Dalam bulan Ramadhan ini, kembali semula pelbagai jenis biji benih heirloom beet root dalam stok Kebun Bahagia Bersama. Percambahan biji benih beet root dalam bulan ini dengan cuaca di Kebun kami sangat mudah dan cepat. No special treatment needed, tukang kebun cuma tanam biji benih lebih kurang 1~1.5 cm dalam tanah kemudian cuma menerima siraman natural air hujan sahaja, dapat cahaya, syukur alhamdulillah bercambah biji benihnya. Cuma perlu berhati-hati dengan medium percambahan tanah tidak jenis yang banyak sangat simpan air/bertakung akan mengakibatkan leher pangkal bawah anak-anak pokok beetroot mudah reput. Perlu banyak cahaya matahari untuk percambahan dan pertumbuhan baik anak-anak pokok beetroot (sekurang-kurangnya 6 jam expose kepada direct light/sun).
Biji-biji benih beetroot berikut sementara stok masih ada dalam bulan Ramadhan 1 pek beranggaran 50 biji benih RM3.00 :
~ Beetroot Chiogga ~
~ Beetroot Cylindra ~
Biji benih heirloom beetroot jenis baru masuk dalam stok Kebun Bahagia Bersama bulan Ramadhan ini .Mirip kepada beetroot forono, jenis akarnya berwarna merah dan panjang. Lebih mudah tumbuh pada musim tidak banyak hujan sebab akarnya yang memanjang pandai mencari air jauh ke dalam tanah,
5 ulasan:
Salam Diana, simpankan saya Beetroot Sugar Beet 2 peket.
salam diana..teringin gak nak tanam...tapi x pernah masak n makan beetroot nih..mebi diana leh share cmne cara nak masak jugak..
SriKota Garden~ Saya dah simpankan.
Zilzul ~ Buat jus jadi natural sweetener, buat pergedil pun boleh ganti ubi kentang resepinya ada di page Kebun Malay-Kadazan Girls.
boleh saya beli benih sugar beet root 2 paket
boleh emailkan kepada saya eastprincez@gmail.com
salam diana,
nak semua jenis beetroot, setiap jenis 1 pack.
Catat Ulasan