Jika hendak melawat bandar kecil Shiogama menggunakan sistem keretapi JR Senseki Line, jangan keliru ya sebab ada tiga stesen Shiogama. Yang stop pertama untuk Shiogama jika dari arah bandar Sendai ialah Nishi-Shiogama (Shiogama Barat), kemudian keretapi akan berhenti di Hon-Shiogama (Shiogama Central). Selepas Hon-Shiogama pula keretapi akan berhenti di Higashi-Shiogama (Shiogama Timur). Ikut planning asal kami hendak lawat Kuil Shiogama (related posting klik sini), kemudian naik Ferry di Marine Gate Shiogama jadi kami turun di Hon-Shiogama. Jika yang nak melawat Seafood Market Shiogama kena turun di Higashi-Shiogama lebih dekat. Bila dah sampai di Hon-Shiogama station yang hendak singgah dahulu melawat Kuil Shiogama keluar exit Jinja-Sando Entrance, ini pintu keluar terdekat nak ke Kuil Shiogama dan Kuil Okama (related posting klik sini). Biasanya kalau di Stesen Keretapi ada beberapa pintu masuk jadi pastikan untuk tidak membuang masa, pastikan tempat melawat mana paling dekat dengan pintu exit ya.
Semasa waktu kami melawat Shiogama di depan stesen Keretapi Shiogama dihiasi dengan banyak bunga French Marigold tengah meriah mekarnya (1 pek Original Packaging from Japan-French Marigold Mix RM18.00 more than 50 seeds/3ml) seperti gambar No. 1 di atas. Cuaca yang sejuk nyaman sekarang melanda Malaysia ini ambil peluang untuk semai biji-biji benih ya.
Bandar kecil Shiogama ini macam diperhatikan di kawasan keliling ke arah Kuil Shiogama memang komuniti amat bersatupadu dari zaman dahulu-dahulu lagi dengan rajin untuk memudahkan kehidupan harian mereka pada waktu malam dengan membuat stone lantern (related posting klik sini).
Walaupun tsunami pada 2011 dah masuk hingga mengalir ke kawasan Stesen Keretapi Shiogama ini tapi masih kagum tengok kukuh stone lantern hasil gotong-royong semangat penduduk hampir seabad yang lalu. Lambang memberikan semangat kepada generasi penduduk Shiogama sekarang untuk recover semula dari bencana Tsunami. Begitu juga antara cara untuk jimatkan kos sementara bagi pagar kawasan letak kereta ialah gunakan bahan semulajadi seperti buluh. Gambar pagar buluh di atas ini si Ilhan yang ambil sementara mama dah jauh ke hadapan. Even the kids seems to appreciate this simple gate art. Bila Tukang Kebun check semula gambar yang Ilhan di Shiogama jadi minat pula tengok teknnik simpulan dan susunan pagar tersebut. Boleh dijadikan future reference.
~ 1 sulur moist bare-rooted Buluh Gading Halus RM10.00 (info klik sini) ~
Dalam perjalanan dari Kuil Okama ke Stesen Keretapi Hon-Shiogama selepas tengah lintas jalan di gambar atas ini, baru perasan ada gerai kecil menjual hasil dari tanaman. Kami patah balik semula untuk cuci mata.
Kalau nak masuk penghujung musim luruh di Jepun ini biasanya buah kegemaran Tukang Kebun ialah buah limau (mikan) dan buah pisang kaki. Asyik terliur je tengok pokok-pokok pisang kaki di laman orang berbuah lebat sepanjang berjalan-jalan di Jepun ni (related posting klik sini). Sempatlah kami membeli buah limau dan pisang kaki. Kalau ikutkan hati macam-macam nak beli tapi kesian pula kat Tukang yang membawanya pula. Itu sahajalah yang kami belanja di Shiogama beli dua jenis buah selain dari tiket perjalanan.
Cuma menyesal pula tak beli buah labu manis Jepun ni. Sebab kalau beli labu sebiji macam ni belum dikerat tahan lama jugalah nak dibawa balik ke tanahair. Dekat Jepun ini, kekadang selain dari tulis harga, ada gerai yang rajin juga tulis maklumat asal hasil tanaman ini diperolehi. Kalau hujung tahun lalu pergi Tamu Tuaran saiz labu macam gambar di bawah ini kerat 4 harganya sekerat dalam RM2. Lebih kurang sahajalah dibeli jika tukar harganya dalam RM10 sebiji di gerai Jepun ini. Kalau dibeli di AEON supermarket, kena import lebih mahal harganya. Labu manis ini stim atau dipanggang dalam ketuhar makan begitu pun dah manis.
Ada juga anjing baka kecil macam chiwawa Tukang Kebun tengok pemilik gerai bela. Pemilik gerai ini kupas buah epal berikan makan kepada anjingnya. Kalau anak anjing baka campuran husky milik adik lelaki Tukang Kebun pula pandai makan pisang masak. Anjing kampung milik arwah nenek Tukang Kebun dulu pagi-pagi makan hirisan ubi kayu rebus. Anjing dan kucing belaan pun sekarang kena berhati-hati pemakanannya, kalau diet makanan segera yang jantan bila makin tua mudah kena batu karang tu nanti kencing berdarah.
3 ulasan:
Saya pun banyak bela kucing di rumah bapa...tak suka belai sangat...tapi terharu sangat bila sampai depan pagar rumah bapa pagi-pagi buta dah berlari2 kucing2 ke arah kereta....sebabnya selalu bagi makan kat depa
Wow hebatnya anjingbzaman skrg makan sayur buah ye
Salam Bahagia Kak Fida,
Ya bila kalau stress balik ada kucing datang welcoming rasa stress terbang seketika. Terhibur tengok gelagat kucing-kucing.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Hehehe....anjing pun omnivor boleh tu ajar makan sayur dan buah.
Catat Ulasan