No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 8 Januari 2018

Tamu Tuaran August 2017

 Sudah setengah tahun baru nak draf posting koleksi gambar-gambar yang telah lama diambil di Tamu Tuaran pada pertengahan bulan Ogos 2017. Lokasi gambar-gambar yang diambil pun hanya satu bahagian kecil di Tamu Tuaran iaitu bersebelahan dengan Pet Shop. Inipun sementara tunggu anak-anak suka terhibur tengok binatang perliharaan comel dalam kedai tersebut memudahkan Tukang Kebun shopping kejap. Tambahan pula ini adalah bahagian yang Tukang Kebun suka beli hasil-hasil tanaman. Sebab di sini kebanyakkannya adalah direct dari petani tempatan ataupun datangnya dari kawasan bukan Kundasang yang lebih komersial. Kalau yang berdekatan dengan ruangan berdekatan dengan pasar basah tempat seafood kebanyakkannya adalah orang tengah yang menjual sayur-sayuran. 
  Tamu Tuaran adalah setiap pagi Ahad. Tetapi setiap pagi Sabtu pun ada juga menjual macam pre-tamu sebelum hari minggu. Ada yang turun awal juga untuk menjual. Kadang-kadang petani akan terus jual kepada orang tengah jika jualan mereka tidak habis pada hari Sabtu untuk orang tengah jual pada hari minggu.Untuk yang mungkin ada planning untuk melawat Sabah tahun 2018, bolehlah aturkan program mereka jika ke Kundasang pada hari Sabtu atau Ahad, bolehlah awal pagi singgah ke Tamu Tuaran dahulu sebab macam on the way je. Biasanya kalau pagi hari Sabtu, sebelah kedai Pet Shop ini ada petani tempatan sudah mula menjual. Kalau Tamu Kundasang rasanya hari Jumaat.
 Gambar pertama dalam posting ini adalah gambaran sebahagian jualan di sebelah Pet Shop dekat tapak Tamu Tuaran. Mari kita zoom in lebih dekat pula, jenis hasil tanaman apa yang dijual boleh didapati di Tamu Tuaran. Sebagai contoh seperti gambar di atas ada bawang berlian yang bawangnya warna merah tu. Dekat Semenanjung Malaysia payahlah nak jumpa. Tapi bawang berlian ini juga ada nilai di Tamu Tuaran dari segi bekalan. Bukan sahaja itu bawang berlian ini ada banyak kegunaannya dari segi perubatan dan orang mengandung tak boleh makan bawang berlian ya. Kalau dah bersalin, masa berpantang boleh bagi peranakan kecut cepat dan kasi bersih dalaman. Orang tempatan biasa masak bawang berlian ni campur dengan sup ayam. Merah jadi supnya.

Info lanjut bawang berlian (klik sini).

~ 1 bekas bawang berlian RM7.00 (isinya juga boleh dituai dan dimakan ya)<boleh dipos>~

 Kalau buah durian dekat Sabah ni lagi mahal harga pasaran dia banding dengan di Semenanjung Malaysia. Kalau beli direct dari Tukang Kebunnya dalam harga RM8 sekilogram bulan Disember  2017 lepas, kemudian orang tengah jual harga dalam RM15 sekilogram. Gara-gara teringin nak rasa durian tanam kat Sabah, bulan lepas ada beli sebiji D08? harganya RM15 sekilogram di Tamu Tuaran. Kemudian nampak transaksi petani jual dekat orang tengah dengan harga RM8. Bulan January ini ada ubi kayu Kebun Bahagia Bersama, yang mengidam boleh juga kami usahakan pos. Sulur-sulur atau batang keladi juga adalah satu bekalan yang kerap dilihat di Tamu Tuaran.

~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 ~
~ 1 ikat/plastik sayur batang ubi keladi RM1.00 ~

 Buah pinang juga adalah satu hasil yang kerap juga ditemui di Tamu Tuaran.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (boleh juga dipos)~
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (boleh juga dipos) ~
 Kalau yang rare ikut musim ialah seperti buah kelubi. Terliur gak tengok buah kelubi ini tapi memikirkan tak sempat nak buat jeruk. Boleh kawan-kawan share selain dari buat jeruk buah kelubi ini, apakah cara lain untuk enjoy buah kelubi?
 Terdapat pelbagai jenis pilihan buah limau atau citrus fruit yang juga dibekalkan di Tamu Tuaran seperti limau kasturi, limau nipis, limau telur buaya dan lain-lain. InsyaAllah hujung minggu ini ada juga self-collect day.

Self-Collect Day (Please email (kebunkmg@gmail.com) confirm before the meeting):

13th/14th January 2018 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway).

Goodies yang maybe available:

1 beg tanah bakar RM5.00 .
7 biji buah kelapa tua RM10.00 .
3 biji isi kelapa parut RM5.00 .
1 kilogram buah ciku RM4.00 .
5 biji buah katak puru/nam nam RM2.00 .
1 biji buah nangka muda RM5.00 .
1 sisir buah pisang kadau kuning RM5.00 .
1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .

dan ulam-ulaman , 1 jenis ulam 1 ikat RM1.00 .
 Minggu lepas Abby kelihatan seperti dapat symptom bintik-bintik Chicken Pox lah pulak. Tak perasan mulanya sebab masa kena sympton ini, Abby langsung tak ada demam. Oleh itu, Tukang Kebun ada di Kota Kinabalu bersama Abby geledahlah kebun Big Boss di Kingfisher. Big Boss pesan pergi kumpul 3 jenis daun buah limau yang berlainan kasi rebus dengan air buat mandi Abby. Lepas tu kasi mandi air perahan buah limau purut sekali. Lepas kasi mandi air rebusan daun limau, cepat surut bintik-bintik kudis semua dah tak berair, dah jadi kering. Daun-daun limau elok juga kasi carik-carik atau blendar kasar dengan air untuk lebih effective. Abby sambil berendam, punya banyak slice buah limau purut dimakannya. Kuat makan asam Abby ni dari mama dia. Natural Vitamin C. 
 Besarnya buah limau telur buaya dari kebun Big Boss di Kingfisher. Dalam upih gambar atas ini tuaian dari sebuah pokok je ni. Ini pun yang dah kekuningan sahaja Tukang Kebun tuai. Buah limau telur buaya ini nampak macam buah lemon kan. Lagi besar dari buah lemon. Kalau ada pokok limau yang macam mabuk daun, boleh tu petik-petik daunnya buat mandian spa sendiri di rumah ada manafaat sementara nak tunggu dia berbuah.  Abby tiga hari mandi spa daun limau dan jus limau purut. Tukang kebun pun seminggu cuci rambut dengan jus limau purut. Luxury tau. No chemicals. Jasa dari pokok dan yang menanam. Dua hari penggunaan jus limau purut kami as shampoo cost sama dengan beli harga sebotol shampoo. Arwah nenek Tukang Kebun dulu basuh rambut pakai buah limau sahaja dan tak perlu nenek dye rambut dia sebab tak beruban.

~ 1 pokok tut limau telur buaya RM25.00 ~

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam singgah dan salam kenal..jom la ke blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

norhidana berkata...

kalau dana semua rasa mcm nk beli....

mamapp berkata...

Wah mesti seronok Kan kalau dpt ke mari

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Terima kasih singgah.

Salam Bahagia Dana,

Memang jadi rambang mata kan Dana.

Salam Bahagia Kak Mamapp,

Banyak pilihan dan harga pun murah-murah.