No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Mangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangga. Papar semua catatan

Selasa, 2 Jun 2020

Angsa beraya dengan mangga dan home made mango pudding

Syawal hari pertama pagi adik beradik ada singgah di Teratak Kiulu Lodge kecuali yang adik bongsu kena video call wassup. Adik bongsu ambil keputusan tak balik sejak COVID-19 ni sebab dia sedang semester terakhir pengajian di UPM. Jika dia balik nanti kena kuarantin 14 hari, dan nak balik pun cuma seminggu je. Duduk makan di luar kami Sekeluarga sambil video callings raya dengan juadah sederhana sahaja. 


Sebelah petang Syawal pertama hujan lebat betul sampai bunyi nya rasa tak senang hati walaupun baru rasa nak terlelap rehat petang. Sungai pun mula naik paras tinggi dari biasa kelihatan. Projek jiran untuk tempat berkelah sebelah pun hampir dinaiki air.  

Sampai hari ketiga Syawal walaupun air sungai dah mula beransur kecil masih belum keadaan paras seperti biasa. Tetapi masa tengahari tiba-tiba bekalan elektrik terputus pula, jadi kami pergi berteduh dekat tepi sungai. Sambil berteduh di tepi sungai, untuk isi perut tengahari bakar sate dan mangga sebagai pencuci mulut. Sate kalau marinate dengan ada bahannya seperti serai, lengkuas dan halia memang tahan lama tinggal peram dalam peti ais (bukan freezer). Yang ni last stock sate kami peram lepas berbuka puasa tinggal keesokkannya sehari lagi nak berpuasa. Kalau raya ketiga bermakna dah simpan stok marinated sate ni dah 4 hari lebih tetapi rasanya dan kualiti normal tak terjejas macam baru beberapa jam marinate. Tukang Kebun suka letak banyak serai kalau peram ayam daging jika masa tempat freezer takde ruang atau nak bawa bahan bekalan masak masa travel sebab serai ni macam bahan pengawet dia hindarkan daging ayam dari cepat jadi membusuk, macam anti-bacterial agent. Kesegaran ayam dan daging tahan lama walaupun dalam fridge biasa je jika diperam dengan serai. 

Link di bawah ni kongsi suasana sekitar sungai lepas 2 hari banjir besar. 

Kalau pakai smartphone versi Web baru dapat nampak terus YouTube terpapar di sini. Kalau versi mobile kena tekan link. 

Jika tidak kena klik link tersebut. 



Di Teratak Kiulu Lodge sekarang ni dah berminggu musim buah mangga. Ada dalam 4 pokok mangga juga yang jenis berbeza di sana memang sebelum tanah bertukar milik dah tumbuh di situ. Setiap kali adik perempuan singgah hantar stok bekalan makanan ke kedua ibubapa kami lepas kerja (essential service) kat pagar je (orang tua high risk), kekadang mama papa bekalkan mangga untuk kami yang di Kota Kinabalu bagi adik bawa balik. Kami pun tak jejak Teratak Kiulu Lodge, cuma masa lepas buka CMCO boleh merentas negeri baru balik Kiulu. Itupun atuk asyik tanya bila nak balik rindu cucu dan kami pun sukar kalau balik  masa hari kerja kat sana nak work from home kerana line Internet tak berapa baik dalam rumah. Kat luar kebun mencari line Internet yang lebih baik bila nak video conferencing. Jadi hujung2 dah mula cuti raya baru balik. 

Mangga masak yang dikutip gugur sendiri kekadang dibuat puding mangga. Puding mangga versi simple sahaja gunakan 4 bahan asas.

Bahan-bahan puding mangga:

2 gelas air (nak larutkan agar-agar) 

10 gram agar-agar

1 cawan susu pekat (boleh juga guna susu cair atau susu segar atau santan) 

5 biji mangga masak (isi blender buat puree tanpa bubuh air) 

Optional:
Gula (jika rasa tak cukup manis) 

Kalau Tukang Kebun rasa tak perlu Gula kalau jenis mangga yang manis. 

Versi YouTube letak Gula Batu, tapi lepas tu Tukang Kebun tak letak gula Batu sebenarnya. 

Cara-cara boleh tinjau link di bawah. 



Sebelum tengok home made mango pudding tu, boleh tengok gelagat angsa-angsa marah manja nak minta bahagian buah mangga nya. Nasib tak berebut dengan Rayyan yang mengalah je tak jadi ambil semua buah mangga yang jatuh dari pokok. Angsa suka sangat mangga sampai kedekut tak nak kongsi dengan ayam dan itik. 

Kat Teratak Kiulu Lodge, angsa suka makan mangga, yang Di Kebun Bahagia Bersama, Sungai Buloh pula peminat nangka dan tombong kelapa. 

THROWBACK:

Angsa makan nangka 

Angsa makan Tombong Kelapa 

Rindu dengan si MOMO. 

Angsa ni senang je nak pikat hati dia, tolong bantu kopek buah-buahan kegemaran dia. Nanti jadi best buddy. Kasihan juga tu susah angsa ni nak gigit kulit buah nak tebuk dapat isi kecuali memang dah berlubang. 

Selamat Hari Gawai 


Rabu, 30 September 2015

Kari Daging dan Ubi Keladi

  Hujung minggu lepas 2 hari Sabtu dan Ahad kami sibukkan diri mengemas salah satu sudut Kebun Bahagia Bersama yang lama sudah tidak diusahakan kawasan yang ada dengan lebih productive lagi. Salah satu faktor ianya tidak diusahakan kerana pokok-pokok di keliling sudah meninggi jadi bertambah gelap. Maka pada hari Sabtu memang kami cerahkan kawasan tersebut dah terang-benderang semula apabila pokok-pokok besar telah diberikan hard-pruning. Kemudian hari Ahad sambung kemas-kemas lagi dengan menanam pelbagai jenis tanaman makanan untuk meningkatkan productivity dan kepelbagaian hasil akan datang di kawasan tersebut. Antaranya kami juga menanam beberapa anak pokok pisang. Sebagai contoh, gambar di bawah adalah sulur pisang nangka  yang baru dipindahkan bersebelahan petak keladi yang dah lama dilupakan.
  Punyalah selalu tak endahkan kawasan ini, bila pandang banyak kali pokok-pokok keladi yang terabai ini, barulah Tukang Kebun sedar yang ini jenis variety lain dari jenis-jenis keladi yang ada tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. Yang mula-mula menarik perhatian Tukang Kebun tengok banyak kali bila melihat batang pokoknya adalah berwarna keputihan bukan hijau biasa pada pokok keladi yang biasa dibuat makan. Batangnya memang amat berwarna ke arah putih, dan ada warna macam merah jambu pada batang yang berumur berdekatan dengan tangkai leher daun. Belek-belek lagi urat daun belah bawah berwarna putih, manakala urat daun belah atas berwarna hijau kebiru-biruan. Pokoknya pun jenis bukan besar. Lantas cuba cari kalau ada ubi yang belum kena santap dengan PETS di belakang sebab lama tak hiraukan pokok-pokok keladi ini takut dah lama ubinya jadi habuan PETS.
  Nasib ada juga ubi yang saiz sederhana tak kena santap dulu, bila dipotong nampaknya isi berwarna creamy white. Kemudian Tukang Kebun cuba rebus bersama-sama dengan ubi keladi mawar nak tengok perbezaannya. Setelah direbus hingga hampir empuk ubinya, kelihatan jenis ubi keladi berbatang putih ini ada sebahagian isinya bertukar seperti warna keunggu-ungguan. Berlainan dengan texture ubi keladi mawar, ubi tersebut kurang berkanji dan tidak melekit-lekit berbanding dengan ubi keladi mawar. Rasa firm macam ubi kentang.
  Kebetulan untuk dinner semalam target nak masak daging lembu, lepas tu ubi kentang takde pula jika nak buat kari daging. Maka terfikir nak buat experiment gantikan stok ubi keladi yang ada di dapur dengan ubi kentang dalam masakan kari daging. Untuk keselamatan, Tukang Kebun rebuslah dulu ubi keladi tersebut sehingga dah agak empok untuk ditambahkan dalam kuah kari yang akan dimasak kemudian. Siap rebus tukar air 2 kali, in case, tapi tak gatal pun masa kupas kulitnya. Bila dah direbus ubi keladi batang putih ini, nampak isinya macam firm seperti ubi kentang. Memang lepas masak kari daging dan ubi keladi ini, kalau Tukang Kebun tak cakap, dearest husband pun kata dia ingat rasa macam ubi kentang. Rasanya tak berkanji lemak atau tidak melekit macam jenis-jenis tertentu ubi keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi juga experiment ini, lain kali kalau tuai ubi keladi jenis ini boleh je substitute sebagai ubi kentang untuk lauk-lauk bergulai macam kari.

  Sebenarnya bila refresh kembali memory Tukang Kebun, rasa-rasanya ubi keladi yang Tukang Kebun tanam di sudut berhampiran bawah pokok kelapa ini ialah yang bibitnya Tukang Kebun bawa balik pertengahan tahun 2013. Kalau tak silap Big Boss suruh tanam bawa balik, masa kami ke Tamu rasanya penjual kata jenis keladi ini batangnya biasa dibuat untuk makan juga. Untuk mengelakkan kekeliruan dengan ubi keladi jenis lain, antara sebab Tukang Kebun tanam di sudut tersebut. Dah tanam, lama terabai.
  Sambil-sambil mengemas sudut ini adalah juga reward yang dapat seperti mangga jenis epal. Walaupun kulitnya tak cantik, isinya masih cantik dan sedap masam manis yang dah masak sikit.
  Kalau kawan-kawan tahu agak-agak ini jenis keladi apa, bolehlah mohon berkongsi ilmu dengan kami. Pokok ubi keladi jenis boleh makan dalam dunia ini pun ada lebih 200 jenis memang jenuh gak nak check setiap characteristic ubi keladi ini.

Kebarangkalian esok pagi jika ada gardeners yang nak self-collect di Shah Alam, mungkin boleh. Yang berminat nak self-collect esok pagi di Shah Alam boleh email Tukang Kebun (kebunkmg@gmail.com) sebelum pukul 5 petang ni ya.

Khamis, 12 Mac 2015

Mangga Asam Boi Pertama KaliNya

 Hari ini sambung lagi diary Kebun Bahagia Bersama pada hujung minggu lepas untuk hari Ahad pula. Selepas spot check makan minum PETS AVIAN, masuk sarapan kemudian dearest hubby tolong tuaikan mangga telur batch pertama yang tak tertuai pada hari Sabtu. Kemudian sambung projek memotong rumput di belakang sebelum tinggi sangat macam dulu. Kali terakhir potong rumput di kawasan ini adalah bulan January lepas. Seperti biasa our loyal turkey and guinea fowl mengikut macam doggy.
  Kedengaran azan zohor lekas-lekas siapkan kerja sebab dearest hubby nak ke kenduri kahwin dalam sekampung. Sebelum pergi, minta tolong keluarkan beberapa anak-anak pokok nenas madu Sabah nak pindahkan ke tapak lain. Terserempak ada nanas dah mula nak berbuah. Meleretlah senyuman tukang kebun agak risau juga jika cuaca awal tahun ini tak mengujakan pokok-pokok nenas yang dah besar untuk berbuah. Kerana ada beberapa jenis nenas mula teruja nak berbuah bila ada perubahan suhu cuaca yang tetap untuk ianya mula nak berbuah. Di Kebun Bahagia Bersama ini biasanya untuk nenas madu Sabah setakat ini tukang kebun tengok musim teruja nak mula berbuah ialah 1st quarter setiap tahun. Tukang kebun harap adalah pokok-pokok nenas yang dah merimbun akan teruja juga nak naturally follow berbuah.
  Sebenarnya ini kali pertama tukang kebun merasa mangga asam boi. Itupun kena buat sendiri tunggu pokok sendiri berbuah. Dah lama tengok orang menjual di pasar. Harga pasar tempatan di Kebun Bahagia Bersama rata-rata 1 bekas RM5.00 . Jadi dearest hubby tak kasi beli suruh buat sendiri baru berbaloi nak makan ramai-ramai. Jadi tukang kebun buat 2 version, 1 pakai asam boi biasa kelabu dan 1 lagi yang berwarna merah. Dearest hubby kata patutlah meletop mangga asam boi ni. Sendiri buat rasa dah tak boleh henti-henti makan macam mana pula rasa orang otai buat mesti lagi sedap. Sebab cuma 5 bahan utama sahaja diperlukan maka tukang kebun rajinlah membuatnya, mangga muda, asam boi, garam, gula dan cili digaul bersama simpan dalam peti ais. Setelah beberapa jam boleh nikmati.
 Itupun lepas Asar baru membuatnya setelah singgah kedai on the way hantar Ilhan nak siap sedia test taekwando beli asam boi. Lepas drop Ilhan tengok dia berlatih kejap, balik rumah terus buat mangga asam boi. Kemudian pilih-pilih anak-anak pokok untuk pesanan yang perlu dipos Isnin lepas letak berhampiran bench work yang sedang kena wangian bunga akar dani di sebelahnya. Bila malam packing semua pesanan-pesanan, semerbak kuat bau bunga akar dani ni boleh merenggang bulu roma. Sekarang musim berbunga akar dani di Kebun Bahagia Bersama.

Anak pokok akar dani ada ready stok (1 pot for RM8.00).
 Lepas dah sorting pesanan anak-anak pokok bergegas pergi tengok Ilhan ambil test Taekwando, just on time baru nak mula.
 Alang-alang sambung selingan tuaian pada hari Isnin lepas. Terjumpa pula sebutir telur itik dalam kebun. Sekarang memang asparagus Mary Washington suka keluarkan pucuk=pucuk baru dari tanah minggu ini.
 Hari Isnin mencuba pula kami Nam Nam asam boi.

Sabtu, 28 Jun 2014

Silvia Bini No.2 dah balik

 Hari ini di kala hari terang, kami sibuk meneras di bahagian depan rumah barisan tembok sebelah kanan yang menghadap dapur rumah hinggalah hampir gate pertama. Pokok-pokok yang besar dan 'overgrown' dah kena pruning. Pokok-pokok besar seperti kuning telor, buloh kuning dan cempaka putih dearest husband yang kerjakan. Tukang kebun hard pruning pokok yang sederhana besar, bersihkan daun-daun pelepah dan cabut weed. Sambil-sambil itu dibajakan sekali. Pada sebelah pagi sempat tukang kebun alihkan pokok cempaka kuning di belakang pokok puding. Rayyan yang rambut makin panjang jadi model bunga cempaka putih. Tukang kebun kata tunggu nenek (big boss) balik potongkan rambut.
 Di sebelah pagi seronok juga buat kerja sambil cuci mata tengok blue star yang banyak bunganya kembang pada hari ini walaupun cuaca panas di sini masih giat hidup berbunga. Atuk Rayyan (Tuan Tanah) pula tolong potongkan rumput sambil kami suami isteri pangkas-pangkas pokok. Manakala anak-anak main basikal. Mula-mula hajat di hati nak kemaskan pergola yang sedang berbelit-belit itu (posting related klik sini). Disebabkan big boss nak balik minggu depan, maka kelam kabutlah kami hujung minggu ini bersihkan halaman rumah yang dia tak tahan sakit nan mata memandang. Lagipun pokok cempaka putih tu dah dipesan untuk pangkas dari tahun lepas. Tukang kebun ingat big boss balik pertengahan bulan Julai.
 Bunga orkid pink jenis mymercophila terjatuh dari pokok kuning telor, tukang kebun bahagikan dan ikat kepada pokok mickey mouse, kemuning dan kemboja. Tengahari tukang kebun terpaksa bergegas ke Shah Alam dengan dearest husband nak pick up bini no. 2 dia, si Silvia. Si Silvia ni dah 2 bulan duduk dalam bengkel dan dah lebih 5 tahun husband tak pakai dia. Sebab si Silvia ini jugalah, tukang kebun tak dapat pulang ke Sabah, budget pergi ke dia. Duduk jelah dulu tak boleh pakai pun sebab roadtax belum renew lagi. Sudah-sudahlah tu abang oiiii...nak kena keluar beli beras pulak ni.
 Balik dari beli barang dapur pula, cepat-cepat tukar uniform kebun sambung projek meneras lagi. Di sebelah petang, kami pindahkan pokok lemon oval grafted yang tukang kebun sediakan dan pokok susun kelapa berlapis di sebelah kawasan buloh kuning. Kemudian dearest husband pruning pokok mangga harum manis. Tukang kebun pula pruning pokok susun kelapa dan lain-lain. Ada banyak lagi pokok yang nak kena pruning lagi esok. Lepas tu yang dahan-dahan mangga dipotong tadi masih belum dikemaskan lagi sebab dah masuk waktu Maghrib. Puas hati tengok kawasan yang dah selesai dikemaskan.  Pokok mangga ini pun banyak yang menumpang atas dia. Dah terlampau bushy daunnya, jadi setahun sekali memang kami kena prune pokok ini supaya yang menumpang pun dapat cahaya. 
Begitulah aktiviti kami pada hari ini. Tangan masing-masing dah rasa kebas semacam. Tetapi esok kena sambung juga. Selamat menunaikan ibadat puasa.