment lain bila tengok ayam-ayam makin naughty. Mula-mula dalam kepala dah setting think positive walaupun tak sempat nak rasa jagung pulut yang boleh dimakan isinya. Tukang Kebun estimate mungkin dah ada bahagian-bahagian anak-anak jagung (baby corn) yang boleh dituai pada stage pembesarannya. Jadi pagi Selasa barulah nak check-check antara batang jagung tu ada baby corn ke tidak.
  Amboi-amboi semua baby corn pun dah kena culik diratah juga. Pasti sedap dan manis ni. Sebelum itu, pesanan dari Tukang Kebun, tak perlu nak cari specific benih untuk baby corn, apa jenis jagung pun akan menghasilkan baby corn. Jika anda mengalami situasi sama seperti Tukang Kebun, tak sempat nak membesar buah jagungnya kerana sebab-sebab tertentu jangan bersedih masih ada hasilnya. InsyaAllah ada babycorn untuk anda tuai. Dah ada rambut-rambut keluar di sisi batangnya tu rajin-rajinlah tengok walaupun buahnya masih kecil muda, ingatlah ada babycorn walaupun tak dapat isi jagung, tongkol yang muda lembut itupun manis rasanya.
  Hai nasib badan Tukang Kebun, bila check-check ditinggalkan yang paling kecik je baby corn terselit dekat batang tak perasan sebab kecik sangat kut. Subhanallah walaupun kecil begini masih muda tongkal jagung ini, bila masak sungguh manis rasanya bila baru tuai dari kebun sendiri. Memang rasa patah semangat when these thing happened. Tapi bila rasa kemanisan babycorn kecil ini memulihkan semangat untuk mencuba-cuba lagi, InsyaAllah ada rezeki lebih banyak lagi. 
  Ini hasil tuaian semalam yang mana sempat nak diambil dari kebun tu. Yang ini memang antara tumbuhan-tumbuhan yang mudah untuk novice gardeners grow in the garden mula-mula asah skill ya. Dalam upih ini ada sengkuang tumbuh sendiri, terung pipit tumbuh sendiri, kacang panjang renek, kacang kelisa, terung telunjuk, kapas, buah mulberry dan buah limau kapas.
  Semalam sebab ada ubi sengkuang buatlah inti popiah. Sambil Tukang Kebun menggulung popiah, Ilhan pula sedang makan dinner. Tiba-tiba perbualan dari Ilhan yang bermula dari soalan ini menyentuh hati Tukang Kebun.

Ilhan : Mama, Kenapa Ilhan asyik dapat No. 5 je dekat Sekolah Agama?

(Dalam hati Tukang Kebun, bosan pula kalau asyik komen kena belajar bersungguh-sungguh lagi, cuba distract dulu cari idea). Mungkin ada kawan-kawan sekelas boleh jadi contoh baik. Tahun ini masuk darjah 2, dah dipisah-pisahkan kelas ikut keputusan masa Darjah 1. Jadi kiranya Ilhan dalam Darjah 2 kelas No. 1.

Tukang Kebun : Ujian hari tu siapa dapat No. 1 Ilhan?

Ilhan : No. 1 tak de.

Tukang Kebun terpinga-pinga : Kenapa pula takde No. 1 .

Ilhan : Kan hari tu masa Ilhan pergi sekolah awal pagi, ada Ilhan kata Ilhan baca Yassin.

Tukang Kebun : Baca Yassin? Bila Mama tak ingatlah yang bila

(dalam kepala mungkin bukan baca Yassin yang biasanya Tukang Kebun ingat dia belajar menghafaz surah Yassin di sekolah).

Ilhan : Yang Papa hantar awal pagi tu, sampai hantar ke kelas Ilhan.

Tukang Kebun : Hari yang kita keluar awal ke Ilhan? Masa nak hantar Rayyan check up di hospital.

Ilhan : Hari itulah ada baca Yassin.

(Tukang Kebun terimbas kembali semasa menunggu Papa Ilhan hantar Ilhan sehingga ke kelas sebab masih awal pagi lagi, belum masuk pukul 7 sebab nak kejar masa appointment jantung Rayyan di Hospital Serdang. Kereta pun ketika itu bersebelahan masjid, sebab Sekolah Agama Ilhan menghadap masjid. Iya masih kuat dalam memory betapa syahdunya bacaan Yassin pada pagi itu. Bila Papa Ilhan masuk kereta pun terus kata mungkin baru ada kematian, syahdu sungguh bunyinya mungkin yang membaca Yassin ahli keluarga jenazah sendiri kami meneka-neka. Just to refresh memory our Ilhan ini pernah diagnosed Language Disorder jadi banyak kami nak kena meneka-neka apa yang hendak disampaikan. Teringatkan yang Ilhan pernah cerita ada rakan kelas lama tak sekolah sakit mata katanya dah lama menderita. Lalu hati ini terdetik bertanya...

Tukang Kebun : Kawan Ilhan yang sakit lama tak ke sekolah tu macam mana sekarang?

Ilhan : Kawan tu sakit kepala lepas sakit mata. Mula-mula duduk Hospital Selangor, pastu Hospital Kuala Lumpur, Lepas tu dekat Ipoh. Ipoh dekat mana Mama? Dekat Seremban ke?

Tukang Kebun : Ipoh dekat Perak. Jauh lagi dari Seremban. Sekarang ni kawan Ilhan tak pergi sekolah lagi ke? Kawan Ilhan tu dapat No. berapa?

Ilhan: Kawan Ilhan itulah dapat No. 1. Tapi dah takde. Hari tu baca Yassin untuk kawan.

Sebak dalam hati baru faham maksud Ilhan No. 1 kenapa takde.  

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sesungguhnya kawan yang telah pulang ke Rahmatullah ini juga telah memberikan pengajaran kepada Ilhan untuk bersedakah pada pertama kalinya tanpa pengetahuan kami pada asalnya.

Teringat beberapa minggu lepas semasa tengah makan malam Ilhan bercerita,

Ilhan : Dekat sekolah agama hari tu ada kumpul-kumpul duit untuk kawan yang lama sakit mata.

Papa dan Mama saling berpandangan.

Tukang Kebun : Oh kenapa Ilhan tak kasi tahu Papa Mama nak kasi duit. Ilhan ada tak sedekah duit? 

Ilhan : Ada kekadang Ilhan bagi 50 sen, kekadang bagi seringgit.

Lega hati mama papa dengar, Ilhan boleh jadi seorang insan berhati pemurah.

Masih terngiang-ngiang di telinga syahdu bacaan Yassin pada pagi itu, pemergiannya kanak-kanak kecil yang ada masa depan cerah belum berdosa lagi. Pasti ustaz dan ustazah, cikgu-cikgu pun terasa kehilangan anak didik mereka yang cemerlang. Doa Tukang Kebun semoga kedua ibubapa kawan Ilhan dapat ditabahkan hatinya.

AL-FATIHAH.

 Tak sempat nak buat entry ucapan Hari Guru tahun ini. Nak sediakan hadiah untuk Cikgu Ilhan pun tergesa-gesa. Bila kembali rumah lepas Sports Day Rayyan pula, cuaca tak berapa mengizinkan nak ronda-ronda cari bunga segar dari kebun. Jadi atas cadangan anak-anak, Tukang Kebun kitarsemula bunga telur hadiah dari kenduri kahwin saudara di Lukut, Negeri Sembilan Sabtu lepas. Inilah hasil simplenya. Gandingan bunga tak hidup warna biru dan pokok hidup gardenia atau bunga Cina ambil dari nursery sendiri. Bila digandingkan bersama nampak daun-daun gardenia hidup ni macam plastik juga kan. Sampai berapa kali Tukang Kebun pesan kepada Ilhan, pesan dekat cikgu yang ini pokok hidup tau bukan hiasan je. InsyaAllah kalau cikgu Ilhan tanam ini tumbuh subur sampai Ilhan dah graduate dari University ingatkan Ilhan yang bagi pokok bunga cina hidup.

Sebagai teaser untuk cikgu Ilhan:

Buai laju-laju,
Sampai pohon sena,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.
  Last weekend memang tak dapat berkebun, Sabtu kenduri kahwin di Lukut. Ahad pula Sports Day Rayyan dan cuaca pula hujan ribut.

Sabtu, 28 Februari 2015

Tuaran Pagi Sabtu

  Rindunya rasa nak pergi Tamu pada awal-awal pagi. Dah nak 2 bulan tak dapat jejak kaki dan cuci mata di Tamu. Kebiasaannya Tamu Tuaran adalah pada hari Ahad. Tetapi sebenarnya ada juga pekebun yang turun awal dan mula menjual pada pagi hari Sabtu. Jika mereka yang tak berkesempatan pada Cuti-Cuti Malaysia nak jenguk Tamu Tuaran bolehlah singgah pada awal pagi Sabtu berdekatan dengan sungai atau jambatan gantung Tuaran. Sebagai contoh seperti gambar pertama di atas ada gerai-gerai menjual hasil tumbuhan yang biasanya lokasi ini jika pada hari Ahad pagi dipenuhi dengan gerai-gerai menjual hasil laut.
 Kali terakhir singgah Tuaran sebelum balik kampung Kiulu beli stok dapur dan esoknya pun dah nak berlepas pulang ke Semenanjung. Harga makanan kering dari hasil laut juga murah di Tuaran jadi jangan lupa beli stok dapur sikit untuk dibawa balik.
 Biasanya di sudut ini memang setiap hari Sabtu orang tengah akan menjual jenis adik beradik halia, kunyit dan lain-lain. Di Sabah ini memang mudah nak dapat sumber halia yang banyak sebab banyak digunakan oleh orang tempatan. Biasanya kalau tukang kebun mencari bekalan halia merah akan cari di sini. Anak pokok halia merah juga dah kembali dalam ready stok Kebun Bahagia Bersama.

~ Halia Merah/ Halia Bara ~
1 pot for RM7.00 .
 Di Tuaran ini pun memang banyak menjual jagung sebab kawasan Tuaran ini dalam planning Jabatan Pertanian Sabah menjadi kawasan difokuskan untuk ditanam jagung dan mangga menurut pegawai pertanian yang tukang kebun temuduga dengan tidak sengaja. Memang jualan jagung di sini murah 1 beg ada 5 tongkol RM2. Kalau beli 3 beg RM5.00 ditawarkan. Dulu memang tukang kebun rajin membeli jagung bila ke sini tapi sejak berjumpa dengan pegawai pertanian di pusat pertanian di Tuaran takkan tukang kebun beli was-was ada kemungkinan kalau bukan hybrid ianya jagung GMO (Genetically Modified Organism) itulah yang terdetik dalam naluri tukang kebun. Selepas mendapat serba-sedikit info penanaman komersial yang dijalankan di Tuaran ini dan dimana sumber bekalannya diperolehi dari pegawai pertanian, tukang kebun balik feeling so depressed sebak rasa hati ini. Posting ini dah lama duduk dalam draft tapi siap kali nak karang ayat tukang kebun rasa sebak..... tapi jika tukang kebun tak salurkan info ini untuk buka mata orang lain atau generasi akan datang tukang kebun rasa sia-sia aku belajar sampai Permanent Head Damage sekarang jika tangan ini tak menaip supaya anda pilihlah yang terbaik. Semoga adalah mereka seperti reporter boleh ambil cerita ini untuk scoop panas dalam bidang sains dan teknologi bersama alam sekitar seperti bagaimana environmentalist di Barat berjuang untuk living without GMO. Tak sangka pula di Sabah pun tercemar tapi masih senyap-senyap lagi.

  Sebelum itu tukang kebun nak bertanya dengan orang-orang Sabah yang dulu dibesarkan sempat melihat pelbagai variety jagung yang dijual di Tamu yang mana sekarang sudah rare nak ketemu. Yang biasa tongkol kuning besar standard commercial tu kan. WHY? WHY? WHY? Kita tak dapat lagi nak membeli jagung kampung lagi yang pelbagai warna tu? Mana tidaknya kalau variasi jagung itu sudah tercemar dan digantikan dengan bekalan biji-biji benih jagung yang diperolehi sumbernya dari AMERIKA SYARIKAT. Ya biji-biji benih jagung bukan locally made but diimport dari AMERIKA SYARIKAT oleh orang-orang tertentu yang hendak monopoly menjadi pengeluar jagung-jagung di Sabah dengan membekalkan biji-biji benih tersebut secara direct kepada petani-petani di Sabah ini terutamanya kawasan berdekatan Tuaran. Petani-petani ini kemudian akan mendapat pilihan menjual semula hasil-hasil jagung tersebut kepada pembekal biji benih tersebut dengan tolak harga biji benih yang diperolehi dari jualan jagung mereka. Tahukah anda AMERIKA  SYARIKAT adalah pengeluar terbesar Genetically Modified Jagung di dunia dan syarikat menjual biji benih GMO pun pengeluar terbesar ialah AMERIKA SYARIKAT. 

  Jagung ini pendebungaannya adalah secara udara/angin. Maka masalah besar dengan pendebungaan angin ialah ianya boleh terbang jauh jadi bukan sahaja jagung GMO yang dapat pendebungaan dari angin tapi jagung-jagung variety yang lain ditanam berdekatan juga akan tercemar dengan debunga dari jagung GMO. Menjadikan baka jagung kampung dah dinodai. Ini adalah masalah besar yang dihadapi oleh petani-petani di Amerika yang ingin mengekalkan penanaman baka kampung apabila ada ladang berdekatan menanam baka GMO. Ini juga masalah sama untuk peladang kacang soya. Kasihan mereka tidak dapat nak kekalkan dan simpan biji-biji benih kampung untuk penanaman musim depan. Maka rugilah kita lagi-lagi generasi akan datang tak dapatlah merasa nak makan jagung kampung pelbagai variasi if no one tak action. Hanyalah tinggal kenangan, anak-anak tahu makan jagung kuning keemasan komersial yang biasanya hybrid ataupun GMO. Maka pemakanan beginilah antara faktor yang sekarang dipertikaikan peningkatan anak-anak 'Autism' seperti pakar-pakar kanak-kanak sedang membuat kajian. For pregnant mothers, pilihlah yang selamat bukan GMO food.
  Di mana tukang kebun dapat info ini? Kebetulan tukang kebun ke Jabatan Pertanian Daerah Tuaran nak cari sejenis anak pokok jenis kacang exotic. Sebab dengar khabarnya di Sabah ada ladang baru percubaan buka untuk pokok ini dan di Semenanjung Malaysia belum lagi tukang kebun nampak anak pokoknya. Semasa ke kaunter reception Jabatan Pertanian tersebut masuk je dah keliru terkejut sebab ada 6 meja dan 6 orang di situ. Biasanya kalau pejabat kerajaan ada 1~2 receptionist. Ini sampai 6 orang tukang kebun pun keliru nak tanya mana satu. Bila tukang tanya jenis pokok yang tukang kebun mencari itu, siapa pun tak tahu jadi dibawanya terus jumpa Boss. Penolong Pegawai Pertanian sangat ramah muda orangnya, banyak maklumat yang diberikan dengan terperinci tak perlu tukang kebun tanya satu persatu. Belum ada rezeki pokok exotic yang tukang kebun nak perolehi tiada di Jabatan Pertanian Daerah Tuaran mungkin kena tanya Daerah Beaufort atau Tenom. 

  Lama juga kami sempat berbual-bual dengan penolong pegawai pertanian daerah Tuaran salah satunya ialah untuk daerah Tuaran antara pengkhususan dalam perancangan pertanian Sabah ialah untuk jagung dan mangga. Jadi seperti biasa tukang kebun tanyalah mana nak dapat pelbagai jenis bibit baka kampung jagung. Terkeluarlah cerita semua mengenai penanaman jagung komersial di Tuaran. Untuk makluman supplier  (middleman) terbesar jagung di Tuaran ada 2 orang, seorang berbangsa Cina dan seorang bumiputra. Merekalah yang bekalkan biji=biji benih kepada petani-petani tempatan dan kemudian membeli semula hasil-hasil jagung tersebut dari petani tempatan dengan menolak modal biji-biji benih dan baja yang dibekalkan. Menurut pegawai pertanian benih-benih jagung ini mereka perolehi dari Amerika Syarikat yang import ke Kuala Lumpur (middleman) kemudian dihantar kepada major supplier ni. Kalau orang tempatan berdekatan daerah Tuaran pasti kenal syarikat pembekal jagung ini tengoklah packaging yang dilabel di hyper supermarket. 
  
 Memang dari mulut Penolong Pegawai Pertanian sendiri kata biji-biji benih tersebut bukan baka kampung atau original. Ianya adalah hybrid. Tapi kalaulah dari Amerika Syarikat my first instinct will be ada possibility not F1 but GMO. Kalaulah sesiapa pernah dengar syarikat benih terbesar seperti MONSANTO pasti anda pun ragu-ragu nak percaya ianya bukan F1. Mulalah cycle petani terpaksa setiap kali nak tanam jagung kena beli biji-biji benih mereka. Tiada lagi cycle proses lepas tuai simpan benih kampung untuk ditanam punya cycle seperti generasi-generasi dahulu amalkan. Ruginya lah generasi akan datang jika tak dapat merasa jagung-jagung kampung seperti dahulu. 
   Dalam gambar di atas ini dapatlah juga tukang kebun beli upih untuk Big Boss. Teringat Big Boss nak minta upih. Lupa pula nak beli cutting board bawa balik bila imbas kenangan gambar di sini. Bahagianya hati bila penjual  menyapa tukang kebun menggunakan bahasa Dusun-Kadazan bila tengok muka tukang kebun. Bolehlah latih diri bahasa ibunda Big Boss. Kebetulan penjual tersebut ada menjual bibit baka kampung jagung pulut diambil dari Kota Belud. Belilah 3 sets untuk benih jagung bibit untuk Big Boss, Aunty Janet dan Tukang Kebun. Inilah salah satunya jagung baka kampung yang masih diusahakan oleh petani-petani kampung. Sekarang menyesal pula tak beli banyak-banyak lagi. Jabatan pertanian daerah Tuaran tiada pula menjual bibit-bibit baka jagung kampung. 

Khamis, 3 April 2014

White Truckers Favorite

 Kebiasaannya bulan Disember tukang kebun target menanam jagung di belakang kawasan kebun yang menerima cahaya banyak. Tetapi lokasi ini tidak kesampaian nak menyiram melalui hose air kecuali kalau rajin dan ada masa kenalah angkat air nak kasi minum kat mereka ni (jika terdesak). Biasanya hujung tahun di KBB masih ada hujan jadi tak perlulah nak risau masa pertumbuhan awal boleh biar sahaja jagung tu bersendirian dengan merumput sekali-sekala. Bila dekat musim tuai biasanya hujan pun dah tak turun setiap hari jadi sesuai untuk musim menuai pula. Tak disangka pula kali ini musim kemarau berkunjung dengan cepat sekali. Kali ini dilokasi yang bahagian atasnya jenis berpasir pada Disember lepas disemai jagung kampung jenis White Truckers Favorite yang isinya berwarna putih susu. Pertumbuhan baka kampung ini baik sepanjang musim kemarau di mana hingga mula keluar bunga jantan tukang kebun siram 2 kali seminggu sahaja. Kemudian tukang kebun terasa nak pandai-pandai buat kajian sendiri, sebahagian dari batch kali ini tukang kebun berhenti siram bila bunga jantan dah matang dan pendebungaan dah progress nak tengok response jagung baka kampung ini. Inilah hasil kajian tukang kebun:
 Pendebungaan dari bunga jantan ke betina tiada masalah sebab bahagian bawah jagung isinya padat. Cuma di bahagian atas tiada isi. Dalam buat-buat pandai andaian tukang kebun rasa cuaca yang panas di mana bahagian atas tongkol jagung lebih terdedah kepada element panas terik pada musim kemarau ini telah mematikan sel-sel tersebut menjadikan pertumbuhannya terbantut. Manakala di bahagian bawah terselamat disebabkan terlindung dengan daun-daun berlapis yang lebih tebal memberikan perbezaan hasil bahagian tongkol di atas dan di bawah. Faktor penyiraman juga mungkin salah satu sebab yang buatnya stress maka potensinya menghasilkan isi berkurang.. Kalau yang berterusan disiram hasilnya lebih memuaskan walaupun pada musim kemarau. Cuma kali ini naluri tukang kebun rasa buahnya cepat masak pula berbanding dengan baka kampung jagung lain. Memandangkan buahnya cepat masak, bahagian atas yang tukang kebun bulatkan warna jingga itu masih sangat lembut untuk buat sayur menjadikan double happiness. Cuma rebus jagung White Truckers Favorite yang baru dituai dalam air mendidih dalam 5 minit sungguh lembut dimakan. Mula-mula tukang kebun ingat tongkol yang bahagian atas tu dah keras nak dimakan seperti baka-baka lain. Tetapi bila diratah-ratah lepas habis isi dimakan, tak disangka pula rupanya masih lembut tongkol  bahagian atas tersebut lebih lembut dari baby corn yang dijual dekat pasar tu. Menjadi pengajaran, lain kali tongkol yang bahagian di atas tu tiada isi boleh dipotong diasingkan buat lauk sayur untuk baka jagung kampung jenis ini. Double happiness dapat makan isi jagung, dapat makan 'baby corn' tiada pembaziran. Jagung White Truckers Favorite adalah juga jagung yang sesuai untuk ditanam dituai baby corn masa buah jagungnya masih muda rambut berwarna putih suci lagi. Kalau rasa macam schedule kerja busy je clash timing kemarau atau nak outstation bila nak tunggu  masa jagungnya masak, bolehlah tuai buahnya masa baby corn. 
 Jagung White Truckers Favorite adalah jenis jagung 'Early variety' dan drought-tolerant. Kesian batch kali ini diseksa oleh tukang kebun buat terabai tapi masih ianya berikan hasil rezeki kepada kami. Gambar di atas, yang dalam background rambut putih tu boleh tuai sebagai baby corn. Manakala yang bahagian depan sedang progress nak masak sabar ya. Gambar bawah biasanya dah boleh nak tuai dah masak, tengoklah rambutnya dah coklat gelap keseluruhannya. Nampak tak dicelah antara daun jagung dan buah jagung tu ada kerengga, menandakan jagungnya manis. Dekat tapak ni tukang kebun tanam setiap penjuru ada pokok Nenas madu Sabah. Sementara tunggu pokoknya rimbun membesar, ruang tengah-tengahnya ditanam jagung. Sebelum tu kacang tanah memberikan rezeki. Tapak gambar pertama di atas pula sebelum tu Kacang Soya Fuuki pun bahagia kami menikmati rezekinya. Sekarang ni dalam dilema, tapak tu tukang kebun nak pusing balik tanam Kacang Soya Fuuki ataupun nak tanam jagung second round. Tapak ini tumbuhan seperti jagung dan kacang soya adalah sesuai ditanam tanpa banyak pengawasan dari tukang kebun cuma sowing time nak kena betul ngam dengan progress perubahan cuaca. Masih belum tukang kebun yakin dengan rentak hujan bulan April ni. Tetapi Kacang Soya Edamame Mannarihakuchou yang baru dituai biji benihnya minggu lepas dan terus disemai dah mula bercambah semalam. Gardeners yang mengalami cuaca sama di Kebun Bahagia Bersama sekarang yang belum semai-semai biji benih kacang soya terperap dalam seedbox bolehlah semai biji benihnya minggu ini ya. Tukang kebun tiada extra biji benih kacang soya heirloom sekarang, hanya cukup untuk koleksi peribadi nak pusing-pusing tanam. Sukar nak dapatkan simpanan biji benih kacang soya banyak sebab kegemaran seisi keluarga. Tak tahan tengok buahnya teringat nak rebus je.

~ Very Limited Fresh Open-Pollinated Organic Untreated  White Truckers Favorite Sweet Corn Seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard~

Approximately 15 seeds per-packet for RM3.00 (kebunkmg@gmail.com)

Sabtu, 18 Januari 2014

Corn and Peanut

 Setelah kebun ditinggalkan hampir 2 minggu, semalam barulah dapat slot masuk kebun balik pada cuti Thaipusam. Pada sebelah paginya, sehingga hampir waktu solat zohor tukang kebun dan hubby mengemas 6 petak saiz satu meter persegi lebih kurang masing-masing yang dah penuh weed boleh tenggelamkan Abby kami. 1 petak mulberry dah di hard pruning sehingga botak semalam. Satu petak asal keledek, tukang kebun semai biji benih jagung dan lain-lain (jangan si semut rajin mengangkut biji benih sudah). Ada satu petak ni dulu tukang kebun tanam kacang tanah lepas tu lupa nak tuai jadi tumbuhnya balik sendiri masa musim hujan tahun lepas, jadi kiranya self-seeded kacang tanah yang tumbuh merata-rata antara pokok jagung. Semasa weeding celah-celah pokok-pokok jagung, tukang kebun tercabut sekali pokok-pokok self-seeded kacang tanah tersebut. Jadi alang-alang tukang kebun cabut semua pokok-pokok kacang tanah tersebut memandangkan tengok ada yang dah berisi, takut lupa lagi. Sebenarnya jagung-jagung yang tumbuh di situ semasa self-seeded kacang tanah sedang berbunga, tukang kebun saja semai direct-sowing di celah-celah self-seeded kacang tanah tersebut. Syukur Alhamdulillah jagung-jagung tersebut gagah membesar antara pokok-pokok self-seeded kacang tanah tanpa perhatian. 

Kenapa celah-celah ruang kacang tanah yang berbunga tukang kebun sempat tuai biji benih jagung?

Sebab utama malas nak siram lagipun musim hujan.

Tambahan pula air dari tanah kurang kena sejatan sebab daun-daun si kacang tanah sudah pun banyak jadi natural covering sama fungsi macam 'mulching' keliling anak-anak pokok jagung.

Jagung yang adik-beradik rumput perlu banyak nitrogen, inipun tak perlu risau sebab kacang tanah adalah tanaman pengikat nitrogen semula jadi.

Ruangan menanam juga boleh digunakan secara sepenuhnya, lepas tuai kacang tanah nanti masih ada tanaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kesimpulannya jagung dan kacang tanah makes good companion.

Inilah taktik kerja si tukang kebun pemalas ini, rezeki hujan sajalah harapan tanaman di petak ini.

 Daun pokok jagung pun ada dibuat lakaran tapi tak mengapalah dalam petak ini ada balance dengan nature most natural way of living harmoniously bahagia-bahagialah kamu. Setiap penjuru satu meter persegi dalam lokasi full sun ini, tukang kebun sebenarnya tanam nanas madu Sabah, Syukur Alhamdulillah dah nampak beza besarnya membesar. Sementara tunggu nanas madu ni besar matang, bolehlah gunakan antara ruang tanah secara produktif ataupun maximize penggunaanya dengan tanaman yang cepat menghasilkan yummy-licious food. Semalam lepas tuai semua self-seeded kacang tanah, tukang kebun tanam biji benih kacang tadong antara ruang yang ada di keliling pokok-pokok jagung. Bila dah habis musim jagung, ada pengganti kacang tanah pula nanti. Sekarang ni dalam kepala baru tercetus idea bila tengok gambar terfikir bila pokok-pokok nanas membesar boleh ditengahnya tanam sebuah pokok buah yang perennial jadi sama-sama membesar (mmmm...tengah fikir pokok apa boleh memaksimakan penggunaan ruang tersebut).

Dalam satu meter persegi macam-macam tanaman boleh ada tumbuh bersama-sama.

Selasa, 10 September 2013

Jagung Heirloom Red Aztec

 Benua Amerika Selatan kaya dengan pelbagai jenis jagung-jagung purba atau nenek moyang jagung-jagung moden sekarang. Pelbagai usaha juga sedang dijalankan untuk memastikan jagung-jagung purba tersebut tidak akan hilang. Yang meminati tamadun purba mesti nama 'Aztec' tidak asing di telinga mereka kerana 'Aztec' adalah salah satu tamadun yang mempunyai bangunan yang hebat jika dibandingkan teknologi dahulu yang tiada traktor-traktor besar seperti sekarang. Antara tanaman yang penting dalam culture mereka zaman tersebut juga adalah jagung.  Jagung heirloom red aztec adalah jenis besar dan berwarna merah. Kalau nak nikmati makan isinya fresh makan masa muda semasa isinya tidak keras dan sedang mengeluarkan cecair seperti susu isinya. Kalau dah tua boleh buat tepung jagung home-made atau hiasan di dapur ataupun bagi makan ternakan. Bukan itu sahaja boleh menikmati jagung ini, kalau dah banyak sangat anak-anak jagung keluar dari satu pokok, bolehlah tuai sebagai baby corn kalau nak.  Kebiasannya peladang jagung untuk mendapatkan jagung saiz yang besar atau standard mereka akan buka anak-anak jagung jika terdapat banyak di satu pokok. Supaya pokok tersebut tak perlu agih-agihkan tenaga untuk membesarkan buah jagung kesemuanya. Tapi boleh memberikan lebih tenaga kepada 1~2 jagung supaya membesar dan membesar sampai limitnya.
  Dah beberapa kali tukang kebun mendapat persoalan mengenai macam mana nak dapat biji benih untuk baby corn? Tak perlu cari jagung specific untuk baby corn. Apa-apa sahaja jagung pun boleh dituai sebagai baby corn selagi semasa dituai buah jagungnya muda dan kecik lagi serta masih lembut seperti dalam gambar. Semasa percutian tukang kebun ke Sabah tahun ini, kami ada pertama kali jalan-jalan ke tamu Kota Marudu yang ada diadakan setiap hari minggu. Kota Marudu adalah antara pengeluar jagung terbesar di Sabah. Menarik pula bila nampak petani menjual baby corn masih belum lagi dibuka sarungnya. Tambahan pula tengok buahnya pun nampak masih macam baru je petik dari kebun.
  Mari kita selak sarung buah jagung...tadaaa...nampak sangat fresh. Tidak seperti dekat supermarket dah packing cantik-cantik tapi tak setanding seri yang dibeli dari petani di Tamu. Yang elok kalau nak tuai baby corn, eloklah jagung jenis saiz besar. Kalau baby blue jade corn kecik sangatlah pula baby corn tu kan. Blissful, terkenang fresh baby corn dalam sayur campur masakan mama tukang kebun.

~ Jagung Heirloom Red Aztec ~

Anggaran 10 biji benih satu pek (RM3.00).

Selasa, 9 Julai 2013

Ulat Bertapa dalam Jagung Baby Blue Jade

 Syukur alhamdulillah minggu ni tanaman-tanaman di kebun sebelah pagi menerima rezeki hujan, jadi tak perlu risau nak plan pusingan giliran siraman di keliling kebun. Cuma masa terluang di kebun berkurangan, masa begini barulah masa dalam rumah digunakan untuk mengemaskan biji-biji benih tanaman yang sudah kering. Salah satu tanaman yang sedang 'sorting' ialah jagung tua 'Baby Blue Jade' yang dituai hampir 2 minggu lepas. Tanaman jagung baby blue jade kali ini boleh dikatakan 88% hidup sendiri sebab semasa pertumbuhannya 2 kali ditinggalkan ketika bercuti di Sabah dan urusan-urusan lain.
 Bila tukang kebun sorting buah jagung tua baby blue jade, perasan kenapa dikeliling butiran isi jagung ada kesan seperti drilling tapi isi-isi jagung tidak disentuh. Tukang kebun cungkil-cungkil keluar isi jagung tersembul keluar ulat hijau ni. Oh rupanya ulat ni masa musim kemarau tempoh lalu berteduh di dalam buah jagung. Kalau bab ulat hijau ni tukang kebun dah immune, ini juga menunjukkan jagung-jagung kami tumbuh tanpa sebarangan racun tapi dengan cara selamat ataupun istilah digunakan sekarang ialah 'organically home-grown food' especially for our babies.
 Kali ini biji benih jagung baby blue jade yang ditawarkan adalah batch generasi kedua yang dikumpul dari Kebun Bahagia Bersama. Batch generasi kedua adalah limited offer untuk bulan ini sahaja, bila ada daya dalam bulan Ramadhan akan ditanam biji-biji benih tersebut semula dan semoga ada rezeki untuk ulangi kitaran hidupnya seperti lepas.

 Yang tak dapat terima biji benih jagung Baby Blue Jade posting lepas dah buat reservation sebab stok habis akan diutamakan dahulu sekiranya tukang kebun terima email (kebunkmg@gmail.com) sebelum hujung minggu ini.

~ Organic Baby Blue Jade Corn Seeds ~

Approximate 15 seeds - 1 pack - RM3.00 .

Sabtu, 20 April 2013

Jagung Heirloom Baby Blue Jade

 Jagung Baby Blue Jade adalah bukan jenis jagung hybrid/F1/GMO tapi adalah jagung jenis open-pollinated heirloom. Saiz jenis jagung ini dengan standard saiz jagung yang dijual di kedai adalah kecil kerana saiz averagenya adalah sebesar saiz baby corn cuma ada butiran isi milky white yang manis. Oleh itu, jagung ini juga mudah untuk dinikmati kanak-kanak kerana saiz kecilnya. Jagung Baby Blue Jade juga sesuai ditanam di dalam pasu bagi gardener yang tiada ruang untuk berkebun. 
 Jagung Baby Blue Jade bila sudah tua isinya berwarna biru dan keras, jadi pada waktu ini tidak sesuai untuk dimakan kecuali dikeringkan dan buat tepung jagung. Sekiranya nak menikmati isinya, tuai jagung heirloom baby blue jade apabila isinya berwarna kesusuan dan apabila dicucuk warna air yang keluar adalah milky. Kalau airnya jernih bermakna jagung masih muda dan belum lagi ready untuk dituai. Anak-anak tukang kebun dalam pelbagai jenis jagung yang pernah tukang kebun tanam, mereka paling gemar makan jagung Baby Blue Jade yang baru sahaja dituai, makan mentah sangat manis begitu sahaja. Tanam 2 bulan setengah menunggu, tapi hasil tuaian tak sampai 5 minit dah habis makan (nak ambil gambar pun tak menyempat lebih-lebih lagi kalau anak-anak punya radar dah boleh kesan hari ni macam ada tuaian jagung sahaja rajin mengekor).
 Biji benih yang dikumpul batch ini, sangat puas hati nampak bercambah kesemua biji benih yang disemai. Dalam bekas hitam ini, cuma untuk testing tengok percambahannya kebiasaannya biji benih jagung tukang kebun semai terus dekat tempat yang disediakan untuk tanam jagung.

~Biji Benih Organik Heirloom Jagung Baby Blue Jade ~

STOK HABIS.

Anggaran 15 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan April boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan April 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.