No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kacang Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kacang Tanah. Papar semua catatan

Ahad, 26 Ogos 2018

Bukit Perahu

 Sehari sebelum anak-anak terlibat dengan acara Kids Obstacle Run 2018 (Posting berkaitan Klik Sini), kami bawa Rayyan dan Abby hiking Bukit Perahu sama-sama. Abang Ilhan ada bengkel cara jawab soalan UPKK jadi tak dapat sertai sekali. Lepas drop terus kami bergerak ke Tamparuli dalam 7:30 pagi. Ini adalah kali pertama kami hiking Bukit Perahu. Boleh lah kongsi gambaran dari starting point sampai ke puncaknya. Puncak Kinabalu pula bilalah nak sampai-sampai ni kan. Kita sampai ke puncak Bukit Perahu dahulu.
 Awal-awal saja nampak Tukang Kebun steady di hadapan boleh ambil gambar hadapan anak-anak. Nanti tinggal ambil gambar bayangan mereka di belakang. Di Bukit Perahu ni ada juga lah tempat yang ada tali untuk memudahkan bagi sokongan kepada pendaki. Walaupun nampak ada tangga-tangga. Tapi yang ikut tangga tu lagi mencabar sebab kena langkah panjang-panjang. Untuk kaki yang tak panjang tak nak cepat lenguh kaki kekadang tak guna anak tangga lalu sebelah tepinya ikut pace masing-masing.
 Jika di lembah banjaran Crocker ni biasanya mesti ada terserempak dengan rumpunan pokok-pokok buluh di tepi sungai juga di lereng bukit. Kalau kita biasa tengok movie dari China atau Jepun synonim dengan background rumpunan pokok buluh untuk aksi di pedalaman. Di lembah Banjaran Crocker juga synonim dengan pemandangan ada rumpunan pokok buluh. Malahan pokok buluh ini memang banyak kegunaannya bagi etnik-etnik di Sabah sejak dahulu lagi. Kraftangan asli yang dijual di Tamu dan music tradisional banyak diperbuat dari buluh.
 Jika daki awal pagi lagi sampai ke puncak, pendaki akan disajikan dengan pemandangan Gunung Kinabalu dengan kawasan di lembah bawahnya diliputi dengan kabus-kabus awan. Kami sampai lambat sikit sebab mula daki pun dah pukul 8 pagi lebih matahari dah naik.
 Boleh duduk rehat-rehat sambil makan bekalan yang dibawa. Boleh tahan juga tu Rayyan bawa beg ada dekat 2 liter air dalam beg dia. Mujur juga nak bawa kalau Abang Ilhan takde baru jadi sukarelawan bawa barang. Kalau tak asyik Abang Ilhan ja. Tukang Kebun lenggang-lenggang je sekarang bila anak-anak lelaki dah membesar ni. 
 Ada juga penduduk tempatan yang berniaga menjual home-made food dan snacks juga di atas bukit perahu. Ada disediakan tempat pembuangan sampah atas initiatif peniaga ya, jadi jangan buang sampah merata-rata. Baru perasan bila ambil angle tiada Gunung Kinabalu di belakang macam kami daki the highest peak hahaha....Peniaga tersebut ada juga jual ice-cream yang hisap dari plastik tu, sebatang 50sen. Untuk basahkan tekak sambil turun bukit kami belilah sorang satu.
 Tidak lama lagi cuti hari kemerdekaan, jalur gemilang dan bendera Sabah dah berkibar-kibar atas Bukit Perahu. Dari atas Bukit Perahu kita boleh nampak seluruh pekan Tamparuli. Photospot untuk yang suka selfie. Untung satu background Gunung Kinabalu, lagi satu background pusing the whole Tamparuli Town.
 Pekan Tamparuli ini terkenal dengan folk song yang ada sebut Jambatan Tamparuli. Tetapi pelancong luar selalu keliru dan salah mana Jambatan Tamparuli sebenarnya. Yang di dalam lagu tempatan Jambatan Tamparuli dimaksudkan yang Jambatan Gantung Tamparuli dekat dengan tapak Tamu Tamparuli. Kekeliruan ini sebab di jambatan baru tertera yang dinamakan "Jambatan Tamparuli" bila lalu ke Kundasang-Ranau. Sebenarnya jambatan tamparuli yang duluan ialah sebelah tapak tamu untuk berjalan kaki sahaja bukan laluan kereta. Dulu nak ke Kundasang di bawah Jambatan Gantung Tamparuli tu ada crossover untuk laluan kenderaan. Tapi kalau sungai besar banjir memang kenderaan tak dapat lalu sebab air dah overflow crossover tersebut. Kawasan bawah Jambatan Gantung Tamparuli pun sudah masuk zone kena Tagal. Jadi sebenarnya kalau nak ke Kundasang boleh ja singgah Jambatan Gantung Tamparuli, nanti lalu crossover di bawah tu bersambung juga semula ke jalan utama nak ke Kundasang. Rasa lebih adventure lah sebab seberang sungai pakai crossover dekat je rasa sungainya pastu dongak atas nampak Jambatan Gantung Tamparuli (related posting click here). Kalau ke Kundasang pada pagi Rabu singgahlah pekan Tamparuli ada Tamu besar pada hari tersebut. 
 Macam Tukang Kebun lepas daki Bukit Perahu singgah ke tapak tamu Tamparuli beli barang-barang dapur. Hari biasa ada juga yang berniaga sayur-sayuran di keliling tapak tamu tersebut tapi tak semurah dan banyak pilihan masa hari Rabu Tamu Besar Tamparuli lah. Jika bergerak stay check in ke Teratak Kiulu Lodge boleh dapat supply bahan masak dan makanan di Pasar Tamparuli ya. Jika anda seorang yang aktif boleh juga susun interinery sebegini untuk jelajah kawasan Tamparuli dan Kiulu seawal 6 pagi. Sesuai untuk keluarga yang ada anak-anak kecil macam Kebun Bahagia Bersama.

daki Bukit Perahu >>> Jambatan Gantung Tamparuli dan Tamu Tamparuli >>> Tagal Kampung Poturidong (boleh lalu jambatan gantung juga) >>> White Water Rafting >>> Check in Overnight stay at Teratak Kiulu Lodge (if daytrip skip) >>> Chantek Borneo Gallery & Rumah Terbalik >>> Lokan Bakar & Kelapa muda di Salut >>> Teluk Awam Likas (Light up Cycling)

Jika planning bermalam lebih 1 malam masih ada banyak aktiviti-aktiviti pakej pilihan di dalam kawasan Kiulu ya. Wassup Daniel for more special packages (019-850-2434) untuk kawasan daerah Kiulu kalau tak nak stereotype pakej yang biasa dapat dari agen pelancongan so you can go to places yang jarang orang dapat pergi. Boleh juga follow Facebook atau Instagram Teratak Kiulu Lodge. Boleh quote dapat info dari "Kebun Bahagia Bersama" dekat Daniel (adik lelaki kesayangan Tukang Kebun). Copy paste link ni bagi dekat dia.
Bulan Ogos ini ada stok biji benih baru semula Kacang Tanah Pulut. Ada juga yang memanggilnya Kacang Tanah Harimau sebab kulitnya berwarna putih berbelang merah. Biasa kalau Kacang Tanah brand Pagoda tu kan isi kulit kacang warna merah hati yang ni putih berbelang merah. Kacang Tanah Pulut ni bila tuai isinya bila direbus memang rasanya lebih berlemak dari yang isi biji kacang tanah kulit merah. Tukang Kebun kalau kacang tanah rebus memang lebih suka kacang tanah pulut dari yang lain susah nak berhenti makan berlemak, macammana badan tak naik lemak. Gambar di bawah precious moments biji benih kacang tanah bercambah muncul keluar dari tanah.

~ Anggaran 20 biji benih kacang tanah pulut/harimau RM3.00 ~
Tukang Kebun pun baru balik dari Kampung Kiulu bermalam 3 malam dengan anak-anak.
Puas anak asyik berendam dalam sungai.

Mari Lawat Kiulu!!!

Ahad, 31 Julai 2016

Kacang Tanah Harimau

   Hari ini Tukang Kebun nak update stok segar biji benih kacang tanah kampung dibranded harimau ada dalam senarai semula di catalogue Kebun Bahagia Bersama. Kacang Tanah Harimau ini juga dikenali sebagai Kacang Tanah Pulut. Jenis Kacang Tanah Pulut ini adalah kegemaran jenis kacang tanah kampung yang Tukang Kebun suka sangat bila direbus. Terutamanya bahagian dalam yang selaput setelah kulit kacang itu boleh dimakan rasa lemak betul Bukan sahaja isinya yang sebutir-butir sahaja yang sebelum dimasak kacang tanah mentah matang berwarna berkulit putih dan berbelang-belang merah. Tapi seperti gambar di atas ada nampak selaput keputihan di kulit kacang. Bahagian itulah lepas direbus sedapnya dikikis makan juga lebih-lebih lagi yang belum matang betul.
  Jika ada rezeki untuk yang berminat nak rasa kacang tanah kampung tempatan yang bukan dari Tanah Besar Cina, InsyaAllah kami boleh bekalkan pada pertengahan bulan Ogos 2016. Jenis belum pasti lagi yalah kulit semua warna sama sahaja selagi tidak digali dan dikopekkan (Maybe jenis taragang/tadong/harimau not sure which one). Kulit kacang pun tak proper bersihlah ada tanah-tanah juga macam dalam gambar. Tukang Kebun tak nak cuci betul-betul sebab sekarang musim hujan susah nak kering ambil masa nanti lagi tak tahan lama. Elok biar tanahnya kering sendiri dan ketuk-ketuk ja biar tanahnya jatuh. Pastu spread dekat upih. Jangan disimpan dalam plastik nanti berkuap. Kalau tak kering betul nanti dia mudah berkulat. Jadi simpan di tempat kering supaya tahan juga berbulan-bulan. Boleh dipos. Yang self-collect hanya pada 20/21 hb Ogos 2016. Untuk kacang tanah tempatan open reservation sehingga 11hb Ogos 2016.

~ 1 kilogram kacang tanah segar RM12.00 (limited reservation only)~
  Sebelum direbus cuci-cucilah dulu ya sebersih mana dan rajin yang boleh dengan air. Biasanya Tukang Kebun rebus lama juga nak biarkan empok isinya, biasanya sampai tambah air sekali lagi bila dah hampir kering air rebusan asal dan biarkan hampir kering airnya sekali lagi. Nak rasa lemak-lemak campurkanlah dengan garam sikit masa merebus.

  Jika ada nak merasa tanam kacang tanah sendiri juga boleh. Tak susah pun bijinya nak bercambah. Cuma berhati-hati ya walaupun bijinya besar jangan rendam dalam air sebelum disemai. Elakkan style rendam biji benih dahulu sebelum disemai untuk biji benih kacang tanah. Takut mudah reput dan berkulat kemudian biji benihnya sambil ada pertumbuhan yang akan menyebabkan anak pokok mati. Keperluan air dan makanannya sederhana sahaja. Baja jangan berlebih dibaginya. Cahaya matahari nak banyak.

~ 1 pek anggaran 20 biji benih kacang tanah harimau RM3.00 ~


  Pertumbuhan kacang tanah ini ada peringkat ianya akan menghasilkan bunga-bunga comel yang berwarna kuning. Kemudian selepas musim bunga kacang tanah akan terbentuk sulur-sulur seperti gambar di bawah. Bila dah nampak banyak sulur-sulur ini keluar dan terbenam ke dalam tanah elok timbus dengan tanah buat bukit dekat bahagian bawah  pastikan semua sulur-sulur kacang ini dalam tanah. Bahagian inilah yang akan menghasilkan buah-buah kacang dalam tanah. Ini peringkat kena rajin timbunkan tanah buat batas macam berbukit supaya semua sulur yang terdedah tertimbus dengan tanah. Kalau tiada faktor yang tidak diduga biasanya pokok kacang tanah akan mula nampak macam nak habis riwayat bila buah-buahnya dah mula matang di bawah tanah itu.
  Gambar di bawah, contoh kacang tanah harimau setelah direbus. Enaknya makan kacang tanah harimau panas-panas baru lepas direbus pada musim hujan ini waktu teatime. Berebut-rebut satu keluarga menikmatinya, permata-permata hati pun leka nak kopek sendiri makan. Bagus sekali-kala diberikan protein dari jenis tumbuhan untuk pembesaran mereka. Kalau kacang tanah kampung bukan Genetically Modified Organism (GMO-penyebab pelbagai allergy) jadi tak khuatirlah nak tambah dalam diet anak-anak. Berikanlah mereka pengalaman nak rasa true flavor of kacang tanah bukan asyik peanut butter sahaja.

Isnin, 28 Disember 2015

Benih Jagung Pulut

    Beginilah rupa benih jagung pulut yang baru sahaja bercambah. Jika dalam keadaan begini masih lagi bagi ayam sedap dimakan dan begitu juga semut akan dibawa pergi jika tidak ditimbus dengan tanah dengan baik. Hujan yang lebat kadangkala benihnya yang telah disemai dalam tanah menyebabkan benih jagung tesebut timbul kelihatan. 
  Organ pembiakan jantan untuk jagung pulut sebelum dilepaskan debunganya untuk disenyawakan kepada organ pembiakan betina amat merah hati warnanya. Mirip kelihatan seperti kulit padi sebelum dibuka kantungnya menampakkan isi beras di dalam.
  Pokok jagung dan pokok padi juga mempunyai ikatan tali persaudaraan. Zaman dahulu untuk mempelbagaikan hasil semasa musim menanam padi, petani juga akan menanam jagung.
 Daun jagung pulut juga nampak berjalur-jalur. Agen pendebungaan bagi pokok jagung biasanya angin. Disebabkan itu ianya biasa ditanam di kawasan lapang supaya angin bertiup sepoi-sepoi dapat mendodoi pokoknya supaya debunga dapat hinggap ke organ pembiakan betina.
 Jika tiada angin sepoi-sepoi yang datang ketika musim pendebungaan pokoknya, bolehlah pada waktu awal pagi goyong-goyong perlahan pokoknya supaya debunga jantan dapat jatuh kepada rambut-rambut muda yang menawan baru sahaja keluar di sisi tangkai batang pokok jagung tersebut. Menarik juga bagi jagung pulut warna rambutnya walaupun masih muda sudah kelihatan berwarna merah hati yang biasanya jagung-jagung jenis lain berwarna keputihan.

 Jika yang nak melancong atau bekerja macam tak sempat nak tuai jagungnya tunggu hingga masak, pada saiz begini boleh juga nak tuai jagungnya sebagai baby corn. Atau disebabkan cuaca yang dahsyat macam ribut menyebabkan batang-batangnya patah dan buah masih membesar muda boleh juga tuai sebagai baby corn. Ataupun banyak buah jagung-jagung yang keluar dari sisi tangkai, jika nak buah jagung yang besar biasanya petani tinggalkan 1~2 tongkol sahaja di pokok. Jadi yang lain boleh isinya dibuat sayur.

More info about babycorn klik sini.
  Jagung pulut seperti jagung baby blue jade (related posting klik sini), jika nak makan sebagai jagung rebus kena tuai sebelum menjadi begitu tua. Sebelum isi jagungnya bertukar ke warna kekuningan gelap. Tuai masa isinya masih berwarna keputihan atau kuning cair. Cara nak tahu masa sesuai untuk dituai sebagai jagung rebus ialah bila kita picit isinya air berwarna susu bukan warna air yang jernih.

  Fresh biji benih jagung pulut baka kampung Sabah available di Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 pek anggaran 30 biji benih berharga RM3.00 ~
  Juga available dalam senarai Kebun Bahagia Bersama ialah pelbagai jenis baka kampung kacang tanah.

~ 1 pek kacang tanah pulut anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang tanah hitam anggaran 15 biji benih RM3.00 (info klik sini)
~ 1 pek kacang taragang anggaran 25 biji benih RM3.00 (info klik sini)
  Yang mana biji-biji benih kacang tanah yang Tukang Kebun reject lepas sorting, Tukang Kebun tabur di bawah pokok terung sekali terkejut tengok meriah pula bercambah di bawah pokok terung tersebut. Sebenarnya seperti tauge, kacang tanah yang baru sahaja bercambah boleh juga dijadikan sayur. Sedap juga yang kacang tanah yang baru bercambah macam tauge buat masak goreng kicap dengan tauhu. Disebabkan sibuk tak sempat nak petik masa baru bercambah, takpelah jadikanlah ia sebagai 'green manure' untuk baja nitrogen fixer pokok terung tersebut kemudian.

Selasa, 10 Mac 2015

Anak pokok tarap

 Buah tarap adalah buah nadir negara kita tetapi lebih terkenal di kawasan Borneo berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Bila buahnya ranum pun macam cempedak atau nangka ada baunya tersendiri. Tapi takdelah bergetah sangat isinya, bila masak elok mudah dikeluarkan seulas-ulas. Kanak=kanak pun mudah nak keluarkan sendiri ulas isi buahnya. Sehari sebelum balik ke Sungai Buloh, Big Boss ada beli buah tarap di Tuaran berebut=rebut kami sekeluarga makan isi manis tarap malam itu di Kampung Poturidong Lama. Abby yang pertama kali makan buah tarap pun turut serta berebut-rebut makan isi buah tarap. Biji-bijinya Big Boss dah suruh tukang kebun tanam di Sungai Buloh. Syukur Alhamdulillah tukang kebun berjaya cambahkan biji-bijinya dengan baik.

~ Anak pokok buah Tarap (D.O.B January 2015) ~
1 bekas RM15.00 .
 Cuti sekolah bulan Disember lepas, Ilhan duduk bersama Neneknya (Big Boss) di Kingfisher Sabah yang baru sahaja pindah ke sana. Semasa duduk dengan nenek, Ilhan banyak menolong neneknya berkebun di tanah yang sangat berketul-ketul keras seperti gambar di bawah. Salah satu projek menyemai biji benih yang nenek beri kepada Ilhan yang baru nak masuk darjah 2 ialah menyemai biji benih kundur. Masa tukang kebun ke sana biji-biji benih kundur bercambah dengan baik cuma nenek Ilhan membebel-bebel Ilhan nak kerja cepat rupa-rupanya satu tempat banyak sungguh direct-sowing biji benih disemai (nak express masuk rumah). Kantoi bila biji-biji benih tersebut bercambah dah merimbun satu-satu tempat anak-anak pokok. Hujung bulan lepas, inilah hasil tangan pokok-pokok kundur yang Ilhan tanam di kebun mini Nenek Ilhan di KingFisher.
 Siap dah ada buah yang besar bergayutan. Boleh tahan juga tangan si Ilhan berkebun ni. Tukang kebun perhatikan di background gambar biji-biji benih jagung pulut juga naik cantik di kebun Big Bos.
 Mingggu lepas semasa tukang kebun mengemaskan Petak 4, ada menyemai biji-biji benih kacang tanah bersebelahan sangkar No. 4. Minggu ini sudah kelihatan biji-biji benihnya sudah bercambah. Moga sempatlah dapat hasil untuk dibuat kuah kacang masa musim Raya Aidilfitri nanti. Gardeners yang nak buat kuah kacang dari hasil kebun sendiri eloklah tanam biji-biji benih kacang tanah bulan ini. Cuaca minggu ini pun sangat baik di kawasan Lembah Klang untuk menyemai benih kacang tanah direct-sowing di batas terus tak perlu nak proses pindah-memindah. Tukang kebun kalau tanam kacang tanah biasanya tanam terus di batas selepas dah gembur-gemburkan tanahnya. 
 Hujung minggu ini pun cuti sekolah dah bermula, bolehlah buat projek berkebun kacang tanah dengan anak-anak, biji-biji benihnya pun saiz besar mudah budak-budak nak handle. Kacang-kacang tanah yang tukang kebun tanam bulan January lalu di Petak 3 pun sudah menghasilkan bunga hujung bulan lepas. Bunga kacang tanah pun mirip dengan bunga pinto peanut.
 Semoga bulan depan dapatlah juga kami makan kacang tanah segar rebus. Tukang kebun selalu masalah bila tanam kacang-kacang tanah ialah selalu tak cukup masa nak tolong dia dari free of weeds yang nak membesar bersama-sama juga.

Ada 2 jenis kacang tanah dalam stok tukang kebun sekarang sama batch dengan yang tukang kebun semai di Petak 4.

~ Kacang Tanah Pulut (Info Klik Sini)~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

~ Kacang Tanah Taragang (Info Klik Sini) ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Rabu, 14 Januari 2015

Kacang Tanah Heirloom Pulut

  Salam Bahagia, memang makin seronok apabila dapat menambah pengetahuan dalam jenis variasi kacang tanah kampung/heirloom yang ada di bumi Sabah yang kami balik bercuti awal tahun ini. Kali ini rasa sangat bertuah apabila terserempak dengan kacang tanah pulut yang berwarna putih berbelang merah pekat. Saiz kacangnya juga jenis besar. Memang sedap bila direbus sendiri berbanding dengan yang biasa dah siap direbus di pasar atau supermarket. Kadangkala bila tak habis makan tapau untuk bekalan keluar berjalan-jalan bersama keluarga the next day.

  Syukur Alhamdulillah ini adalah jenis kacang tanah kampung/heirloom yang kelima dapat kami rekodkan. Sebelum ini jenis-jenis kacang tanah kampung yang terdapat di bumi Sabah telah direkodkan oleh kami adalah seperti berikut; Kacang Tanah Tadong, Kacang Tanah Taragang, Kacang Tanah Hitam, Kacang Tanah Batik dan Kacang Tanah Pulut. Sebagai revision bolehlah refer kepada label archives "Nota Tukang Kebun ~ Kacang Tanah". 

Kacang Tanah kampung limited fresh stock baru masuk:

>>> Kacang Tanah Pulut 
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Kacang Tanah pulut bercambah minggu ini.

>>> Kacang Tanah Taragang (klik sini untuk previous posting)
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Kacang Tanah Taragang bercambah semalam.


 Minggu ini juga baru dituai biji benih kacang panjang batik segar dan benih kacang panjang merah dari Kebun Bahagia Bersama. Cuti lama bila balik, banyak dah kacangnya tua di atas pokok. Gambar terakhir adalah kacang panjang batik yang tertumbuh antara 2 pagar jadi berbelit-belit membesar terkepit antaranya.

~ Kacang panjang batik/merah ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .



Self-Collect Day this week:

~ 14hb Januari 2015, Rabu, 9:00PM ~ 9:30PM at Sungai Buloh.

~ 15hb Januari 2015, Khamis, 9:00PM ~ 9:30PM at Saujana Utama.

Sabtu, 18 Januari 2014

Corn and Peanut

 Setelah kebun ditinggalkan hampir 2 minggu, semalam barulah dapat slot masuk kebun balik pada cuti Thaipusam. Pada sebelah paginya, sehingga hampir waktu solat zohor tukang kebun dan hubby mengemas 6 petak saiz satu meter persegi lebih kurang masing-masing yang dah penuh weed boleh tenggelamkan Abby kami. 1 petak mulberry dah di hard pruning sehingga botak semalam. Satu petak asal keledek, tukang kebun semai biji benih jagung dan lain-lain (jangan si semut rajin mengangkut biji benih sudah). Ada satu petak ni dulu tukang kebun tanam kacang tanah lepas tu lupa nak tuai jadi tumbuhnya balik sendiri masa musim hujan tahun lepas, jadi kiranya self-seeded kacang tanah yang tumbuh merata-rata antara pokok jagung. Semasa weeding celah-celah pokok-pokok jagung, tukang kebun tercabut sekali pokok-pokok self-seeded kacang tanah tersebut. Jadi alang-alang tukang kebun cabut semua pokok-pokok kacang tanah tersebut memandangkan tengok ada yang dah berisi, takut lupa lagi. Sebenarnya jagung-jagung yang tumbuh di situ semasa self-seeded kacang tanah sedang berbunga, tukang kebun saja semai direct-sowing di celah-celah self-seeded kacang tanah tersebut. Syukur Alhamdulillah jagung-jagung tersebut gagah membesar antara pokok-pokok self-seeded kacang tanah tanpa perhatian. 

Kenapa celah-celah ruang kacang tanah yang berbunga tukang kebun sempat tuai biji benih jagung?

Sebab utama malas nak siram lagipun musim hujan.

Tambahan pula air dari tanah kurang kena sejatan sebab daun-daun si kacang tanah sudah pun banyak jadi natural covering sama fungsi macam 'mulching' keliling anak-anak pokok jagung.

Jagung yang adik-beradik rumput perlu banyak nitrogen, inipun tak perlu risau sebab kacang tanah adalah tanaman pengikat nitrogen semula jadi.

Ruangan menanam juga boleh digunakan secara sepenuhnya, lepas tuai kacang tanah nanti masih ada tanaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kesimpulannya jagung dan kacang tanah makes good companion.

Inilah taktik kerja si tukang kebun pemalas ini, rezeki hujan sajalah harapan tanaman di petak ini.

 Daun pokok jagung pun ada dibuat lakaran tapi tak mengapalah dalam petak ini ada balance dengan nature most natural way of living harmoniously bahagia-bahagialah kamu. Setiap penjuru satu meter persegi dalam lokasi full sun ini, tukang kebun sebenarnya tanam nanas madu Sabah, Syukur Alhamdulillah dah nampak beza besarnya membesar. Sementara tunggu nanas madu ni besar matang, bolehlah gunakan antara ruang tanah secara produktif ataupun maximize penggunaanya dengan tanaman yang cepat menghasilkan yummy-licious food. Semalam lepas tuai semua self-seeded kacang tanah, tukang kebun tanam biji benih kacang tadong antara ruang yang ada di keliling pokok-pokok jagung. Bila dah habis musim jagung, ada pengganti kacang tanah pula nanti. Sekarang ni dalam kepala baru tercetus idea bila tengok gambar terfikir bila pokok-pokok nanas membesar boleh ditengahnya tanam sebuah pokok buah yang perennial jadi sama-sama membesar (mmmm...tengah fikir pokok apa boleh memaksimakan penggunaan ruang tersebut).

Dalam satu meter persegi macam-macam tanaman boleh ada tumbuh bersama-sama.

Khamis, 5 Disember 2013

Rare Kacang Tanah Kampung 'BATIK'

 Tukang kebun bila teringatkan Kacang Tanah 'Batik' tersenyum teringatkan pertama kali Papa bawa balik baka tanah kacang tanah ini yang kedua ibubapa tukang kebun terjumpa di salah satu tamu bulanan di Sabah. Sama hari di mana mama dan papa juga dapatkan benih kampung kacang hitam untuk tukang kebun. Jarang-jarang nampak papa cerita dengan semangat mengenai terjumpa kacang tanah kampung di tamu sebab rare dan first time untuk mereka juga melihatnya. Sebab mama panggil ni Kacang Tanah Batik, jadi untuk mudah kita panggillah Kacang Tanah Batik (harap semua setuju, angkat tangan).  Kacang Tanah Batik di tapak tangan tukang kebun bersama Kacang Tanah Tadong untuk perbandingan, Kacang Tanah Batik warna dasarnya adalah lebih lighter dengan dihiasi jaluran atau belang-belang hitam. Rasanya macam jenis ini evolve dari kacang tanah hitam atau vice versa. Probability alelle akan mendapat kesemunya hitam juga ada kemungkinan percentage rendah . Tukang kebun ada tanam Kacang Tanah Hitam dan biji benih yang bercambah pucuknya boleh nampak berbeza warnanya sedikit dari  Kacang Tanah Tadong atau Taragang. Terlebih dahulu tukang kebun meminta maaf batch Kacang Tanah Batik atau Kacang Tanah hitam yang ditawarkan hari ini, tidak dapat tukang kebun simpankan untuk anjakkan delivery. Pesanan dibuat, tukang kebun akan deliver terus minggu depan. Siapa cepat dia dapat dulu ikut shipment mana transaction complete dulu (biasa hujung bulan baru tukang kebun hantar invoice, tapi kali ini hanya untuk pesanan kacang tanah ini tukang kebun akan email invoice ASAP). 11hb Disember, Selangor cuti kan dan kekasih tukang kebun kena habiskan cuti kalau ada masa  sudah selesai projek menebas nak tanam balance stok kacang tanah "Batik" atau "Hitam". Biji benih kacang tanah "Batik" dan "Hitam" tukang kebun tiada banyak stok very limited. Bunga Kacang Tanah berwarna kuning.

~ Kacang Tanah Batik ~
Anggaran 10 biji benih se-pek (RM3.00).

~ Kacang Tanah Hitam ~
Anggaran 5 biji benih se-pek (RM3.00).

Ahad, 7 Julai 2013

Kacang Tanah Hitam Organik

 Tuan Kebun Bahagia Bersama balik beberapa hari di kebunnya di Sungai Buloh minggu ini, jadi tukang kebun menerima beberapa ole-ole dari shopping trip big boss ke tamu di Sabah. Disebabkan big boss tahu tukang kebun sekarang sedang in the mood menambahkan koleksi jenis-jenis kacang tanah kampung dalam private seeds bank tukang kebun, salah satu penemuan menarik big boss ialah kacang tanah kampung hitam yang diperolehinya dari tamu Tuaran. Dalam gambar perbezaan biji benih kacang tanah segar yang baru dikopek, kacang tanah Hitam dan kacang tanah Taragang. Kacang tanah hitam buat ketika ini, tukang kebun tak dapat tawarkan lagi, nak tambahkan biji benihnya dulu di Kebun Bahagia Bersama Sungai Buloh. Belum ditanam biji benih kacang tanah hitam mungkin lepas raya, sekiranya berminat mungkin kena tunggu 4-6bulan lagi. Kacang tanah Taragang segar kembali dalam stok yang dikopek dan dibawa oleh big boss. Kalau ditanam bulan ini ada rezeki kebarangkalian boleh buat home-grown kuah kacang untuk Hari Raya Haji tahun ini.
 Bunga Kacang Tanah Taragang.

Khamis, 20 Jun 2013

Kacang Tanah Taragang

 Kacang Tanah Taragang yang segar bila dikopek kulitnya, warna kacangnya adalah 'Rosey' pinkish.   Kacang tanah yang segar baru sahaja dituai tidak beberapa menjadi sekiranya baru digali dan disemai kacangnya terus. Hendaklah keringkan dahulu kacangnya (tapi bukanlah terdedah lama beberapa hari dengan cuaca panas yang kuat) sebelum digunakan sebagai biji benih. Menanam kacang adalah sangat mudah cuma tanam terus sedalam satu inci ke tapak sayur. Tidak perlu proses semai dan kemudian alihkan ke batas. Semai sahaja terus ke batas.
 Kacang tanah yang ditinggalkan berusia lebih kurang 5 minggu dari disemai menampakkan pertumbuhan yang cepat. Kacang tanah gemarkan tanah yang sedikit berpasir atau loose soil. Kacang tanah tidak memerlukan banyak siraman air, setakat tanah tidak kering kontang sahaja. Tukang kebun tanam kacang di Sungai Buloh dan mama pula di Kiulu dengan batch sama pada minggu yang sama. Sekarang musim hujan lebat di Kiulu, tukang kebun tengok pokok kacang tanah mama daunnya kekuningan sebab terlampau banyak air. Too much water for peanuts also not good. Cuma musuh nak tuai kacang tanah ialah Si Tikus yang juga kadangkala menggali kacang untuk makanannya. Begitu juga semasa menyemai benih, be alert dengan Si Tikus.
 Kacang Tanah segar rebus sendiri letak garam sikit. Kacang Tanah Taragang selepas direbus.
 Kalau semai kacang tanah sekarang, InsyaAllah sempat tuai hasilnya untuk jadikan bahan kuah kacang untuk Hari Raya Haji nanti.

~ Biji Benih Kacang Tanah Taragang ~

Anggaran 20 biji satu pek (RM3.00) .

2015 Fresh Stock.

Rabu, 1 Mei 2013

Kacang Tanah 'Tadong'

 Kacang Tanah adalah salah satu tanaman komersial yang banyak ditanam dari biji benih yang telah diubah genetiknya (GMO) untuk tahan serangga perosak dan lain-lain dugaan. Mana tak pentingnya keluaran tanaman kacang tanah, untuk negara barat terkenal dengan peanut butternya. Manakala di Malaysia apa kurangnya sebab kacang tanah adalah bahan utama untuk buat kuah kacang. Mana syok kalau makan satay tanpalah kuah kacang. Yang membimbangkan dan menjadi tanda tanya selalu ialah ketiadaanya label GMO pada kacang tanah yang asalnya tumbuh dari biji benih GMO. Kalau di Semenanjung Malaysia jarang sekali nampak di pasar petani yang menjual kacang tanah baru dituai. Gerai jual kacang tanah rebus banyak dan favourite persinggahan papa tukang kebun.
 Kalau di Tamu Sabah juga nak kena pusing-pusing mencari petani yang menjual kacang tanah. Kebiasaanya di Tamu Tamparuli, kacang tanah yang dijual oleh petani masih segar baru sahaja mereka gali untuk dibawa ke tamu. Bila pegang tanah yang masih melekat di kulit kacang tanah, boleh rasa tanahnya masih moist lagi , petanda betapa masih segarnya kacang tanah yang dijual. Kalau nak beli kacang tanah tak boleh datang lambat cepat sahaja habis. Inipun gara-gara selalu lambat sampai ke tamu tukang kebun dapat jumpa kacang tanah terakhir yang dijual selepas pusing 2 kali. Itupun pada mulanya, tukang kebun blur (pagi jenis blood pressure rendah macam reptile) dah nampak kacang, dah jalan 10 minit baru terfikir nak reverse balik sebab baru teringat tak de nampak petani lain jual sejak tukang kebun sampai tamu. Bila sampai kembali ke petani tu, tinggal satu tompok sahaja rezeki untuk tukang kebun pada hari tu (hasrat sebelum tu nak pajak semua kacang tanahnya). Kemudian berlegar di kawasan tamu nampak one lady duduk di sebelahnya ada satu plastik saiz biasa macam kat supermarket penuh kacang tanah, mama tukang kebun tanya berapa jual kacang tanah ni?....Oppsss rupanya lady tu yang dah pajak beli banyak kacang tanah organik nak tanam di kebunnya dari Tamu. Minggu depan jumpa petani yang sama, petani tu tak de jual kacang tanah katanya baru je dia menanam balik dan adapun di kebun masih kecil lagi. 
 Jenis kacang tanah organik yang tukang kebun dapat dari petani kampung tersebut ialah kacang tanah 'Tadong'. Warna kacangnya bila fresh dikopek warna merah hati. Boleh lihat perbezaan 2 jenis kacang tanah organik yang kami dapati dari Sabah, satu warnanya dipanggil dalam Dusun Kadazan 'Taragang' dan satu lagi 'Tadong' (nampak lain sedikit warna apabila ditangkap melalui camera). Kebetulan pula nama sebenar mama tukang kebun pun 'Tadong' diberi nama tersebut oleh ibubapanya sebab bila mama lahir pipinya  yang putih warna 'Tadong' kemerah-merahan. Biji benih kacang tanah 'Tadong' yang ditawarkan kali ini pun dibersihkan oleh tangan sejuk mama tukang kebun semasa tukang kebun sibuk dengan urusan di JPN.

~Biji Benih Organik Kacang Tanah 'Tadong' ~

Anggaran 20 seeds satu pek (RM3.00).