Tuan Kebun Bahagia Bersama balik beberapa hari di kebunnya di Sungai Buloh minggu ini, jadi tukang kebun menerima beberapa ole-ole dari shopping trip big boss ke tamu di Sabah. Disebabkan big boss tahu tukang kebun sekarang sedang in the mood menambahkan koleksi jenis-jenis kacang tanah kampung dalam private seeds bank tukang kebun, salah satu penemuan menarik big boss ialah kacang tanah kampung hitam yang diperolehinya dari tamu Tuaran. Dalam gambar perbezaan biji benih kacang tanah segar yang baru dikopek, kacang tanah Hitam dan kacang tanah Taragang. Kacang tanah hitam buat ketika ini, tukang kebun tak dapat tawarkan lagi, nak tambahkan biji benihnya dulu di Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh. Belum ditanam biji benih kacang tanah hitam mungkin lepas raya, sekiranya berminat mungkin kena tunggu 4-6bulan lagi. Kacang tanah Taragang segar kembali dalam stok yang dikopek dan dibawa oleh big boss. Kalau ditanam bulan ini ada rezeki kebarangkalian boleh buat home-grown kuah kacang untuk Hari Raya Haji tahun ini.
Bunga Kacang Tanah Taragang.
4 ulasan:
Salam Diana,
Menarik kacang tanah hitam tu, saya nak order dulu, simpan untuk saya ye.
Srikota Garden
oo ada yang kaler hitam ya..tak pernah tengok.
Salam Cikgu.
InsyaAllah bila ada rezeki kacang tanah hitam.
Moga ada sedikit masa bulan ni nak menanamnya.
Tak sangka terjumpa akhirnya yang kaler hitam kacang tanah, cikmanggis.
Catat Ulasan