No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label KingFisher. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KingFisher. Papar semua catatan

Isnin, 6 Julai 2020

Pertemuan anak burung wak wak bila sedia roti tirai biru ke roti tirai hijau

Bulan Syawal lalu setiap minggu anak-anak buat permintaan roti tirai. 

Mula-mula cuba guna pewarna asli untuk roti tirai warna biru gunakan Bunga Telang.

ROTI TIRAI BIRU IN THE MAKING (LINK)
https://youtu.be/bS1_RreDSyc

Kemudian anak-anak nak challenge roti tirai warna lain pula.

Kita masak pula Roti tirai warna hijau gunakan bahan pewarna asli iaitu daun suji atau pandan serani. 

Bila kita gunakan pewarna asli dapat manfaat lebih juga dari ektrak bunga telang dan daun suji. 


Pokok Daun Suji mudah dijaga dan boleh dijadikan perhiasaan indoors dalam pasu atau kawasan kurang bercahaya kerana ia boleh hidup dengan bahagia di tempat tidak mendapat cahaya secara langsung yang banyak. 

Tips Penjagaan Pokok Daun Suji dan the making of roti tirai hijau boleh tonton video di bawah (LINK) 

https://youtu.be/3iofcy6I3T0

Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan pokok daun suji/pandan serani untuk satu bekas pokok RM10.

Yang berminat boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh pada pukul 9.00pagi hari Ahad ini (info lanjut boleh wassup Contact Nizam 0192931340). 

Ada satu hari ingat nak buat roti tirai biru dan pesan kepada Rayyan untuk sediakan air extract Bunga telang. 

Sebab asyik bermain sampai air rebusan kering dan tak nak Tukang Kebun membebel dalam diam si Rayyan buat strategy sediakan air extract daun suji pula sebelum maknya perasan. Dah diajar cara nak buat dengan initiative sendiri Rayyan dan Abby pun pergi lah senyap-senyap kebun belakang ambil daun suji. Masa ambil berdekatan dengan kawasan pokok daun suji mereka berdua terserempak dengan anak burung hitam. Tak jumpa sarangnya lalu diangkut la anak burung hitam bersama daun suji masuk rumah. Dah selesai sedia air extract daun suji, seronok bergegas lah naik atas bilik tunjuk Tukang Kebun anak burung yang di bawa baliknya. Terkebil-kebil mata maknya tengok ni jenis burung apa ni macam anak ayam warna hitam je (pandai si Rayyan distract fokus maknya tak kena marah harimau).

Nak tahu anak burung apa boleh tonton video ini (LINK)

https://youtu.be/mU7LK5chJes

Siapa pernah makan jenis burung di atas dan di bawah ini? 

Selang sehari pula tetamu burung lain pula datang melawat dengan ketuk yang kuat di tingkap kaca(LINK) 

https://youtu.be/1QQPf6IwCY8


Tak lama lagi anak-anak pun sudah kembali pergi ke sekolah. 

Jumaat, 5 Jun 2020

Serunding Bunga Kantan Kingfisher


Di kebun belah Kingfisher ni tempat menanam sebenarnya adalah di luar kawasan milik tapak perumahan. Jadi kebun ini boleh dikategorikan sebagai "Guerilla Gardening" menggunakan tanah awam atau reserve yang tidak digunakan. Sekarang ni penuh dengan barisan pokok-pokok pisang Saba kalau orang Sabah panggil lah. Pisang Saba ni jika di Semenanjung Malaysia lebih dikenali dengan panggilan kalau Tukang Kebun tak silap lah pisang Abu atau pisang Nipah. Aiyak keliru kejap pisang Saba ni belakang ada 'H' atau tidak??? (mohon komen perbetulkan Tukang Kebun). 

Yang mengenali susuk pokok pisang Saba ni pasti tahu pokok ni kalau subur pertumbuhannya memang jenis pokok pisang yang besar dan tinggi. Ahem nak tuai buahnya kalau Tukang Kebun seorang memang fikir banyak kali hahaha... Pokok pisang Saba ni memang kegemaran buat goreng pisang. Maka bila dah beranak pinak pokok-pokok pisang Abu ni lama kelamaan kawasan tepi luar rumah yang kosong dahulu di tepi Parit dah tak nampak. Sudah nampak macam hutan kecil semulajadi menyejukkan rumah dan melindungi pemandangan yang tak indah belah parit tu. 

Syukur Alhamdulillah di bawah kanopi pelepah-pelepah daun pisang Saba yang redup ni ada tumbuhan happy hidup Bahagia Bersamanya. Sebagai contoh pokok kaduk dan tak ketinggalan pokok Bunga kantan. Rupanya pokok Bunga Kantan ni dalam diam-diam berbunga meriah di tepi parit yang bila dah jadi hutan kecil begini dengan angle camera trick boleh nampak macam sungai kecil kan. Ini sebenarnya tebing curam lembut juga kalau takde pokok-pokok ni tutup bumi boleh jadi terhakis dan tanah runtuh kecil. Itu sebabnya Anak-anak tunggu kat atas je meneman papanya ambil Bunga Kantan dekat parit sebab papa kena merentas negeri dulu back to opis. 

Masa PKP ni Anak-anak mula gemar masakan daun kaduk celup tepung sebab diorang kata rasa macam seaweed dan kerepek ranggup. Boleh lah lihat telatah mereka makan daun kaduk dengan mee soba yang simple untuk sarapan disediakan oleh papa Abby di video bawah ni:

https://youtu.be/Y8wjQ_y4BNk


Di Sabah ni salah satu masakan untuk lambakan Bunga Kantan atau dapat simpan lama masakannya ialah dengan membuat Serunding Bunga Kantan (contoh share di video bawah). Jika ke Kundasang dah meriah banyak kedai jual macam-macam jenis serunding seperti Bunga Kantan, tuhau dan lain-lain. Kadang kalau bila dah terlampau letih dari kebun mata pun dah kuyu buat goreng tumis Bunga Kantan dengan ikan bilis goreng je makan dengan nasi panas-panas. 

https://youtu.be/dMmrT9gtCg4


Yang tertanya-tanya stok rizom Bunga Kantan warna merah atau putih ada stok. 
Boleh directly contact wassup message suami Tukang Kebun (0192931340). 


Selasa, 14 Mei 2019

Mempelam Telur Kebun Kak Ros Melaka

 Baru-baru ini dapat perkongsian update dari Kak Ros yang kebunnya di Jasin, Melaka mengkhabarkan yang anak pokok mempelam pauh ringgan dipos dalam sekitar tahun 2014 telah pun menghasilkan buah beberapa musim sudah (gambar sebelah kanan). Tumpang gembira sangat-sangat melihat gugusan buah mempelam yang sangat banyak. Syukur Alhamdulillah tumbuh subur di kebun Kak Ros dan moga sampai cucu cicit Kak Ros dapat merasa buah dari pokok tersebut. 
  Bila Kak Ros hantar gambar anak pokok mangga pauh ringan dari Kebun Bahagia Bersama dah dapat hasilnya teringat pula Tukang Kebun anak pokok mangga yang diseledup dari KBB bawa balik ke Kingfisher, Kota Kinabalu dulu yang agak sebaya juga dengan umur pokok mangga Kak Ros (gambar sebelah kiri) oleh adik perempuan Tukang Kebun.
 Awal-awal tahun ini ada mak (Big Boss) pangkas pokok mempelam pauh ringan tersebut tak nak kasi dia tumbuh besar sangat sebab kawasan rumah teres corner lot sahaja. Itupun pokok mempelam tu duduk rapat antara pokok jambu batu dan pokok avokado. Lepas dah pangkas cepat je merimbun balik. Pokok mempelam pauh ringan yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah dari biji benih dan bukannya tut. Lagipun dari pengalaman sendiri dan perkongsian teman-teman Kebun Bahagia Bersama menunjukkan pokok mempelam pauh ringan yang dari semaian biji benih tumbuh seperti bondanya dan cuma ambil masa lebih 4 tahun untuk mula berbuah. Lagipun pokok mempelam pauh ringan yang tumbuh dari biji benih lebih panjang dan kuat akarnya untuk menghadapi cuaca yang tak menentu sekarang. Pokok yang boleh tumbuh secara semulajadi dari benih ada kuasa kuat untuk pertumbuhan akar pandai masuk ke dalam tanah tak sukar nak jaga. Bila dah setahun lebih tak perlu pun bantuan air secara manual, InsyaAllah boleh biarkan mother nature yang jaga sahaja. Pokok mempelam pauh ringan ni boleh dikirakan bila dah masuk usia remaja adalah pokok yang jimat air dan tahan musim kemarau tropika.
Kalau di Kebun Bahagia Bersama memang tak termakan buah mempelam pauh ringan ni banyak sangat bila sekali musim buah, kalau yang tinggi pun dibiarkan masak jatuh sendiri je. Kalau kurang masa bila disapu longgokkan dengan daun-daun kering yang lain, keluar macam cendawan anak-anak pokok mempelam pauh ringan dalam timbunan kompos daun kering tu seperti gambar di atas lebih-lebih lagi musim hujan. Belum lagi penat cabut yang berada sesat di dalam tempat kebun bunga.

Info lanjut mempelam telur atau mangga pauh ringan (klik sini)

~ 1 bekas anak pokok mempelam telur/pauh ringan RM10.00 ~

Selasa, 23 Januari 2018

Bunga dan Buah Daun Kaduk

 Tahun 2017 yang banyak taburan hujan di Kota Kinabalu membuatkan pokok kaduk amat bahagia sekali meriah tumbuh tinggi menjalar tak nak kalah dengan jirannya pokok puding belacan (related posting klik sini). Malah sekarang sedang meriah pokok daun kaduk berbunga dan ada yang menjadi-jadi menghasilkan buah kaduk yang berbentuk macam buah mulberry. Pokok daun kaduk mempunyai pelbagai khasiat dan antara ulam-ulaman yang terkenal di negara kita.

Khasiat pokok daun kaduk dan ubat semulajadi yang diberikan kepada manusia boleh juga baca mini review pokok kaduk di artikel link ini (klik sini).

 Ulam-ulaman atau daun herba segar yang boleh self-collect hujung minggu ini di Kebun Bahagia Bersama ialah seperti berikut (1 set ikat RM1.00):

~ Daun Pecah Beling/Pecah Kaca
~ Daun Pucuk Mata Pelandok
~ Daun Kadok
~ Daun Puding Belacan
~ Daun Nyirik (kelupis)
~ Daun Pucuk Muda Assam Gelugor
~ Daun pucuk muda Katak Puru/Nam Nam
~ Daun pucuk muda mulberry
~ Daun pucuk muda ubi kayu pulut
~ Daun Salam
~ Daun Pandan Wangi
~ Daun Pandan Serani/Suji
~ Daun Serai Acheh
~ Daun Sireh


Jangan pula anda terkeliru ya, buah kaduk ni mirip juga dengan buah mulberry. Jadi boleh juga kita panggil buah berry kaduk hehehe.... Tukang Kebun pun dua kali toleh tengok buahnya kalau sekali imbas boleh tersilap. Memandangkan pokok kaduk di Kingfisher ini tumbuh berdekatan dengan pokok mulberry menjalar naik tinggi dekat dengan batang pokok mulberry. Seperti pokok mulberry yang bunganya berwarna putih, begitu jugalah mirip rupa gugusan bunga pokok kaduk berwarna putih juga. Apabila ianya membentuk menjadi buah kaduk berwarna kehitaman.
 Ada sumber mengatakan buah kaduk ini rasanya manis. Tukang Kebun pun belum sempat rasa. Biasa tengok bunganya berwarna putih tapi jarang sekali nampak buah yang dah besar masak di Kebun sebelah Sungai Buloh. Mungkin rasanya manis membuatkan binatang ternakan rembat dahulu memandangkan pokok ini renek menjalar di tanah. Pokok kaduk memang tumbuh bahagia menjalar di kawasan redup di Sungai Buloh. Jika anda ada tempat redup yang kosong sesuai tanam dengan pokok kaduk yang juga nampak sebagai pokok hiasan tetapi daunnya boleh dimakan serta ada peranan sebagai pokok herba. Walaupun ada ketika dimakan banyak dengan ternakan tapi bila musim hujan cepat rimbun semula. Buah berry kaduk dikatakan ada unsur anti-tubercolosis.
 Seperti pokok buah-buahan, pokok daun kaduk ini juga ikut tempat ianya ditanam ada musim bunga dan buahnya tersendiri. Sebagai rekod musim bunga pokok kaduk di Kingfisher Sabah ini seperti bulan Disember dan Januari. Begitu jua musim buahnya pada bulan Januari kelihatan.
 Pokok daun kaduk kadangkala mudah disilapkan dengan daun sireh. Sebagai contoh gambar di atas adalah yang berwarna hijau gelap adalah pokok daun kaduk. Manakala yang depan berwarna hijau kekuningan adalah daun sireh kuning yang warna batang pokoknya agak berlainan menampakkan contrast warna. Bentuk daun sireh dan daun kaduk ada perbezaan sedikit. Seperti Daun Sireh, Daun Kaduk juga dikatakan salah satu rawatan untuk menghilangkan masalah keputihan wanita. Ada lagi tanaman kalau Tukang Kebun punya testimoni yang juga dapat menghilangkan masalah keputihan wanita ialah daun ginseng jawa (Info Click Here) dan bawang berlian (Info Click Here).

 Wahai wanita di tanah bumi Malaysia ini beruntung kita sudah ada 4 rawatan secara semulajadi yang kita boleh atasi masalah keputihan iaitu :

Daun Kaduk
Daun Sireh
Daun Ginseng Jawa
Bawang Berlian (not suitable for pregnant lady)

Elok juga ambil nasihat dari yang pakar dan buat background research dahulu.

Syukur Alhamdulillah ke semua pokok-pokok yang dinyatakan di atas boleh juga ditanam dalam pasu bagi mereka yang mempunyai ruang terhad seperti balcony gardeners.

~ 7 keratan daun sireh kuning RM5.00 (boleh dipos)~
~ 7 moist bare-rooted pokok daun kaduk RM5.00 (boleh dipos) ~

Isnin, 8 Januari 2018

Tamu Tuaran August 2017

 Sudah setengah tahun baru nak draf posting koleksi gambar-gambar yang telah lama diambil di Tamu Tuaran pada pertengahan bulan Ogos 2017. Lokasi gambar-gambar yang diambil pun hanya satu bahagian kecil di Tamu Tuaran iaitu bersebelahan dengan Pet Shop. Inipun sementara tunggu anak-anak suka terhibur tengok binatang perliharaan comel dalam kedai tersebut memudahkan Tukang Kebun shopping kejap. Tambahan pula ini adalah bahagian yang Tukang Kebun suka beli hasil-hasil tanaman. Sebab di sini kebanyakkannya adalah direct dari petani tempatan ataupun datangnya dari kawasan bukan Kundasang yang lebih komersial. Kalau yang berdekatan dengan ruangan berdekatan dengan pasar basah tempat seafood kebanyakkannya adalah orang tengah yang menjual sayur-sayuran. 
  Tamu Tuaran adalah setiap pagi Ahad. Tetapi setiap pagi Sabtu pun ada juga menjual macam pre-tamu sebelum hari minggu. Ada yang turun awal juga untuk menjual. Kadang-kadang petani akan terus jual kepada orang tengah jika jualan mereka tidak habis pada hari Sabtu untuk orang tengah jual pada hari minggu.Untuk yang mungkin ada planning untuk melawat Sabah tahun 2018, bolehlah aturkan program mereka jika ke Kundasang pada hari Sabtu atau Ahad, bolehlah awal pagi singgah ke Tamu Tuaran dahulu sebab macam on the way je. Biasanya kalau pagi hari Sabtu, sebelah kedai Pet Shop ini ada petani tempatan sudah mula menjual. Kalau Tamu Kundasang rasanya hari Jumaat.
 Gambar pertama dalam posting ini adalah gambaran sebahagian jualan di sebelah Pet Shop dekat tapak Tamu Tuaran. Mari kita zoom in lebih dekat pula, jenis hasil tanaman apa yang dijual boleh didapati di Tamu Tuaran. Sebagai contoh seperti gambar di atas ada bawang berlian yang bawangnya warna merah tu. Dekat Semenanjung Malaysia payahlah nak jumpa. Tapi bawang berlian ini juga ada nilai di Tamu Tuaran dari segi bekalan. Bukan sahaja itu bawang berlian ini ada banyak kegunaannya dari segi perubatan dan orang mengandung tak boleh makan bawang berlian ya. Kalau dah bersalin, masa berpantang boleh bagi peranakan kecut cepat dan kasi bersih dalaman. Orang tempatan biasa masak bawang berlian ni campur dengan sup ayam. Merah jadi supnya.

Info lanjut bawang berlian (klik sini).

~ 1 bekas bawang berlian RM7.00 (isinya juga boleh dituai dan dimakan ya)<boleh dipos>~

 Kalau buah durian dekat Sabah ni lagi mahal harga pasaran dia banding dengan di Semenanjung Malaysia. Kalau beli direct dari Tukang Kebunnya dalam harga RM8 sekilogram bulan Disember  2017 lepas, kemudian orang tengah jual harga dalam RM15 sekilogram. Gara-gara teringin nak rasa durian tanam kat Sabah, bulan lepas ada beli sebiji D08? harganya RM15 sekilogram di Tamu Tuaran. Kemudian nampak transaksi petani jual dekat orang tengah dengan harga RM8. Bulan January ini ada ubi kayu Kebun Bahagia Bersama, yang mengidam boleh juga kami usahakan pos. Sulur-sulur atau batang keladi juga adalah satu bekalan yang kerap dilihat di Tamu Tuaran.

~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 ~
~ 1 ikat/plastik sayur batang ubi keladi RM1.00 ~

 Buah pinang juga adalah satu hasil yang kerap juga ditemui di Tamu Tuaran.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (boleh juga dipos)~
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (boleh juga dipos) ~
 Kalau yang rare ikut musim ialah seperti buah kelubi. Terliur gak tengok buah kelubi ini tapi memikirkan tak sempat nak buat jeruk. Boleh kawan-kawan share selain dari buat jeruk buah kelubi ini, apakah cara lain untuk enjoy buah kelubi?
 Terdapat pelbagai jenis pilihan buah limau atau citrus fruit yang juga dibekalkan di Tamu Tuaran seperti limau kasturi, limau nipis, limau telur buaya dan lain-lain. InsyaAllah hujung minggu ini ada juga self-collect day.

Self-Collect Day (Please email (kebunkmg@gmail.com) confirm before the meeting):

13th/14th January 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway).

Goodies yang maybe available:

1 beg tanah bakar RM5.00 .
7 biji buah kelapa tua RM10.00 .
3 biji isi kelapa parut RM5.00 .
1 kilogram buah ciku RM4.00 .
5 biji buah katak puru/nam nam RM2.00 .
1 biji buah nangka muda RM5.00 .
1 sisir buah pisang kadau kuning RM5.00 .
1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .

dan ulam-ulaman , 1 jenis ulam 1 ikat RM1.00 .
 Minggu lepas Abby kelihatan seperti dapat symptom bintik-bintik Chicken Pox lah pulak. Tak perasan mulanya sebab masa kena sympton ini, Abby langsung tak ada demam. Oleh itu, Tukang Kebun ada di Kota Kinabalu bersama Abby geledahlah kebun Big Boss di Kingfisher. Big Boss pesan pergi kumpul 3 jenis daun buah limau yang berlainan kasi rebus dengan air buat mandi Abby. Lepas tu kasi mandi air perahan buah limau purut sekali. Lepas kasi mandi air rebusan daun limau, cepat surut bintik-bintik kudis semua dah tak berair, dah jadi kering. Daun-daun limau elok juga kasi carik-carik atau blendar kasar dengan air untuk lebih effective. Abby sambil berendam, punya banyak slice buah limau purut dimakannya. Kuat makan asam Abby ni dari mama dia. Natural Vitamin C. 
 Besarnya buah limau telur buaya dari kebun Big Boss di Kingfisher. Dalam upih gambar atas ini tuaian dari sebuah pokok je ni. Ini pun yang dah kekuningan sahaja Tukang Kebun tuai. Buah limau telur buaya ini nampak macam buah lemon kan. Lagi besar dari buah lemon. Kalau ada pokok limau yang macam mabuk daun, boleh tu petik-petik daunnya buat mandian spa sendiri di rumah ada manafaat sementara nak tunggu dia berbuah.  Abby tiga hari mandi spa daun limau dan jus limau purut. Tukang kebun pun seminggu cuci rambut dengan jus limau purut. Luxury tau. No chemicals. Jasa dari pokok dan yang menanam. Dua hari penggunaan jus limau purut kami as shampoo cost sama dengan beli harga sebotol shampoo. Arwah nenek Tukang Kebun dulu basuh rambut pakai buah limau sahaja dan tak perlu nenek dye rambut dia sebab tak beruban.

~ 1 pokok tut limau telur buaya RM25.00 ~

Khamis, 8 Jun 2017

Puding Belacan Kingfisher

  Dah lama tak jenguk di sebelah pagar luar di rumah Big Boss di Kingfisher terkejut tengok pokok puding belacan yang Big Boss bawa dari Sungai Buloh ketinggian pokoknya lebih dari pagar luar. Dahulu masa mengemas pindahkan sulur-sulur pisang di sini tahun lepas kurang dari pembaris panjang. Dalam masa setahun dibiarkan dah tinggi dari pagar. Tambahan pula tanah di sini adalah jenis tanah merah keras. Nampaknya tahun ini tidak perlulah sudah Big Boss pesan bawa balik daun puding belacan untuk buat rendang Negeri Sembilan. Pokoknya pun dah lebat cukup bekalan segar. Lihatlah pelbagai pokok-pokok yang ditanam ala-ala guerilla gardening di luar pagar rumah yang tanahnya milik Majlis Perbandaran Kota Kinabalu. Syukur Alhamdulillah sudah pun diterima keizinan MPKK untuk gunakan tanah yang tidak dipakai untuk bercucuk tanam.
 Pokok puding belacan juga berbunga dan gambar di atas contoh kudup bunganya sebelum mekar. Pokok puding belacan mempunyai pelbagai khasiat. Salah satunya ialah penawar sembelit dan melawaskan air kencing. Rebus 7 helai daun puding belacan dengan 2 gelas air sehingga air rebusan tinggal 1 gelas sahaja. Tunggu air rebusan suam dan minum. Amalkan di sebelah pagi sehingga sembelit tidak dirasai (dinasihatkan mendapatkan juga nasihat dari yang pakar). Yang nak dapatkan anak atau sedang mengandung elok elakkan, rasanya kalau tak silap macam pernah terbaca artikel penyelidikan yang pokok ini ada unsur natural family planning. Oleh itu yang lain, mungkin bila makan rendang Negeri Sembilan yang banyak bahan daun puding belacan lebih-lebih lagi masa awal minggu Raya boleh kurangkan masalah sembelit.

 Info lanjut mengenai pokok puding belacan boleh juga refer posting awal (klik sini).
 Yang berjiran tumbuh sebelah dalam pagar pula dengan pokok puding belacan Big Boss di Kingfisher pula ialah pokok daun kadok. Ini pun dibawa dari Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh. Hari ini kita tengok kitchen garden Big Boss di KingFisher yang usianya baru nak capai 2 tahun.

~ 1 pot pokok puding belacan RM6.00 ~
~ 1 ikat helaian daun pokok puding belacan RM1.00 ~
~ 7 moist bare-rooted plant pokok daun kadok RM5.00 ~
~ 1 ikat helaian daun kadok RM1.00 ~

Boleh self-collect atau dipos. Ada juga daun-daun lain yang juga kami bekalkan.

Self-Collect This Week:

8th~10th June 2017 Thursday~Saturday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
  Pantas sahaja permata-permata hati membesar bila tengok gambar mereka pada tahun 2013, sama tahun kami mula bekalkan pokok daun puding belacan sudah hampir 4 tahun. Abang Ilhan Mikhail pun dan 10 tahun sekarang darjah 4 baru menyambut harijadinya hujung bulan lepas. Pertama kali sudah pandai bagi hint teringin hadiah apa. Nasib benda yang senang dicari iaitu finger spinner yang sedang popular dengan anak-anak zaman sekarang. Kek harijadi yang dipilih pun bentuk finger spinner perisa yam. 

Isnin, 16 Mei 2016

Sarat Nangka

  Syukur Alhamdulillah dengan pelbagai jenis rezeki yang dianugerahkanNYA di Kebun Bahagia Bersama bulan Mei ini hasil berbudi dengan tanah. Walaupun dalam musim cuaca fenomena El-Nina tahun ini, masih ada hasil-hasil yang dapat dituai dari kebun. Cukup dengan hanya rezeki hujan yang diterima pokok-pokok ini masih berupaya menghasilkan buah dengan berjayanya. Jika sekadar menanam untuk suka-suka bukan commercial, tidak mustahil sebenarnya untuk mendapatkan hasil dengan kaedah penanaman 100% organik.
    
  Setelah hampir 2 tahun, sedikit demi sedikit kami tambahkan bilangan pokok nenas dengan bekalan beberapa pokok induk asal dari kebun sendiri. Syukur Alhamdulillah sudah nampak hasil-hasil yang menambahkan semangat untuk menambahkan keluasan kebun mini nenas lagi. Tukang Kebun pun tak sangka mulai bulan Mei 2016 ini, kami sudah boleh juga menawarkan buah 100% organik Nenas Madu Sabah segar yang berlebihan kepada gardeners lain yang ingin merasanya. InsyaAllah yang berminat, ada limited fresh supply dari kebun untuk self-collect buah nenas madu Sabah hujung minggu ini. Harga promosi perkenalan buah nenas madu Sabah untuk bulan Mei 2016 ini, 1 biji RM5.00 .

  Bulan Mei ini juga musim buah pisang di Kebun Bahagia Bersama ada beberapa jenis sedang proses meranum di tandan. Antara jenis buah pisang yang available untuk self-collect hujung minggu ini atau pos ialah:

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 ~
~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 ~

 Pisang kadau ini bila masak berwarna kuning. Ianya adik beradik dengan pisang raja udang (pisang yang warna merah). Rasa lemak manisnya pun mirip dengan buah pisang raja udang.
  Dalam bulan Mei 2016 ini, ada juga beberapa jenis citrus yang dapat dituai juga. Antaranya seperti buah lemon tahiti. Contoh bilangan buah lemon tahiti dalam sekilo lebih adalah seperti gambar di atas. Pokok lemon tahiti yang grafted ada ready stock (1pot RM25).

Info lanjut Tahiti Lemon boleh refer ke posting lepas (klik sini).

  Yang berminat untuk dapatkan pek fresh citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama 1 kilogram RM6.
   Angin kuat betul bila musim El-Nina ini datang tiba-tiba sampai sedahan pokok nangka yang sarat dengan buah nangka muda boleh patah.

~ 1 biji nangka muda segar RM5.00 ~
~ 1 biji nangka yang meranum RM20.00 ~
   Dari adik beradik ciku, buah kuning telur juga sedang meranum di Kebun Bahagia Bersama boleh self-collect atau dipos.

~ 1 kilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~

Antara yang available juga dari Kebun Bahagia Bersama ialah :

~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 ~
~1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 ~
~1 ikat pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~



~ Setengah plastik buah Ceri Barbados RM2.00~
~ 3 biji pinang masak RM2.00 ~
~5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~3 biji kelapa parut RM5.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

Ada kebarangkalian Hujung bulan Mei dan Awal bulan Jun ada bekalan segar ubi kayu semula dari Kebun Bahagia Bersama (kami buka reservation untuk self-collect atau pos pada minggu tersebut).
~ 1kilogram fresh 100% organic ubi kayu RM2.00 ~

Self-Collect day minggu ini:

~ 21st/22nd Mei 2015 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
  Tidak ketinggalan juga di Kingfisher, Sabah, Big Boss pun last weekend ada tuai juga setandan pisang iaitu jenis yang pisang abu/pisang Sabah. Siap ada juga bahagian pisang yang dibahagikan untuk anak-anak mutiara dan kampung campur yang Tukang Kebun belikan untuknya (related posting klik sini).
  Walaupun anak-anak ayam ini belum dapat dibebaskan lagi tetapi makanannya lumayan. Setiap hari dapat makan buah betik organik dari kebun kecil Big Boss. Menjadi-jadi buah betik Big Boss walaupun beberapa bulan Kota Kinabalu menghadapi musim kemarau kering. Selang satu hari buahnya kena dipetik yang hampir sudah masak sebelum dinoda oleh tupai atau burung. Patutlah cepat gemuk dan membesar anak-anak ayam belaan Big Boss ini. Tukang Kebun pula asyik tanya sempat ke kita nak sembelih untuk Raya tak lama lagi ni hehehe....

  Take care of your soil well and they will feed you forever. Make friends rather than enemies. You must learn to share with visible living creatures or only can be seen under the microscope. Be respectful to all living things. Understand them rather than pointing fingers. Don't be greedy or you destroy the balance in your growing space. In gardening, patience is the virtue. Don't forget that nature is one of the best teachers and we are forever her students. If you listen to her well, you will surely be richly rewarded.


  Selamat Hari Guru.

Selasa, 19 Januari 2016

Benih Petola Segi

  Syukur Alhamdulillah kenyang betul perut semasa balik Sabah lalu duduk berminggu di sana bersama anak-anak, tak putus-putus pokok petola segi Big Boss berikan hasil. Sampai rasanya inilah pertama kali dalam hidup hampir tiap hari makan buah petola.
  Inilah pokok petola Big Boss melilit-lilit sendiri di tembok batu. Walaupun pokoknya hanyalah cuma 1 sahaja, besar sungguh rimbunan dan keluasan yang pandai-pandai suka hati dijajahnya. Itupun sebenarnya sebab nak kurangkan ianya mabuk daun, maka Big Boss petik-petik juga daunnya kasi kurang sehinggalah nampak seperti gambar No. 3 ke bawah. Sebenarnya gambar No. 2 di atas adalah daun-daun lebat semula selepas dipetik seperti gambar No. 3. So kiranya gambar No.3 adalah before dan No. 2 adalah after.
  Jika kawan-kawan rasa macam pokok petolanya lambat hasilkan buah dan asyik mabuk daun semacam boleh juga petik-petik kurangkan daunnya. Manalah tau lama-lama terujalah ianya nak berbunga dan menghasilkan buah. 
  Kalau tembok anda kosong, ada tumbuhan seperti pokok petola melilit di atasnya pun sejuk sikit pemandangan. Tambahan pula bunga kuningnya juga comel-comel juga.
   For novice gardeners, jika ada daun tak cantik macam dalam gambar atas ini, berlubang-lubang tak perlu panic ianya adalah normal. Biasalah gardening is not about perfection, but being patient. Nature in balance. Buah petola kalau sekecil macam gambar di atas pun boleh dah nak dibuat masak juga tak perlu tunggu sampai standard size jual di pasar. Lagi rajin kita petik lagi rajin ianya nak bagi lebih buah lagi.
  Jika buah petola anda sudah disuntik serangga peminat. Tak mengapa teruslah petik tak perlu biarkan lama-lama ianya merebak. Boleh juga makan tu bila dibelah-belah banyak lagi bahagian boleh digunakan.
  Cuaca cukup panas sekarang bila masuk tahun 2016 di KingFisher, Kota Kinabalu. Sup buah petola sedap dimakan musim panas ini bagus untuk sejukkan badan. Yang sup petola kali ini campur dengan sup stock ayam untuk cucu-cucu Big Boss masakkan.
~ Biji Benih Petola Segi dari kebun KingFisher, Kota Kinabalu~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM1.00 .

Rabu, 13 Januari 2016

Sayur Batang Keladi

  Hampir dah masuk nak pertengahan bulan January awal tahun ini pasti terutamanya ada ibubapa yang baru masukkan anak-anak ke sekolah dah mula rasa ketat sikit kewangan. Ialah zaman sekarang keperluan dan belanja nak hantar anak-anak ke sekolah makin meningkat. Dalam setahun sahaja harga barangan sudah naik berapa peratus. Untuk forecast tahun 2016 ini pun will still be tough economically, bilangan yang dibuang kerja sahaja teramat banyak untuk tahun 2015. Apatah lagi ada juga menteri yang suruh zaman orang Malaysia sekarang ini ada pekerjaan lebih dari 1 untuk mencari sumber pendapatan. No more quality time with family???

  Memandangkan kita semua bekerja untuk mencari rezeki antara salah satu sebab nak mengisi perut tanggungan kita, Apa kata untuk tahun 2016, salah satu pekerjaan kita 'Weekend Gardener'. Yang bestnya self-employed, takde Boss nak bising-bising, takde nak kena punch in or punch out time kerja. Dress-code bebas, apa yang kita selesa untuk berkebun. Sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh beriadah dengan berkebun bersama anak-anak. InsyaAllah kalau rezeki murah adalah hasil-hasil nak isi perut kita ni. Cut cost pergi gym, work-out dalam kebun. InsyaAllah kalau ada hasil lebihan boleh juga jadi pendapatan sampingan bekalkan di kedai runcit berdekatan rumah.

  Hmmm....tiada ruang cukup untuk berkebun?

  There is another option boleh guerilla gardening.

  Tanam yang simple-simple, jenis tumbuhan yang lasak. Bila bandaran terpotong pun ianya akan mudah hidup kembali. Sebagai contoh kalau kita lihat di kawasan perumahan, kawasan yang berhampiran parit biasanya banyak tidak digunakan untuk apa-apa pun. Seperti pokok keladi amat sesuai ditanam kerana apabila ada ubinya, jika terpotong pun tangkai daunnya akan naik semula. Kalau tak de masa nak siram pun, jika ada ubi bila hujan naik semula pucuk-pucuk baru.

  Sedangkan Big Boss yang punyai berekar tanah pun masih buat guerilla gardening. Yalah usia dah meningkat nak kerjakan kawasan luas pun tak sekuat dahulu, nak pergi berkebun dekat tanah sendiri pun bukan dekat. Nak ke kebun memandu pun sudah berjam. Maka option buat jelah guerilla gardening berdekatan rumah. Gambar No. 2 di atas adalah contoh patch ubi keladi guerilla gardening Big Boss di KingFisher sebelah luar rumah sebelah parit. Parit itu kalau musim hujan naik tinggi gak tu. Tapi kalau pokok keladi boleh sesuaikan diri dengan pertukaran air pasang surut parit tu. Baja pun free.
  Sebab teringin nak makan asam pedas batang keladi lagi semasa di KingFisher, tanyalah Big Boss mana satu koleksi keladinya boleh tuai batangnya buat sayur. Big Boss suruh ambil luar pagar tu ada patch batang keladi. Huh? Ada keladi ke dekat bawah parit tu? Ada mak tanam kat situ, pergilah tengok. Betul memang ada macam gambar No.2 , kalau orang lalu ingatkan keladi liar je agaknya. Mak kata sebab ini jenis keladi yang batang biasa buat sayur.

  Kalaulah kita kerja makan gaji tengah nak sempit-sempit tunggu gaji masuk ada pokok keladi ini memang menyelamatkan. Yalah nak buatnya jika bahan hampir semua dah ada dekat pantry dapur dan kebun berapa sahaja kosnya kan. Resepi boleh cari link dalam related posting sebelum ini (klik sini). Makan dengan nasi panas dan ikan masin pun dah cukup menyelerakan. Anak-anak Tukang Kebun tak pandai makan sayur batang keladi lagi jadi diorang suka meratah ikan masin je. Tapi kalau dah biasa dihidangkan walaupun tak makan lama-lama terbuka hati juga tu (tengah training tak boleh pampered sangat). Nanti jadi lauk nostalgia bila teringat Tukang Kebun dah tak ada nanti, mengubat rindu jadi teringin. Tak sampailah RM10~RM15 belanja bila masak untuk makan 4 orang dengan juadah nasi putih, ikan masin dan asam pedas batang keladi.

  Lagipun salah satu sebab Tukang Kebun suka masak asam pedas batang keladi kerana tahan lama. Masak banyak boleh simpan dalam peti ais bahagi-bahagikan dan panaskan kemudian dalam seminggu tu. Balik dari hari bekerja, takdelah pening nak sedia banyak lauk-lauk lagi. Panaskan apa yang ada dan tambahlah 1 lauk lagi ke gitu.

  Sebab tuaian Big Boss di KingFisher lumayan sangat petola, hampir setiap hari kami makan sayur petola Big Boss yang tanam. Manis makan sayur petola yang baru sahaja dipetik dan dimasak. Terima Kasih Mak (bukan complain ya). Itu yang nak bertukar selera dengan sayur batang keladi pula sekali kala hehehe....Betik pun berbuah sakan.

  Di Pasaraya 'S' tahun lepas di Sungai Buloh, Tukang Kebun perhatikan dalam seikat ada 3 batang keladi harganya RM2.

  Di tempat berdekatan kawan-kawan berapa pula harganya?

   Mencelah iklan kejap....

  Kebun Bahagia Bersama pula bekalkan batang sayur keladi seikat ada lebih kurang 3~5 batang keladi harganya RM1.
   100% Organic.
    Batang keladi pun harvest sampai ke tangan pemesan kurang dari 2 jam.
    Biasanya untuk pesanan sayur batang keladi kami tuai pada hari self-collect, fresh out from Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 ikat batang keladi RM1.00 ~
   Kebetulan pula hari ini ingatan kita seiring pula dengan Sis Rozana dari Saujana Utama menghantar  gambar hasil sebelum dan selepas batang ubi keladi mawarnya dituai buat masak gulai lemak dengan tempoyak. Tumpang bahagia tengok keladi mawar yang dipesan tahun lepas oleh sis Rozana sudah pun dapat rasa hasilnya. Terima kasih juga berkongsi cerita. Tukang Kebun pun belum cuba lagi masak batang keladi dari jenis ubi keladi mawar dan Sis Rozana pun sudah mencuba. Lain kali Tukang Kebun juga nak mencuba buat masak lemak tempoyak batang keladi dengan rencah ikan bilis juga. Buat style masakan orang negeri pulak lah ya, dah belah Tuan Tanah pun orang negeri.

  Iklan mencelah lagi.....

~ 5 anak sulur keladi mawar RM5.00 (moist bare-rooted) ~
  
  Masa berjalan tumpang lalu kebun sepupu Tukang Kebun nak ke bendang padi huma (related posting klik sini), kelihatan anak-anak pokok keladi ditanam dalam lubang yang dalam. Bagus juga tanam macam ini masa musim kemarau, tanah-tanah di sekeliling pokok dalam lubang itu boleh juga ada cooling effect kepada tumbuhan. Tambahan pula bila pokok dah mula ubi membesar dah tak susah nak timbus tanah dekat ubi yang membesar tersebut. 
  
  Pokok tomato pun sesuai ditanam seperti ini apabila cuaca sangat panas dan kering. Malah ada juga negara-negara yang cuaca panas extreme ketika musim panas mengamalkan berkebun seperti ini. Di mana pokok di tanam dalam lubang-lubang yang dalam untuk mengelakkan matahari yang terlampau terik boleh membakar keseluruhan daun-daun pokok. Sebab makin dalam tanahnya , sebenarnya makin kurang panas boleh dikatakan ada cooling effect. Itu sebab cacing kalau musim panas mereka makin duduk dalam-dalam tanah.
  Pokok-pokok keladi bagus dijadikan tanaman sampingan tukang-tukang kebun. Di kala kekurangan hasil tuaian dek kemarau yang bakal berpanjangan dijangka sepanjang tahun 2016 ini, pokok keladi juga adalah hasil tanaman sampingan yang bagus di kebun terutamanya bagi 'Weekend Gardeners'. Sekurang-kurangnya ubi keladi ini sifatnya amat forgiving tak perlu nak disiram kerap sangat. Kat tepi longkong ubi keladi hidup pun bahagia sangat. Manalah tau kemarau panjang sangat nanti water supply pun tak cukupkan terutamanya kawasan perumahan kena catu-catu.

Khamis, 10 Disember 2015

Laksa Kuah Ikan Parang

     
  Awal- awal pagi Sabtu lepas, Big Boss dan Tuan Tanah pergi membeli hasil laut direct di bot nelayan di Teluk Likas. Yang di dalam rumah semuanya masih diulit mimpi. Sebaldi jugalah stok makanan laut untuk dapur minggu ini dipajak oleh Big Boss. Antara bekalan dapur yang dibawa pulang ialah ikan parang segar baru sahaja ditangkap dari laut oleh nelayan.

  Cuba teka 7 ekor ikan parang saiz panjang ini berapa harganya?


 Big Boss sedang mencuba tips dari nelayan macam mana nak mudah bersih siang ikan-ikan parang. Nak testing buka dulu sirip ikan parang yang bahagian atas di hujungnya, kemudian tarik sahaja buka sirip tersebut akan tertanggal dengan lebih mudah.

 Harganya ialah RM5.00 .

Kalau di Lembah Klang 2-3 ketul potongan ikan parang pun susah nak dapat RM5. Apatah lagi 7 ekor. Separuh direbus untuk buat bahan kuah laksa menu tengahari.

Rakan-rakan lain suka masak bagaimana dengan ikan parang?

  
 Antara hasil tuaian awal pagi sambil nak sedia masak laksa di kebun KingFisher Big Boss. Jenis cili panjang-panjang ini tak rasa pedas sesuailah untuk mereka yang tak tahan pedas. Syukur Alhamdulillah setiap minggu ada buah betik untuk Big Boss tuai dari kebunnya. Tapi katanya belum banyak lagi nak dijualkan ke kedai.

   Adalah beberapa pokok betik di ruang terhad yang ada di rumah teresnya di KingFisher. Gemuk-gemuk buah betiknya. Sebagai contoh pokok betik yang bersebelahan dengan pokok herba pecah beling. Pokok herba pecah beling ini pun import dari Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh. Cepat sahaja pokoknya membesar walaupun tanah masih begitu keras di kebun KingFisher ini. Bolehlah dijadikan pokok pagar atau hedge. Belum pun masuk setahun umur pokok pecah beling tersebut menjadi penghuni di situ. Bila tiba musim bunga pecah beling pasti berseri di kawasan tersebut. Pecah beling juga boleh mudah hidup di dalam bekas.

  Info khasiat herba pecah beling boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pot Pecah beling/Pecah kaca (Strobhilantes crispa) RM5.00 ~ 

atau boleh juga pilih campur dengan tumbuhan lain dalam page promotion '3 plants fro RM10' (klik sini).
 Banyak buah betik syok nak buat jeruk tapi tak jumpa-jumpa alat nak sagat. Nak manually racik-racik macam lenguh pula rasa tangan. Buat je lah jeruk mempelam muda dulu yang diberikan oleh saudara Big Boss dari kebunnya di Papar.

Happy Birthday Mama!!!